$

Showing posts with label i love me. Show all posts
Showing posts with label i love me. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

Berita Happy Sikit

Hai Ya'll - Assalamualaikum.

So..till today, dah hampir 4 bulan lah saya exercise semula. Berat saya turun dah!!! Weeee!!! Happy tau. Sebenarnya dah rasa hampir nak berputus asa pasal berat ni. 

Sampai satu tahap saya nak menerima hakikat mungkin memang saya tak akan dapat lagi dah berat 57-58kg saya tuh. For your information, berat badan ideal bagi saya yang mempunyai ketinggian 160cm, female, umur 36 tahun yelah 56.6kg.

Paling berat setakat ni maksud saya selepas kaki kiri saya injured hari tu yelah 65kg. Saya admit...saya makan macam setan kan. Ni ada saya buat entry pasal Confession saya. Bulan August 2014 berat saya 58kg. Lepas injury bulan November 2014 hari tu terus shoot sampai 65kg. Total 7kg. Matilah makcik!



So start 1 February hari tu saya training semula. Masa tu berat saya dah 63kg. Tapi berat saya terusan naik jugak sampai 65kg walaupun saya dah training. Sampai saya nak give up dah. Bulan March saya ada race Bukit Jalil 10km. Merasalah saya berlari dengan berat 65kg. Memang mengah juer. Rasa nak mencarut sepanjang 10km. Haha. Saya teruskan timbang seminggu sekali. Memang takde perubahan langsung. Tetap 64-65kg.

Lepas tu masuk April, penimbang digital saya habis bateri. Hihi...lagilah saya tak tau berat saya. Saya teruskan training macam biasa. Gym & running.

Bulan May - saya ada 10km race lagi di Bukit Jalil jugak. Masa saya lari ni saya ok, steady, tak mengah. Siap tak penat pun...haha eksyen ko ye. Make up pun tak cair...hihihi. Saya tau saya mesti masih berat 60+ lagi. Tapi saya rasa lebih steady berlari. Mungkin saya dah bertambah kuat kot.

Lepas saya rasa semuanya macam harapan yang samar-samar nak lari lebih laju dengan bontot yang berat ni. So saya terpaksa mengaku yang memang saya terpaksa control makanan saya. Dengan sedih & berat hati nya saya cubalah tinggalkan nasi, goreng-goreng, santan/kuah lemak, ice cream & chocolate saya. Ala...baru je dekat seminggu haaaa....jangan lah kagum dan memberi harapan pulak!!

Ini adalah cubaan control makan saya kali yang ke 1000 kot. Saya dah 999 kali gagal. Sebab saya memang food addict. Time happy makan, sedih makan, stress makan, lapar mengamok. Time kenyang pun boleh makan lagi. Ttak lapar pun nak makan. Kalau lapar pastu tak dapat makan...memng otak saya macam terhenti. Macam tak waras berfikir...hahaha..gitulah teruknya saya.



So...semalam..saya beli bateri digital scale tu. Saya naik scale tu dengan harapan turun sikit pun jadik lah. Sekali dapat 61.7kg!! Waahhh indahnya!! Tak sangka berjaya juer!! Saya rasa food control tu masih belum menampakkan hasil kot? Kalau ada pun mungkin percentage nya tak banyak. Yang membuatkan berat saya mula turun ni mesti sebab training saya. 

Memang makan masa sikit nak turunkan berat ni (bagi sayalah). Nak naik senang je....So...saya akan teruskan lagi usaha yang tak berapa nak gigih ni. Mungkin dulu dengan exercise je saya boleh dapatkan berat 58kg tapi sekarang ni maca kena lebih gigih. So takpe...kalau itu je jalan nye untuk mendapatkan berat idaman yang ideal dan realistik. Maka saya akan lakukan. Marilaaahhh bring it on!! 



Yang paling penting untuk saya sepanjang journey - training to become a marathoner ni yelah:-
  1. Saya bertambah kuat
  2. Saya bertambah laju (sikit je), pace saya konsisten juer
  3. Saya bertambah yakin
  4. Saya tidur dengan nyenyak 
  5. Saya dah tak malu nak mengaku berat badan saya yang sebenar. Walaupun saya berat, saya awesome! Tapi saya akan tetap teruskan untuk dapatkan berat idaman saya.
  6. Saya lebih menyayangi tubuh badan saya
  7. Saya lebih menghargai masa
  8. Saya masih bersemangat berlari
  9. Saya happy -especially lepas settle berlari. Masa berlari tu masih rasa...owh tuhaannn apalah yang aku buat ni?
  10. Saya dah memberi inspirasi kepada beberapa rakan saya untuk mula berlari juer
Saya dapat fikirkan 10 je dulu kebaikan saya sepanjang training saya ni. Yang saya bold kan tu yelah perkara yang buat paling saya happy sekali!!

Ok - sehingga bertemu lagi di lain berat badan dan di lain race!!!!!

Tata!!!





P/S: Be realistik ok kawan-kawan. Jangan lah tiba-tiba nak hilangkan 10 kg sebulan. Tapi melantak macam syaiton, pastu pemalas macam badak berendam. Memang impossible lah kan. If it's easy....semua orang dalam dunia ni boleh jadik marathoner. Semua orang dalam dunia ni boleh jadik slim & fit.







Thursday, 14 May 2015

Half Marathon Training - The ups & downs

Assalamualaikum,

Well, sekali sekala saya sebagai manusia biasa pasti tertewas. Saya terima. 

Tadi pagi saya stress. Sampai mengeluarkan air mata. Haha. Eh..tergelak pulak. Tapi ye. Saya stress. Mungkin sebab saya penat. Biasalah masalah global omak-omak yang tak akan habis. Masalah kerja. Masalah dengan diri sendiri. Macam-macam lah. Semua orang ada masalah. Semua orang ada bills to pay & mouths to be fed. 

Saya sekarang berada di minggu ke-8 dan hari yang ke-54 dalam training saya ni. Training untuk half marathon saya ialah 12 minggu atau 84 hari. 

Saya dah rasa drained giler. Saya juggling banyak benda. 9.00am-6.00pm fulltime job. Kerja saya memerlukan saya travel (Klang Valley jelah) hampir hari-hari. Memang lah tak jauh tapi tau jelah KL ni  traffic nye macam mana kan. Lepas tu nak carik parking sekian hal.

Nak balik pulak kena rushing sebab nak jemput anak. Saya kalau boleh mesti nak dinner bersama-sama dengan anak. Saya dah jarang sangat dapat masak dinner sekarang ni. Lagipun kalau saya masak nanti anak saya kebuluran. Haha...turun-turun dari van sekolah je dah mengadu lapaaarr...lapaarr...yelah dia balik pun dah 7.00pm memang lah lapar. Kalau saya masak mungkin anak saya boleh makan pukul 8.30-9.00 kot. Kesiannyeeee...so kami makan di kodai sajo. Owh...husband saya selalunya tak dinner dengan kami. Dia balik lambat.

So balik rumah saya kena uruskan anak-anak dulu. Like solat bersama, ajar mengaji & tengok-tengokkan homework derang. Basuh kain 1 load or kalau dapat lipat kain dalam 20 helai pun kira hebat dah tu. Haha...

Ok...settle semuanya...penatnyeeee....so bolehlah berehaaaatt....

Tak...mana boleh berehat.

Bila dah settle semuanya, saya kena lah training. Sobb..sobbs... Saya kena pakai baju & kasut. Ambik phone, earphone, arm band & air lemon sejuk campur ice. Moh la turun untuk running. Kalau weekdays ni nama training nye ialah 'EASY RUN'

Well it is not easy I tell you. Haha...Masa week 1 saya start dengan 5km Easy Run. So..dia accumulate lah. Sekarang dah week 8 so saya kena lari 8km dah ni. Hari Isnin & Rabu malam. 

Selasa & Khamis pulak saya kena weight lifting or saya suka panggil 'pergi gym'. Ini untuk strength training saya. Untuk membina muscles saya. Yang ni saya agak lemah sikit. Sebab dulu saya curik masa pergi pagi-pagi dan masuk ke office lambat sikit (mihmihmih)

Tapi selepas boss saya membuat cerita dongeng dengan saya mengatakan bahawa Director dah bising-bising pasal attendance saya maka saya kenalah skip gym pagi. Yeah...work is work lah kan... mana boleh curik tulang. Ok lah...saya pasrah. Tapi boss...boleh tak jangan buat cerita dongeng...sound jelah tepat-tepat.. blueekkk...So saya kena pergi malam.

Tapi time malam pulak sedia makum lah. Saya settle buat hampir semua benda lepas solat Isyak itu pun dah 8.30-8.40pm. Gym saya tutup jam 9.00pm. Last call untuk gym yelah 8.30pm. So...tak dapat lah pergi...melepaassss...

Minggu lepas saya curik tulang pergi gym pagi..hahaha pengakuan maut ni. Sebab saya ada meeting kat office authority pukul 10.30am. So baik saya pergi gym dulu lepas tu shoot terus ke sana dari rumah. So settle di situ..bijak kan?

So lepas saya selesai work out tu. Saya pun jumpa coach saya. Dan cakap..saya tak boleh nak commit lagi dengan gym ni. Saya asyik bayar bayar bayar je. Tapi saya selalu ponteng gym. Dia siap pegang bahu saya sambil cakap "It's ok Intan, you can come after 9.00pm pun boleh I will wait for you."

Serious air mata saya nak berderai...tapi saya tahan sebab saya tahu kalau saya menangis memang buruk betul rupanya. Hehe..

So hari ni dah hari Khamis. Minggu ni saya memang belum lari sekali pun. Saya mesti lari hari ini. Walaupun macam tipis je harapan kot. Tengok langit dah gelap gelita. Minggu depan saya dah ada race 12km. Semoga saya ok dapat habiskan larian saya dengan timing yang membanggakan diri saya sendiri.


Just do it!!











Monday, 6 April 2015

8 things not to say to someone training for a half marathon

Assalamualaikum, hai errbody.

I got the feeling that my blog ini dah jadik macam tak kelakar lagi dah. Eh...eh..pernah ke kelakar sebelum ni? Eh..entahlah. Tapi the purpose I blog pun sebenarnya untuk ketawa. For me to share the best part, fun & happy moments in my life. The not so good part tu...takpelah..dengan orang-orang yang special je saya share..hehe..siapalah yang bertuah tu ye?

Anyway...since sekarang ni saya sedang giat training for my 1st half marathon which I planned to be in October (InSyaAllah). So..ni saya nak ceritalah sikit kan. Sebab ramai jugak yang bertanya-tanya pasal tabiat saya berlari-lari ni. 

As per today, saya dah masuk dalam minggu ke-3 training. Total 12 minggu. Hari pertama dalam minggu ke-3 lah ni. Total hari yang saya dah training dah 15 hari. Ada lagi 69 hari..huk huk. Weeee... so far so good. Saya berjaya ikut betul-betul schedule tu. Good job MK!! Tepuk bahu sendiri. Sebab tak ada orang tepuk pun...hahaha kenalah tepuk sendiri.

Nah saya share kan training shcedule saya klik sini. Ini untuk regular runner ye. Yang dah biasa berlari 5km sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau untuk yang beginner pun ada jugak training dia. Boleh browse kat link yang saya bagi tu.

So..soalan yang selalu saya dapat dari saya mula-mula decided to be a runner yelah seperti:-


1. Q: Tan - ko rasa ko boleh menang ke? (Tan tu sayalah...jangan ingan nama cina pulak..hehe)

- huhu...Er..rasanya aku memang tak boleh menang lah kot. I'm not being negative or something but I just can't beat 10,000 other people running.


2. Q: Berapa jauh marathon yang ko nak lari ni Tan? Aku pun pernah jugak masuk marathon yang 3km punya. 

- Gitu katanya... Tahniah sebab berjaya lari 3km. Good job! Half marathon yang aku berlatih ni yelah 21km sebab itulah distance untuk half marathon. Kalau untuk full marathon yelah 42km. Kalau 3km, 5km, 10km dan lain-lain distance tu tidak dipanggil marathon. Setakat ni aku memang belum pernah lari half marathon pun. Ni lah baru tengah training ni. Wish me luck


3. Q: Kenapa ko suka sangat running ni Tan?

-Because I can.


4. Q: Ko takde rupa marathoner pun Tan. Debab je. Boleh ke lari laju-laju tu?

- Hukhuk...sedehhhh...Umm...ko pun takde rupa pelumba kereta pun. Tapi kadang-kadang mesti ko pernah drive laju-laju jugak kan? Anyway...aku aim to finish (with my own good timing), not to win...


5. Q: Ko lari penat-penat, jauh-jauh ni, ko hanya dapat medal je Tan? Dah la medal tu bukannya boleh gadai pun. Hoh...

- Hukhuk... apa nak jawab? A'ah memang dapat medal & dapat penat je. Kaki pun sakit jugak. Kalau berjaya habiskan larian untuk half marathon nanti dapatlah t-shirt 'finisher'. Tu je lah yang dapat. Tapi kepuasan dia tu...hanya runner yang mengerti cheewahh.


6. Q: Ko tak penat ke Tan lari jauh-jauh tu?

- Mestilah penat, Ko balik kerja sehari suntuk tu penat kan. Now imagine that plus 21km to run.


7. Masa ko race tu, berapa lamalah ko kena berenang Tan?

- Umm...harap-harap tak hujan lebat sampai banjir then kena berenang. Sebab aku training untuk half marathon bukan triathlon.


8. Q: Aku tak paham lah kenapa ko ni suka menyiksa diri ko tu lah nak lari jauh-jauh penat-penat tu lepas tu dapat medal je...haisshhh why Tan...why??

- Sengih je - Then I guess you won't be running a half marathon then? 


So there you go. Wish me luck!!

Soon...baby..soon!!









Thursday, 2 April 2015

100th!!

Assalamualaikum girls.

Hari ni hari yang agak best untuk diri saya. Sebab hari ni ialah kali yang ke 100 saya workout di gym. Nak tahu berapa lama 100 kali tu? Hehehe...sejak Oktober 2013. So kalau kira dalam 18 bulan lah kot baru dapat 100 kali.


Finally saya dapat t-shirt curves ni. Lama gile kot saya tunggu. Asyik tengok kat whatsapp group gym ni orang lain dapat posing macam ni dengan coaches. Saya pun nak jugak!! Dah la masa tu kki saya injured tu kan. Hari-hari ada aje update kat group gambar member dapat t-shirt ni. Jealous ok! 

Sebenarnya t-shirt tu boleh dibeli di gym ni. Hehe..kalau nak bayar je lah kan. Tapi kalau berjaya workout 100 kali dapat lah free. Kalau workout 200 kali dapat gym bag! Cantik warna purple jugak. I want!! Beli pun RM25 je kot. Tapi takmo beli.

Saya nak t-shirt & beg tu dibayar dengan menggunakan peluh saya je. Hehe poyo kan. Samalah kes nya dengan running. Kalau kita masuk race tu memang tak akan menang top price lah kot. Tak tau la kalau puan-puan memang pernah menang. Tapi saya memang tak pernah bercita-cita pun nak menang. Haha..cita-cita saya nak habiskan larian saya dengan timing yang lebih baik dari sebelumnya dan tidak injure.

Kalau running tu dapat finisher medal tu...owwhhh bermakna sungguh ok. Padahal we paid for that medal. Kan ke kita register nak masuk race tu kan. So technically we paid for it. Dah la bukan medal emas/silver/copper betul pun. Kikikiki...

Tapi tu lah...kalau orang yang tak pernah cuba berlari tu memang tak akan faham perasaan seorang runner bila dapat habiskan larian dia. I still malu nak call myself a runner. But I am. I am a runner. 

Siap Ana kawan saya cakap dekat blog dia yang saya ni marathoner...hahaha jauh panggang dari api Ana oii...half marathon pun bukan. Sepanjang 2 tahun saya berlari ni saya baru join 7 races je kot. Tu pun paling jauh 12km je.

I'm training hard for my 1st half marathon targeted on October 24th. Saya ada masa lagi dalam 6 bulan. Saya nak cuba ikut 12 weeks training program. Saya nak buat 2 kali training program tu. Sekarang baru masuk minggu ke-2 hari yang ke 11. Mihmih...jauh lagi perjalanan saya.

Setakat ni memang memenatkan. Saya harap betul yang saya dapat habiskan training program ni dengan berdisplin sangat lah. Maknanya ikut betul-betul dan takde skip days.

Saya & Tun dah berangan nak dapat medal & finisher shirt untuk half marathon pertama kami. Kami pun dah berangan macam mana nak posing di garisan penamat tu. Nak berlari sambil pegang tangan melepasi garisan penamat lepas tu menangis terharu dan berpelukan bersama-sama...hahaaha...

Haruuuuuu...


P/S: Angan-angan tu free kan....






Friday, 6 February 2015

Health Concious

Hi people! 

Lama tak membebel ye sejak cerita van putih ye. Makin hari makin banyak kerja di office ni. Kebanyakannya saya memang kena keluar buat kerja penuh dengan appointment & meeting di office local authorities. Kalau saya lepak di office sahaja maknanya either saya tengah prepare report or paperwork. Or sebab saya takde kerja nak buat. Haha...Saya kerja apa sebenarnya ye? Haha...ada ke orang nak tau ye? Next time lah saya cerita. 

Tadi saya baca blog Ana  dia cerita pasal habit suka minum kopi 3in1, diabetic, low blood pressure, sinus bla..bla..(klik le kejap blog Ana tu).

So breakfast....ada orang suka or mesti minum kopi hari-hari, ada mesti minum teh tarik kan..kan..Saya pulak kalau saya sorang-sorang saya mesti minum kopi. Tapi kalau saya breakfast dengan suami saya, automatic saya minum teh tarik (air favourite suami saya). Eh..apsal tetiba tiru air favourite suami? Entah la...automatic je order teh tarik. Mungkin sebab faktor bersama kesayangan..hehehe

Anyway..

Saya nak cerita pasal kopi yang saya suka buat. I tell you, saya memang pandai buat nescafe. Haha..macam dia sorang je pandai ye? 

Pagi-pagi je bangun bagi terus jerang air, saya mandi, kejut Ayong, saya baca Quran (selalunya saya cuba 4 pages) sementara tunggu azan Subuh. Solat Subuh & buat kopiiii!!!

Siapkan breakfast Ayong, selalunya budak-budak ni nak makan roti bakar or cereal je. Jem & cereal je selalu tukar-tukar flavour. Tapi menunya tetap sama. So saya pun bancuh kopi saya lebih kurang jam 6.15 pagi. Yeah...I'm very precise like that. Saya memang tahu pukul berapa hampir setiap kejadian hidup saya...hahaha..

1 sudu kecil Kopi (sekarang guna brand apa entah hari tu dapat masa pergi Siam)
2 sudu kecil susu tepung Anlene Gold (ye..saya minum yang gold walaupun saya belum 50 tahun)
1/2 sudu kecil course brown sugar (kadang tak letak pun sebab susu tepung tu dah ada rasa)
1 sudu kecil chia seed
& piping hot water.

Saya akan minum sikit-sikit sementara saya berjoget lari sana lari sini uruskan anak-anak saya. Saya keluar rumah jam 7.30am. So saya pastikan kopi saya habis sebelum saya keluar rumah. Owh right before keluar saya akan minum lagi 1 mug air suam.

Saya actually cubalah menjaga kesihatan...hihihih malu lak nak tulis ni ye? Macam poyo je bunyinya. But seriously. Saya suka sihat supaya saya dapat mencurahkan kudrat & bakti especially pada keluarga saya.

Tu yang saya guna susu tepung tu instead of condensed milk yang sememangnya lebih sedap..kan? kan? Lepas tu saya beli yang gold sebab konon-kononnya saya rasa khasiat vitamin yg gold adalah lebih daripada yang regular sebab dia kan untuk orang tua..hahaha gitula saya pikir. Hiihih...

Chia seed tu untuk kenyangkan perut kita sementara nak sampai ke office. Kadang-kadang saya pun makan roti bakar sekeping. So jam 6.45am saya pun angkat beg sekolah Ayong & jalan kaki sejauh 1.4km (pergi dan balik) untuk hantar Ayong tunggu van nak pergi sekolah. Saya memang track my steps through my phone pedometer ye. Saja je saya memang nak hantar jalan kai & saja je saya angkat beg sekolah dia yang berat tu. Saya anggap exercise lah. Sambil-sambil ada masa berdua-dua-an dengan Ayong 5-7 minit. Sekejap pun berharga kan....

Lepas tu saya uruskan Ayen pulak. Sampailah hantar dia ke sekolah agama 7.30 pagi tu, pergi rumah nanny hantar beg-beg sekolah  & baju-baju sekolah petang pulak & terus ke office or tempat meeting.

Saya cuba minum air 3 liter sehari. Saya juga cuba minum air manis hanya satu mug sehari. Saya guna application 'Water your body' pada phone saya. Dia akan bagi reminder bila saya kena minum supaya saya tak lupa. Kalau saya di office, saya memang penuhkan mug saya dengan hot water sahaja. Dan saya minum sikit-sikit sampai habis. Bila dah habis saya isi lagi hot water. 

Sekarang kaki saya dah eloookkkk!!!! Alhamdulillah. Saya dah mula berlari semua. Setakat ni baru 2 kali lari lah 5km each run. Malam ni lepas settle manage-kan anak-anak, InsyaAllah saya nak cuba lari 6km. Saya pun dah boleh ke gym semula. Semalam saya berjaya pergi. Happy juer!!

So yeah...health is very important dan saya memang tahu tu. Sebab saya memang selalu sakit. Migrainelah selalunya. So..masa saya sihat memang saya amat bersyukurlah. 

Silalah jaga kesihatan anda ye. Owh..and saya memang cuba nak balance kan kesihatan duniawi & akhirat (nak tulis ni pun sebenarnya malu) hehe..tapi ini sebenarnya untuk peringatan diri saya sendiri ok. Saya memang cuba mesti nak kena baca Quran hari-hari (kalau tak uzur). This is apart from solat & perkara wajib yang lain lah kan. Dulu saya baca 2 pages setiap pagi before/after solat subuh. Sekarang since saya tak lari pagi-pagi buta so saya ada masa nak baca 4 pages sebelum azan Subuh. Ini kira jihad kecil sayalah ye untuk diri sendiri & cuba menjadi contoh terbaik untuk anak-anak saya.

Saya tulis di blog ni supaya saya sentiasa ingatkan diri sendiri tau?..tau?..tau?!!! Supaya in future kalau saya malas baca Quran, bila saya baca blog ni nanti saya jadi termalu sendiri...hehehe..

Oklah...got to go!!

Jagalah kesihatan, sayangilah diri anda!!!

Tata!!

P/S: Nanti cuba buat kopi resepi saya ok!!!

Monday, 15 December 2014

Stress Fracture - Part 2

Hari ni 15 December 2014 bersamaan hari ke 16 saya injured. I admit a stress fracture is one of the most frustrating injuries a runner can come down with. Ok la..saya bukan professional runner but many times I read in the internet that when you are running - you are a runner. So I'm a runner lah kan? I've already cancelled my Broga hiking yang supposedly on 13 Dec. I have registered 2 race in January. I thought that I can join the 24 Dec Race. Tapi rasanya saya kena let go both of it sebab I need my kaki more than the races. 

Sedihnya!!

Kat office pun Boss & colleague saya dah panggil saya Minah Senget!! Sebab saya jalan senget-senget. Eiiii geramnya. Saya bukan sengaja nak jalan senget-senget ok. Huk huk...sedihnya tapi saya tergelak jugak sebab kelakar la juer kena gelar minah senget. 

So hari yang ke-16. 16 hari baru? Baru 2 minggu? OMG terasa dah forever!! Saya kena cuti berlari 8 minggu. Means lagi 6 minggu tak boleh lari? Berat dah naik 2.5kg!! Double frustration. Jeans dah semakin terasa ketat. Pagi tadi saya nak pakai kemeja ke office tetiba kemeja tu koyak!! Ok..saya tipu...heheheeh.. kemeja tu memang dah koyak masa saya iron dia. Hihi...reput agaknya. Kemeja baru beli masa sale. Mungkin memang dah lama sangat dalam store so dia reput (self defense huk)

I've read in the internet that stress fracture recovery ada 5 phases. Right now I'm in the 1st phase lah. So let me share it with you guys:-

Phase 1 - Injury Period (Usually 4-6 weeks) - (~gasp~)

  • Don't take medications to mask pain - I did not. Eh..adalah 2 kali kot sebelum tidur saya ambil pain killer because it was like berdenyut-denyut and killing me.
  • Understand the way you interact with family, colleagues and training partners. It's not their fault that you are hurt. Be aware of displaced anger - Yeah...ini mesti control. The the A's at home (Abie, Adam & Ayen) memang my ultimate supporters. Memang kadang-kadang diorang terlupa sebab semua orang jalan laju-laju tinggalkan saya yang berjalan senget-senget. Tapi semuanya rajin sangat urut, picit kaki saya, pimpin saya huk huk...thanks lah kesayanganku.
  • Use this time to attend physical therapy, seek chiropractic treatments, and/or massage therapy to assist in the healing process - I did reflexology once after my injury to. Sekarang saya tengah nak cuba sport massage. 
  • Yoga (stretching) and core strengthening are essential to the safe return to your pre-stress fracture activities when the time comes. They will also help you maintain your level of fitness while healing - so far..I did nothing. Makan banyak ada lah kot. Huh!! teruk betul ek. Lepas tu stress sebab berat dah naik. Ok. This week I will go to the gym lah. Maybe buat upper body exercise at the gym. 
So itu 1st phase yang perlu saya lalui lagi 4 minggu. Apart from that jangan lupa solat doa banyak-banyak. Mengaji Quran ok. Walaupun saya terpaksa solat duduk kat kerusi. Haha..bila saya solat kat surau dekat shopping mall or tempat awam kan. Ada jugak mata-mata yang memandang dengan pelik dah kenapa budak ni nak solat guna kerusi. Tak pregnant pun, tak tua pun, tak pakai bandage pun? 

Sebab saya tak boleh bend my foot. And bila duduk di antara dua sujud tu memang saya tak boleh tahaaaannnn. Saya tak boleh menahan berat bon-bon & body saya pada kaki kiri tu bila dalam position tu. Siap baca bacaan tu like laju-laju & terseka giler lah. So..saya decide better solat duduk atas kerusi. Lantaklah orang nak pandang-pandang.

Owh and I might need to jaga my diet (bluerghhh) have I ever jaga? 

TTYL!!! Bye!

P/S:- Sayangilah kaki anda :(




Tuesday, 9 December 2014

Stress Fracture

Assalamualaikum, Hai korang!

Lama jugak tak update blog ye. 

Saya injured. Tiba-tiba bangun pagi kaki kiri sakit sangat tak boleh jejak. Padahal seminggu dah tak berlari kot. Dah kenapa tiba-tiba sakit ni. Last saya jogging 22 Nov -12 km

Tapi saya ignore je. Sebab mungkin sakit kaki sebab banyak sangat berjalan semalamnya tu masa saya kulu kilir menguruskan anak saya punya minor operation. Kejap ke Columbia Hospital kejap Sunway Medical, kulu kilir bilik sana bilik sini. Saya agak jelah pasal tu kaki sakit. Hati pun sakit sebab kesian tengok anak kena operate. Poket pun sakit jugak..haha..sebab anak saya tak admitted ward so tak boleh claim insurans.

Well, apa-apa pun saya bersyukurlah anak saya ok. Walaupun after 1 week anak saya kena operate lagi sekali sebab stitches tu terbukak and cyst dekat bibir dia tu timbul semula. So again with the same procedure kena potong-potong balik bibir anak saya. Alhamdulillah Doktor tak hanya charge untuk restitch saja.

Eh..mana cerita stress fracture saya? Ok, disebabkan kaki sakit dah seminggu tak baik-baiknya. Lepas tu saya pun pergilah reflexology. Masa dia urut tu takde pulak rasa sakit kaki. Tapi malam tu terus rasa lagi gila berdenyut. Esoknya Sabtu kami balik ke Kuantan pulak. Sampai di Kuantan dah pukul 1.00 pagi dah.

Esoknya Ahad tu...hadoilaaaaa...memang rasa nak merangkak je. Sakitnya kalau berdiri. Even nak gerakkan jari-jari kaki pun sakit. Lepas tu rasa nak marah semua orang satu dunia sebab kalau dah sakit saya memang mereng sikit. Huk huk...

Disebabkan dah jadi gitu so semalam saya decided pergi jelah ke hospital. Doctor gelak-gelak je sebab dia dah tau dah mesti pasal running. So x-ray lah. Nampak dalam x-ray tu halus giler je fractured nya. Tapi kenapa sakitnya macam nak tendang orang satu dunia?

Stress fractures are tiny cracks in a bone. Stress fractures are caused by the repetitive application of force, often by overuse — such as repeatedly jumping up and down or running long distances. Stress fractures can also arise from normal use of a bone that's been weakened by a condition such as osteoporosis.
    Stress fractures are most common in the weight-bearing bones of the lower leg and foot. Track and field athletes are particularly susceptible to stress fractures, but anyone can experience a stress fracture. If you're starting a new exercise program, for example, you may be at risk if you do too much too soon. -Mayo Clinic
    Hmm...ok..patutlah..saya mungkin overuse kaki kesayangan saya ni. So..redho & pasrah jelah. No running, no hiking, no weight lifthing, no shopping/walking selama 6-8 minggu.
    Dah semua no no, apa yang bolehnya doktor?
    Doktor cakap - gossip sambil minum kopi boleh lah kot. 
    Bila saya boleh lari doktor? Saya ada race 11 Jan & 24 Jan
    Doktor cakap - you nak lari ke you nak kaki you?
    Hoh..main kasar doktor ni punya jawapan ok! Tak nak tanya lagi dah.
    So.. Broga Hill hike Sabtu ni terpaksalah dibatalkan.
    Saya nak duduk diam-diam sampai akhir tahun ni dengan harapan boleh try race yg 24 Jan tu. Rasanya saya kena lupakanlah race yang 11 Jan tu. Nak lari ke nak kaki??
    Ok semua...bye!!!!


Tuesday, 4 November 2014

Unmotivated

To those who knows me personally, they will say I am a happy person. I lough a lot. I like to be around friends and family. I talk a lot. I am very energetic & motivated. 

But tak kan hari-hari kita gitu kan. Ada hari-hari kita rasa down & unmotivated jugak. Like today. That is exactly what I felt this morning. Actually dah few weeks kot I rasa macam ni. 

Apa rasa dia? Rasa penat. T.I.R.E.D of everything. 

Tak baik kan cakap gini. But I accept it. I am only human. So tak apa lah...sometimes we just have to let it be. Takkan la kita nak happy je 24/7 kan. Tu robot kot.

Kenapa penat?

Sebab rasanya semua benda nak kena buat. Tak boleh ke nak jadi malas haaa?

Nak kena kurus, nak kena pinggang kecik, senyum nak kena manis. Bau nak kena wangi. Dapur mesti berasap rajin masak. Nak kena rajin basuh pinggan, cuci kain baju, lipat kain, kemas rumah. Muka nak kena cantik licin. Kerja nak kena rajin tak boleh main internet. Nak kena rajin jemput anak, hantar anak. Ajar anak ulangkaji, membaca, mengeja, mengira, homeworks, bagi idea anak nak buat lukisan. Rajin google bahan-bahan untuk anak suka belajar.

Nak kena jogging kena bangun pagi. balik kena pergi gym 3 kali seminggu at least. Nak kena make up cantik-cantik. Nak kena pakai baju cantik-cantik. Tudung kena iron pakai shawl belit-belit..huuuuuuu

I did everything....but bila measurement day... berat increase 2kg. Yes, I've been avoiding measument day since last August. But ini dah November...so nak tak nak kena naik atas scale tu jugak. I knew..memang berat naik fat percentage naik. I dah tau dah...tapi sedih jugak. heheh (eh..tergelak pulak, tadi kata sedih)

Takde sesiapa yang bersalah. Saya sendiri yang buat diri sendiri jadik gini. Takpelah. I am sedih. Tapi tadi boss belanja makan kat Seksyen 15 Shah Alam makan ikan patin sedapnyeeee...nasib baik pergi dengan boss malu pulak nak makan kepala ikan tu kan. Hehehe...see..lepas makan jadi happy. Tulaaahhhh food always buat saya happy. Tapi lepas tu pasal food jugaklah yang buat saya sedih. Empphhhhh...

Tak pe laaahhh....I will start again. 

This is November. I've started actually last Sunday 2nd November. I will jot in my calendar so that I can monitor my work out. And if possible my calorie intake.

I did this before....so for sure I can do this again!! Yes I can!!!


Wednesday, 29 October 2014

My First Ever

So I've started running for no specific reason rather than to gain my stamina & to lose some weight in February 2013. I mean after my hubs bought me a weighing scale & my kids complained about my tummy yg melimpah ruah.

After 3 months berlari - on of my girlfriend said my jeans dah longgar gila dekat bahagian peha and insisted me to beli jeans baru because the jeans that I'm wearing disgust her...heheeh..

So then I realized...wahhh maybe saya dah kurus? Hohoho...apart from that saya pun ada rasa lebih bertenaga and pada suatu pagi masa saya berlari-lari sorang-sorang pada pukul 5.00 pagi sambil mengenang nasib malang sebab terpaksa berlari-lari pagi-pagi buta...

I thought..."I should join a race!!! Why not? Maybe kita start with a Fun Run - 5km"

So I did. September 2013 - after like 8 months of berlari-lari, I registered for 5km Fun Run 'Walking with Silence' in December 2013. Sangat berkobar-kobar!!

But suddenly my SIL register kan I for 10km race in Putrajaya - Putrajaya Statistic Run October 2013.

I survived, I succeed. I puked after I finished running. I had migraine after I reached home all day sampai petang. Haha...saya anggap experience ini sangat mahal untuk saya bergelar seorang RUNNER (self-claimed ye..haha)

The first always be the sweetest kan...

Till then! Tata!!





The Reason

Assalamualaikum - Hai!!!

Tak tau lah saya dah cerita ke belum pasal kenapa saya suddenly decided to exercise i.e RUN.

In January 2013, my husband bought me a weighing scale yang memang cantik. I don't know what is his intention sebab saya selalu check dengan dia saya cantik tak? Saya gemuk ke? Dia selalu puji saya cantik, saya tak gemuk. So I trusted him.

But incase you guys don't know - Pasa suatu hari yang indah, saya telah membawa anak-anak meneman saya shopping baju secara paksa-rela. Rumah saya memang 2km saja dari Parkson yg kecik tapi best sebab tak ramai orang & semua barang dia pun best lah di mata saya.

Actually jalan kaki pun boleh je kan nk pergi Parkson tu. Tapi masa tu sama pemalas & banyak lemak so..semestinya saya drive ke sana.

Ok - sampai saja di sana saya pun nak try lah few pants & blouses and off I went to the fitting room dragging my two sons with me.

Masa saya sedang try jeans tu, saya ingat lagi size nya yelah 31 (AARGHH). Saya berhempas pulas men-try lah nak zip. Finally saya berjaya zip lah. Tapi masyaAllah...perut saya melimpah-limpah. Anak saya yang bongsu tu Ayen nama dia dengan muka marah dia cakap "Ibu!!! kenapa ibu buat perut ibu gitu? Tak cantik...dah..jangan buat gitu lagi.!!"

OMG - dia ingat saya sengaja buat berlakon buat perut saya jadi boncet kot. Padahal dah memang begitulah hakikatnya sedih sungguh.

So since then...I decided that I have no other choice than to exercise lah... 


Wednesday, 7 May 2014

The Running Mom

Hi - Assalamualaikum girls!!!

As you can see, I've change my blog title to The Running Mom!! Tajuk baru ni saya rasa sesuai sangatlah kot dengan my latest addiction-well not so latest kot...dah setahun lebih dah rupa-rupanya saya menceburkan diri dengan active lifestyle ni (hihi at least I sendiri believe that I'm active lah kan)
 
Subhanallah...excited sungguh saya ni nak share experience yang seciput ni dengan korang semua tau. Macam biasalah, saya memang seorang pompuan yang sentiasa excited! Haha!!
 
I also got to know that few of my girlfriend dah mula excercise!!!!!!! Weeeeeeee good for you HAWT MOMMA!!!

Saya sekarang sedang busy nak men-settle-kan kerja-kerja sebelum saya bercuti panjang nanti. So till then saya bagi 1 pic sneak peak lah konon. Masa panjat Bukit Broga.

I'm on the peak of Broga Hill. Orang-orang yang kat bawah tu either dah penat so tak nak dah naik atas lagi or tak cukup adventure...chewaahhh..
 
 
So yeah...nanti saya sambung lagi...I have loads of story & tips to share!!!
 
Bye!!!





Saturday, 15 March 2014

Happy Things

Salam girls!!! Hari ni saya nak cerita pasal benda-benda yang meng-happy-kan saya. Banyak benda yang buat saya happy, senang sangat nak buat saya happy. Antaranya:-
 
1. Feed me. Hihi...nak nak Japanese Food or Seafood. Wuuiii...senyum lebar la Ahkak.
2. Hugs & kisses from my kids.
3. Window shopping - beli sebatang lipstick pun can make me happy.
4. Dating dengan hubs. Quick lunch berdua pun ok je.
5. Excite me - surprise me.
 
So hari ni nak cerita pasal no.5. Excitement. Since saya mula-mula menceburkan diri dalam aktiviti berlari sorang-sorang pepagi buta 5km/daily sejak Februari 2013, saya pun tiba-tiba memberanikan diri mendaftar untuk 5km race pada bulan November 2013. Tapi..tiba-tiba je kakak ipar saya daftarkan saya masuk 10km Stats Run Putrajaya October 2013. Aiyaarrkkk... being the first timer kan saya rasa excited giler. Takut pun ada sebab saya tak pernah lari 10km. Tapi pasal nak tunjuk macho & terlebih confident so saya ok je. Yang kelakarnya kakak ipar & abang saya mengharap giler yang saya boleh menang hadiah RM1000. Itu untuk pemenang ketama ok. Haha...
 
Habislah memberi kata-kata semangat dalam FB yang saya akan menang rm1000 hahaha...tolonglah... 1st timer kot. Takkan tetiba menang. So saya pun training la berlari 10km. Adalah dapat dalam 3 kali training sebelum race. Tiba hari race tu skali tengok yang join tu mak aiii...semuanya dah macam athlete dah. Kita ni tak payah nak berangan. But saya fokus nak habiskan lari sampai ke finishing line je.  
 
 
 
Gambar di finishing line ni husband saya yang ambil. Baik sungguh hati dia tunggu sampai saya habis berlari. Muacckkss. So I've finished in 1hr15m lari lepas tu balik rumah saya muntah!! Pengsan tido sampai petang. Anak-anak saya abang & kakak ipar yang jaga - hubs ada meeting kat luar masa tu. Hihi...excitement katanya :P


So ini sebenarnya sepatutnya race saya yang ketama. 5km race. November 2013. Walk tru Silent tajuk racenya. Pepagi buta dah start berlari 7.30am masa start tu. Saya sorang-sorang je lari. Takde kawan pun takde kenal sesiapa pun masa ni. Tapi dek kerana semangat yang menggunung ku gagahi juer. Dah la masa tu hari Ahad. Baru lepas hujan pulak pagi tu..huummm..selebung dalam selimut lagi best kan. Gambar ni saya suruh je random girl tolong snap kan..hihi ye..saya memang muka tebal.
 
Hasilnya...tadaa!!!! Finishing Medal!!! Excited kan...! Balik dari race terus mandi & rushed to Yen's kindi convocation. Yen ada buat performance tau. Mana boleh terlepas nak tengok intan payung gunung meletop saya tu.
 

Tak...baju tu yang kecik...saya tak demok ok. Huhu...ni race yang ke-3. 7km White Ribbon Race namanya. Dekat Padang Merbuk January 2014 kalau tak silap. Hoh..kalau nak kata saya ni nak berputus asa kan...dah memang boleh sangat lah. Nak dijadikan cerita saya join ni dengan kawan-kawan gym saya. (Cerita join gym di lain entry lah). Gym ada chartered bas. Bayar sorang RM15. Driver tu dah la datang lewat!! Race kan biasanya flag off pukul 7.00+ tapi driver tu datang jemput kami pukul 7.00am. Lepas tu dia berhentikan kami di Dataran Merdeka. Dia suruh jalan sampai Padang Merbuk. Dia gila ek? Tau tak Padang Merbuk tu somewhere around tugu negara tu. Dataran Merdeka tau kan kat mana. Dah tu kami dah mengamuk-ngamuk dia hantar la juer ke Padang Merbuk. Tapi race dah flag off 15 minutes ago. Arghhh....stress!!!!!! Tapi saya berlarilah juer sampai finishing line. Weeee....another finishing medal!!!!

 
Kuruskan KakTooonnn?? Eleh..jersey biru tu memang baik..selalu buat saya nampak kurus bila saya pakai dia. Ni monthly gym activity-panjat Bukit Ketumbar kat Cheras. Ok..tak payah tanya saya kat mana ni. Go google. Saya pun tumpang kawan gym. Dah la saya terlambat bangun tido. Lepas tu shawl lilit-lilit tu takmo jadik pulaaakkk!!! Stress!!!! Tapi excitement-nye memang superb!! Seronok!!! Panjat bukit tu dalam 25minit. Ok-ok je...penat jugak la..1st timer kan. Turun 40 minit sebab lalu track lain. Best!!! Sejak panjat bukit ni lah saya memasang angan-angan nak daki The Great Kinabalu!! Nak ikut??? Jom!!! 2015 ok!!
 
Ok, nanti sambung lagi. Mungkin kita cerita pasal benda lain pulak la...hahaha bosan ye cerita pasal fitness je...tapi saya suka!!!
 
P/S: Perasan tak signature pose saya cekak tangan ke pinggang...hihihih...suka hati lah!!!

Friday, 14 March 2014

Tips Rajin Bersenam 3

Hewoooo...

Kan dah busy kan.... hmm...tapi takpe. Hari ni saya berjaya menyelitkan masa untuk membebel! Weee...suke..suke...Eh actually korang suka ke baca pasal bersenam-bersenam ni haa? Mesti korang bosan kan..haha padanlah muka. Siapa suruh baca?! Kasik chance la kan..saya tengah bersemangat ni. Kalau nak tau, ini adalah jangkamasa paling lama setakat ni yang saya berjaya bersenam konsistenly. Istiqamah bak kata ustajah.

Moh baca tips rajin bersenam lagi:-
 
1. Bersenam supaya boleh makan banyak tanpa feel guilty & demok. Semua orang tahu kot yang dalam sehari purata kalori untuk seorang perempuan adalah dalam 1200-1300 cal. Banyak tu je yang kita boleh makan. FYI sepinggan nasi goreng kalorinya adalah 600cal!!! Ha...breakfast nasi goreng ke pagi tadi? So yang tinggal hanya 600cal lagi untuk lunch, tea break & dinner. Mampu ke Senah? Mungkin tidaakkkk... So kalau kita bersenam, kita bakar kalori. Dengan automatiknya, kalori intake yang dibenarkan perday akan bertambah. Contoh, hari ni saya berlari 5km dalam masa 30 minit kalori terbakar lebih kurang 350cal. So hari ni saya boleh makan 1200+350cal = 1550cal!! Wee... jom makan Sushi Tei!!!
 
2. Cari jenis senaman yang kita suka. Saya suka berlari, lari buat saya rasa bebas. Haha poyo je bunyiknye. Tapi betul...mula-mula memang saya malas. Actually every single time saya bercadang nak jogging, saya rasa malas. Saya siap berlengah-lengah la...tukar baju lambat-lambat la..pakai kasut lambat-lambat la...sambil mencipta 1000 macam alasan untuk saya tidak berlari pada hari itu. Tapi saya lari jugak. Sebab apa? Sebab saya tahu after I've finished my 5000 meter run, I will feel good!!! Happy giler.
 
3. Cari website cerita-cerita yang berjaya bersenam. Baca - tengok cerita biggest loser ke apa-apalah yang meningkatkan motivasi. Kalau feel demotivated, pergi mengadu dengan kawan yang giler gym or giler marathon. InsyaAllah derang akan tiup-tiup api semangat kat korang.
 
4. Join challenge Kevin Zahri. Sekarang kan ada Cabaran Kurus 1 Malaysia for 6 weeks. Siap siapa menang dapat hediah RM5000 ok. Giler taknak? Sekarang ni baru je tutup pendaftaran untuk cabaran yang ke-2 March-April 2014. Saya berangan nak join cabaran yang ke-3 nanti. Jom lah kita join!! Sabtu Ahad je pun. 6 minggu boleh hilang banyak kilogram!!!
 
5. Saya memang dari tulu suka ada hala tuju. Hihi..sebenarnya..saya ni kuat berangan kalau tak percaya tanyalah TunTun. Majoriti angan-angan Mat Jenin. Banyak yang tak kesampaian atau separuh jalan. Tapi takpe...saya memang tak pernah berputus asa untuk berangan. Hihi. Saya suka ada boxes to be ticked. Dalam apa-apa perkara dalam hidup saya ni, saya memang suka ada checklist. Contoh:- boxes to be ticked before I am 40 years old.
 
a. Beli kereta baru (belum ticked)
b. Daki gunung Kinabalu (baru berjaya daki Bukit Ketumbar - so unticked box)
c. Pergi Mekah (Umrah) (InsyaAllah akan tick dalam masa terdekat)
d. Belikan Ibu/Ayah massage chair (TICKED!!!)
e. Join marathon (or at least 10km race) (TICKED!!)
 
Ini contoh je, checklist saya yang sebenar panjang lagi. Tapi memang saya nak daki Gunung Kinabalu la....jom jom!!!  Lepas tu saya ada banyak kategori checklist tau. Like checklist untuk diri sendiri, untuk family (nak cat rumah, nak pasang wardrobe baru, nak beli water heater), untuk anak-anak (nak main lego dengan Yen, nak qatam Quran sama-sama dengan Abg Long) & tak lupa checklist wish list untuk shopping (nak kasut baru, nak handbag baru) & checklist untuk makanan yang nak saya makan (Nak Sushi Tei, nak Chilli's, nak Tony Romas). Haha...rasanya checklist yang paling panjang mesti yang bab makanan kan...kan...

Ok lah...nanti sambung lagi.. ada banyak cerita nak cerita tau.
 
 

Friday, 21 February 2014

Tips Bersenam Part 2

 Ok - sebelum saya terlupa tips-tips yang memang dah lama ada dalam kepala hotak saya ni. Moh lah kita share kan ye:-
 
1. Ambil gambar perut on the 1st day kita start bersenam. Simpan gambar tu. Ambik gambar perut tu sebulan sekali. I tell you...saya sekarang tak sangka kenapa sampai hati saya biarkan perut saya melimpah macam tu sekali dulu? Tsk..tsk..tsk..kesian perut saya. Sekarang ni pun perut saya belum six pack pun :P. Tapi jauh lebih kecik daripada gambar 1st yang saya ambil masa mula-mula start bersenam. Ye saya ingat lagi tarikhnya 1/2/2013. Simpan gambar tu baik-baik ok. Lepas tu jangan gatal pulak nak letak dalam facebook. Ko giler ke Senah? Aurat ok...aurat!!
 
2. Apa lagi tips ye? Carik kawan!!! Ye..kalau korang takde kawan, meh lah kawan dengan saya. Saya sudi...hihihi...Carik kawan yang boleh memberi semangat, yang senasib-sama-sama nak bersenam. Carik kawan yang positif. Yang rajin mendengar keluh kesah adu domba pasal senaman korang. Carik kawan yang garang (macam saya) yang boleh marah kalau korang malas. Yang boleh motivate korang, yang boleh perli korang bila tak bersenam pagi tadi.
 
3. Update dalam FB pasal aktiviti bersenam hari-hari. Boleh guna banyak application dalam smart phone korang. Saya guna 'Noom'. Every time saya workout, saya update & di sharekan dalam FB. Saya share bukan sebab saya nak eksyen, taakkk...saya share untuk peringatan diri sendiri. Dan...saya ada few friends yang baik hati yang selalu remind saya bila dia tengok takde update status saya bersenam "Ey..Tan!!! Apsal ko dah lama tak bersenam ha? Ko pemaleh kan!!??" Gitu... Kalau nak tulis dalam buku ke white board ke pun ok. Janji korang keep track. Nak senang guna application dalam smartphone.
 
4. Bersyukur - kalau ada 5 minit je masa untuk exercise, kita exercise lah 5 minit. Kalau ada 10 minit masa, 10 minit lah kita guna. Kita kena bersyukur..jangan tamak. Kalau ada peluang bersenam di rumah...kita bersyukur, kalau ada peluang jogging di taman bersyukur juer..itu kira macam bonus kan. Yang penting apa diaaa??? Konsistensi. Kadang-kadang saya bosan berlari sorang-sorang kat kompaun rumah, saya jogging di taman rekreasi. Ye saya beruntung lah juer sebab depan rumah saya tu memang taman rekreasi tersohor di KL. hihi. Memang perasaannya berbeda ye puan-puan. Sebab ramai orang yang sama-sama bersemangat macam saya. Ramai yang berlari. Rasa macam marathon!!
 
5.Pasang niat - eh..saya punya tips ni actually tak ikut urutan ek..hihi patutnya pasang niat mesti yang ketama kita buat. Pasang niat, saya nak bersenam kerana Allah Ta'ala, untuk sihat tubuh badan, untuk menjadi rutin harian saya, untuk hidup lebih cergas, untuk anak-anak & keluarga saya.
 
6. Set target / challenge - lepas 3 bulan saya bersenam/jogging ni, saya nak masuk 1/2 marathon!!! Yeap..yeap...nak masuk race!!! Seriously I did (nanti saya cerita di entry yang lain orait) Idid - but after 10 months of training jogging macam orang giler sorang-sorang.
 
7. Celebrate - Actually saya celebrate kejayaan saya berjogging yelah dengan join 10km race. Yeap..itu ganjaran untuk diri saya sebenarnye. Eh..actually part of lah. Lepas tu saya beli baju baru - semestinya saiz kecil dari size yang dulu....kheenn.... & memuji diri sendiri di dalam fitting room..kakakaka... Ambik pic & whatsapp kat Matun..."Tun..Tun...tengok lah I ni....kurus kheennnn" gitu....Lepas tu saya beli kasut...lepas beli kasut...saya beli kasut lagi...lepas tu kasut lagi....hihihi... So..actually saya reward diri saya setiap bulan dengan kasut. Flats je pun...huhu itu pun nak kecoh kan...lantak..janji happy. Pastu whatsapp Matun lagi "Lihatlah TunTun..kasut I!!"
 
Eh..korang janganlah suka suki whatsapp entah siapa-siapa ok!! Matun tu bff saya, dia memang pasrah je layan kawan dia yang sewel ni. So..korang kena carik kawan se-best TunTun!! Eh dah la tuh...nanti sambung lagi orait!!!
 
Ta!!!
 
P/S: Seronoknye saya ni dah banyak benda nak cerita kan..kan...pastu baca sendiri apa yang saya tulis pastu senyum sendiri...hehe..jangan risau...saya memang suka perasan/ syok sendiri.. :P
 
 
 
 
 
 

Thursday, 20 February 2014

Tips Bersenam

Hai y'all!!! Seperti dijanjikan saya nak bagi tips untuk bersenam!! Semangat nih!! Harus diingat, tips yang saya bagi ni memang personal tips dari saya & dari pembacaan ke dari khidmat nasihat coach tak rasmi hihi. Tips ni bukan tips untuk kurus pun. Seriously I tell you, saya sekarang pun belum kurus lagi pun. Memang la dah kurang 6kg tapi tak kurus pun. Tapi...ahhh...moh baca tips dulu lah jom:-
 
1. Mula-mula sekali - pakai baju cantik - beli jersey color-color yang cantik. Mahal? Mana ade...beli je kat pasar malam. Ambik color pink!! RM10 pun dapat kot. Tak payah mahal-mahal. Duit tu simpan untuk beli baju masa kita dah slim sikit. Perlu tuh...sebab percayalah cakap saya 4-6 bulan kalau konsisten bersenam, baju-baju favourite puan-puan akan tiba-tiba menjadi longgar. So duit tu simpanlah...sebab kena beli baju baru..kan..kan..
 
2. Beli yoga pants kat pasar malam pun ada bukan mahal pong. Kat pasar malam Jalan TAR ada banyak yoga pants yang cantik-cantik. Serious cantik. Bukan macam seluar katok apek cina pun. Ni memang cantik macam seluar Jeniffer Lopez. Hihi..Rasanya price dalam RM35 kot. Kalau beli 2 dapat RM60. Tengok tu...anje-anje betul korang ni ye? Siap nak kena cakap nak beli kat mana dengan prica sekali ye? Huh!!
 
3. Pakai kasut sukan. Saya dapat kasut color hijau dari husband saya brand Puma. Lepas 2 bulan kasut tu kena curik....sedih betullah. Lepas tu husband belikan lagi kasut yang sama colot purple...suke!!!! Lepas tu saya beli lagi satu kasut Nike kat warehouse sale je. RM100 kot. Yang penting color pink. Huhu..kasut tak kesah nak mahal ke murah ke, sebab kaki mungkin akan tetap sama size orait!!! nak murah kat Bata pun ada brand Power. Ok whaaatt...ringan je. cantik pun ye. Sekarang Bata dah setaraf dengan brand kasut lain ok. Dah tak cokia dah. Jangan memandang rendah pada kasut Bata tau. Nanti pasal kasut murah tu lah korang slim & fit. 
 
4. Mulakan dengan 5 minit. ko gelak senaahhh? ko cuba melompat bintang tanpa henti seminit tengok camne? semput ke rasa nak mati. Nanti dah lama-lama tambah la 7 minit, 10 minit, 12 minit, 15 minit, 20 minit. Jangan gelojoh Senah, jangan eksyen juer... yang penting konsistensi. Itu magic word kita. Konsistensi. Mesti buat hari-hari.
 
5. Kalau terloncat-loncat sorang-sorang dah la pagi-lagi buta kan. Memanglah rasa macam loser. Huhu...mula-mula je. Ok lah...meh ahkak ajar, kan sekarang telefon dah canggih. Apa gunanya khen? Bukak la lagu. Lagu tu tak kisahlah lagu apa-apa pong P.Ramlee ke, 4U2C ke, Najwa Latip ke..lantak korangla...habis satu lagu baru korang stop meloncat. Satu lagu maybe 3 minit kot...biasanya lah kan. So...kalau nak tambah lagi 1 lagu pun ok jew..kalau tak..takpe..kita sambung esok je.
 
Contoh work out yang paling senang dah kalau 5 minit je masa yang kita ada yelah Circuit Training.
 
 
 
 
Bersenam pagi-pagi actually lebih senang sebab kurang gangguan, anak & husband masih tidur, badan jadi segar, tenaga bertambah, badan cergas otak cerdas. Increase metabolism sebab calorie dibakar dipermulaan hari. 
 
Last year berat saya 64kg. Tinggi saya 160cm. Saiz seluar jeans levis 30. Itu pun melimpah keluar perut saya. Bila ambik gambar nampak demok pendek. Ughh.. saya start jogging 30 minit sehari sejak February 2013. By June 2013 masa vacation saya dengan kawan-kawan ke Pulau Perhentian, saya ingat lagi kawan saya Emma cakap dia geli tengok jeans saya yang bahagian peha belakang tu menggelebeh. Saya gelak je. Sebab saya ingat dia gurau-gurau. Lagi pun saya actually baru je kecikkan pinggang & kaki jeans saya tu. Hantar alter dekat tailor.
 
Tapi bila tengok dalam gambar & tengok kat cermin baru saya nampak kegelian Emma tu macam mana. Memang tak cantik pun. Nampak selekeh gila pakai jeans yang tak ngam saiz. Jeans favourite saya yang baru berusia setahun kot yang saya dah kecikkan tu dah longgar banyak!!! Tu jeans size 30!! Saya memang sejak umur 20-an memang pakai size 30 kot. How come tetiba jadi begini hah?
 
So July 2013 saya berkobar-kobar pergi Levis beli jeans baru. Mintak size 29 = longgar. Mintak saiz 28 takde pulokkk!!! Adik tu bagi size 27. Saya ketawa kuat-kuat kat situ. Memang tak lah dek oiii kata saya. Ni saiz masa akak umur 21 kot. Adik tu kata...cuba je kak. Jeng..jeng..jeng.... muat. Ngam choy chak boiii....Selesa gileeeee!!!! Rasa nak cium adik tu (adik tu pompuan, don't worry). So saya beli 2 helai terus jeans tu & hadiahkan jeans size 30-31 kat kakak-kakak-kakak saya. Ye saya ada 3 orang kakak. Jeans size 30-31 tu pun baru setahun kot beli. Tsk..tsk..tsk...
 
Lepas tu pergi ke rumah Emma hantar kuih raya yang dia order sambil memakai jeans baru. Emma tidak geli lagi...hihi...
 
Ok...saya bagi 5 tips dulu ye. Nanti sambung lagi. Ada banyak lagi tips. Jangan takut bersenam. The key is TO START!!!! Second is CONSISTENT. Kena beranikan diri untuk memulakannya!!! Semangat nih!!! Saya pun macam puan-puan juer, berkerja ada anak, kena basuh pinggan, basuh kain, lipat kain, masak, jadi harimau jadian nak marah anak-anak. Kita serupa...but I did it for a year dah pun. Saya pun pemalas gila macam korang jugak dulu. Serious!!! Tak tipu. Ok sambung nanti..

Ta!!!

P/S: Saya memang belum kurus. Saya belum capai ideal weight pun.
 
 
 
 
 

Wednesday, 19 February 2014

Selfish

Salam,
 
Eh...eh..update lagi? Wah wah aaahhh...banyak masa nampak? Ha..nak ceritalah ni..seminggu dua ni adalah free sikit...weeeee tender drawings dah habis - issued out to client. Setelah terkangkang-kangkang buat kerja 2 minggu sampai termimpi-mimpi ok. Siap mimpi cara-cara macam mana nak buat kerja tu jadi senang. huhu...
 
Tapi rasanya dalam bulan 3 nanti akan terkangkang-kangkang semula buat kerja ni. Bukan tak mau nak rapat-rapatkan kaki, nak.... tapi nanti lambat. Owh...baru perasan, sejak kerja office ni, saya memang dah takde kasut high heel. Memang dah tak beli. Memang dah tak pakai. Eh berguna ke informasi ni? Takpe lah...sapa suruh baca kan. Masalahnya...bila nak pakai baju kurung nak pergi kenduri kawin ke...dah takde kasut vouge. Atee camne? Wah!!! Ini alsan yang bijak untuk beli kasut baru!! Yesss!!!
 
Owh - tajuk kita... SELFISH
 
Yeap..actually since February 2013 saya tiba-tiba mendapat idea or lebih kepada kesedaran nak menjadi selfish. Pentingkan diri sendiri. Macam lah ko selama ni tak mementingkan diri sendiri kan. Time shopping asyik baraangg koooo je kan. Ehh...tak lah...kalau saya beli baju cantik-cantik untuk diri sendiri, saya mesti belikan untuk anak jugak...macam beli stokin, eraser baru..haha aci tak?
 
Apa idea selfish nye hoii? Oh...ok...exercising!!!!! Well yeah cliche sunguh bunyiknye ye. apa-apa lah labu..yang penting ahkak bersonam untuk diri sendiri - selfish kan.
 
So...mengikut schedule omak-omak yang memang selalu padat pudat dah tak tau nak selit kat mana tah. Dan kalau ada masa pun lebih baik pergi membuta kan..kan... So..kat mana time nya nak diselitkan nak exercise sangat tu? Adaa..... pukul 5.00 pagi!!!! OMG memang nak nangis...memang rasa nak hentak-hentak kaki. Tapi saya buat juer. Umm...plinggg!!!! sekarang dah February 2014 - dah setahun dah!!! Weeeeee....!!!!!
 
Uih..macam-macam halangan terjadi. Antaranya :
  1. Standard reason maleh bangun pagi.
  2. Umm..sejuukkk selimut berat
  3. Peluk-peluk dengan laki lagi best...eh..opssieee.
  4. Lagi...hujan.
  5. Kasut kena curik.
  6. Anak melalak tak bagi pergi.
  7. Malas - eh dah berapa kali alasan ni?
  8. Demam denggi so 3 minggu cuti jogging pepagi.
  9. Kawan-kawan perli...ehh...adeee...huhu. apa lagi alasan lagi satuuuu je lagi ek nak cukupkan 10.
  10. Ahhh....Malas
So berlari-larilah saya sorang-sorang pada pukul 5.00 pagi hampir setiap hari tak kita weekday atau weekend. Masa mula-mula lari memang sorang-sorang tapi bila dah ke 3-4 round tu dah ada orang lain pun berjogging sama. Saya jogging keliling block condo je. Selamat In Sya Allah, gated guarded, takde anjing kojar. Tapi saya tetap beringat juer. Berhati-hati juer. Malang tak berbau. Ketiak je berbau asyemm selepas jogging.
 
Saya suka berlari, saya jadi happier bila saya dapat lari. Seronok. Rasa macam satu kejayaan. Drag myself to jog every single morning. Masa nak bangun tu memang seksa. Oh..tell me about it. Memang rasa nak jerit-jerit kejut semua orang hoiiishhh bangunlaaahhhh kenapa aku sorang je kena bangun. Tapi itu je masa yang saya ada untuk bersonam. So..nak ke tak nak? Itu je penghalangnya.
 
Saya dah berjaya kurangkan berat 6kg since saya berlari-lari macam pompuan giler. Mula-mula memang rasa nak mampus. Haha...baru lari tak sampai 70meter rasa macam nak muntah. Sekali round rumah saya tu dalam 800 meter. Masa mula-mula jogging tu saya rasa saya ada pit stop like 6 kali!! Sekarang ni i feel like a pro :P. hihi hanya ada 1 pit stop for each round. Pit stop pun bukan berhenti berlari, tapi hanya berjalan laju sejauh maybe 30 meter. Handal tak handal tak? ala...handal kan..kan...
 
Ok lah dah panjang bona pulak. Ni pun dah pukul 2.00pm. Kena sambung kojo lah kito sekueknyo.
 
Tata!!!!
 
P/S: Nanti saya bagi tips untuk rajin berlari ok!!!
 
 
 
 
     
     
 
 

Monday, 16 January 2012

Double 3

Hi all, yup last 14th January saya telahpun berumur double three. Ehehe..ngada lah tu taknak sebut betul-betul kaaannn... Husband telah dengan baik hati menawarkan untuk menjaga anak-anak sambil membenarkan saya menggedik dengan Weq. Well Weq the bestie telah lama berjanji nak membelanja di Japanese Restaurant and she chose Shogun One Utama. All I can say is 'Wowww!!' I love this place. Lets check it out!

Entrance

Seorang birthday girl yang happy nampak makanan banyak!! Eat all you can. Tak payah kira harga ikut warna piring..hihih...just take everything. Oyster pun ada you all....slurrrppp!!! Chawan mushi pun sedap Tuntun - tak plain macam Sushi King punya ok.

Si Tukang Bayar yang berdagu runcing - owh & look at my plate yang full of salmon!!! Nyumsss

Bukti kesedapan oyster..hahaha ini berlakon ye tau sampai terkeluar-keluar lidah..over. Tapi oyster memang serious best!

Aahhh...ni 1st plate je...salmon is my peberet!

Dinding-dinding yang dilukis gambar-gambar orang Jopun so that so suddenly feels like being in Japan? Noottt!

Oyster!!!! Kami berdua siap jalan laju-laju ok..masa worker Shogun tu letak refill oyster kat buffet table tu..hihihi..nak ambil banyak-banyak sangat kang takut orang kata tamak pulak..

Bila saya cakap saya jealous tengok dagu Weq runcing...dia balas "Apsal ko tak jeles tgk gigi aku banyak?" hahaha...Weq ni bergigi taring ok..puteri bersiung..but I think itulah keunikan dia kot...tak ramai orang bersiung

Sedang mencari sunglasses yang sesuai dengan tudung yang tak akan membuatkan tudung menjadi kembang..tak jumpa.... harus cari lagi. But this one looks ok kot..tapi tak beli..nantilah cari lagi

Budak vain..tah berapa sun glasses dia ada..dalam 15 dah kot..chittt

Owh..dalam pukul 5.00pm gitu saya hantar Weq & balik ke rumah ke pangkuan keluarga tersayang. anak-anak dijaga oleh PakMir yang meng-kasik chance bininya menggedik dengan bestie. Bila balik rumah nampak satu plastik kosong besar gila kat rak kasut. Pikir dalam hati..tah hapa la budak-budak ni pow ayah dia shopping mainan apa lah ni. Bebel punya bebel....tetiba nampak bunga atas dining table....tadaaaa...!!!


Owwhhh hati berbunga-bunga - walaupun suami saya tak pandai memujuk rayu bermadah pujangga berjanji bulan bintang...tapi dia cuba juga sebab saya suka. Saya selalu marah dia & cakap dia 'fail' dalam hal pujuk memujuk & meng-comfort kan hati saya bila saya sedih. Lagi-lagi kalau saya termenangis sebab sedih or kecewa sangat dengan sesuatu memang dia blur...kaku tak reti nak buat apa. Saya siap paksa dia 'Say something laaaa!!" hahaha.. tapi dia memang speechless...tak reti. Saya memang selalu harap that he can say the right word at the right time. Tapi teeettttt....takpe lah... At least dia tak bermuka-muka & berlakon. Itulah diri dia. Dia sayang saya juer - I have to stick in my mind that actions speak louder than words. Mungkin saya kena kurangkan tengok filem romantic comedy omputess kot.

My birthday this year sangat seronok. Eventho rasa macam dah tua muka pun dah saggy uhuk!! Tapi rasa disayangi...thanks semua yang wish, yang belanja, yang sayang saya. Sehingga ke tahun-tahun seterusnya!! Mari dewasa bersama!!!!

P/S:- Bayong Adam pandai pujuk...semalam saya mengadu kat dia...pastu dia terus cakap the right words at the right time.