$

Saturday 15 March 2014

Happy Things

Salam girls!!! Hari ni saya nak cerita pasal benda-benda yang meng-happy-kan saya. Banyak benda yang buat saya happy, senang sangat nak buat saya happy. Antaranya:-
 
1. Feed me. Hihi...nak nak Japanese Food or Seafood. Wuuiii...senyum lebar la Ahkak.
2. Hugs & kisses from my kids.
3. Window shopping - beli sebatang lipstick pun can make me happy.
4. Dating dengan hubs. Quick lunch berdua pun ok je.
5. Excite me - surprise me.
 
So hari ni nak cerita pasal no.5. Excitement. Since saya mula-mula menceburkan diri dalam aktiviti berlari sorang-sorang pepagi buta 5km/daily sejak Februari 2013, saya pun tiba-tiba memberanikan diri mendaftar untuk 5km race pada bulan November 2013. Tapi..tiba-tiba je kakak ipar saya daftarkan saya masuk 10km Stats Run Putrajaya October 2013. Aiyaarrkkk... being the first timer kan saya rasa excited giler. Takut pun ada sebab saya tak pernah lari 10km. Tapi pasal nak tunjuk macho & terlebih confident so saya ok je. Yang kelakarnya kakak ipar & abang saya mengharap giler yang saya boleh menang hadiah RM1000. Itu untuk pemenang ketama ok. Haha...
 
Habislah memberi kata-kata semangat dalam FB yang saya akan menang rm1000 hahaha...tolonglah... 1st timer kot. Takkan tetiba menang. So saya pun training la berlari 10km. Adalah dapat dalam 3 kali training sebelum race. Tiba hari race tu skali tengok yang join tu mak aiii...semuanya dah macam athlete dah. Kita ni tak payah nak berangan. But saya fokus nak habiskan lari sampai ke finishing line je.  
 
 
 
Gambar di finishing line ni husband saya yang ambil. Baik sungguh hati dia tunggu sampai saya habis berlari. Muacckkss. So I've finished in 1hr15m lari lepas tu balik rumah saya muntah!! Pengsan tido sampai petang. Anak-anak saya abang & kakak ipar yang jaga - hubs ada meeting kat luar masa tu. Hihi...excitement katanya :P


So ini sebenarnya sepatutnya race saya yang ketama. 5km race. November 2013. Walk tru Silent tajuk racenya. Pepagi buta dah start berlari 7.30am masa start tu. Saya sorang-sorang je lari. Takde kawan pun takde kenal sesiapa pun masa ni. Tapi dek kerana semangat yang menggunung ku gagahi juer. Dah la masa tu hari Ahad. Baru lepas hujan pulak pagi tu..huummm..selebung dalam selimut lagi best kan. Gambar ni saya suruh je random girl tolong snap kan..hihi ye..saya memang muka tebal.
 
Hasilnya...tadaa!!!! Finishing Medal!!! Excited kan...! Balik dari race terus mandi & rushed to Yen's kindi convocation. Yen ada buat performance tau. Mana boleh terlepas nak tengok intan payung gunung meletop saya tu.
 

Tak...baju tu yang kecik...saya tak demok ok. Huhu...ni race yang ke-3. 7km White Ribbon Race namanya. Dekat Padang Merbuk January 2014 kalau tak silap. Hoh..kalau nak kata saya ni nak berputus asa kan...dah memang boleh sangat lah. Nak dijadikan cerita saya join ni dengan kawan-kawan gym saya. (Cerita join gym di lain entry lah). Gym ada chartered bas. Bayar sorang RM15. Driver tu dah la datang lewat!! Race kan biasanya flag off pukul 7.00+ tapi driver tu datang jemput kami pukul 7.00am. Lepas tu dia berhentikan kami di Dataran Merdeka. Dia suruh jalan sampai Padang Merbuk. Dia gila ek? Tau tak Padang Merbuk tu somewhere around tugu negara tu. Dataran Merdeka tau kan kat mana. Dah tu kami dah mengamuk-ngamuk dia hantar la juer ke Padang Merbuk. Tapi race dah flag off 15 minutes ago. Arghhh....stress!!!!!! Tapi saya berlarilah juer sampai finishing line. Weeee....another finishing medal!!!!

 
Kuruskan KakTooonnn?? Eleh..jersey biru tu memang baik..selalu buat saya nampak kurus bila saya pakai dia. Ni monthly gym activity-panjat Bukit Ketumbar kat Cheras. Ok..tak payah tanya saya kat mana ni. Go google. Saya pun tumpang kawan gym. Dah la saya terlambat bangun tido. Lepas tu shawl lilit-lilit tu takmo jadik pulaaakkk!!! Stress!!!! Tapi excitement-nye memang superb!! Seronok!!! Panjat bukit tu dalam 25minit. Ok-ok je...penat jugak la..1st timer kan. Turun 40 minit sebab lalu track lain. Best!!! Sejak panjat bukit ni lah saya memasang angan-angan nak daki The Great Kinabalu!! Nak ikut??? Jom!!! 2015 ok!!
 
Ok, nanti sambung lagi. Mungkin kita cerita pasal benda lain pulak la...hahaha bosan ye cerita pasal fitness je...tapi saya suka!!!
 
P/S: Perasan tak signature pose saya cekak tangan ke pinggang...hihihih...suka hati lah!!!

Friday 14 March 2014

Tips Rajin Bersenam 3

Hewoooo...

Kan dah busy kan.... hmm...tapi takpe. Hari ni saya berjaya menyelitkan masa untuk membebel! Weee...suke..suke...Eh actually korang suka ke baca pasal bersenam-bersenam ni haa? Mesti korang bosan kan..haha padanlah muka. Siapa suruh baca?! Kasik chance la kan..saya tengah bersemangat ni. Kalau nak tau, ini adalah jangkamasa paling lama setakat ni yang saya berjaya bersenam konsistenly. Istiqamah bak kata ustajah.

Moh baca tips rajin bersenam lagi:-
 
1. Bersenam supaya boleh makan banyak tanpa feel guilty & demok. Semua orang tahu kot yang dalam sehari purata kalori untuk seorang perempuan adalah dalam 1200-1300 cal. Banyak tu je yang kita boleh makan. FYI sepinggan nasi goreng kalorinya adalah 600cal!!! Ha...breakfast nasi goreng ke pagi tadi? So yang tinggal hanya 600cal lagi untuk lunch, tea break & dinner. Mampu ke Senah? Mungkin tidaakkkk... So kalau kita bersenam, kita bakar kalori. Dengan automatiknya, kalori intake yang dibenarkan perday akan bertambah. Contoh, hari ni saya berlari 5km dalam masa 30 minit kalori terbakar lebih kurang 350cal. So hari ni saya boleh makan 1200+350cal = 1550cal!! Wee... jom makan Sushi Tei!!!
 
2. Cari jenis senaman yang kita suka. Saya suka berlari, lari buat saya rasa bebas. Haha poyo je bunyiknye. Tapi betul...mula-mula memang saya malas. Actually every single time saya bercadang nak jogging, saya rasa malas. Saya siap berlengah-lengah la...tukar baju lambat-lambat la..pakai kasut lambat-lambat la...sambil mencipta 1000 macam alasan untuk saya tidak berlari pada hari itu. Tapi saya lari jugak. Sebab apa? Sebab saya tahu after I've finished my 5000 meter run, I will feel good!!! Happy giler.
 
3. Cari website cerita-cerita yang berjaya bersenam. Baca - tengok cerita biggest loser ke apa-apalah yang meningkatkan motivasi. Kalau feel demotivated, pergi mengadu dengan kawan yang giler gym or giler marathon. InsyaAllah derang akan tiup-tiup api semangat kat korang.
 
4. Join challenge Kevin Zahri. Sekarang kan ada Cabaran Kurus 1 Malaysia for 6 weeks. Siap siapa menang dapat hediah RM5000 ok. Giler taknak? Sekarang ni baru je tutup pendaftaran untuk cabaran yang ke-2 March-April 2014. Saya berangan nak join cabaran yang ke-3 nanti. Jom lah kita join!! Sabtu Ahad je pun. 6 minggu boleh hilang banyak kilogram!!!
 
5. Saya memang dari tulu suka ada hala tuju. Hihi..sebenarnya..saya ni kuat berangan kalau tak percaya tanyalah TunTun. Majoriti angan-angan Mat Jenin. Banyak yang tak kesampaian atau separuh jalan. Tapi takpe...saya memang tak pernah berputus asa untuk berangan. Hihi. Saya suka ada boxes to be ticked. Dalam apa-apa perkara dalam hidup saya ni, saya memang suka ada checklist. Contoh:- boxes to be ticked before I am 40 years old.
 
a. Beli kereta baru (belum ticked)
b. Daki gunung Kinabalu (baru berjaya daki Bukit Ketumbar - so unticked box)
c. Pergi Mekah (Umrah) (InsyaAllah akan tick dalam masa terdekat)
d. Belikan Ibu/Ayah massage chair (TICKED!!!)
e. Join marathon (or at least 10km race) (TICKED!!)
 
Ini contoh je, checklist saya yang sebenar panjang lagi. Tapi memang saya nak daki Gunung Kinabalu la....jom jom!!!  Lepas tu saya ada banyak kategori checklist tau. Like checklist untuk diri sendiri, untuk family (nak cat rumah, nak pasang wardrobe baru, nak beli water heater), untuk anak-anak (nak main lego dengan Yen, nak qatam Quran sama-sama dengan Abg Long) & tak lupa checklist wish list untuk shopping (nak kasut baru, nak handbag baru) & checklist untuk makanan yang nak saya makan (Nak Sushi Tei, nak Chilli's, nak Tony Romas). Haha...rasanya checklist yang paling panjang mesti yang bab makanan kan...kan...

Ok lah...nanti sambung lagi.. ada banyak cerita nak cerita tau.