$

Thursday 29 October 2009

to bitch or not to bitch

aku baru je tengking satu mamat bodoh yg mmg dah lama carik pasal ngan aku. tapi kenapa aku still rasa tak puas? selama ni i don't know how to be bitchy. ramai org kata keje mcm aku ni mmg boleh jadik bitchy. u know...marah org sana sini. but i didn't have the guts to do it. it's just not me. mmg aku akan membebel ke ngadu ke pasal aku tak puas hati to my loved ones; i.e: hubs, sisters, besties. then they will menyokong2 aku ke..api-apikan ke..sesama ckp org yg aku tak puas hati tu bodoh ke... that kind of thing. which usually makes me feel better.

but this time...this time i decided to be bitchy. aku tengking balik. i suppose to be satisfied don't i? tapi kenapa aku rasa tak puas jugak. paham tak what i mean? slalu kalau org marah or tengking kita pasal keje pastu kita tak reti nak jawab apa so kita diam je . but we wish that we can punch them in their head or yell back at them but we didn't have the guts to do it.

despite keeping my cool as usual and people still take advantage of my kindness (cheewaahhh) i thought i'll feel better after i yelled back and slammed down the phone just now. but i'm not.

maybe after this i just keep doing my old routine which is membebel about merepek things to 2-3 pairs of ears that have been very loyal to hear it kan...hopefully kengkawan & my other half setia mendengarnye...

don't let anger leads you - i suppose

~sigh~

p/s: ibu ayah nak berangkat ke Mekah malam ini. tolong doakan ibu ayah sehat sentiasa, selamat pergi & balik serta dapat menunaikan Haji dgn sempurna hendaknya.

p/s/s: mk ade buat list yg panjang utk mintak ibu doakan kat sana nanti hehe

Saturday 24 October 2009

bambam kesayangan ramai



bambam kesayangan mk ini amatlah noti noti budaknya. org suruh tunjuk gigi dia tunjuk lidah. budak2 lelaki 2 org itu mmg selalu menjadi badut buat kelakar tah hape2 bila kat rumah. kat luar rumah or kat tempat yg derang tak familiar tetiba je jadik pemalu (semua kekanak gini lah kot kan).

rambut abg lon' masih lagi blom panjang seperti sediakala. dia adalah sedikit stress nak panjangkan balik rambut dia (haihhh...mr.perfect).

orait....selamat berhujung minggu.

Friday 23 October 2009

brownies walnut super laku


nampak tak ade corak mcm strawberry kat brownies mk itu? itu sebenarnye tak disengajakan. mula2 topping mmg dah siap letak. pastu dah lelama tu mk rasa nak tambah topping lagi sebab mmg ade lebih sket lagi topping tersebut. so letak la kat atas brownies itu. tetiba dia jadik gitu mcm bentuk strawberry. teruslah mk cakap ngan semua tetamu yg mmg mk nak buat gambar strawberry..hehehehe....

tetamu mk agak kagum ye..dgn hasil gmbr strawberry itu.. hah!!

tsk - tgh sakit perut nih... nak gi toilet tapi kan sungguh tidak syok jika bila kita masuk toilet office dan terus dihidangkan dgn bau-bauan dari pihak lain yg sungguh tidak mengujakan siap beserta dgn sound effect nye . Nooo jangan imagine...!!!!

so... mari le kita update dulu lah resepi brownies walnut super laku mk pada kali ini ye puan2. dolu-dolu mk ade buat sila rujuk resepi brownies kering hehehe... kali ni mk guna resepi lain pulak. hasilnye maveles! sehingga mk berjaya buat sampai 3 bijik sbb habis laku dimakan oleh tetamu2. pastu kan mk ade lah buat untuk bawak ke rumah emak (mertua) sambil berangan2 mak puji nanti...heheheeh

akan tatapi.... ade lah org itu terlupa membawaknye. dia tinggalkan kat atas dining table umah mk saje. jadiknye puji-pujian dari emak hanya tinggal angan2 saje... takpe ma..nanti mk buat lagi ok (bila tu?) jom ke resepi:-

bembahan:-

utk brownies:-
  • 1 cwn butter
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu kecit vanilla extract
  • 4 biji telur
  • 3/4 cwn serbuk koko (van houten sedap)
  • 1 cwn tepung
  • 1/2 sudu kecit baking powder
  • 1/4 sudu kecit garam halus
  • 1/2 cwn walnut (kalau nak letak 1 cwn pun takde masalah)
utk topping:-
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/4 cwn gula castor
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 2 sudu air (takde pun takpe)
  • 1/4 cwn minyak masak
cecara:-
  1. Cara-cara panaskan oven ke suhu 175C. greasekan baking pan.
  2. cairkan butter, kacaukan gula dan vanilla. Tambahkan telur satu persatu, pukul dgn sudu setiap kali tambah telur.
  3. tambah serbuk koko pukul sampai lenguh ketiak. tambah tepung, baking powder, garam dan pukul lagi sbb dia degil kena pukul byk kali.
  4. masukkan kacang dan gaul. tuang dalam baking pan dan bakar selama 40-45 minit
  5. sejukkan brownies.
  6. Untuk membuat topping, masukkan semua bembahan dlm periuk pastu panaskan guna double boiler. kacau sampai dia cair likat sket.  
  7. bila brownies dah agak sejuk baru le sapu topping. utk lebih menampakkan puan pemasak yg hebat. tunggu sampai tetamu datang. pastu baru buat-buat macam "owh..sila masuk..duduk duduk ye... jap ye..mk baru je nak bubuh topping brownies ni" sambil tuang topping atas brownies tadi.
mesti nampak hebat di mata tetamu puan-puan...

selamat mencuba!!!!

ok - now mk nak pergi toilet dgn harapan bau-bauan yg tidak mengujakan itu telah lenyap. kalu masih ade bau mk nak bwk scented candle sambil uk-uk. kelassssss!!!!

Tuesday 20 October 2009

nasi ayam matun


hye - dah breakfast?

musim raya yelah musim makan. setuju? mk adalah takut untuk menimbang berat badan. seluar keje adalah sedikit longgar. tetapi... masih takut menimbang berat. ramai orang kata mk sudah kurus bila derang tgk gambar raya. realitinye - lemak2 itu mk sorokkan baeekk punya disebalik baju kurung raya (kot).. hah! camera trick semuanya itu sebenarnya.

raya ke berapa entah my junior Pn Eyda & Pn Zira bertandang ke rumah bersama family derang. nervous juer sbb mk tau yg husband Eyda adalah seorang pemasak yg hebat. tapi takkan la mk nak suruh dia masak pulak kan. so... setelah menyimpan agak lama resepi nasi ayam matun ini mk cuba saje lah.

hasilnya - walaupun dlm gmbr rupanya lawa tapi mk tak puas hati dgn nasi itu. mcm kering sket. yelah sbb mk ikut 4 pot beras + 4 pot air rebusan ayam. mk telah terlupa tabiat beras faiza emas tu. dia sebenarnye kena lebihkan satu pot air lagi means 4 beras + 5 air daa....

sorry eyda & zira. len kali akak masak korang datang lagi ye. mk telahpun mempraktikkan lagi skali nasi ayam matun ni last week dgn membuat correctionnye skali. hasilnya lumayan. sehingga tak berjaya membawa bekal utk lunch kat opis esoknye sbb licin dimakan oleh hero-hero dirumah. pakmir yg tak makan peha ayam juer didapati memakannye? maybe sbb mk masak 1/2 ekor ayam yg kecik yg dibeli kat cold storage KLCC. beli ayam kat KLCC kelass tak kelass?? bih tu tak sanggup nak heret budak kecit 2 org tu pegi kedai runcit depan umah so mk beli siap2 time lunch hour so mlm boleh terus masak.

teruskan dgn resepi lah. mudah saje...45 minit dah siap. skali dgn bersihkan dapur & cuci periuk lagi.

bahan2 (utk makan 2 org tua, 2 budak kecit)
utk nasi:-
2 pot beras
3 pot air rebusan ayam
2-3 sudu besar butter
1 ulas bwg putih
1 kiub ayam apa2 brand lah janji hepi
garam sikiiiitttt je (mk tak guna garam sbb butter yg mk beli tu yelah salted butter)

utk ayam:-
1/2 ekor ayam kecik yg mahal beli kat KLCC
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar gula
minyak utk menggoreng

utk sup:-
1/2 batang carrot
sikit daun sup

utk sos:-
2-3 btg cili besar
1 biji limau nipis (mk tak guna cuka)
1 sudu gula
1 biji bwg putih
air sikit

utk hiasan:-
1 biji tomato
salad or lettuce
bwg goreng
daun sup
timun jepun (sedap dari timun biasa tau)

nampak je mcm byk barang & leceh hakikatnye mudah je.

cara2 nak masak cepat sbb ade 2 org kekanak yg sedang membesar sudah lapar dan salah seorang daripada mereka telah memberikan syarat marat kepada mk bahwa beliau nak makan sewaktu cerita transformers start yakni pukul 8.00-8.30pm. haru...

  1. potong ayam 4 bahagian bersihkan
  2. tenggek periuk atas dapur isikan air masukkan ayam, bawang putih yg diketuk, kiub ayam kasik masak sama dia
  3. sesambil tu boleh buat sos cili - blend semua bembahan tu kecuali gula & limau nipis lah kan. bila dah siap masukkan dalam periuk kecit, hidupkan api kecik, masukkan gula & air limau nipis kacau kacau, rasa. ade apa2 yg kureng? tambah le ikut suka hati
  4. potong bembahan hiasan letak siap2 atas pinggan lebar.
  5. cuci beras - toskan
  6. bila ayam tuh dah siap direbus angkat toskan kejap (jgn buang air rebusan itu ye..nak guna utk nasi & sup) pastu terus perapkan ayam dgn kicap tiram kicap masin & gula. biarkan dia dok dendiam kejap
  7. air rebusan ayam tadi jgn buang pulak ye. masukkan dalam periuk beras tadi. mk guna 2 pot beras + 3 pot air rebusan ayam + butter masak mcm nasi biasa.
  8. tinjau ayam yg diperap tu. kacau sket dia dlm bekas yg puan2 perap tu.
  9. jom buat sup - puan matun tumis sket bwg putih tapi mk malas. terus je hidupkan api semula leburkan carrot. rasa2 garam dia sket kalau dah ok & carrot dah lembut masukkan daun sup tutup api. siap!
  10. hambik ayam tadi - goreng le. tayah lelama sbb ayam tu sebenarnye dah masak dah pun time kita rebus dia tadikkan. bila dah nmpk ala-ala hitam manis garing tu angkat terus.
  11. ketuk dgn pisau pemotong daging yg besar tu pastu baru potong 2-3 bahagian. baru le nmpk macam kat kedai nasi ayam.
  12. letak atas pinggan lebar yg kita dah hias2 konon cecantik tadi. siap!
  13. senduk nasi - hidang!!
  14. panggil budak kecit yg tengah melopong tgk transformers tu tadik sambil berkata "nasi ayam ibu suksessss...sila makan sambil tgk transformers"
  15. call matun keesokkan harinye untuk melaporkan masakan anda.
sekian! selamat mencuba!!

Thursday 15 October 2009

ayam masak merah



salam raya puan2, still raya walaupun dah ujung2 kan. mk still nampak ade lagi org lelaki pakai baju melayu lengkap bersamping. mesti ade jamuan raya kat opis lah tu. tahun ni tak open2 house nye kat umah mk (mcm tetiap tahun ade buat pun..hehe) sesapa nak datang call je la... nanti mk masak le ala kadar.

last friday ex-colleagues datang beraya from 6-10pm (9 org) pastu tetiba my niece kata nak dtg beraya 4 org. pastu dia call lagi kata 10 org. tetiba dtg kul 10.30pm like 14 org. 14 org remaja yg kelaparan amat menggerunkan mk. budak2 dah tido dgn ayah nye skali pengsan. mk melayan remaja2 itu sorang. derang pun bukannye kena layan sgt pun..heheeh pandai2 le bwk diri.

mk masak nasi tomato 8 pot!!! nasi adalah sedikit hangit sbb tak terkacau.... dah byk sgt..lenguh tangan nak kacau. owww mk masak guna dapur gas je sbb senang guna periuk besau la kononnye. last kerak nasik tu byk seyy... kena rendam 4 hari baru bersih. ayam pulak 3 ekor... mcm kenduri la pulak. mintak maaf ye para tetamu kalau ada yg terkurang rasa terlebih garam ke..tawar ke. saya tukang masak amatur.

hambik resepi trus la:-

bahan:-
  • 1 ekor ayam sederhana
  • 3 biji bawang besar
  • 7 biji cili besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 bijik tomato
  • 1 cwn sos tomato
  • kacang peas ikut suka byk mana
  • kiub ayam
  • gula 3 sudu kecit
cecara:-
  1. goreng ayam bila dah siap asingkan
  2. blend 2 biji bwg besar (sebiji lagi hiris utk hiasan konon), bwg putih, 5 biji cili besar (lagi 2 utk hiasan lagi) & halia.
  3. tomato potong dadu. dadu kecik2 tau..jgn puan2 potong dadu besar pulak!
  4. tumis bahan yg di blend tadi + kiub ayam sampai garing sket.
  5. masukkan gula kacau
  6. masukkan tomato kiub, sos tomatobwg besar kacau kacau kacau
  7. masukkan kacang peas pulak
  8. kalau pekat sgt masukkan air sesenduk je
  9. rasa le... sedap tak? kalau tak sedap pikir la apa yg kurang pastu tambah le..
  10. masukkan ayam goreng..kacau gaul sherashi bershama
  11. siap!!!!
takde idea nak merapu lagi..itu je la bye!

Thursday 1 October 2009

ketam goreng dgn telur kuning masin (deep fried crab with salted egg yolk)

tolong translate sket puan2....

deep fried crab with salted egg yolk dalam bahasa melayu... blur lah petang ni.


ni mk masak masa raya ke-4. beli ketam rm30 lagi ko..sekilo lebih sbb nak masak resepi ni dah lama dah. terus ke resepi lah. ngantuknye petang ni...dah la makan karipap sardin 2 ketul tadi sedap la pulak. tambah-tambah karipap free kan...



bahan-bahan:-
  • 1 kg ketam bunga
  • 10 biji cili api (potong kecik2)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji telur masin
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih (ketuk)
  • tepung kentucky
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • minyak masak utk menggoreng

cara:-

  1. rebus telur masin sampai masak. pastu asingkan kuning telur hancurkan guna gerpu ke apa2 la yg boleh kasik hancur. ketepikan
  2. bersihkan ketam, potong 2, celup dalam telur ayan yg telah dipukul sikit, celup pulak dlm tepung kentucky tu.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. bersihkan kuali, panaskan butter guna api slow ye puan-puan, tumis bwg putih, daun kari & cili api sampai wangi
  5. masukkan salted egg yolk tadik, kena kacau sentiasa ye..jgn biar hangus.
  6. masukkan bahan2 perasa & susu cair
  7. kacau kacau kacau
  8. besarkan api, tunggu sampai kuah tu berbuih kat tepi2 dia. pastu terus masukkan ketam goreng tadi kacau kacau kacau sampai puas hati.
  9. siap!!!
  10. tunggu org puji - kalau takde org puji, jangan lah makan hati, makanlah ketam tu....

kali ni mk buat tak letak daun kari. sbb tak jumpa bila carik kat pasar pagi tu. resepi ni leh ganti untuk udang pun sodap juer. jgn tak try ni..kacang bona!!