$

Friday 25 February 2011

Why It Costs More to be a Woman

Hai all, Salam Jumaat. Hari ni MK feeling-feeling Aroobb sikit..so ke office hari ni pakai jubah hitam, tudung hitam, handbag, kasut, jam semua hitam. Hehe..sampai office rupanya ada 2,3 colleague lagi pun feeling aroob juer. Well, ini lagi satu perkara membuktikan bahawa hormon perempuan memang dipengaruhi oleh persekitaran mereka. I.e: selalunya housemate perempuan or siblings period (datang bulan) di waktu yang sama, gerak hati yang sama contoh pilihan warna pakaian atau fesyen gitu.

But today, MK bukan nak bercerita pasal hormones...itu kita cerita lain kali lah..owwhh panjang listnye nanti tu. Hari ni kita bercerita pasal kenapa orang perempuan lebih mahal dari orang lelaki. Err..you know what I mean.

Seperti biasa - sumber-sumber di bawah MK dapat dari internet, dari kawan-kawan dan lain-lain lah ye.

Here are five ways it’s expensive to be a woman today (not even counting monthly purchases of feminine hygiene products!):

1. Dry cleaning

Seperti yang kita tahu, orang perempuan ada banyaaaakk baju. Suits, baju kurung, kebaya, kebarung, skirt and the list goes on & on. Ada yang sutera mahal ok. Bila nak cuci kena pergi dry cleaning. Baju lelaki kebanyakannya tak perlu dry clean. Kadang-kadang orang lelaki tak basuh baju pun...yuckksss.. sangkut-sangkut je pastu pakai balik. Kalau yang bertuah yang ada bini tu berbasuhlah baju mereka.

2. Health Insurance

Insurance companies selalu mengenakan premium yang tinggi pada kaum wanita sebab, mereka mendapati bahawa kaum wanita lebih memerlu dan menggunakan service kesihatan daripada kaum lelaki. Lagipun wanita lebih cenderung kepada penyakit breast cancerlah, nak buat pap smear lah. Banyak lagi guna ubat-ubatan & check-ups dengan doktor. Bila pregnant pun nak kena ada monthly check-up. Bla..bla..bla..

3. Haircuts


Ini lagi satu MK tak puas hati. Apsal kalau kita pergi salon kan. Harga haircut perempuan lebih mahal dari lekaki. Walaupun rambut kita tu seciput je, harganya tetap lebih mahal like RM10-RM20 more than men's haircut. Ini sebaaabb... perempuan nak rambut shinier lah, lebat lah volume lah, straight lah. Banyak treatment yang nak dibuat. Orang lelaki selalunya gunting saja. Pastu bubuh code-10 (ada lagi ke orang pakai code-10 hihi)


4. Drugstore Products

Ahhh...here come Guardian & Watson..tadaaaa!!! Cuba tengok kat dalam tu berapa ramai perempuan berapa ramai lelaki. Orang perempuan banyak benda nak kena ada ok. Ubat rambut, ubat ketiak, ubat muka, ubat kaki, ubat kuku bla..bla.. feminine wash pun mahal sekarang!!! tskk tsk tsk...Kadang-kadang item yang dibeli tu sama je kegunaannya contohnya pencuci muka or shaver. Kenapa perempuan punya lebih mahal dari lelaki? Sebab derang tau bahawa kaum wanita willing to spend more on these essentials.


Ahhh lagi satu. Ubat kurus!!!!! Ada seorang kawan PakMir pernah cakap "Sekarang ni dah tak ada alasan orang perempuan untuk gemuk lagi sebab dah beribu-ribu produk kurus dijual"

Ewahh...ewaahhh....sukanya hati bercakap. Ingat kita ni sukalah badan debab ye? Ingat kita takmo beli ke ubat kurus? Cuba yang bercakap tu pergi belikan ke, pergi hantar kita ke slim world ke mana tau tetiba body kita lagi meletup dari ahkak ziana jen kan....kan..(emo tau!)
.
5. Car Payments/Repair

According to Women’s Automotive Solutions, research shows that on average women pay lebih $500-$1000 untuk kereta daripada kaum lelaki. Sebab? Sebab, kita selalunya tak suka atau lebih tepat TAK RETI nak negotiate benda-benda gini. Kang pomen tu kata tukar minyak hitam RM120 kita bayar je..dah tak reti. Konon murah lah tu kot. Ahaha.... Next time kalau ada peluang untuk negotiate please do so ok girls. Call boyfriend, brothers, father or sesiapalah janji lelaki untuk tolong negotiate untuk kita.


Rasanya ada lagi banyak perkara yang membuktikan bahawa kaum wanita memerlukan lebih banyak belanja daripada kaum lelaki. Owh..kalau ada yang nak tambah, sangat dialu-alukan. MK akan edit entry ni masukkan idea puan-puan pulak ok.

Anyway.... MK baru terpikir ada 1 barangan wanita yang lebih murah daripada lelaki iaitu KASUT!!! Kasut kita RM30-RM50 pun boleh dapat yang cantik dah. Kasut lelaki RM300 kot. Tapi!!! Itu trick si pembuat kasut semata-mata. Dia jual murah sebab wanita memerlukan lebih banyak kasut dari lelaki. So...kita akan beli lebih banyak kasut & end up sama harga dengan kasut lelaki.


Damn....it's hard to be a women don't you think?

Monday 21 February 2011

Choc chip Pan Cake

Salam Isnin,

MK cuti Jumaat lepas. Ke Muar, engagement Emmot my good friend. Congrats to Emmot & Saggaf!!! Moga berbahagia selalu hendaknya.

Buat pancake lagi atas permintaan Bayong. Tapi MK tambah chocolate chip. Sedaaappp...tapi membuatkan rupa dia menjadi kurang hensem pulak.

Resepi sama macam dulu click sini. Cuma sebelum flipkan pancake tu taburkan choc chip dulu. Bayong makan pancake for breakfast, lunch & dinner. Po-Po sebelah rumah nampaknya takde rezeki untuk memakan pancake tersebut pada hari itu.

Tuang honey ala-ala masterchef..hiks.

Pssttt: Pinggan corelle tu macam dah discontinue lah corak tu....hmmmm... nyampah nya. Baru collect separuh je.


Lagi satu gambar bukti kejadian.


Wednesday 16 February 2011

Banana Split

Pisang kangkang? Hodoh sungguhlah namanya jika di-translate-kan ye. Ke ada nama lain ek? Hihi... Sorry Ana, aku terpaksa membuat juer entry masak-masak (even though ini bukan aku yang masak..tapi aku buat sendiri juerlah).

Tadaaa..... Banana Split!!!

Senang je buat dia. Nak kena kasik resepi juer kah? Hokey laahh...

Bembahan:-
2 biji pisang
3-4 scoop ice cream
3-4 sudu chocholate sauce (ni MK buat sendiri sebab kat MyMydin kecik dekat umah MK tu tak jual)
2 sudu kacang pistachio (di tumbuk)

Cecara:-
  1. Buat chocholate sauce dulu. 1 sudu besar serbuk chocolate 'van hauten' + 1 sudu minyak masak + 2 sudu susu pekat. Panaskan atas api kecik. Kacau rata sampai mendidih sikit timbul bubble bulat-bulat..plupp..pluppp tu ye..tutup api. Biar sejuk kejap.
  2. Tumbuk kacang pistachio tu jangan hancur sangat.
  3. Pisang belah dua, susun atas piring.
  4. Scoop icecream cantik-cantik susun atas pisang.
  5. Bubuh choc sauce kita tadik atas ice cream tu.
  6. Taburkan kacang pistachio (betul ke spell nye nih? kalau salah tolong betulkan - thanks!)
  7. Ambil sudu kecik 4, ajak hubs & anak makan...nyumm nyumm 
Muka gembira seorang budak kacak bila mendapat sepiring godang banana split.

MK buat ni dalam pukul 11.00am semalam. After balik dari breakfast. Disebabkan bembahan semua dah ada, maka masa penyediaannya sangan singkat. Sehinggakan PakMir terkejut sebab tiba-tiba je dia baru duduk kat sofa nak berehat, MK keluarkan pulak banana split ni.

"Eh...cepatnye ibu engkau buat?" kata Pakmir

Bayong jawab "Mestilaaahhh!!! Ibu kan MasterChef!!"

Weehoooo...suka tak suka tak suka tak????

Pacak ke kacak?

Yelah..yelah.. Dak Ana dah tertekanlah pulak sebab MK asyik masak je recently. See told ya...once we got the momentum memang susah nak berhentikan? Takpe, kita cerita pasal kanak pulak. 2 orang kanak yang paling MK cintai iaitu Bayong & Yen.

Sekarang ni since Yen dah banyak pandai bercakap (dulu dia pelat, sekarang pelat juer tapi dah banyak improvement) dia panggil abang dia = Abg Adam. Cute je..pagi-pagi bangun terus panggil..."Abang Adaaammm...adik dah banguuunnnn"

Umm.. mungkin ada yang belum tahu, Bayong=6 tahun, Yen=3 tahun. So being boys nowadays yang dah tahu menjaga kecantikan ehh..kehenseman, derang seboookkk nak tukar fesyen rambut. Nak rambut kacak...nak rambuk kacaakkk (pacak). Walaupun MK & PakMir actually suka tengok rambut derang panjang sebab macam cute-cute je..still nak tengok derang macam baby lagi kan. But apa nak dikata...now they have their own opinion kan... so..MK bawaklah jugak derang gi potong rambut 'kacak' tu.

See....hensem kan? Yen tu siap buat senyum Adnan Sempit dia..senyum senget..sambil makan cheese

Ni lagi satu pic. Bayong tu kurus tapi kuat makan ok... kalah ayah dia. Dia makan lagi banyak dari ayah dia.

Well, eventhough mereka ni berlagak dewasa kot...hihihih..namun di lubuk hati tetap kanak-kanak kan..hihih...

To Anakanda ibu, Bayong & Yen:- Rambut pacak ke, rambut kacak ke...ibu tetap sayang korang. Both of you will be my babies forever....

Tuesday 15 February 2011

Kem Desa Cempaka

Assalamualaikum puan-puan. Eh..kang kalau ade tuan-tuan yang membaca kang marah lak MK tak greet dia ek.... eh ada ke?

Hari cuti kali ni MK nak introduce satu tempat percutian harga budget tapi serious memang tak kalah dengan tempat-tempat yang berpantai lain ok. Ini serious...mesti bantu dia..eh itu wonderpets!! Ok carry on. Tempat ni yelah di Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang Darul Makmur. Memang serious makmur...sesuai dengan namanya. Dah berapa kali sebut perkataan 'serious'? So...this is serious businesssss bebehhh...

Setakat cakap je memang susah nak percayakan? Jom tengok gambarlah:-

Ini Pantai Cempaka berhadapan dengan Cempaka Lodge yang MK nak cerita ni lah. Pantainya sangat putih bersih, privacy...

Kat situ ada banyak pokok-pokok rhu...angin kadang kuat kadang sepoi bahasa... angin bayu membawa diriku..sepintas lalu ku terkenangkan mu....

Ini Cempaka Lodge...dalam pembinaan ni. Tapi sekarang ni dah lebih kurang 95% siap dah. Memang dah boleh di book.

Kat depan ni actually ada swimming pool. Sekarang ni dah siap dah pun. Ada pool untuk dewasa & kanak-kanak jangan dilupa.... Sekarang dah ada pokok-pokok kelapa melindungi swimming pool ni. Manalah tau puan-puan malu pulak nak mandi-manda bersama keluarga kan...takpe..jangan malu keluar je dari puntu bilik puan-puan boleh terus terjun ke dalam swimming pool. Ok la...nanti MK pergi bercuti lagi hujung bulan ni, MK ambil gambar swimming pool ok

Ahhh... ni rupa dalam bilik tu. Ni bilik deluxe family ni. Ada 1 katil queen + 1 katil single. MK duduk bilik ni, Sangat besar & selesa... bila kita bukak sliding door tu teruuuussss nampak pemandangan yang Maha indah ciptaan Ilahi gitu...angin laut pun terrruuuusss je masuk ke dalam bilik..terussss rasa nak tiduurrrr..zzZzzZzz
(New info; sekarang ni bilik family deluxe ada 2 katil queen...weeehooo lagi best..selesa nak tido 4 orang)

Biliknya fully air-contioned ok. Bukan cikai-cikai punya. Tapi harga sangat-sangat memeranjatkan & berpatutan. Ada water heater juer...sesuai bagi MK yang penakut sejuk ni.

Lagi satu gambar....this picture pun actually didn't do any justice pada keselesaan & kecantikkan tempat ni ye... katil tu...tsk tsk tsk..giler empuk..terasa takmo bangun tidur je.

Ahh...ni lah gambar bila bukak sliding door je terus nampak laut. Yelaaahh...nanti MK beli camera mahal baru nampak betul-betul kot... sekarang ni tanah kat luar pintu tu dah cantik dah..ini gambar lama nih...

Ini bilik Deluxe 1 katil queen. Bilik semuanya sama besar..jangan la bimbang ye,,beza nya cuma pada katil dia je. (New info: sekarang dah ada 1 katil queen + 1 katil single untuk bilik deluxe..jangan bimbang harga sama je...)

Bilik selesa sangat..bersih pulak tu..memang taraf-taraf hotel lah..tak tipuuuu...

Ada juga kedai serbaneka menjual serba sedikit keperluan puan-puan seperti ubat gigi ke, pelampung ke, sabun ke, makanan ringan ke, ice cream ke..bla..bla....

Jangan tak tau bahawa selain Cempaka Lodge ni, Kem Desa Cempaka juga menawarkan khidmat sewaan banglo 4 bilik, dorm/asrama, A-shape chalet (sesuai untuk back packers). Boleh buat family day, nak camping pun sesuai, nak buat kem motovasi pun boleh..macam-macam ada. Sukaneka ada, beach volleyball ada..you name it, they have it.

MK & friends bercadang nak buat reunion kat sini dengan kawan-kawan sekolah dulu mungkin dalam bulan 9 masa cuti Malaysia Day nanti insyaallah.

Dari KL ambil masa perjalanan dalam 3 jam. Ia terletak kurang 20 minit dari bandar Kuantan.

Ok - here's the best part. Kalau puan-puan nak pergi bercuti, puan-puan boleh call Cikgu Hussain - Pemilik Resort yang serious best ni call nombor ni: - 019-2286956. Atau Puan Zainab, isteri kepada Cikgu Hussain ni nombor telefon 019-9866956.

Bagitau Cikgu Hussain/Puan Zainab yang puan-puan kenal Mak Kintan. Mention nama MK ok. Mintak harga istimewa..serioussss!!! Tak tipu... Khas untuk pembaca blog merepek ni saja okeehhh...!!!!

Ok la...harga MK nak sebut ni harga normal ok...Semua bilik berharga RM150/room/night. Itu sebelum discount..kalau puan-puan nak pergi sebut nama MK & jangan lupa mintak discount!!! hihihih..serious ni..eh apa pasal MK ketawa pulak ni...ini serious...!!!

Till we meet there!!! Tata & hava a nice day!

Saturday 12 February 2011

Chilli Crab

Assalam, Salam Sabtu. Makan apa malam ni? MK baru je kekenyangan makan nasi ayam enteng. Resepi nanti Mk kasik kemudian ok. Nih kali ni nak kasik resepi Chilli Crab!!!

Cerita bermula pada hari Isnin lepas, MK puasakan. So seperti biasalah mengidam yang bukan-bukan. Nak makan Chilli Crab kat Fatty Crab Seri Kembangan tu dekat sangat dengan rumah. Dalam 10 minit je. So balik rumah bukak puasa minum air kosong je. Pakmir pun balik tepat pada waktunya. Lepas maghrib gerak ke Fatty Crab. Sadly......TUTUP!!!! Derang tak habis lagi raya cina.

Hmmm... ke Mines je lah kami..makan chicken rice shop. RM50 melayang.

So Selasa tu, tetiba je MK mendapat idea gila nak beli ketam. So lunch hour ni gigih ke Pasaraya HERO kat Bandar Sri Permaisuri. ala...belakang LRT station Bandar Tasik Selatan tu. Sekali tengok ada ketam ok!!! Being greedy as always, I took the biggest crab that I can grab. MK beli 3!!! heheheeheh.... harga RM20+. Dalam 1kg+ je. Simpan kat fridge opis. Satu opis berbau ketam. Wuuu..seb baik takde yang komplen.

Malamnya masih belum ada rezeki makan ketam tu. Terus simpan je dalam freezer sebab nak melawat arwah Ayah Lockman yang pada masa tu masih nazak lagi.

Panjang lak mukadimah ni. Resepi nye mana? Jom:-

Tuh bembahannya kecuali sawi tu la ye..sawi tu lauk lain terambik pulak gambarnya sesama. Jangan kompius okeh

Bembahan:-
3 ekor Ketam saiz besar
2 biji bawang besar
4 biji cili besar
Belacan 1 inci kiub
1 sudu kecil cuka (ini 1st time MK masak guna cuka ok. Kat rumah pun tak de cuka. Kena gi beli kat kedai acheh depan rumah)
Minyak untuk menumis
1 sudu besar sos tomato
2-3 biji tomato (blended)
4 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
Air secukupnya
1/4 sudu kecil tepung jagung + 1/2 cawan air
1 biji telur
Daun sup untuk perhiasan.

Cecaranya:-
  1. Blend tomato dulu untuk buat puree. Isi dalam mangkuk
  2. Blend bawang + cili sampai hancur.
  3. Panaskan kuali. Deep fry dulu ketam tu. Ketam tu kasik siang cantik-cantik & potong 2 ye. Ketepikan & rasa sket....sedaaaaappp.. Disebabkan ketam fresh maka serta merta tekak & bibir MK bengkak!! Iyeee....saya allergic ketam. Tak kiraaaaa...nak makan jugak!!
  4. Tuang minyak berlebihan yang goreng ketam tadi dalam bekas, tinggalkan sikit untuk menumis bawang+cili tadi. Tumis sampai wangi.
  5. Tambahkan belacan. Tumis sampai garing ye. Jangan hangus!
  6. Tambah cuka, tomato puree, sos tomato, gula & garam. Baunyaaaa...samapi Bayong Adam yang tadi kata kenyang terus tanya "Ibu masak apaaaaaaa?"
  7. Campurkan kicap, tepung jagung.
  8. Gaul-gaul kejap...rasa..ada apa-apa yang perlu ditambah sila tambah. Kalau takde...jangan gatal-gatal nak tambah.
  9. Masukkan ketam. Gaul kejap. Pecahkan telur atas dia.. gaul sampai puas hati.
  10. Hiaskan dengan daun sup.
  11. Senang & sedap.
  12. Makan panas-panas dengan nasi panas. Pengsan!!!!!! 
 Errr...naaaaakkkk lagiiii....
Nah gambar zoom sikit....ummmm..

Post mortem:-
MK tersilap bubuh tepung jagung 1 sudu besar. So gravy dia pekat sangat. Sepatutnya dia agak cair sehingga boleh dibuat cicah-cicah dengan roti. So sila ikut resepi kat atas tu je iaitu 1/4 sudu kecik je okeh!

P/S:- Masih ngidam lagi Fatty Carb..... tapi duit tabung pemakanan Fatty Crab telah dikorbankan dengan sepasang kasut wedges yang maha cantik...hihihih.... so...kena korek tabung kedapuran lagi.

Hingga bertemu lagi...tata love!!!

P/p/s:- Hari ni yelah birthday sahabat saya yang paling saya sayang iaitu Puan Matun. Akhirnya kita sama-sama remaja dah tun. Cukup 23 tahun dah kan? Pagi-pagi lagi phone aku dah menjerit-jerit bagi tau hari ni birthday ko. Semoga segala apa yang dihajati termakbul. aku doakan segala-gala yang terbaik untuk ko dan family. Selamat berpantang... pas pantang kita date ye....

Thursday 10 February 2011

Shepherd pie

Yellowwww... semenjak dua menjak ni cuaca di KL agak panas kan? No..bukan komplen, saja je pembuka bicara gitu... ice breaking. Err..never mind, jom tengok apa MK masak!!

Yeahh...shepherd pie!!

Bembahan:-
2 ulas bawang putih (chopped)
1 biji bawang besar (diced)
Mixed vege (carrot, peas, corn)
Ayam (shredded)
Kiub ayam
2-3 sudu besar butter untuk tumis
Bahan-bahan perasa (sos tiram/garam/kicap) ikut pandai
Pepper
Fresh milk
Mozarella cheese
4 biji kentang

Cecara:-
  1. Kupas kentang, belah 4, rebus sampai empuk.
  2. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah sampai wangi, masukkan ayam & mixed vege. Kalau kering sangat masukkan air sikit.
  3. Siap. Eh..belom...
  4. Panaskan oven 180' set 10 minit.
  5. Bila kentang dah empuk, mashed kan dia campur dengan pepper sikit & fresh milk. Jangan banyak sangat susu tu kang cair sangat kentang tu. MK mashed kan kentang tu kasar-kasar. Sebab suka kentang tu boleh kunyah-kunyah lebih feel.....hiks
  6. Masukkan campuran ayam, bawang, mixed vege yang dah siap tadi tu dalam loyang.
  7. Pastu letakkan mashed potato tadi atas campuran tu. Padat-padatkan sikit ratakan lah cantik-cantik ye.
  8. Last sekali taburkan mozarella cheese atas dia. Macam gambar kat bawah ni ek
  9. Bakar 20 minit atau sampai cheese melted & keemasan.
  10. Siap!!!!...Nyummmmm!!!


Nih dah siap bakar. Baunya....wooowwiieeeee

Nih dalam pinggan Bayong. Dia makan dengan nasi goreng..buat macam lauk hihih... dah kata Melayu kan..mesti makan nasik even makan makanan western.

Okeh...senang je kan. Selamat mencuba!!

P/S: MK cuti hari ni nak menziarah Uncle MK (kami panggil Ayah Lockman) yang baru je meninggal dunia malam tadi dalam pukul 11.00pm. Kebumi hari ni. Harap puan-puan yang baik hati dapat hadiahkan Al-Fatihah pada roh Ayah Lockman yang baik hati. Dia suffer from Liver cancer. Last Tuesday MK visit dia masa dia nazak tu kulit dia kuning sangat macam letak kunyit. Yelah liver dah fail kan...so kena jaundice. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa. Amiinnnnn....

Wednesday 9 February 2011

Tips Di Dapur

Haiiii....bertemu kita kembali dalam rancangaaaannn....Moh Dogheh Masak!!!! Hari ini Chef Kintan bukan nak masak, tetapi ingin berkongsi tips-tips di dapur ye puan-puan. Banyak tips boleh didapati daripada chef-chef terkemuka seperti MasterChef Leha, ExecutiveChef Angah Liza & Chef-chef kengkawan rapat yang disayangi. Owh- jangan dilupai tips yang didapati di internet!! Semua itu berguna untuk penjimatan kita kaum-kaum ibu yang bercita-cita membeli handbag gucci, coach dan sebagainya. Tak lupa juer cita-cita ingin melancong & melencong bersama keluarga.

Bila kita dapat menjimatkan uwang yang telah dibelanjakan di dapur, maka pastinya tabung kedapuran kita makin lama makin penuh. Yahhuuuu... Eh..itu sudah satu tips itu.... 'Tabung Kedapuran' y'all!!!!

Banyak bona pulak bebel eh...jom tengok tips. Satu...dua...mula:-

Ehem..ehem.. (clear throat) nih MK translate dari some website that I found recently.

Mari jimatkan $$$ dan perjalanan ke pasar dengan tips-tips dari Rebecca DiLiberto’s Penny Saving Household Helper. Puan-puan akan terkejut betapa mudahnya untuk mengekalkan kesegaran makanan dengan cara terhebat.


1. Letak 2,3 lapis kitchen towel dalam tempat simpanan sayuran puan-puan. Ia akan menyerap segala lelehan (lelehan??) errr...lembapan berlebihan yang dikeluarkan oleh sayuran yang menyebabkan sayur kecut/busuk. (Ni.. Kak Jah tayah buek laaa... dio pemaleh makan sayur).

2. Pernah tak puan-puan alami, bila kita tengah nak masak celery or carrot yang kita simpan dalam fridge tu tiba-tiba kita tengok ianya dah hilang keanjalan (kecut daa...) dan tidak crunchy lagi. Ahh..ini case masak seminggu sekali macam MK lah ni. Jangan bimbang!!! Campak je carrot tu dalam mangkuk berisi air sejuk berais dengan sehiris kentang. Saksikan sayur kocot itu kembang fresh semula...tadaaaaaa magic! 

3. Kalau beli pisang, bila nak makan tu barulah ceraikan pisang tu dari sisir dia. Pisang akan lambat busuk bila ketika berada dalam sisirnya. (fuuhhh 'bila ketika' tinggi betul taraf bahasa Melayu Mk ni kan..hah)

4. Percaya tak bahawa madu lebah tidak ada tarikh luput? Ahaa..sila percaya..ini adalah kata-kata dari pakar ye. Jangan buang madu tu bila nampak dia dah tak jernih atau pun dah jadik macam cloudy tu. Masukkan madu tu dalam microwave medium heat panaskan 30 saat. Nescaya madu tu akan clear as crystal kembali. (Ini sessiapa dah cuba sila hantar report kat MK ye, hari tu Mk baru je buang 1/2 botol madu sebab dia dah jadik macam kepul-kepul awan)

5. Kalau kita nak tau telur ayam kita tu fresh lagi ke tak atau telur tembelang rendam dalam air. Kalau dia tenggelam maknanya ia fresh. Macam cerita Nujum Pak Belalang kan...
6. Untuk elakkan dari cendawan kesayangan puan-puan itu berair ketika disimpan dalam fridge, balut dengan kitchen towel sebelum disimpan ye.

7. Selalu container makanan, tupperware atau tippuware kita ada keluar bau semacam je kan. Untuk hilangkan bau tu, crumple kan surat khabar lama pastu letak dalam container tu semalaman. Esok boleh buang paper lama tu & cuci container kita. Bau hilang!!!

8. Bagi pencinta coffee seperti MK, kadang-kadang kita tertamak membuat coffeekan pastu tak habis. Ahh..janganlah buang. Cuba simpan dalam freezer, jadikkan ice. Esok pagi, bila kita buat coffee baru, letakkan 2,3 ketul ice cubes berperisa coffee tadi dalam coffee baru kita. Coffeeee...coffeee...kopi lah!!! Omputes sangat....

9. Bila kita boiled noodles/spaghetti bila dah masak mee tu, tapis air panas keluar dari periuk tu pastu cepat-cepat letak air sejuk (air masak) dalam periuk tu pulak. Mee puan-puan akan cantik je tak melekat-lekat.

10. Jangan simpan bawang & kentang toghether-gether, kentang akan cepat busuk.

Ada banyak lagi..... nanti MK bagi lagi ek. Tips halau cicak, tips baju luntur dan sewaktu dengannya. Tata!!!

Monday 7 February 2011

Habit

Puan-puan ada habit? Habit ye..bukan habitat... menurut kamus ensaikokintan, habit yelah perangai atau peel. bunyik pe'el bukan peel=kopek. Kopek = kupas bukan buah dada..opsss!! haha! Habit juer boleh dikatakan kebiasaan yang selalu dibuat, routine. Kot (wallahualam...cheewaahh cas ustazah jap)

Hmm...ni MK senaraikan dulu my own habit. Be it bad or not so bad lah:-
  1. Kalau puasa, suka countdown waktu berbuka. Hihih...owh BTW hari ni MK puasa so.. lagi 8 jam untuk berbuka. Tsk..tak baik tau kira-kira waktu berbuka..eh iye ke?
  2. Kalau puasa, suka google resepi or gambar-gambar makanan untuk mencari idea masak untuk berbuka. Err...
  3. Suka belikan hadiah disposable diapers untuk kawan-kawan tersayang yang baru dapat baby. Sebab rasanya diapers sangat berguna kan..kan.. pastu pulak nak kena guna banyaaaakkk...kat rumah MK ni senang je dapat diapers murah daripada pasaraya Gergasi, Taska, atau pun Kafu. (owh-bagi yang belom dapat hadiah diapers tu bukan bermakna puan-puan tidak disayangi, mungkin ketika itu hadiah rompers lebih cantik kot.
  4. Selain diapers, MK paling suka hadiahkan rompers/jumpsuit untuk babies!! Eiiii comellah pakai rompers!!
  5. apa lagi ek? Suka cuci kain malam-malam lepas balik kerja dengan harapan nak sidai sejurus selepas kejadian mencuci, tetapi janji tinggal janji, selalunya bangun pagi esok baru sidai. Hmm.. oleh itu silalah gunakan sabun cap Attack!! Err..ini iklan tidak berbayar ye. Sebab ditinggalkan semalaman dalam machine pun baunya tetap wangi. Sekarang dah ada sabun+softener, 2 in 1.
  6. Bila lipat kain suka lipat baju yang besar-besar dulu dengan harapan gunung kain akan menjadi rata soonest possible. Pastu suka delay-delay lipat kain yang kecit (spender) sebab leceh aahhh... dah lah menggunakan effort yang sama, tetapi ia bersaiz kecik. I hate u spenderrrrrrr!!!! Tapi last-last kena lipat juer.
  7. Malas sikat rambut, sebab nanti rambut gugur. Ahaha..nonsense kan.. even tak sikat pun gugur juer.
  8. Malas berbalas-balas SMS. Sebab kata Simple Message Services habis tu kalau dah berbalas-balas panjang-panjang lagi baik call saje kot. Tapi bila orang tak reply text marah pulak ye? haha
  9. Suka tarik kulit yang kat tepi kuku tuh. Pastu cedera parah kan? Jari bengkak giler..nak bengkok pun sakit. padanlah muka
  10. Last but not least..fuuhhh boleh pikir sampai 10 weehh kintan!! takde keje ke? takde...semua mood raya lagi. Suka pokok bunya. Tapi tak suka tanam...beli je lah..pastu siram...senang!
Ada lagi kot.... puan-puan ada habit? Jom share!!

P/s: Maka dengan ini saya nak mengucapkan TAHNIAH BESAR (big congrats) to my 2 beautiful friends yang telah selamat melahirkan baby mereka. Iaitu Puan Matun kekasih gelap kesayangan kalbu hamba dengan anak lelaki yang sekian lama ditunggu. Dan Puan Eyda adikku yang dekat tapi jauh gitu..sebab jumpa ketika on the way balik kerja saja. Eyda dapat baby girl.

Owh - kedua-dua babies lahir pada 3/2/11 CNY hari tu. Happy for both of you!! Dua-dua beranak normal..Girrlll power!!!!

Hah!!! Dah jangan nak suruh MK buat baby pulak yeeee......heeppp biasa diaaa tuh!!



Wednesday 2 February 2011

Al-Diafah

Masa Birthday MK yang ke-23 (uhuk, terbalikkan nombol, uhuk) hari tu, MK belanja budak laki 3 orang tu makan Arabian food. Kami dah tinggal kat area Bukit Jalil/Sri Petaling ni about 6 years dah. Asyik lalu lalang tengok restoren yang grand ni. Tapi tak pernah terpikir nak singgah dan cuba makan.

i let hubs to decide whether nak makan Tony Romas or Italianies. Skali dia jawab Al-Diafah!! Err...ok lah..jom saje...

Cantik & sangat grand tempat ini. Tiba-tiba memang terasa bagaikan di negara Arooobbb gitu. Orang yang datang makan pun memang kebanyakannya orang arab

Saje je suruh Bayong diri jauh-jauh sket nak ambik gambar belakang tu sebenarnya

Ni MK & Yen punya dish. Lamb apakebende tah. Yen makan fries je

Ni pun kambing. Arob-arob ni suka kambing kan..

Bayong makan tuna spaghetti. Habis dia makan sepinggan godang tuh

Pakmir makan nasi kaler kuning sedap juer. Sorrylah Mk ni memang jenis tak hingat nama-nama dalam menu nih. Tau melantak je

gaya-gaya menunjukkan tulang kambing. Yen cakap "Mbeekkk - Yen makan"

Ni dah habis makan dah. Owh before that kami minum Arab tea. Sedap!!! Dia kasik cawan kecciiittt je...tiba-tiba teringat peristiwa expresso bersama Acique Lily..hahaha

Budak suka posing

Kalau puan-puan nak cuba makan kat sini, silakan lah ke Al-Diafah Restaurant kat Jalan Radin Anum, Sri Petaling. Opposite Hotel Sri Petaling. Harga tak murah tak mahal. Makan semua tu dalam RM100 lebih sikit je. Tak hingat...tapi tak sampai RM120 lah....

Fettucini Seafood Carbonara



Hello.... lama juer MK merempan sengsorang setelah dikesalkan oleh kakak kesal ye. Hihih takde lah..cuma busy teramat-amat je, biasalah kan dah nak raya cina, so tetiba je jadik busy.

Ni fettucini carbonara ni dah lama gila MK nak masak ni. Lawakan? Pastu sangat creamy, sesuai untuk orang yang tiba-tiba mengidam sesuatu yang sangat rich in cream, cheesy dan menggemukkan. Haha... Jom masak!!

Bembahan:-


Pasta fettucini (sesuai untuk carbonara)
1 tin kecik sos carbonara Prego
Udang dibuang kulit
2 ekor sotong (potong kecik)
2 pokok daun parsley
Morzarella cheese
Garam sket

Cecara:-
  1. Rebus pasta hingga betul lembut. Toskan dan letak tepi.
  2. Masakkan sos dlm periuk. Masukkan sotong & udang
  3. Pastu masukkan daun parsley dan cheese
  4. Kacau sebati sampai cheese larut dlm kuah.
  5. Masukkan garam secukup rasa. 
  6. Siap!!! 
MK buat jugak spaghetti seafood bolognese untuk PakMir sebab tau dia tak suka carbonara. See...dah lah rajin masak, comel pulak tu kan.....:P