$

Tuesday 15 February 2011

Kem Desa Cempaka

Assalamualaikum puan-puan. Eh..kang kalau ade tuan-tuan yang membaca kang marah lak MK tak greet dia ek.... eh ada ke?

Hari cuti kali ni MK nak introduce satu tempat percutian harga budget tapi serious memang tak kalah dengan tempat-tempat yang berpantai lain ok. Ini serious...mesti bantu dia..eh itu wonderpets!! Ok carry on. Tempat ni yelah di Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang Darul Makmur. Memang serious makmur...sesuai dengan namanya. Dah berapa kali sebut perkataan 'serious'? So...this is serious businesssss bebehhh...

Setakat cakap je memang susah nak percayakan? Jom tengok gambarlah:-

Ini Pantai Cempaka berhadapan dengan Cempaka Lodge yang MK nak cerita ni lah. Pantainya sangat putih bersih, privacy...

Kat situ ada banyak pokok-pokok rhu...angin kadang kuat kadang sepoi bahasa... angin bayu membawa diriku..sepintas lalu ku terkenangkan mu....

Ini Cempaka Lodge...dalam pembinaan ni. Tapi sekarang ni dah lebih kurang 95% siap dah. Memang dah boleh di book.

Kat depan ni actually ada swimming pool. Sekarang ni dah siap dah pun. Ada pool untuk dewasa & kanak-kanak jangan dilupa.... Sekarang dah ada pokok-pokok kelapa melindungi swimming pool ni. Manalah tau puan-puan malu pulak nak mandi-manda bersama keluarga kan...takpe..jangan malu keluar je dari puntu bilik puan-puan boleh terus terjun ke dalam swimming pool. Ok la...nanti MK pergi bercuti lagi hujung bulan ni, MK ambil gambar swimming pool ok

Ahhh... ni rupa dalam bilik tu. Ni bilik deluxe family ni. Ada 1 katil queen + 1 katil single. MK duduk bilik ni, Sangat besar & selesa... bila kita bukak sliding door tu teruuuussss nampak pemandangan yang Maha indah ciptaan Ilahi gitu...angin laut pun terrruuuusss je masuk ke dalam bilik..terussss rasa nak tiduurrrr..zzZzzZzz
(New info; sekarang ni bilik family deluxe ada 2 katil queen...weeehooo lagi best..selesa nak tido 4 orang)

Biliknya fully air-contioned ok. Bukan cikai-cikai punya. Tapi harga sangat-sangat memeranjatkan & berpatutan. Ada water heater juer...sesuai bagi MK yang penakut sejuk ni.

Lagi satu gambar....this picture pun actually didn't do any justice pada keselesaan & kecantikkan tempat ni ye... katil tu...tsk tsk tsk..giler empuk..terasa takmo bangun tidur je.

Ahh...ni lah gambar bila bukak sliding door je terus nampak laut. Yelaaahh...nanti MK beli camera mahal baru nampak betul-betul kot... sekarang ni tanah kat luar pintu tu dah cantik dah..ini gambar lama nih...

Ini bilik Deluxe 1 katil queen. Bilik semuanya sama besar..jangan la bimbang ye,,beza nya cuma pada katil dia je. (New info: sekarang dah ada 1 katil queen + 1 katil single untuk bilik deluxe..jangan bimbang harga sama je...)

Bilik selesa sangat..bersih pulak tu..memang taraf-taraf hotel lah..tak tipuuuu...

Ada juga kedai serbaneka menjual serba sedikit keperluan puan-puan seperti ubat gigi ke, pelampung ke, sabun ke, makanan ringan ke, ice cream ke..bla..bla....

Jangan tak tau bahawa selain Cempaka Lodge ni, Kem Desa Cempaka juga menawarkan khidmat sewaan banglo 4 bilik, dorm/asrama, A-shape chalet (sesuai untuk back packers). Boleh buat family day, nak camping pun sesuai, nak buat kem motovasi pun boleh..macam-macam ada. Sukaneka ada, beach volleyball ada..you name it, they have it.

MK & friends bercadang nak buat reunion kat sini dengan kawan-kawan sekolah dulu mungkin dalam bulan 9 masa cuti Malaysia Day nanti insyaallah.

Dari KL ambil masa perjalanan dalam 3 jam. Ia terletak kurang 20 minit dari bandar Kuantan.

Ok - here's the best part. Kalau puan-puan nak pergi bercuti, puan-puan boleh call Cikgu Hussain - Pemilik Resort yang serious best ni call nombor ni: - 019-2286956. Atau Puan Zainab, isteri kepada Cikgu Hussain ni nombor telefon 019-9866956.

Bagitau Cikgu Hussain/Puan Zainab yang puan-puan kenal Mak Kintan. Mention nama MK ok. Mintak harga istimewa..serioussss!!! Tak tipu... Khas untuk pembaca blog merepek ni saja okeehhh...!!!!

Ok la...harga MK nak sebut ni harga normal ok...Semua bilik berharga RM150/room/night. Itu sebelum discount..kalau puan-puan nak pergi sebut nama MK & jangan lupa mintak discount!!! hihihih..serious ni..eh apa pasal MK ketawa pulak ni...ini serious...!!!

Till we meet there!!! Tata & hava a nice day!

2 comments:

Mak Ton said...

Cantek tmpt nya tan tan..
Biliknya juer selesa sungguh ditgk...
Xsabar lak nk g bercoti..
Nk stat berangan lah gitu..
Kalo xmo naik highway aku tau jln nya.. Lalu pilah peh tuh gemas peh tue smpi temerloh.. Tsk.. Kuantan ateh lg kan.. Tp xberapa jauh kan kan.. Huhu..
Apa plak aku merepek nih...

MK said...

tuntun: a'ah..kalau ikut pilah tu pun boleh je..janji smpi bdr kuantan tu call saya