$

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

Berita Happy Sikit

Hai Ya'll - Assalamualaikum.

So..till today, dah hampir 4 bulan lah saya exercise semula. Berat saya turun dah!!! Weeee!!! Happy tau. Sebenarnya dah rasa hampir nak berputus asa pasal berat ni. 

Sampai satu tahap saya nak menerima hakikat mungkin memang saya tak akan dapat lagi dah berat 57-58kg saya tuh. For your information, berat badan ideal bagi saya yang mempunyai ketinggian 160cm, female, umur 36 tahun yelah 56.6kg.

Paling berat setakat ni maksud saya selepas kaki kiri saya injured hari tu yelah 65kg. Saya admit...saya makan macam setan kan. Ni ada saya buat entry pasal Confession saya. Bulan August 2014 berat saya 58kg. Lepas injury bulan November 2014 hari tu terus shoot sampai 65kg. Total 7kg. Matilah makcik!



So start 1 February hari tu saya training semula. Masa tu berat saya dah 63kg. Tapi berat saya terusan naik jugak sampai 65kg walaupun saya dah training. Sampai saya nak give up dah. Bulan March saya ada race Bukit Jalil 10km. Merasalah saya berlari dengan berat 65kg. Memang mengah juer. Rasa nak mencarut sepanjang 10km. Haha. Saya teruskan timbang seminggu sekali. Memang takde perubahan langsung. Tetap 64-65kg.

Lepas tu masuk April, penimbang digital saya habis bateri. Hihi...lagilah saya tak tau berat saya. Saya teruskan training macam biasa. Gym & running.

Bulan May - saya ada 10km race lagi di Bukit Jalil jugak. Masa saya lari ni saya ok, steady, tak mengah. Siap tak penat pun...haha eksyen ko ye. Make up pun tak cair...hihihi. Saya tau saya mesti masih berat 60+ lagi. Tapi saya rasa lebih steady berlari. Mungkin saya dah bertambah kuat kot.

Lepas saya rasa semuanya macam harapan yang samar-samar nak lari lebih laju dengan bontot yang berat ni. So saya terpaksa mengaku yang memang saya terpaksa control makanan saya. Dengan sedih & berat hati nya saya cubalah tinggalkan nasi, goreng-goreng, santan/kuah lemak, ice cream & chocolate saya. Ala...baru je dekat seminggu haaaa....jangan lah kagum dan memberi harapan pulak!!

Ini adalah cubaan control makan saya kali yang ke 1000 kot. Saya dah 999 kali gagal. Sebab saya memang food addict. Time happy makan, sedih makan, stress makan, lapar mengamok. Time kenyang pun boleh makan lagi. Ttak lapar pun nak makan. Kalau lapar pastu tak dapat makan...memng otak saya macam terhenti. Macam tak waras berfikir...hahaha..gitulah teruknya saya.



So...semalam..saya beli bateri digital scale tu. Saya naik scale tu dengan harapan turun sikit pun jadik lah. Sekali dapat 61.7kg!! Waahhh indahnya!! Tak sangka berjaya juer!! Saya rasa food control tu masih belum menampakkan hasil kot? Kalau ada pun mungkin percentage nya tak banyak. Yang membuatkan berat saya mula turun ni mesti sebab training saya. 

Memang makan masa sikit nak turunkan berat ni (bagi sayalah). Nak naik senang je....So...saya akan teruskan lagi usaha yang tak berapa nak gigih ni. Mungkin dulu dengan exercise je saya boleh dapatkan berat 58kg tapi sekarang ni maca kena lebih gigih. So takpe...kalau itu je jalan nye untuk mendapatkan berat idaman yang ideal dan realistik. Maka saya akan lakukan. Marilaaahhh bring it on!! 



Yang paling penting untuk saya sepanjang journey - training to become a marathoner ni yelah:-
  1. Saya bertambah kuat
  2. Saya bertambah laju (sikit je), pace saya konsisten juer
  3. Saya bertambah yakin
  4. Saya tidur dengan nyenyak 
  5. Saya dah tak malu nak mengaku berat badan saya yang sebenar. Walaupun saya berat, saya awesome! Tapi saya akan tetap teruskan untuk dapatkan berat idaman saya.
  6. Saya lebih menyayangi tubuh badan saya
  7. Saya lebih menghargai masa
  8. Saya masih bersemangat berlari
  9. Saya happy -especially lepas settle berlari. Masa berlari tu masih rasa...owh tuhaannn apalah yang aku buat ni?
  10. Saya dah memberi inspirasi kepada beberapa rakan saya untuk mula berlari juer
Saya dapat fikirkan 10 je dulu kebaikan saya sepanjang training saya ni. Yang saya bold kan tu yelah perkara yang buat paling saya happy sekali!!

Ok - sehingga bertemu lagi di lain berat badan dan di lain race!!!!!

Tata!!!





P/S: Be realistik ok kawan-kawan. Jangan lah tiba-tiba nak hilangkan 10 kg sebulan. Tapi melantak macam syaiton, pastu pemalas macam badak berendam. Memang impossible lah kan. If it's easy....semua orang dalam dunia ni boleh jadik marathoner. Semua orang dalam dunia ni boleh jadik slim & fit.







Wednesday, 15 April 2015

BMI - Anda di tahap mana?

Hai semua Assalamualaikum.

Berat saya yang paling maximum sepanjang hidup selama saya 36 tahun ni (uhuk uhuk...banyaknye umur) ialah 73kg. Itu pun semasa saya mengandung 9 bulan. Sama je anak pertama & kedua berat time pregnant berat saya 73kg. Berat badan ideal saya kalau saya tak pregnant sepatutnya 56kg. Untuk pengetahuan puan-puan sekarang ni berat badan saya adalah tidak ideal malah berlebihan. Hehe..skema betul penulisan kali ni ye? 

Tapi saya menerima hakikat dan saya masih belum berputus asa lah bersenam, berlari, weight lifting berenang dan sebagainya. Yang paling saya suka lakukan semestinya berlari.

Puan-puan yang masih belum bersenam tu jangan la rasa diri yang berat berlebihan tu teruk sangat ya. No...you are not a loser. At least you admitted that you are fat. Hahah.."fat" jahat betul perkataan tu kan. Saya pun sama. Berat badan saya sekarang ni kalau ikut BMI memang serious sipi-sipi nak exceeded to overweight. Saya memang tahap gebu-gebu sekarang ni.

Sebelum injured hari tu berat saya 58kg. Sekarang ni..uhuk!! Kalau dapat cecah balik 59.9kg pun saya mesti happy. Takpe....usaha pandu jaya!!

BMI  - nah ni calculator dia klik BMI Calculator
Underweight: < 18.5
Normal weight: 18.5 - 24.9
Overweight: 25 - 29.9
Obese: ≥ 30

So kalau nak diikutkan, BMI terbahagi kepada 4 iaitu:- Underweight, Normal, Over & OBESE. So OBESE ni yang kita tak nak ye. No-no-no. Saya masih kategori normal weight tapi dah hujung-hujung tu lah...haha..marilah berusaha lebih gigih. Saya bukan nak kurus ye...saya nak at least dapat BMI 22-23 jadilah kan.

Yang penting kena admit dengan diri sendiri yang kita overweight atau bahasa yang kita selalu tak suka dengar - gemuk.

Lepas tu kenalah usaha nak dapatkan berat yang sesuai. Yang sihat. Jaga pemakanan dan exercise. Sebenarnya saya rasa ramai yang dah tahu yang dengan control food intake je pun kita dah boleh turun berat badan. Tak perlu exercise pun boleh turun berat. 

Tapi masalahnya kita ni dah la malas exercise, melantak pulak macam setan...hehehe... (itu saya ye) Lepas tu bila jeans tak muat & bila try baju kat mall semuanya nampak tak cantik. Time tu je terus rasa nak diet. Nak bersenam. Ek eleehh...

Yang penting...toloooongg lah jangan ambil ubat kurus. Bazir masa, bazir duit, bazir tenaga, bazir emosi. Sebab serious memang hampir takkan berjaya punya. Trust me. Nanti lah saya update entry seterusnya pasal pengalaman saya dengan ubat kurus ni.

Till then...tata!!


Friday, 6 February 2015

Tips berani menonton cerita hantu

Kita sering disajikan dengan movie hantu yang seram. Saya nak tengok, tapi takut teringat-ingat semasa saya berseorangan. Yelah, saya tak mahu tonton bersama anak-anak, nanti diorang menjadi penakut. Saya tak nak begitu. Saya nak diorang menjadi berani seperti saya (kui..kui..) Saya sebenarnya bukan seorang yang penakut. Saya tak suka terkejut-kejut bila tiba scene yang seram tu. 

Baaanggg!!!!!!

Gitu...

Tak suka. Terkejut!

Tapi tak bermakna saya seorang yang penakut kan? Hihi.

Ok marilah saya nak share tips untuk menjadi berani seperti harimau tatkala menonton cerita hantu. Contoh cerita yang seram acapkali ialah cerita dari Thailand, Jepun ,Korea kan..kan...

Kalau setakat cerita omputeh tu selalunya macam thriller je. Bukan hantu betul pun macam poltergeist tu. Selaluya cerita seram omputeh banyak yang bunuh-bunuh & bukan hantu pun. Banyaknya Psycho. Orang sakit jiwa. Tulah. Terbukti omputeh ni memang ramai sakit jiwa. Diorang lah sebenarnya lagi hantu daripada hantu...hihihih

Tips berani menonton cerita hantu:-

1. Pastikan movie itu bukan movie terbaru. Maknanya kasi je semua orang tengok dulu movie tu. Kita relax cool je. Nanti mesti orang-orang yang dah tengok tu kasi review pasal cerita tu. Maka kita dah boleh agak sikit-sikit jalan ceritanya. Tapi ingat! Jangan tanya lebih-lebih pasal jalan cerita tu ok. Barulah kemacho-an kita terkawal. Tapi kalau kakak atau adik anda dah tengko cerita tu maka boleh lah paksa mereka ceritakan dengan details. Bila mereka dah habis bercerita silalah ucap terima kasih sambil berkata "hmm...takde lah seram mana ye" 

2. Lama-lama cerita hantu itu akan keluar juga di youtube. Ha...mudah kan. Tengok di youtube saja. Tapi seperti biasa...kita tetap juga tak suka suasana terkejut itu kan. Jangan bimbang. Teruskan membaca tips seterusnya

3. Ok boleh mulakan menonton. Tetapi jangan lupa perlahankan volume computer anda. 

4. Jangan lupa minimize kan screen tu kasik keciiiiikkk je...tak perlu nak bukak fullscreen

5. Kemudian apabila tiba scene waktu malam, sediakan pengetip kuku. Dan ketiplah kuku anda sambil menonton. Supaya anda tak terkejut sangat tetapi masih boleh menonton dan faham jalan ceritanya.

6. Bila kuku dah habis diketip. Dan tiba scene seram yang seterusnya. Anda sila lah bertenang. Cool saja. Pause kan sekejap komputer anda. Pergilah buat air kopi o di dapur.

7. Relaaxx jangan gelojoh lama-kelamaan cerita hantu itu akan habis juer. Tanpa anda berasa takut & terkejut.

8. The purpose untuk tengok cerita hantu sebenarnya untuk anda faham jalan ceritanya bukan? Bukan untuk menjadi takut kan? kan? kan?

9. Boleh juga cuba untuk pause kan cerita sebentar dan pergi ke tandas. Tapi jangan lupa cebok!! Hikhik!!

10. Boleh juga menonton sambil duduk jauh-jauh sedikit dari screen komputer anda

11. Ataupun sambil menonton sambil meng-whatsapp kawan-kawan.

12. Ada juga sepupu saya cakap kalau kita makan strawberry maka kita tidak akan rasa takut. Tapi saya rasa dia berbohong. Maka..saya tidak menggunakan tips itu. (Blueekk)

13. Atau sambil-sambil menonton, pause lah sekejap dan update blog anda. (Hihi...sebenarnya saya sedang menonton cerita hantu Thailand tajuknya Shutter). Eh..jangan spekulasi..sekarang ini ialah waktu rehat saya. Hari Jumaat waktu rehat panjang..kan..kan.. Sekarang ni saya baru tengk sehingga minit yang ke 23. Haha..bilalah nak habis ni? Asyik pause pause je.




Ok..selamat mencuba!!!



P/S: saya tak takut puuuunnn....


Monday, 12 May 2014

Segmen Artis Jemputan: TunTun The Supermom


Kisah benar seorang pelari. (ini suma poyooooo.. hihihi)
Aku ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dulu rutin rumahtangga aku bermula seawal 6.00 pagi. Menunaikan kewajipan terhadap Pencipta di awal pagi. Sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak dan bekalan untuk ke sekolah, menyidai pakaian yang semalam, dimesin dan menggosok baju yang telah kering semalam, menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dan anak2 untuk dihantar ke taska serta tadika.
Waktu kerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, isnin sehingga jumaat. Rutin kerja macam biasa. Melayan kerenah clients, kerenah boss, rakan sekerja dan macam-macam orang lah.
Pukul 6.00 petang, sampai rumah. Mulakan pulak tugasan sebagai chef handalan kepada anak-anak yang selalu nyanyi lapar. Sesambil tu bolehlah memulakan tugas mesin basuh yang sangat berjasa tersebut dan sambil menunggu lauk masak sambil melipat kain. Tup tap tup tap jam dekat pukul 8.00 malam. Ohhhh.. belom solat dan  mandi… zasssss.. mandi dan solat maghrib.. membaca beberapa helaian surah sementara menunggu waktu isya’.. masuk waktu aku pun solat.
Pukul 9.00 malam baru nak makan malam… No good… nasik pulak tu… siap makan kemas-kemas pukul 9.30malam. Masa untuk mengajar anak pulak… 10.30malam masa untuk tido.
Itulah rutin hidup aku sebelum ini…. Macam tak de masa untuk diri sendiri.. Tapi setelah diperli oleh seorang coach yang kejam, aku tersedar diri. Dari situ lah aku berazam untuk berlari dan mementingkan diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk suami dan anak-anak juer. Aku percaya bahawa ibu/isetari yang gembira akan menjadikan anak-anak dan suami juga turut gembira.
Permulaan aku adalah setelah mendapat kebenaran oleh suami tercinta. “Abang, esok ayang nak pergi jogging kat kompleks sukan tu boleh?” Encik suami menjawab “Boleh.. “
 
Ting ting ting…. Masa tu suka sangat!! Impian menjadi kenyataan. Permulaan aku pada sabtu pagi bersama penyokong-penyokong tegar (anak-anak-anak) yang sibuk main di taman permainan sambil diawasi ayah.
Aku bermula pada 19 April 2014, aku berjaya berlari sejauh 2.45km selama 23 minit. Aku cukup berbangga dengan pencapaian ini. Walaupun baru 2.45km aku tetap kagum. Semenjak aku berumahtangga hampir 10 tahun, hari itu lah hari permulaan aku bersenam. Sebelum ni ada juer berlari tapi banyak jalan la.. lari 2 minit rehat 10 minit.. gitu je lah… tidak bersungguh… Coach aku Kevintan Zahra yang bagi banyakkkkk tips berlari.
"Berlari sampai setengah jam, jangan berenti jalan tak per jangan duduk, paham??!!"
Kena marah pun selalu… tsk tsk.. tapi aku sangat sayang kan coach aku itu…
Aku mula bercadang untuk berlari pada weekend, tetapi rasa macam tak puas. So aku memberanikan diri untuk meminta izin suami untuk berlari pada weekdays.  Sungguh memeranjatkan aku, suami aku memberikan kebenaran tanpa bertanya banyak. Ohhhh.. bertambah lagi aku sayang pada dia… hihi…
Semenjak dari itu lah aku rajin berlari. Sehingga ke hari ini aku dah berari sejauh 45km (dah sampai KL dah aku lari ni.. huhu).
Di samping itu juga, coach aku telah menghadiahkan aku sports attire reward kerana aku rajin berlari katanya. Lepas dapat hadiah aku lagiiiii bersemangat. Plus, berlari ni dah jadi macam addicted, kalau tak dapat berlari rasa macam nak melompat2 je… hihi… Aku berazam untuk join 10km race di Seremban bersama coach kesayangan aku pada bulan Ogos kalau tak silap. Aku akan gigih untuk training. Doakan aku dapat merealisaikan impian ye… Aamminnnn…
Walaupun sibuk berlari.. aku juer masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa.. tiada perubahan. Cuma terkejar-kejar untuk memasak pada permulaan. Tapi Alhamdulillah aku dapat melaksanakannya.
Thank coach Kevintan Zahra saya tersayang.
Muka gembira baru lepas berlari.
 
MK: Hehe...comel kan TunTun ni. Dulu dia pun ada blog. Tapi lepas dia buat entry pasal buat kuih masalavadei... dia dah terus tak update blog dah. Mungkin dia terlalu kenyang makan vadei...hahaha. Jangan marah Tun. 
FYI 'Kenvintan Zahra' tu saya lah....hehehehe
Bravo girlfriend!!! I'm proud of you. TunTun memang seoang ibu yang super caring memang selama ni tak pernah terpikir untuk buat sesuatu untuk diri sendiri. Dia memang buat semua benda untuk orang-orang tersayang je. Owwhhh...sayaaanggg dia. Tapi tengok!! TunTun berjaya buktikan bahawa kasih sayang dia tak berubah secubit pun kalau dia spend time tak sampai sejam je untuk diri sendiri - itu pun bukan ber-party-party pun...pergi berlari je..
Ibu happy - anak-anak happy, suami happy. Yeayyyy!!!! So come on girls!!!!! Let's parteeeyyyyy!!! (read: RUN)
Ok till the next 'artis jemputan', bye!!

Friday, 9 May 2014

Segment : Artis Jemputan

Hi - Hari ini saya dengan happy nya ingin memperkenalkan segmen baru blog saya. Iaitu Segmen Artis Jemputan!!!!

Artis sangat kan...hihih..

Ok - segmen ni khas untuk kawan-kawan yang nak berkongsi cerita especially pasal fitness or family issue or kids or cerita jalan-jalan, cerita tips or apa-apa lah.

Kadang-kadang korang mesti ada banyak cerita nak share. Tapi malas pulok nak create blog semata-mata nak cerita 1 cerita je kan. Wokehhh... never fear because MK is here!!!! Meh kongsikan cerita korang di blog ni dalam segmen khas ni lah.

Why???

Because you worth it & sharing is caring kan....

Please email the story to me at intansiza@gmail.com

Saya excited nak memperkenalkan artis jemputan saya yang terulung di entry saya yang seterusnya....nantikan!!!!

Weeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Friday, 21 February 2014

Tips Bersenam Part 2

 Ok - sebelum saya terlupa tips-tips yang memang dah lama ada dalam kepala hotak saya ni. Moh lah kita share kan ye:-
 
1. Ambil gambar perut on the 1st day kita start bersenam. Simpan gambar tu. Ambik gambar perut tu sebulan sekali. I tell you...saya sekarang tak sangka kenapa sampai hati saya biarkan perut saya melimpah macam tu sekali dulu? Tsk..tsk..tsk..kesian perut saya. Sekarang ni pun perut saya belum six pack pun :P. Tapi jauh lebih kecik daripada gambar 1st yang saya ambil masa mula-mula start bersenam. Ye saya ingat lagi tarikhnya 1/2/2013. Simpan gambar tu baik-baik ok. Lepas tu jangan gatal pulak nak letak dalam facebook. Ko giler ke Senah? Aurat ok...aurat!!
 
2. Apa lagi tips ye? Carik kawan!!! Ye..kalau korang takde kawan, meh lah kawan dengan saya. Saya sudi...hihihi...Carik kawan yang boleh memberi semangat, yang senasib-sama-sama nak bersenam. Carik kawan yang positif. Yang rajin mendengar keluh kesah adu domba pasal senaman korang. Carik kawan yang garang (macam saya) yang boleh marah kalau korang malas. Yang boleh motivate korang, yang boleh perli korang bila tak bersenam pagi tadi.
 
3. Update dalam FB pasal aktiviti bersenam hari-hari. Boleh guna banyak application dalam smart phone korang. Saya guna 'Noom'. Every time saya workout, saya update & di sharekan dalam FB. Saya share bukan sebab saya nak eksyen, taakkk...saya share untuk peringatan diri sendiri. Dan...saya ada few friends yang baik hati yang selalu remind saya bila dia tengok takde update status saya bersenam "Ey..Tan!!! Apsal ko dah lama tak bersenam ha? Ko pemaleh kan!!??" Gitu... Kalau nak tulis dalam buku ke white board ke pun ok. Janji korang keep track. Nak senang guna application dalam smartphone.
 
4. Bersyukur - kalau ada 5 minit je masa untuk exercise, kita exercise lah 5 minit. Kalau ada 10 minit masa, 10 minit lah kita guna. Kita kena bersyukur..jangan tamak. Kalau ada peluang bersenam di rumah...kita bersyukur, kalau ada peluang jogging di taman bersyukur juer..itu kira macam bonus kan. Yang penting apa diaaa??? Konsistensi. Kadang-kadang saya bosan berlari sorang-sorang kat kompaun rumah, saya jogging di taman rekreasi. Ye saya beruntung lah juer sebab depan rumah saya tu memang taman rekreasi tersohor di KL. hihi. Memang perasaannya berbeda ye puan-puan. Sebab ramai orang yang sama-sama bersemangat macam saya. Ramai yang berlari. Rasa macam marathon!!
 
5.Pasang niat - eh..saya punya tips ni actually tak ikut urutan ek..hihi patutnya pasang niat mesti yang ketama kita buat. Pasang niat, saya nak bersenam kerana Allah Ta'ala, untuk sihat tubuh badan, untuk menjadi rutin harian saya, untuk hidup lebih cergas, untuk anak-anak & keluarga saya.
 
6. Set target / challenge - lepas 3 bulan saya bersenam/jogging ni, saya nak masuk 1/2 marathon!!! Yeap..yeap...nak masuk race!!! Seriously I did (nanti saya cerita di entry yang lain orait) Idid - but after 10 months of training jogging macam orang giler sorang-sorang.
 
7. Celebrate - Actually saya celebrate kejayaan saya berjogging yelah dengan join 10km race. Yeap..itu ganjaran untuk diri saya sebenarnye. Eh..actually part of lah. Lepas tu saya beli baju baru - semestinya saiz kecil dari size yang dulu....kheenn.... & memuji diri sendiri di dalam fitting room..kakakaka... Ambik pic & whatsapp kat Matun..."Tun..Tun...tengok lah I ni....kurus kheennnn" gitu....Lepas tu saya beli kasut...lepas beli kasut...saya beli kasut lagi...lepas tu kasut lagi....hihihi... So..actually saya reward diri saya setiap bulan dengan kasut. Flats je pun...huhu itu pun nak kecoh kan...lantak..janji happy. Pastu whatsapp Matun lagi "Lihatlah TunTun..kasut I!!"
 
Eh..korang janganlah suka suki whatsapp entah siapa-siapa ok!! Matun tu bff saya, dia memang pasrah je layan kawan dia yang sewel ni. So..korang kena carik kawan se-best TunTun!! Eh dah la tuh...nanti sambung lagi orait!!!
 
Ta!!!
 
P/S: Seronoknye saya ni dah banyak benda nak cerita kan..kan...pastu baca sendiri apa yang saya tulis pastu senyum sendiri...hehe..jangan risau...saya memang suka perasan/ syok sendiri.. :P
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 2 October 2012

Dilema Ibu Bekerja

Macam yang dulu Dak Ana cakap 'Ini global issue'. Ye memang betul pun. Sampai bila-bila pun tak habis dilema ni.

Semalam kan saya duduk rumah uruskan anak-anak sebab baby sitter cuti. Rasa seronok jugak. Anak-anak muka berseri-seri-seri-seri. Haa..nampak tak berapa banyak seri yang saya tulis tu maknanya muka derang memang berseri. Happy betul ibu dia menguruskan dia. Hantar pergi sekolah, jemput, suap makan, pakaikan baju, ajak jalan pergi beli groceries. Sempat teman ibu lunch dengan kawan.

Baik je Ayen selama sejam teman ibu dia lunch dengan Auntie PP dia. Nama kawan saya tu T.P (she's Indian) tapi Ayen tak pandai sebut..so dia panggil Auntie PP. Hehehe..Dia tak kacau langsung saya bergossip, dia happy sengsorang main game kat phone..pfftt...

Pukul 3pm sampai rumah dia sendiri cakap "Sleep timeeeeee!!" Ibu dia pun cepat-cepat ambil bantal sebab Ayen dah suruh tidur kan...ehh..haruslaahhh. Pastu jemput Bayong kat sekolah. Dia request nak ayam goreng ala KFC yang bersalut cornflakes tu. Saya cakap KFC dah tak jual ayam yang gitu. Sekarang yang ada ayam yang pedas hot & spicy or original je.

Dia nampak kecewa sikit. Saya pun dengan confident nye cakap "Alaa...apa susah..ibu pun pandai buat tau ayam gitu!!" Terus bibir anak saya bertukar jadik hurup V semula...tadi huruf n. Tapi lepas dah siap masak semua, Bayong makan seketul je sebab dia cakap "Ayam kfc ibu ni color dia coklat sangat"

Hehehe...sebab hangus!!! Sebab ibu korang konon nak potong ayam tu sama besar dengan KFC punya. Pastu dah la jadik luar dia hangus..dalam dia tak masak. Tsk...tapi Ayen makan banyak. 3 ketul kot.

Apa dilemanya?

Pagi tadi Bayong tanya "Bu..kalau Wan cuti lagi....boleh tak ibu cuti lagi untuk jaga kita orang?"

Sayu pulak saya dengar soalan tu. Ni nak type pun siap cebik-cebik ni tahan air mata..yelah kat office. 1st time saya update kat office tau. Sebab kepala agak penuh dengan pemikiran ni. Kusut.

Yang Ayen pulak, pagi tadi dia muntah semula. Hari tu memang cirit birit sejak Jumaat. Tapi dah elok dah. ahad dah ok, semalam pun ok. Tapi pagi ni..dia muntah masa tengah tidur. 6.15am tadi. Habis masuk dalam mata hidung telinga...kesian sangat. Terus kena mandikan sebab rambut pun dah lencun.

Pandai pulak cakap "Semalam adik elok je kan bu, hari ni dah tak ok pulak. Ibu boleh cuti lagi?"

Wuuuuuuuuuuuuuuu.............

Bayong pulak yang menjadi mangsa kekecewaan saya. Dia kena marah sikit pagi tadi sebab dia tak jumpa wallet dia. Sebenarnya saya takde lah marah sangat wallet dia salah letak. Tapi mungkin sebab saya frust je..so...Bayong kena marah.

Anak-anak ibu:-

Ibu harap Bayong & Adik tahu..Ibu sayanglah berjuta million kat korang. Kalau ibu mampu, sekarang jugak ibu berhenti kerja layan korang kat rumah. Ibu enjoy hantar jemput suap makan semualah!

Tapi sekarang belum lagi. Tu yang ibu mintak tolong Wan untuk tengok-tengokkan Bayong & Adik. Harap Bayong & Adik faham. Ibu rasa pasal tu lah ibu selalu spoilkan korang setiap hujung minggu kot. Sebab ibu rasa bersalah tinggalkan korang masa pergi kerja. Kerja tu pun bukannya ibu suka sangat pun. Ibu pergi kerja sebab perlukan gaji & kadang orang dewasa ni perlukan some type of escapism dari house chaos yang sebenarnya tak berapa nak chaos pun.

Doakan ibu cepat-cepat dapat berhenti kerja & dapat buat aktiviti sendiri dari rumah yang dapat memberi pendapatan yang cukup-cukup untuk kita pun jadi lah...

Ibu sayang Bayong & Adik....sobbsss...






Tuesday, 14 February 2012

Tips juer

Banyaknye buku Bayong...poning kepalo ibu nak susun hari-hari. Karang kalau terlupa bawak dah termalu kat sekolah. Haa....buat gini...pastu anak dah boleh susun sendiri. Ini especially bagi ibu-ibu yang anak dia baru masuk sekolah darjah 1 kan. Kan kita ni tak habis-habis lagi kagetnya.

Tapi betul juer kita need time to adapt to new routinekan. Sekarang dah tak rasa amat amat susah pun. Semuanya manageable. Tapikan...semalam kan, saya tergolek depan lift kat rumah baby sitter. Bahu kiri sakit 1 malam je lah nasib baik, alhamdulillah. Lutut kanan lobam sebab menahan diri dari tidak jatuh tertiarap sebab tangan kanan penuh dengan beg-beg sekolah anak & baju yang bersih ber-hanger. Hihi..walaupun jatuh, tangan kanan masih tinggi berdiri sebab nak selamatkan baju tu. Kagum tak?

Tapi sakit woooo....

Anyway...mana tips nye?

Ni haaa...


Ala...tak nampak ke? Nampak tak? Tu ha...ada sticker tu. Lekatkan sticker di setiap buku termasuk buku tulis anak. Tulislah hari-hari yang buku tu perlu dibawa. I, S, R, K, J ikut jadual. Lepas tu boleh explain kat anak, so derang pun boleh susun sendiri buku dia.

Senangkan? Eh..ke puan-puan dah lama tau tips ni haaa? Isk..apsal tak bagi tau saya? Huh??!!

Tapikan..untuk sekolah KAFA Bayong kan, ada 2 bijik buku tu saya tak reti nak baca sebab Bahasa Arab. So saya lekat je sticker kosong & cakap dengan Bayong bawak buku ni hari-hari sampai ada subject tu, silalah tulis hari apa pada sticker tu.

He loves the idea sebab dia rasa senang nak susun buku dia!! Anak happy, ibu gembira!!

Tata!!!

P/S: Bayong marah saya sebab tak tau Bahasa Arab. Dia pelik kenapa saya tak belajar Arab. Saya jawab "Dulu ibu sekolah omputeh" (Omputeh lah sangatnye) Hahahaa....


Friday, 3 February 2012

Education 2

Pernahkah puan-puan mengajar anak-anak puan-puan untuk memukul anak orang lain? Saya pernah. Hahaha..sounds brutal! Well...bukanlah tiba-tiba memukul anak orang lain, ia actually lebih kepada self defense.

Saya ingat lagi sewaktu Bayong Adam berusia dalam 3-4 tahun. Dia budak tinggi so other kids easily thought he's like 5-6 years old. Jadi selalunya dia akan dibuli secara sengaja atau tidak di playground. Semasa di playground, saya selalunya akan memerhatikan dia dari jauh, biar dia berdikari & join other kids. Selalunya dia akan ditolak oleh budak lain. Bayong tak tau macam mana nak react, dia hanya menjauhkan diri & memandang saya meminta pengertian. Kadang-kadang siap jatuh tertonggeng-tonggeng ok. Kesian anak saya.

Yang menggeramkan saya ialah, parents or penjaga budak-budak lain tu. Hello....boleh tak ko cakap dengan anak ko jangan main kasar-kasar?! Anak aku ni baik ok...sebab emak dia tak ajar tolak-tolak anak orang lain. Nak main buaian ke slides ke dia ikut giliran, sebab emak dia ajar gitu. Dia tak tolak-tolak anak orang lain. Emak dia siapa? Ahkak la....hihihi

Kadang-kadang saya pergi selamatkan dia, bangunkan dia ke. Tapi dia tak serik, nak jugak berkawan dengan budak-budak tu. Mentang-mentanglah dia jenis tak menangis, so budak-budak lain bulilah dia sesuka hati. Tak kan lah saya nak larang dia bercampur gaulkan? Cuba ko buat dengan Yen sekarang, ko belum cuit lagi dia dah menjerit atau lagi best terus berlari mengadu sambil tunjuk-tunjuk tangan dia kat budak tu so saya bolehlah memandang budak tu dengan pandangan mata yang dah macam nak terkeluar ok. Horror..!

Sambung cerita Bayong:-

Bila balik ke rumah, saya cakap dengan dia;

Ibu: Yong...lain kali bila orang tolak Bayong, Bayong kena lawan balik tau!

Bayong: Boleh ke Bu, Ibu kata tak baik buat orang.

Ibu: Ehhh... kalau orang dah buat kita dulu, kita mesti lawan!! Tapi kita janganla buat dia dulu.

Bayong: Takpe eh camtu?

Ibu: Takpe...kita mesti mempertahankan diri sendiri.

Bayong: Ok, esok Bayong tolak dia!!!! (Semangat ni!!)

Ibu: Good boy! (Semangat juer)

Esoknya, benda yang sama terjadi lagi. Seperti biasa saya akan meminta pengertian parents budak yang membuat onar itu. Seperti biasa juer, dia pandang saya dengan pandangan sepi dan buat tak kisah. Bayong sekali lagi meminta pengertian & kadang-kadang hanya menjauhkan diri. Tapi budak itu tetap ikut dia & buli-buli dia. Saya memandang Bayong dengan mata dan anggukan yang mengharapkan dia mempertahankan diri dia, tapi mungkin dia tak sampai hati or tak tahu cara macam mana nak buat.

Ok FINE!!!! Meh sini ibu take action. Nanti ko ye budak noty...meh sini auntie ajar ko. Mak ko tak nak ajar ko kan...kejap eh..ko tunggu. (Emo ni ok).

Sambil dukung Yen yang masa tu baru umur 1+ kot, saya pun pergilah dekat-dekat dengan group yang main buaian tu. That particular kid pun ada kat situ sedang bermain tolak-tolak dengan kawan-kawan dia. Bayong masa tu tengah main kat slides.

MK: Hai...

Kid: Huh? (Buat muka comel, memang dia comel pun)

MK: Nampak tak budak yang pakai baju biru tu?

Kid: Nampak! Kenapa?

MK: Selalu antie nampak awak buli-buli dia, tolak-tolak dia..kenapa ek? (Tanya dengan ramah & nada ceria ni tau)

Kid: Saje....

MK: Owhh...saje ek.

Kid: ~buat muka puas hati sambil pandang Bayong~

MK: Ok, dengar sini, budak tu ialah anak auntie, dia budak baik..dia tak kacau awak, so baik awak jangan tolak-tolak or kacau dia lagi. Kalau auntie nampak sekali lagi, auntie cubiiiiiiiiiiiiiiiitttt perut awak tau! (Dengan muka serious ya hamat)

Kid: ~Angguk tanpa henti~

MK: Good boy! ~gosok kepala dia, senyum, berlalu pergi sambil angkat tangan dekat emak dia yang duduk kat hujung sana yang sedang bergossip~

Ok, call me KEJI, but I would do anything for my son. If you don't know how to teach your son/daughter, let me help you - thank you!

Itu dulu.... since Bayong dah masuk sekolah dia tau protect diri sendiri. Lagipun sekarang dia lagi besar/tinggi dari rakan sebaya, so kebarangkalian untuk dibuli amat tipis semasa di tadika. But now, dah masuk sekolah rendah, mungkin dibuli semula oleh budak darjah 2 or 3.

Malam tadi saya dengar ayah dia memberikan lecture tentang self defense & sebab musababnya. Harap Bayong faham & mempergunakan ilmu yang diajar.

P/S: I am maybe not the greatest mother in the world, but I wanna be the best for my children. Sila memahami. Tengkiu!

Tuesday, 6 December 2011

~Weq~

Banyak-banyak rumah sewa yang saya duduk semasa zaman bujang dulu yang paling best yelah di Kuchai Lama. Tropicana Condo. Serious best!! Housemate saya pun sangat cool & sewel. Nama dia Weq. Rumah tu ada 3 bilik. Master bedroom besar ada bilik air dalam dia. Disebabkan saya & Weq membayar portion yang sama maka kami gilir-gilir guna master bedroom tu.

3 bulan dia guna, 3 bulan seterusnya pulak saya guna. Begitulah seterusnya. 2nd room pun best juer. Cuma tak ada bilik air. 3rd room mula-mula kosong, lepas tu kami sewakan pada seorang gadis yang kami panggil Ina Stone. Hihih.. kenapa Stone? Tak..dia bukan kepala batu, dia just macam selalu berangan di dalam dunia dia sendiri. Stone lah tu...

Masa tu saya baru mula bekerja tetap. Office kat Sungai Way, sekarang nama Sg. Way sudah tukar jadik apa da? Entah dah lupa. Company developer. Weq pulak kerja dekat-dekat dengan rumah je biasalah kami ni semua kerja site. Nasib baik masa tu saya jarang kena pergi site. Selalu pergi site yang dah nak siap je untuk dapatkan CF dari gomen.

Macam-macam kenangan kat rumah tu. Semalam saya chat dengan Weq mengimbas kenangan kami. Tergelak-gelak sakit perut sebab tak boleh ketawa kuat-kuat. Karang kantoi pulak tengah menge-chat. Hiks.. antaranya:-

Saya dari dulu memang suka masak. Weq yelah mangsanya yang kena habiskan. Weq selalu balik lambat sebab dia rajin kerja. Haha..bila balik saja saya akan cakap "Surpprriiiseeee aku dah masak!!" Tak surprise langsung! Pastu Weq cakap tetiap kali masak, saya mesti guna black pepper. Hahaha... semua pun nak letak black pepper.

Kami ada pet. Pet kami yelah ikan laga. Nama ikan tu yelah Osman. Mula-mula kami nak letak nama Osama. Tapi takut kontroversi pulak. So tukar nama jadik Osman sudeehh. Actually itu ikan saya. Tapi Weq mengaku Osman yelah ikan dia jugak sebab dia selalu kasik makan. Ok la..ikan KAMI. Baru dia puas hati. Pada satu hari semasa nak tukarkan air dalam aquarium (aquarium ke? macam bekas pasu bunga je hihi) Tiba-tiba Osman melompat keluar dari bekas tu terus masuk ke dalam lubang air keluar tu. Saya menjerit-jerit, "Osmaaannn!!! Osmaaannn!" Eleh..macam lah ikan tu pandai menjawab ek. Paniklah kami. Last-last Weq seluk tangan dia masuk dalam lubang tu untuk selamatkan Osman. Berjaya...tapi Osman tinggal nyawa-nyawa ikan. Hey...sesuai kan...ikan yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Ngeh!!

Kami tenung je Osman yang tak bergerak-gerak sambil tiba-tiba kami bersorak memberi kata-kata peransang terhadap Osman "Osman, Osman, Osman" sambil tepuk tangan. Tiba-tiba Osman bergerak. Osman masih hiduuuppp!!! Yeaayyyy!!

Suatu hari saya balik ke rumah tiba-tiba Weq jerit "Jangan pergi situuuu!!!" Dia larang saya pergi dekat aquarium Osman. Saya berlarilah tengok ape ke hei nye? Rupa-rupanya Osman dah terapung. Dia dah mati!! Sedihnya...kami kuburkan dia bersama beberapa helai tisu, pastu flush dalam lubang toilet. Erkss... kesian Osman. R.I.P Love!!!

Pada masa tu juer, ada cerita bersiri Korea tajuk All About Eve. Rasanya setiap Isnin-Jumaat pukul 6.30pm. Weq selalu sampai dulu ke rumah sebab office dia dekat. Yang saya ni je terkejar-kejar drive untuk tak ketingalan tengok cerita tu. TV kami kecik je tapi berjasa ok. Seronok mengumpat-ngumpat sambil tengok tv.

Ada jugak masa tu tengok Juara Lagu. Time tu Yassin menang lagu Mimpi Laila kot!! Kami masa tu menyampah dengan Yassin & lagu tu. Weq jerit-jerit masa lagu tu menang. Pitching nye sungguh tinggi sampai tv kami tu bergegar gambarnya setiap kali dia jerit. Hahah...sweet memories.

Masa mendobi, kami tak kisah kalau ada baju sesiapa kat ampaian tu kami akan lipat semuanya. Lepas tu asing-asingkan siapa punya baju. Tapi lipat baju/seluar saja, spender tanak tolong lipat. Ewww la kononnya. Lepas lipat-lipat semua tu saya tinggalkan spender Weq kat sofa dengan harapan nanti dia balik, dia ambillah spender dia tu. Tapi dah 2-3 hari dah spender tu masih kat situ. Saya soundlah dia, "Weyy...apsal ko tak ambik spender ko ah??" Dia jawab "Hello...itu bukan aku punya...itu ko punye lahh!!" Hahaah ye ke..termalu-malu sendiri. Tulaaa... beli spender sama corak tapi lain kaler..hihihi beli masa merayau ke Golok kot masa tu.

Saya juga suka tanam pokok. Nope..bukan pokok bunga. Pokok yang berdaun je. Saya letak kat corridor depan rumah. Suka hati ko je ek letak pasu panjang giler kat luar rumah. Ko ingat ko duduk rumah teres? Ahh..lantak. Ada sekali tu saya baru turun dari lift nak ke pintu masuk rumah tiba-tiba terdengar Weq bercakap sorang-sorang "Kesiaannnn ko, tuan ko tu asyik pergi dating...dia terlupa nak kasik ko minum" Dia bercakap dengan pokok saya ok!!! Cissss!!! Baru sekali tolong siram dah mengumpat-ngumpat ok! Hehe..Saya pun teruslah sergah dia dari sebalik dinding. Melompat dia kejap.

Saya dan Weq juer suka mengigau. Hahaha pecah rahsia. Ada sekali tu Weq tiba-tiba ketuk pintu bilik saya, nak tumpang tidurlah tu. Chiitt..takmo tidur soranglah tu!! Huhh! Saya dengan mamai-mamainya bukak pintu. Weq cakap "Aku nak tidur bilik ko" Lepas saya angguk, Weq balik ke bilik dia untuk ambil comforter dia. Saya pulak kunci balik pintu bilik saya. Padahal saya dah angguk tadikan sepatutnya saya tak payahlah kunci pintu. Kekekeke... masa Weq nak masuk, dia pelik apsal pintu berkunci....terpaksalah dia ketuk lagi sekali..haha...sorry ngigau pulak!

Masa tidur tu Weq ngigau ok, Dia angkat tangan dia ke udara buat-buat macam mencakar-cakar sambil bunyi-bunyi "Graauuu graauuuu". Saya pulak boleh pergi tanya "Apa tu Weq?" Dia pulak boleh jawab "Excavator" Hadooiiiii sakit perut ketawa masa tulis ni. Dia mimpi buat kerja ok. Itulah nasib orang kerja site. Mintak-mintak Weq tak marah bila baca cerita ni. Sorry Weq!! Me love you banyak-banyak!!

Macam-macam lagi kenangan kami masa kat rumah tu. Ada jugak kenangan pahit. Tapi kami prefer untuk ingat yang manis-manis je. Tiba masa nak berpisah untuk keluar dari rumah tu. Weq nak kahwin. Saya pulak nak bertunang pastu kahwin. Kami pindah ke rumah berasingan. Kami ada berjanji sesuatu, janji yang Weq & saya kata "Sambai bila-bila". Biarlah rahsia janji tu...hehehe... harap Weq masih ingat. Kalau tak ingat pun takpe...nanti saya remind dia.

Saya & Weq masih lagi berhubung. Eventho sangat jarang berjumpa, biasalah masing-masing dah ada life sendiri. Weq juga ada 2 orang anak lelaki yang super comel. Saya harap friendship saya & Weq akan berterusan sampai bila-bila. Banyak sangat suka-duka kami harungi sama. Air mata pun banyak tumpah tak kira air mata gembira atau sedih, nyampah pun ada juer..haha..


Arghhh jerawat!!

Iftar kat rumah Emma last Ramadhan

Aku sayang ko Weq, "Kita kawan dah lama" hehehehe Weq benci ayat tu. Hanya kami yang paham.

Tata!!

Edited:- Nah latest pic!!! Baru terserempak dengan Weq 7/12/11!! Excited!



 

Sunday, 27 November 2011

Kenapa saya memilih jalan ini

Salam 1 Muharram u ollss!!

Kenapa tajuknya gitu ek? Well...sempena 1 Muharram ni selalunya mengimbas kembali memori saya bertudung. ~senyum~

Kenapa saya memilih jalan ini? Meh lah nak ceritalah ni. Semua wanita ada alasan mereka sendiri untuk bertudung atau sebaliknya. Ini cerita saya. Bukan untuk bermegah-megah ok. Saja je sebagai kenangan manis saya je tau. Cerita ni panjang tau... kalau bosan tak perlu habiskan ye..sambung esok..hehe.

12 tahun dulu masa saya berunur 20 tahun (haa...cube kira umur saya berapa sekarang?) hihi..saya pernah berjanji dengan diri sendiri nak pakai tudung semasa atau sebelum saya berumur 30 tahun. Janji-janji itu dari setahun ke setahun berlalu sepi gitu je.

Ada sekali tu, saya dapat jemputan orang kahwin kat Masjid Jalan Duta..cantik Masjid tu. Saya pun pergilah..tapi tiba-tiba saya tak dibenarkan masuk sebab saya cantik...tapi tak tutup aurat. Hihi nak jugak cakap ko cantik ye..pigi daahh! Penjaga Masjid tu kasik saya tudung sarung warna putih macam tudung kanak-kanak tadika pergi sekolah. Ewww..buruknye kata saya dalam hati. Tanaklah pakai!! Tapi saya pakai jugak sebab kalau tak pakai tak boleh masuk. Bila dah sampai ke dalam dewan makan tu saya bukak balik. Habislah jambul I..hishhh! Sejak dari hari itu, saya takut nak pergi Masjid... tsk..tsk..tsk...Ya Allah ampunkan hambaMu..aku jahil dulu.

Masa saya nak ambil gambar untuk kad nikah, saya kena pakai tudung. Sebab gambar kad nikah mesti pakai tudung. Saya tak ada tudung...saya pinjam tudung colleague saya pada masa tu. Tudung bawal warna purple...tiap-tiap kali saya pandang kad nikah saya, saya tersenyum sendiri. Tapi saya tetap tak pakai tudung. Haisshhh....

Bila saya dah berkahwin ada ramai orang bertanya tak nak pakai tudung ke? Selalu orang dah kahwin pakai tudung. Saya menjawab "Ish... tak betullah alasan pakai tudung sebab husband suruh. Ini datang dari dalam diri sendiri. Keputusan diri sendiri" Tsk..tsk..tsk..jahat betul mulut saya. Sekurang-kurangnya orang yang pakai tudung tu bila husband dia suruh tu dapat keredhaan Allah & Suami. Saya? Eksyen sungguh ko ye. Tapi saya masih tak pakai tudung.

Saya pernah dapat tudung sempena hari jadi saya yang entah ke berapa saya tak ingat. Tapi tudung tu tak cantik! (Dari mata sayalah) Saya simpan tudung tu bawah bawaaaahhh sangat dalam almari baju saya. Satu hari ada keraian bulan Ramadhan kalau tak silap saya di office saya. Saya tak ada tudung jadi saya terpaksa, saya ulang TERPAKSA pakai tudung yang dihadiahkan oleh colleague saya tu.

Pernah satu ketika, saya menghadiri pernikahan sepupu suami saya di Perak. Saya terdengar ada suara bercakap "Tuh sapa tu yang tak pakai tudung tu ha..isk..isk..isk" gitulah lebih kurang. Sebab masa tu memang saya seorang je wanita yang tak bertudung di majlis itu. Alaah saya rasa awkward sikit. Empphh...tapi saya menjeling je..lantaaakkk!

Anak sulung saya nama dia Bayong (nama samaran hihi), bersekolah taski (tadika Islam) sejak dia berumur 3 tahun 1/2. Saya pulak masa tu berumur 29 tahun. Bayong budak bijak, bercakap macam orang dewasa. Mula membaca masa umur 4 tahun. Eh..nak cerita pasal saya kan..hihi skip cerita Bayong. Pada satu hari Bayong balik ke rumah termenung jauh. Lepas tu menangis senyap-senyap. Saya tanya kenapa? Dia geleng kepala saja. Saya peluk je lah..sambil cakap "Kalau ada masalah apa-apa mesti bagi tau ibu..barulah ibu boleh tolong" Eh..ye ke saya cakap gitu..macam skema je kan bunyiknye... ala..lebih kuranglah.

Bila waktu malam dah nak tidur, Bayong cerita pada saya, kat sekolah Cikgu Fiza cakap kalau perempuan tak pakai tudung, nanti kat neraka dia kena gantung up side down lepas tu kepala dia kena bakar sampai otak dia menggelegak. Masa Bayong bercerita dia tutup muka dia dengan tangan kecik dia tu sambil mengalirkan air mata dia cakap "Bayong takut nanti Bayong tak dapat selamatkan Ibuuuuuuu!!" Saya terdiam..rasa macam nak buat solat taubat pada waktu tu jugak. Tapi saya tak tau macam mana nak buat. Tapi saya tetap tak pakai tudung....

Tiba-tiba saya juga teringat dengan cerita kawan baik saya pernah cerita yang adiknya pun pernah menangis sebab takut tak dapat tolong dia masa dia kena bakar api neraka sebab tak pakai tudung. Tapi semasa dia bercerita tu saya tak rasa apa-apa. Saya hanya tergelak kecil je. Ya Allah keras sungguh hati aku. Tapi saya masih begitu lah... 

Tahun 2009, bulan Januari - masa birthday saya yang ke-30 saya teringat janji-janji saya pada diri sendiri, doa-doa ibu ayah saya. Yang paling penting kata-kata anak sulung saya. Tapi saya tetap tak pakai tudung.

Tapi saya ada beli selendang hitam & coklat, sengaja..buat koleksi semasa kecemasan bila ada orang meninggal ke, atau kena pergi masjid. Ya Rabbi...malu saya nak taip ni ok. Tapi itulah kebenarannya. Nak dijadikan cerita ada pakcik saya meninggal. So saya tak perlu susah hati sebab saya dah ada selendang. Saya pun simpan selendang tu dalam handbag. Sebab nanti senang kalau tiba-tiba kena pergi masjid kan.

Dalam diam-diam saya bercerita juer dengan kawan baik saya yang sangat baik hati. Saya sangat sayang dia hinggakan ketika saya menaip ni pun rasa macam nak menitik air mata sebab saya sayang sangat pada dia. Dia dah lama pakai tudung. Dia tak berat sebelah, dia tak pandang rendah pada saya, dia tak pernah suruh saya pakai tudung pun. Tapi dia cukup happy bila saya kata saya dah beli tudung. Saya beli 2. saya tak tau kenapa...tapi saya tiba-tiba beli. Dia kata dia rasa macam nak menangis sebab happy sangat.

Saya cakap dengan dia, sekarang saya dah umur 30 tahun. Macam mana dengan janji-janji saya? Takut nanti saya pakai tudung, saya terus jadik tak cantik, panas, nanti saya migrain, nampak tua, tak modern, terus jadi typical malay woman. Dia kata tak apa... practise dulu..pakai gi kedai dulu. Nanti dia temankan saya beli tudung. Dia nak ajar saya pakai tudung. Tapi saya dapat rasakan yang hati saya ada kekuatan sikit..sikit jelah..hihi..

Satu hari saya tiba-tiba mendapat idea untuk set kan tarikh untuk pakai tudung. Set tarikh je..hihih..pakainye belum. Saya pilih 18/12/2009 bersamaan dengan 1 Muharram 1431. Saya rasa tarikh itu sangat sesuai & bertepatan dengan semua alasan & janji saya sendiri. Waktu itu, 1 Muharram berkat tahun baru Hijrah, ibu & ayah saya baru balik dari Mekah-Haji. Saya masih berumur 30 tahun & ianya datang dari hati saya sendiri. Ok 1 Muharram it is!! Semangat nih... over tau saya ni pakai jelah bila-bila pun..nak set-set tarikh pulak..chiitt...

Harinya makin lama makin dekat..saya makin lama makin takut. Akhirnya sampai jugak tarikh 1 Muharram. Saya akhirnya secara rasminya bertudung. Saya ada buat entry pasal hijrah saya kat sini, kat sini & kat sini 

Sekarang..sempena ulangtahun ke-2 saya pakai tudung (nak jugak anniversary :P) saya rasa lega. Saya masih rasa saya cantik..hihih ini mestiii. Saya dah tak rasa panas bila bertudung. Saya rasa saya menjadi contoh yang lebih baik untuk anak-anak saya. Saya rasa saya 'walk the walk, talk the talk'. Saya dah tak rasa awkward bila balik kampung. Saya rasa rajin, gembira, yakin & tak takut bila masuk Masjid. Dan yang paling penting saya rasa saya dah menjadi muslimah yang lebih baik dari diri saya yang dulu :).

Doakan saya selamat sejahtera di Dunia & Akhirat. Amiiinnn... (mode ustajah pilihan is on) hihihi...

Apa-apa pun the kourney eh..journey (apa ko ingat kourtney kardashian ke) untuk saya bertudung ni sangatlah manis buat saya sendiri. Saya akan kenang kenangan manis ini sampai bila-bila.

Tata!!!

Friday, 11 November 2011

Education- 1

Chewaahhh...tajuk omputeh konon.

Meh sini nak habaq ni kat adik-adik yang baru beranak. Eh kakak-kakak pun boleh lah dengar baca. Iye, saya baru umur 30-an. Anak pun baru 2. Tahun depan baru nak masuk sekolah betul-betul. eh jap..tadika pun sekolah betul-betul gak kan...bukan sekolah tipu.

Iklan - Yen kan..tahun depan dah nak start tadika. Tapi dia sungguh-sungguh tak nak sekolah agama. Bila orang tanya "Yen nak sekolah songkok ye?" (Sekolah songkok=sekolah agama).

Menjerit-jerit dia tan nak. "Tanaaakkkk!!!! Adik nak sekolah inggeris" katanya. Inggeris you...kelaaaass kau maria! Bantai lah dik..janji kau nak sekolah.

Ok, sambung tajuk di atas:-

Bila kita dah ada anak yang dah besar sikit (toddler) mereka akan startlah bertanya macam-macam soalan. Kita pula mesti berfikir jawapan yang betul, jujur,logik & bahasa yang difahami oleh anak-anak. Ha...ingat senang? Lepas tu kita juer kena menjaga pertuturan kita sesama orang dewasa, sebab telinga & otak anak-anak record je segala bala apa yang dia dengar & tengok. Balik rumah kang..siap...ko jawablah ye ibu.

Situasi 1:-

Bayong balik ke rumah dengan muram. Bila ajak makan dia refused. Dia kata dia taknak makan, Padahal kita dah masak sedap-sedap makanan favourite dia(eh..sedap ke? hihi). Musykil ni..mesti ada sesuatu. Lepas makan MK tanya ada masalah ke Yong..jom lah kita cerita-cerita.

Bayong : Abang ni ada bela hantu ke Bu?

Ibu: Ngapa pulak cakap cenggitu Yong?

Bayong: Tu haa... kawan Wan (baby sitter) tu. Dia cakap Abg makan kuat sangat 2 pinggan lepas tu kejap-kejap lapar lagi. Tapi badan kuruuuuuusss je sampai nampak tulang. Mesti bela hantu.

Ibu :Isk..isk..isk..ngapalah dia kata gitu ek? Bayong tak gemuk sebab Bayong bertambah tinggi. (Ye..Bayong baru 6 tahun tapi lagi tinggi dari budak 9 tahun).

MK sebenarnya nak jawab dia ikut 'genetic' ayah dia-tinggi kurus (walaupun ayah dia dah tak berapa kurus sekarang..hihih tapi hensem lagi - eh tetiba). Tapi kang terpaksa memerah otak pulak nak menerangkan apakah makna genetic pada budak 6 tahun. Hmm...

Bayong: Lepas tu kenapa dia kata Abg bela hantu?

Ibu: Orang dulu-dulu cakap, kalau ada orang tu kuat makan sangat tapi dia tak gemuk-gemuk...sebab bukan dia yang makan sebenarnya..tapi hantu dia yang makan. Tapi itu semua tipu je. Dia sengaja tak bagi anak dia makan banyak-banyak sangat. (Ah..kejap lagi mesti ada soalan 'kenapa' ni)

Bayong: Kenapa pulak tak bagi anak makan banyak-banyak? (Ahh..kan betul ada soalan lagi)

Ibu: Orang dulu-dulu selalunya orang susah Yong..tak banyak duit..tapi ada anak ramai. So.. bila masak nasik selalu cukup-cukup je untak semua orang. Bila 1 orang anak makan banyak sangat, nanti anak yang lain tak dapat makan. Jadi ibu dia pun tipu lah anak dia tu. Jangan makan banyak sangat..macam bela hantu. Sebenarnya...dia gurau-gurau je...dia tak bagi anak dia habiskan nasik tu. Sebab anak yang lain belum makan. (Ni mesti ada soalan seterusnya nih)

Bayong: Kenapa orang dulu-dulu tak cakap je betul-betul Bu? Cakap jelah nasik tak cukup. Kan senang. Tak baik menipu anak...berdosa!

Ibu: Hehehe... itulah.. tak baik kan. Tapi tu orang dulu-dulu. Ibu orang zaman moden (Cheewahh!) Ibu tak mau tipu Bayong. Ibu cakap betul-betul. Ibu masak nasik banyak-banyak untuk Bayong. Bayong kena makan kenyang-kenyang. Hantu-hantu tu semua tak betul ok.

Bayong pun meminta pinggan & memakan nasi ayam kemuadian mintak nasi tambah lagi.

Sekian.



Thursday, 3 November 2011

Ubat paling mujarab

Semalam Tan dapat M.C. Badan sakit-sakit macam perempuan baru lepas beranak. Batuk + selesema pakej lengkap. Sampai rumah dalam pukul 10.00am. Termenung sendirian.

Tan: Tun, ko rasa kalau aku turun Seremban jumpa korang sakit-sakit badan aku ni hilang tak?

Tun: HILANGGGG!!!!

Heheheh...

Hmm... tapi takut pulak nak minta ijin dari PakMir. Kang buatnya disergahnya kang..terus ternganga-nganga. Tapi taklah...dia tak pernah buat gitu. Dia pun tau kot Tan asyik sakit-sakit ni sebenarnya sakit rindu pada kawan-kawan. Hihihi..gedik!! So.. terus angkat tangan bersyukur mandapat husband memahami kehendak isteri tercinta. Apa ada hal..setakat jumpa kawan-kawan dia je pun kan bukannya meminta ijin nak gi clubbing ke. Pastu tak mengganggu kacau keharmanian rumah tangga pun. Tetap hantar/jemput anak macam biasa, basuh kain macam biasa apa.... eh..ko explain dengan sapa sebenarnya ni?

Umm...call kaunselor yang ke-2 lah... tringgg troongggg! Si Dak Ana lawyer melaka pun terlibat sama dalam persetujuan teori ubat paling mujarab bagi seorang perempuan, isteri & dot dot dot yang sakit yelah bagi dia berjumpa kawan-kawan tersayang. Tak kiralah sakit badan, sakit otak atau sakit hati dan sewaktu dengannya. Banyak manfaat kalau para suami memberi keijinan isterinya berjumpa kawan-kawan. Berikut antara khasiatnya:-
  1. Demam isteri akan kebah
  2. Isteri menjadi lebih gembira
  3. Bila isteri menjadi gembira, dia akan membuat kerja-kerja rumah dengan ikhlas & bersungguh-sungguh serta bersemangat
  4. Isteri juer akan melayan anda & anak-anak anda dengan gembira & redho
  5. Perangai isteri anda akan menjadi baik selama beberapa hari dan jika anda bertuah mungkin perangai baiknya akan berlarutan hingga sebulan!
  6. Anda tidak perlu mendengar bebelan isteri anda sebab dia telah pun mencurahkan adu dombanya kepada kawan-kawan.
  7. Jika semua di atas adalah tidak menjadi, paling kurang isteri anda tidak berani mengadu yang dia sakit lagi sebab anda telahpun menjadi suami yang baik memberi keijinan dia berjumpa teman cinta hatinya.
  8. Maka terselamatlah telinga para suami.
  9. Dan banyak lagi khasiatnya!!!!
Apa tunggu lagi? Dapatkan ubat yang paling mujarab ini di pasaran sekarang!!!!

So bergeraklah Tan ke Seremban & sampai tepat jam 12.15pm. Sesuai untuk men-surprisekan Ma sempena birthday dia semalam juer!!! Tak...Tan tak rancang pun nak sakit semalam...kebetulan je. Ma pun actually dah ada lunch date, tapi Tun paksa dia cancel kan date dia tu. Sebab nak surprisekan dia konon. Ma tak tau Tan & Mie ada sekali.

Amy: Tan, ko rasa Ima nangis tak nampak kita. Terharu tak dia agaknya.

Tan: Nangis..nangis... hihih

Surprisee!!!! Happy Birthday Bucuk!!!! Ok, Ima happy jumpa kami..memang surprise pun eventho cake yang Tun-Tun beli maha kecik!! Hihih.. air mata bergenang juer di kelopak matanya...

Lengkap proses perubatan semalam dengan adanya Tan, Tun, Ma & Mie.

Dah Ima pulak memilih makan kat foodcourt je..apadah!!! orang nak belanja pun foodcourt je dia pilih.

Mie, Tan & Ma - Ewah-ewah budak yang sakit-sakit badan macam baru lepas beranak tu tersengih-sengih nampaknya ye. Sihat terus bila jumpa kawan.

Mie , Tun & Ma pulak.

Tan & Tun - Apsal ko posing gitu Tun?

After lunch hour, Ma & Mie pulang ke office masing-masing. Tan & Tun meneruskan proses perubatan tenaga. Hihih... Tan pulang ke pangkal jalan tepat pada pukul 5.30pm. Ambil anak macam biasa sambil tersenyum-senyum mengenangkan proses pengubatan tadi.

Pagi ini, Tan bangun dengan badan yang segar!! Mula-mula dia terasa bagai mimpi tapi ianya realiti...memang badannya telah sihat. Ok...tidak sepenuhnyalah...tapi memang banyak perubahan ke arah kebaikan akibat dari proses perubatan semalam.

Tan melayan anak-anak dengan membuat lawak-lawak slapstik, chopstick kung-fu bersama anak-anak sehingga anak-anak beliau ketawa berdekah-dekah pagi tadi. Selalunya kehidupan pagi Tan adalah penuh dengan jeritan "Cepaaattttt!!!!!!! cepat bangun, cepat mandi, cepat makan, cepat pakai baju, cepat pakai kasut, cepat masuk kereta, jangan bisiingggggg!!!!! cepat itu cepat ini!!!!"

Tapi pagi ini berbeza...pagi ini anak-anak asyik ketawa gembira dengan Tan.

Mujarab kan ubat ni? Silalah cuba!!!!!

p/s:- kami dah berkawan dari umur 9 tahun sampai sekarang. memang derang lah ubat paling mujarab untuk Tan. No doubt!!!

p/s/s: aku sayang korang....


Thursday, 27 October 2011

Pilihan terletak di tangan anda

Bila kita diam atau buat tak layan orang (especially lelaki) kata kita sombong.

Bila kita layan atau peramah orang kata kita gedik gatal miang.

I rather be sombong rather than miang.

Work IS work. Nothing in between. Jangan nak corner-corner. Cakap lurus-lurus please. Yes or No (no maybe), Black-White (no grey)!

Ada paham?

Huh...nyampah!!

Tuesday, 18 October 2011

Busy body yang baik

Hai... seminggu dah membebel. Ada banyak perkara berlaku juer tapi entah kenapa jari-jari ni malas pulak nak bergerak dekat blog.

Apa benda busy body yang baik? Busy body tu bagus ke? Hihihi...well in my case this time it is.

Ahad-16/10/11 @ 5.50am. MK baru je tarik comforter itu pun dapat sikit je sebab partner MK tu bolot banyak..hehehe... baru nak lelap balik tiba-tiba terdengar a chinese girl menjerit-jerit macam marah-marah. Kejadian berlaku di parking lot yang betul-betul bawah tingkap bilik MK je. Aisehhhh tolonglah jangan bising-bising pukul 5.00am. Bisinglah kejap lagi ke like pukul 8.00 ke 9.00 ke boleh tak? Dia cakap tak boleh. Eh mana ada dia cakap gitu...hihhihi.. dia keep on jerit-jerit dalam Bahasa Melayu. Gigih AhMoi tu menunggu di parking lot entah dari pukul berapa untuk meng-kantoi-kan Boyfriend dia.

Hmm... kisah cinta 3 segi rupanya. Interesting...since kita pun dah tak boleh tidur, apa kata kita bangun dan busy body dekat balcony. Lets go!!! Tinjau PakMir & kids tidur nyamaaaan je.. ok takpe..kita boleh busy body sorang-sorang. No problem.

Azan subuh berkumandang. Jeritan masih berlarutan. Chewaahhh ada macam cerita drama swasta tak? "Bertajuk cinta 3 segi keparat"

Ok, by that time MK dah bukak sliding door & grill & diri dekat balcony sebab busy body. Seronok juer... pastu nampak ada neighbour depan rumah pun diri kat balcony. Hehehe...dia siap angkat tangan lagi dengan MK "Hai..." katanya, tapi tanpa mengeluarkan suara.

Chinese girl menjerit-jerit dalam bahasa melayu, ada malay girl menjawab dalam bahasa melayu juer. Ada chinese man bercakap perlahan-lahan tapi masih boleh didengari. Nama malay girl tu Izzati. (Hahhh..gigihkan MK membusy body?) Lepas AhMoi jerit-jerit tendang-tendang handbag & membaling phone tidak kedengaran suara Izatti lagi. AhMoi bercakap dalam bahasa Mandarin pulok...Ala....tak paham lah kalu gini...

Diselitkan dengan penggunaan bahasa inggeris juer. Ahh...bagoosss... dia cakap Izzati tak malu nanti orang office tahu..bla..bla.. nanti Izzati pregnant macam mana? Ko nak kahwin dengan dia ke? Nanti ko kena sunat macam mana? (Ok ayat yang hujung ni MK tipu..hihih)

Aku nak mengadu dengan omak kau, kata AhMoi..bla..bla..nangis nangis...ish..bila nak habis ni? Dah 6.20am. Solat dululah. Lepas solat bising-bising dah tak de. Tapi diakhiri dengan bunyi kaca pecah. Ahh...sudah!! Jangan ko pecahkan cermin kereta comot aku sudeehhh...lepas tu senyap sunyi... MK merumuskan bahawa AhMoi telah balik. Dengar AhBoi kunci kereta guna alarm tu lah.. Teeet Toooott!!

Selesai....

Setelah terkebil-kebil 1-2 minit, suasana kembali sunyi sepi. Neighbour MK pun nak masuk ke rumah melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal. MK memutuskan untuk memasak nasi lemak. Berserta dengan ayam goreng berempah. Ayam tu dah diperap sejak malam Sabtu lagi. Itu pun terhegeh-hegeh carik resepi & membeli spices. Ketumbar tak kenal macam mana rupanya, call Kak Ngah untuk bantuan kecemasan. Dia pun tak reti...kekekeek... jintan putih pun tak jumpa. Yang ada cuma jintan manis tapi nampak colornya macam putih. So MK ambil je yang tu. Ke dia memang sama tapi berlainan nama? Lantak..

Jumpa ketumbar kat kedai lagi satu..suke...ayam goreng berempah sukses!!!

Seperti biasa, pinggan bertemakan carca marba. Takde set-set nye. Telur juer ada yang tergaring (nama lain bagi terhangit) :P

Puan-puan dah paham tajuk ke belom? Kenapa busy body yang baik? Sebab, disebabkan MK busy body lah MK terbangun pagi & akhirnya dapat buat breakfast yang sedap untuk family. Kenyang perut suka hati yeaaayyy!!!

P/S:- Benda-benda yang negatif pun kita boleh tukar dia jadik positif pun kan..(baca ikut intonasi Johan Raja Lawak pun)


Tuesday, 11 October 2011

Tioman After Math

Bilalah nak habis cerita pasal Tioman ni. Dah dekat nak 2 minggu dah hihi...orang lain pergi Afrika, Zimbabwe, Jepun pun tak over gini..hihih..

Ok, final post - the aftermath.

Petrol : RM100-150
Tol Sungai Besi-Senawang: RM16.40
Feri : RM260 (Adult RM70/person, Kids 3-12 RM60/person) ticket pergi balik ye
Idaman Beach Holiday : RM160 (RM80/quad room/night with fan) but kami di-upgraded to air-cond room with same rate.
Speed boat + snorkling equipment: RM300 (Share dengan ayah & kak ngah)
Makan: RM50/meal for 6 adult 2 kids (kadang kami bayar, kadang ayah bayar, kadang angah bayar)
Souviner: Magnet RM2.50-7.00/piece
Seeing the face of your laughing Parents & children: Priceless!!!

Gitu... tak mahal pun..just nice lah untuk budget vacation.

Moh pergi!!!


Wednesday, 1 June 2011

Kongsi


Dah tengok filem Kongsi? MK dah...dengan anak-anak lagi. Kami tengok tru internet saja. Gi carik dekat 'ceritamelayu.net'. Macam-macam cerita kat situ. Tak perlu download. Boleh tengok online je. Dah berapa lama tak gi cinema daaa....

Well maybe this will be my 1st film review. Chewaahhh macam pro sangat nak review review ye cik kiah. Overall cerita ni ok la..kelakar. Tapi jalan cerita masih boleh diperbaiki & dikemaskan. Like apa ke nama watak Bront Palare dalam cerita ni - dia ketua gangster Siam lah. Dia tak nampak cukup kejam & zolim. Zolim kata kau!! hihih...pastu masa mula-mula dia tak pakai wheel-cha. Tapi pastu tetiba pakai wheel-cha. Apsal? Tertanya-tanya I tau... kenapa abang? kenapa abang...kau diam peaahhh!!!! Cer citer sket apsal Kimpedu (aahh dah ingat nama dia dalam citer tu) tu pakai wheel chair.


Ni lagi satu, Inspector Olla ke namanye. Tak logik lah awak ini....mana de polis kejar penjenayah sambil menjerit "Berhenti...berhenti..!" Apa ko ingat penjenayah tu nak ikutkah cakap kau? Nanti dia berhentikah & bagi kau tangkap dia? "Baiklah inspector..saya berhenti...saya menurut perintah..tangkaplah saya" gitu??

Lepas tu MK rasa, Yana ni tak fit to be a policewoman. Dalam scene lawan-lawan pun dia macam alaaahaaiii... macam menari makyong pun ada..bukannya bertumbuk "ihh..ihh...ihh..." pastu melompat pun macam lompat katak?? Pastu silalah pakai baju yang properrrrr...tak ada polis Malaysia pakai baju cenggitu ehh!!! Kalau ada yang pakai sexy gitu..tak perlu kejar penjenayah ok...penjenayah yang kejar dia..hihih... baju tight putih pakai suspender bila lari-lari...wowww!!!! "Adammmm!!! Ryaannn!!! tutup mata!!!!" Pastu Yana tu dialognya asyik membebel. Wataknya pun macam tak kena dengan dia lah.

Yang jadik Mikail (rasanya nama pelakon tu Azat) kot. Katanya dia 'Abg Long' kawasan. Tapi awat bodoh sangat wataknya. Macam pelawak pulak...hmm...tak ganazzzz...tapi boleh lah nak buat orang ketawa-ketawa kot.

Inspektor Sarip Saripudin (Fizo) ok la...dia memang orang Klate kot. Panda kecek klate mu nih.

Sam (Tumulak) - menghiburkan. Jadik watak dia sebagai penjenayah yang psycho. Eventho rasanya tak logik but hey...at least unique lah Sam itu. Bakpo nye weeehhh... mmolek gitu nyo guuu

Overall - cerita ni boleh diperkemaskan lagi. Sila padat-padatkan jalan cerita. Ada beberapa persoalan timbul bila tengok cerita ni. Mungkinkah ada sambungannya kot....

Akhir kata : Pandai sangatlah tu..nak review review konon...hihihihi...