$

Tuesday 24 February 2015

Mencari Pelangi

Assalamualaikum, lamanya tak menulis. Saya masih lagi dalam mood cuti. Hihi...walaupun bukan raya kita...tapi mood raya masih tetap ada. Tapi kalau tak raya pun saya sentiasa ada mood untuk bercuti biar pun hanya lepak kat rumah je. Well...saya memang malas nak pergi kerja..haha.. bagi saya kerja tu memang untuk cari rezeki. Alhamdulillah ada kerja kan. Tapi bukannya passion saya pun. Apa-apa pun..saya memang akan kerja kuat lah jugak untuk anak-anak & keluarga. 

Since awal February ni kaki saya dah baik sepenuhnya so aktiviti berlari & gym saya dapatlah saya teruskan syukur Alhamdulillah. So cuti panjang ni kami balik ke Kuantan. Saya pun cepat-cepat whatsapp adik ipar saya ajak dia pergi tengok sunrise di Bukit Panorama. Tapi dia ada idea yang lebih bernas iaitu cari pelangi!

Wow...saya memang dah lama dengar pasal Air Terjun Pelangi, Sg. Lembing, Kuantan. Boleh google kalau nak tau lebih lanjut. Tapi saya nervous nak pergi bawak anak-anak. Lagi-lagi Ayen sebab dia kecik lagi. Takut bahaya untuk dia.

But since PakCu (BIL) kata takpe.dia boleh tengok-tengokkan budak berdua tu, so saya berani sikit. Hubs tak ikut sebab dia nak tolong-tolong di resort. So kami memaksa rela MakYang (SIL) ikut sekali sebagai penceria majlis..hihih...MakYang terpengaruh lalu membeli kasut untuk trekking.

Ayen sungguh excited sampai tak lena tidur. Pukul 3.30am dikejutnya saya ajak pergi rumah nenda untuk kejutkan PakCu dia. Hadoiiii..

So jam 7.20am kami gerak dari rumah emak. Singgah kejap beli nasi lemak di tepi jalan. Dan sampai di jambatan Sg.Lembing tu 8.20am. Bermulalah pengembaraan kami. Mak oiiii..tak sangka gitu gayanya ye. 1 jam melompat-lompat kereta 4x4 PakCu mengharung hutan, jalan tanah merah penuh becak dan selut. Harung 4 sungai. Jalan memang meloncat-loncat senget benget...sampai satu ketika MakYang terdiam dalam seminit entah apa yang dia fikirkan agaknya...heeheh



Ini sungai yang pertama rasanya. Ini kali pertama saya naik kenderaan harung sungai. Seriau rasanya. Tapi seronok. Rasa macam handal adventure gila lah...hahaah poyo. Memang kena ada guide untuk ke sini sebab memang boleh sesatlah kalau tak tau jalan ke sini. Perjalanan nak ke tempat parking kereta dalam satu jam melompat-lompat harung sungai segalalah.


Sampaaaiiii!!! Tempat parking penuh dengan 4x4 lain. Kebanyakannya dari Xcape Resort. Kami selit-selitlah parking di celah-celah kenderaan lain. Mula-mula mestilah ambik gambar untuk sweet memory kan. Masa ni belum mula pun. So muka bersih suci lagi. Lipstick pun masih ada. Owh..dalam beg saya tu ada maggi cup, roti blueberry, roti bun kosong, tuna, nasi lemak pun ada. PakCu pun bawak dapur ala-ala penunu bunsen yang kita guna masa eksperimen kimia kat sekolah dulu..hiks..

Setelah hiking lebih kurang 30-40 minit kami memang jalan slow-slow sebab memang ramai orang turun naik. Kalau ikut dintance yang pedometer saya captured untuk naik tu dalam lebih kurang 2km up. Agak sesak lah...mungkin sebab cuti panjang. Kami pun sampai. Waaahhhh cantiknya. Tak sabar nak tengok pelangi. Walaupun masa tu pelangi dia memang dah last kopek punya sebab kami sampai dalam 10.00 lebih. Berjaya jugaklah kami ambik gambar pelangi tu. Subhanallah...kagumlah saya.


Berjaya masuk dalam pelangi...hehehe...gigih bawak phone jugak harung air paras dada nak ke spot ni untuk ambil gambar. Phone saya bukan water proof pulak tu. So tawakal saja sambil jalan pelan-pelan. Better pakai kasut sebab banyak batu. Lepas tu kami makan nasi lemak, maggi dan segala benda makanan yang ada dalam beg kami tu. 

Anak-anak happy, berenang sampai bibir biru-biru. Sejuk menggigil. After lebih kurang sejam di situ kami decided untuk turun & balik. Nak turun pun sama mencabar dengan nak naik. Sebab batu-batu basah & licin. Memang ramai yang tergelincir tergolek semua ada. Bahaya lah sikit. Kena hati-hatilah taknak ada sebarang kecederaan.


Ni on the way turun ni. MakYang penatlah berlakon konon-konon susah gila melalui cerunam sambil pegang-pegang tali. Sekali tengok tu Ayen punya aksi tu..hahaha..sebelah tangan je dia posing dengan angkat-angkat kaki...hihi..



Kami berjaya!! Saya bangga dengan anak-anak saya sikit pun tak merungut. Memang hebat budak-budak ni. Tapi Ayen tidur sepanjang perjalanan balik ke Kg.Cempaka. Walaupun kereta kami melompat-lompat senget-senget...dia relax je tidur di riba saya. Siap berselimut lagi. 

Would we do it again? Yes, definitely - provided kalau PakCu rela bawak kami lagi sekali..heheehe...kereta PakCu memang kotor gila lah. Terima kasihlah PakCu sudi layan kami ni. Owh...PakCu single lagi...hahaha orangnya rajin, adventure, kelakar, tinggi, kerja bagus...lai..lai... hantar borang pada sayalah kalau berkenan. Hehe... 

Till the next post!

Bye!!


Monday 16 February 2015

Gambar Terdelete

Assalamualaikum...hai hai..

Entah apa yang saya gatal godek-godek phone, sekarang ni gambar dalam phone & all my social media dah terdelete. haha...

Hentahlah...macam mana nak retrieve balik entah. Lantaklah takde gambar tak mati pun kan.

Pasrahlah bersamaku...

Huhuuuuuuuuu

Friday 6 February 2015

Tips berani menonton cerita hantu

Kita sering disajikan dengan movie hantu yang seram. Saya nak tengok, tapi takut teringat-ingat semasa saya berseorangan. Yelah, saya tak mahu tonton bersama anak-anak, nanti diorang menjadi penakut. Saya tak nak begitu. Saya nak diorang menjadi berani seperti saya (kui..kui..) Saya sebenarnya bukan seorang yang penakut. Saya tak suka terkejut-kejut bila tiba scene yang seram tu. 

Baaanggg!!!!!!

Gitu...

Tak suka. Terkejut!

Tapi tak bermakna saya seorang yang penakut kan? Hihi.

Ok marilah saya nak share tips untuk menjadi berani seperti harimau tatkala menonton cerita hantu. Contoh cerita yang seram acapkali ialah cerita dari Thailand, Jepun ,Korea kan..kan...

Kalau setakat cerita omputeh tu selalunya macam thriller je. Bukan hantu betul pun macam poltergeist tu. Selaluya cerita seram omputeh banyak yang bunuh-bunuh & bukan hantu pun. Banyaknya Psycho. Orang sakit jiwa. Tulah. Terbukti omputeh ni memang ramai sakit jiwa. Diorang lah sebenarnya lagi hantu daripada hantu...hihihih

Tips berani menonton cerita hantu:-

1. Pastikan movie itu bukan movie terbaru. Maknanya kasi je semua orang tengok dulu movie tu. Kita relax cool je. Nanti mesti orang-orang yang dah tengok tu kasi review pasal cerita tu. Maka kita dah boleh agak sikit-sikit jalan ceritanya. Tapi ingat! Jangan tanya lebih-lebih pasal jalan cerita tu ok. Barulah kemacho-an kita terkawal. Tapi kalau kakak atau adik anda dah tengko cerita tu maka boleh lah paksa mereka ceritakan dengan details. Bila mereka dah habis bercerita silalah ucap terima kasih sambil berkata "hmm...takde lah seram mana ye" 

2. Lama-lama cerita hantu itu akan keluar juga di youtube. Ha...mudah kan. Tengok di youtube saja. Tapi seperti biasa...kita tetap juga tak suka suasana terkejut itu kan. Jangan bimbang. Teruskan membaca tips seterusnya

3. Ok boleh mulakan menonton. Tetapi jangan lupa perlahankan volume computer anda. 

4. Jangan lupa minimize kan screen tu kasik keciiiiikkk je...tak perlu nak bukak fullscreen

5. Kemudian apabila tiba scene waktu malam, sediakan pengetip kuku. Dan ketiplah kuku anda sambil menonton. Supaya anda tak terkejut sangat tetapi masih boleh menonton dan faham jalan ceritanya.

6. Bila kuku dah habis diketip. Dan tiba scene seram yang seterusnya. Anda sila lah bertenang. Cool saja. Pause kan sekejap komputer anda. Pergilah buat air kopi o di dapur.

7. Relaaxx jangan gelojoh lama-kelamaan cerita hantu itu akan habis juer. Tanpa anda berasa takut & terkejut.

8. The purpose untuk tengok cerita hantu sebenarnya untuk anda faham jalan ceritanya bukan? Bukan untuk menjadi takut kan? kan? kan?

9. Boleh juga cuba untuk pause kan cerita sebentar dan pergi ke tandas. Tapi jangan lupa cebok!! Hikhik!!

10. Boleh juga menonton sambil duduk jauh-jauh sedikit dari screen komputer anda

11. Ataupun sambil menonton sambil meng-whatsapp kawan-kawan.

12. Ada juga sepupu saya cakap kalau kita makan strawberry maka kita tidak akan rasa takut. Tapi saya rasa dia berbohong. Maka..saya tidak menggunakan tips itu. (Blueekk)

13. Atau sambil-sambil menonton, pause lah sekejap dan update blog anda. (Hihi...sebenarnya saya sedang menonton cerita hantu Thailand tajuknya Shutter). Eh..jangan spekulasi..sekarang ini ialah waktu rehat saya. Hari Jumaat waktu rehat panjang..kan..kan.. Sekarang ni saya baru tengk sehingga minit yang ke 23. Haha..bilalah nak habis ni? Asyik pause pause je.




Ok..selamat mencuba!!!



P/S: saya tak takut puuuunnn....


Health Concious

Hi people! 

Lama tak membebel ye sejak cerita van putih ye. Makin hari makin banyak kerja di office ni. Kebanyakannya saya memang kena keluar buat kerja penuh dengan appointment & meeting di office local authorities. Kalau saya lepak di office sahaja maknanya either saya tengah prepare report or paperwork. Or sebab saya takde kerja nak buat. Haha...Saya kerja apa sebenarnya ye? Haha...ada ke orang nak tau ye? Next time lah saya cerita. 

Tadi saya baca blog Ana  dia cerita pasal habit suka minum kopi 3in1, diabetic, low blood pressure, sinus bla..bla..(klik le kejap blog Ana tu).

So breakfast....ada orang suka or mesti minum kopi hari-hari, ada mesti minum teh tarik kan..kan..Saya pulak kalau saya sorang-sorang saya mesti minum kopi. Tapi kalau saya breakfast dengan suami saya, automatic saya minum teh tarik (air favourite suami saya). Eh..apsal tetiba tiru air favourite suami? Entah la...automatic je order teh tarik. Mungkin sebab faktor bersama kesayangan..hehehe

Anyway..

Saya nak cerita pasal kopi yang saya suka buat. I tell you, saya memang pandai buat nescafe. Haha..macam dia sorang je pandai ye? 

Pagi-pagi je bangun bagi terus jerang air, saya mandi, kejut Ayong, saya baca Quran (selalunya saya cuba 4 pages) sementara tunggu azan Subuh. Solat Subuh & buat kopiiii!!!

Siapkan breakfast Ayong, selalunya budak-budak ni nak makan roti bakar or cereal je. Jem & cereal je selalu tukar-tukar flavour. Tapi menunya tetap sama. So saya pun bancuh kopi saya lebih kurang jam 6.15 pagi. Yeah...I'm very precise like that. Saya memang tahu pukul berapa hampir setiap kejadian hidup saya...hahaha..

1 sudu kecil Kopi (sekarang guna brand apa entah hari tu dapat masa pergi Siam)
2 sudu kecil susu tepung Anlene Gold (ye..saya minum yang gold walaupun saya belum 50 tahun)
1/2 sudu kecil course brown sugar (kadang tak letak pun sebab susu tepung tu dah ada rasa)
1 sudu kecil chia seed
& piping hot water.

Saya akan minum sikit-sikit sementara saya berjoget lari sana lari sini uruskan anak-anak saya. Saya keluar rumah jam 7.30am. So saya pastikan kopi saya habis sebelum saya keluar rumah. Owh right before keluar saya akan minum lagi 1 mug air suam.

Saya actually cubalah menjaga kesihatan...hihihih malu lak nak tulis ni ye? Macam poyo je bunyinya. But seriously. Saya suka sihat supaya saya dapat mencurahkan kudrat & bakti especially pada keluarga saya.

Tu yang saya guna susu tepung tu instead of condensed milk yang sememangnya lebih sedap..kan? kan? Lepas tu saya beli yang gold sebab konon-kononnya saya rasa khasiat vitamin yg gold adalah lebih daripada yang regular sebab dia kan untuk orang tua..hahaha gitula saya pikir. Hiihih...

Chia seed tu untuk kenyangkan perut kita sementara nak sampai ke office. Kadang-kadang saya pun makan roti bakar sekeping. So jam 6.45am saya pun angkat beg sekolah Ayong & jalan kaki sejauh 1.4km (pergi dan balik) untuk hantar Ayong tunggu van nak pergi sekolah. Saya memang track my steps through my phone pedometer ye. Saja je saya memang nak hantar jalan kai & saja je saya angkat beg sekolah dia yang berat tu. Saya anggap exercise lah. Sambil-sambil ada masa berdua-dua-an dengan Ayong 5-7 minit. Sekejap pun berharga kan....

Lepas tu saya uruskan Ayen pulak. Sampailah hantar dia ke sekolah agama 7.30 pagi tu, pergi rumah nanny hantar beg-beg sekolah  & baju-baju sekolah petang pulak & terus ke office or tempat meeting.

Saya cuba minum air 3 liter sehari. Saya juga cuba minum air manis hanya satu mug sehari. Saya guna application 'Water your body' pada phone saya. Dia akan bagi reminder bila saya kena minum supaya saya tak lupa. Kalau saya di office, saya memang penuhkan mug saya dengan hot water sahaja. Dan saya minum sikit-sikit sampai habis. Bila dah habis saya isi lagi hot water. 

Sekarang kaki saya dah eloookkkk!!!! Alhamdulillah. Saya dah mula berlari semua. Setakat ni baru 2 kali lari lah 5km each run. Malam ni lepas settle manage-kan anak-anak, InsyaAllah saya nak cuba lari 6km. Saya pun dah boleh ke gym semula. Semalam saya berjaya pergi. Happy juer!!

So yeah...health is very important dan saya memang tahu tu. Sebab saya memang selalu sakit. Migrainelah selalunya. So..masa saya sihat memang saya amat bersyukurlah. 

Silalah jaga kesihatan anda ye. Owh..and saya memang cuba nak balance kan kesihatan duniawi & akhirat (nak tulis ni pun sebenarnya malu) hehe..tapi ini sebenarnya untuk peringatan diri saya sendiri ok. Saya memang cuba mesti nak kena baca Quran hari-hari (kalau tak uzur). This is apart from solat & perkara wajib yang lain lah kan. Dulu saya baca 2 pages setiap pagi before/after solat subuh. Sekarang since saya tak lari pagi-pagi buta so saya ada masa nak baca 4 pages sebelum azan Subuh. Ini kira jihad kecil sayalah ye untuk diri sendiri & cuba menjadi contoh terbaik untuk anak-anak saya.

Saya tulis di blog ni supaya saya sentiasa ingatkan diri sendiri tau?..tau?..tau?!!! Supaya in future kalau saya malas baca Quran, bila saya baca blog ni nanti saya jadi termalu sendiri...hehehe..

Oklah...got to go!!

Jagalah kesihatan, sayangilah diri anda!!!

Tata!!

P/S: Nanti cuba buat kopi resepi saya ok!!!