$

Thursday 31 May 2012

Gila-gila Remaja....Purba

Selalunya kami outing like setahun sekali je tau. Whaaattt? Setahun sekali? Betul...itupun buka puasa sama-sama. I mean cukup korum 4 orang la. See 4 orang pun punyalah payah nak kumpulkan. Gitulah nasib wanita jelita seperti kami. Ini pun tetiba je ok whatsapp semua...ajak "Korang jom karoks" ok siap!! Itupun last-last tukar venue ke Gardens. Enjoy to the max! Sebab lupa umur & status sekejap. Ini kawan-kawan masa remaja hingga je tak berapa nak remaja ni. So kami dah been with each other through ups & downs. From ramping to curvy (kaaahhh!!). Dari bujang ke emak orang. 

Saya sampai tepat 8.30pm di RebBox The Gardens. Derang 3 orang dah sampai awal. So terus kena nyanyi... Tah lagu apa banyak sangat tak hingat. Tapi yang penting semua all out. Konon-konon penyanyi handalan. Gaya mesti ada...suara tolak tepi..hehe..

Tengok je le gambar over ni. Ada baynak lagi gambar..tapi cukuplah..kang muntah darah lak korang.

 Rasa ni ini signature pose saya kot. Haha..dah bayak gambar asyik posing gini je. Tah hape-hape

To the sky and up!! Kata Weq. Emma gembia dapat mencium ketiak saya.

Ini lagu apa tah...no..no..no..gitu

Tarik suara...kahhh posing je..

Posing mas idayu namanya ni...

Over...

Emma yang tengah menghayati suara merdu saya kot...

Dulu tahun 2009 kami ade pose yang sama macam ni..jap ah..saya carik kalau ada lagi simpan dalam pc ni.

2009 - kepala bogel. Sowy.... 

Macam-macam...ada yang berjogging atas sofa la..baring sambil nyanyi pun ada.  

Ade ek orang nyanyi senyum meleret-leret gini. Lantak...janji happy.

Ok tu je. Esok saya start kerja baru. Wish me luck!!! Kerja buruh kasar semula. Dah tak kerja duduk-duduk goyang kaki lagi. Dah 4-5 tahun duduk je bontot pun dah makin lebar. Marilah kita membuat kerja buruh kasar semula. Kembali ke pangkal jalan gitu supaya kita menjadik slim semula. Besar harapan ni!!! Ta!!



Bandung - Tips & After Math

Haha..sorry ladies... lama giler tak habis-habis lagi posting pasal Bandung. After balik je dari cuti kan..schedule super full & tight. Dengan nak berhenti kerja, dengan nak settle kerja baru, kena pergi sekolah anak nak ambil report card. Lepas tu anak sedara bertunang. Dates dengan colleagues yang belanja makan, girlfriends night out, macam-macam.

So this will be the final entry about Bandung which dah nak terlupa pun apa-apa yang terjadik kat sana..hihi.

Tukar duit siap-siap kat Malaysia. IDR1000 = RM0.30 Lebih kuranglah. Lepas tu buat listing kecik, lekatkan belakang calculator ke. Like I did lah. Itu pun kalau puan-puan sama hobi mengira macam saya. Actually bukan hobi kot. Saje je..memang mata duitan..hihik.

Contoh:-

1000 = RM0.30
50,000 = RM17
100,000 = RM33.50
1,000,000 = RM335

Senang je IDR convert to RM = Darab 0.000335 (ikut currency semasalah kan). RM convert to IDR bahagi 0.000335. Bawak duit actually 2-3 ripu duit kita pun dah boleh shopping 5 bag macam kami. Tapi memang asyik terasa tak cukup lah kan. Habis tu ko nak bawak berapa? 10k?? Silakan. Memang tetap rasa tak cukup.

Kami pergi 3 hari kan. So saya memang siap-siapkan 5 envelope. Actually 10!! Sebab saya buatkan untuk Weq juer. Bertuah sungguh budak tu semua saya siapkan. Dia bawak bontot je tau. Actually memang saya suka buat. Saya kan control freak!! Hiks! 

Contoh:-
Sampul hari 1 = 2 juta
Sampul hari 2 = 2 juta
Sampul hari 3 = 2 juta
Sampul 4 = 75,000 (untuk airport tax)
Sampul 5 = Duit untuk supir. 

Supaya tak terhegeh-hegeh korek-korek handbag untuk carik duit. Bahayakan bawak duit banyak-banyak ni. Duit yang nak guna letak kat tempat yang senang nak ambil. Duit untuk hari lain letak dalam zip dalam handbag ke ok. Sila bawak sling handbag. Sila letak handbag kat depan. Jangan jalan lenggang kangkung terhegeh-hegeh especially kat Pasar Baru. Tempat sempit ramai orang. Pastu dia tau kita pelancong kan. Sila berhati-hati setiap masa. Tempat orang kan...gitu le. alangkan kat tempat kita pun kena tipu, inikan pulak kat tempat orang.

Airport tax tu mesti asingkan siap-siap ok. Kang tetiba dah takde duit nak bayar tax. Kenalah menyanyi ke buat show ke kat luar airport tu untuk kumpul duit pulak kang. Haru...Duit supir tu kami siap bagi lagi 100,000-200,000 extra. Saje je untuk tips Pak Endang sebab dia baik hati. Sila la..tak banyak pun kot RM30 je duit kita.

Hotel - Carik hotel siap-siap sebelum pergi. Kalau nak gamble carik kat sana pun boleh. Tapi mind you, selalunya penuh. Kami pergi hotel biasa-biasa je. Sebab memang pikir bukannya nak pergi honeymoon, just untuk tidur, mandi & simpan barang je. Fikir apa aktiviti yang puan-puan nak do most. Like us - shopping. So carik hotel yang berdekatan like Jalan Riau or Jalan Dago yang penuh dengan Factory Outlet Store.

Kalau asyik nak beli kain ela or telekung carik yang dekat dengan Pasar Baru. Type je kat google tu or agoda.com tu. Berpuluh nanti keluar nama hotel.

Transportation - Memang banyak & senang. Tapi for first timer dinasihatkan ambil supir. Tak mahal juer. Kami sewa avanza dia bukak harga sehari dalam IDR450,000 = RM150. Sila pandai-pandai mintak kurang. Kalau pergi berdua atau bertiga lebih jimat. No. telefon Pak Endang 006285322711666. Boleh mention nama saya (Intan) jangan pulak cakap Mak Kintan, memang Pak Endang tak kenal.

Owh..kalau ada yang perasan masa hari pertama kami sampai tu saya tulis nama supir = Pak Wahyu. Memang pun...sebab Pak Endang masa tu tengah hantar satu family lain ke airport. Petang tu baru Pak Endang took over. Pak Endang sangat best...semua pun "Santai aja Buk, santai aja"

Kalau nak naik public transport pun ok je. Tapi naik teksi Bluebird saja. Jangan naik yang lain. Sebab yang lain tak pakai meter. Tapi korang tempah supir jelah. Senang giler. Dia ikut je mana korang nak pergi. Boleh simpan barang dalam mobil. InsyaAllah boleh dipercayai.

Itinerary - kalau boleh sila google itinerary tiru je mana-mana travel agent kat internet tu. Senang kalau ada itinerary sebab tau mana nak pergi. Takde le kejap ke utara pastu selatan pastu nak ke utara balik. Kalau tak sure boleh tanya supir. Listkan juer, kat Pasar Baru nak beli apa, berapa quantity. Ehh...ni ikutlah kalau control freak like me ok. Kalau tak suka hati ketiak korang lah. Janji happy.

Tangkuban Perahu - Better pergi pagi-pagi buta. Like 8.00am waktu sana. Kat sana jangan lupa beli strawberries & segala bala berries yang ada. Jangan kena tipu. Harga yang betul dalam IDR20,000 saja. Derang kaan tekan harga sampai IDR50,000 pun ada ok. Ingat tau!! Habaq gini "Kami udah selalu ke mari Pak, biasanya harga 20 ribu saja..gitu"

Orang jual-jual - sila larikan diri kalau takmo beli. Tak payah la gatal-gatal nak belek-belek ke tanya harga ke ye. Nanti kalau korang tak jadik beli dia akan ikut dari atas saaaaaammmpai bawah ok. Tak jemu-jemu dia. Rasa macam nak sepak pun ada. Tapi nasib baik saya dah mendapat tips ni. So buat tak dengar je. Buat macam derang invisible. No eye contact, no word. Heheheh...tapi derang tak de le garang macam bangla or cina kat Petaling Street tu. Tu ala-ala samseng kan..hish.

Flight - Nak tambang murah silalah book setahun lebih awal. Kami book kejap-kejap tu terus pergi je so tak dapat yang murah sangat. Sila book luggage like 30kg seorang. Lebih pun ok kot. Takde le merunsingkan pemikiran macam kami. hihhi...tapi pakar Bandung si Mamapuza kata actually ok je seorang 30kg. Kami je yang nervous terlebih. Sila bawak beg kosong 2-3 beg..hihi...

Tempah siap-siap food masa book ticket tu. Kalau nak beli masa dalam flight pun ok je. Tapi selalunya makanan yang kita nak tu dah habis. Sebab dia akan kasik penumpang yang dah book siap-siap. Owh..ini untuk Air Asia flight lah ye.

Kalau nak turun di Jakarta pun actually lebih murah naik KLM. Tapi...itu kalau nak lepak di Jakarta 1 malam ok lah kot. Kalau memang nak terus ke Bandung kena book supir dari Jakarta juer. Perjalanan  Jakarta-Bandung makan masa like 3 hours!! Macet dong!! Tak berbaloi. Baik terus je ke Bandung. Untuk flight balik ke KL, sila check in awal-awal like 2 hours before departure time. Supaya minda tak runsing. 

Makan - Kami ni jenis perut biawak. Haha..so tak kisah makan kat mana-mana pun. Tapi silalah bawak pill chit ki teck aun ke, minyak cap kapak ke, charcoal ke siap-siap dari sini ok. Persediaan gitu. Sila makan pisang keju, ikan gurame, ice cream durian, mee kocok. Brownies kukus amanda/kartika sari. Minum alpukat juice, sirsak. Kalau tak cuba almaknanya rugi. Owh..teh botol juer...sedap!!

Ok, tu je kot. Owh..last but not least, please have fun!!! Sila jangan stress...just go with the flow. You guys kan sedang bercuti...sila relax je. Happy, jangan marah-marah. Yang paling penting kalau pergi dengan kawan silalah carik kawan yang betul-betul sekepala & sporting macam saya & Weq!! Kami sangaaaaaatttt enjoy!!! Kena tetapkan hati "Aku pergi nak shopping, nak jalan-jalan dengan kawan baik aku, jom kita relax & chill je orait!!"

Gitu.... have fun y'all!!!!!






Wednesday 23 May 2012

Asparagus Goreng Belacan

Assalamualaikum...

Tsk..tetiba je dah seminggu lebih tak update? Busy apa ek? Hmm.. men-settle-kan kerja-kerja sebelum nak pencen dari office ni. On going pun banyak giler sebab boss siap dah bagi kerja yang supposedly untuk September & October? Whaaaaaa? Tapi dah siap dah pun...and in that case I think he should pay me up till October salary kan..kan... (bertuah la..).

Dah lama tak update post masak-masak kan. Jom lah masak. Untuk kesejahteraan perut suami & anak-anak tercinta. Tapi lauk ni saya sorang je makan.. :P

Bayong & Ayen makan kuah je dengan ikan goreng...

Teng..teng..tengggggg... Asparagus goreng belacan!!

Bembahan:-
Asparagus RM3 (eheh beloeh ek kasik resepi gini?)
Brokoli 2-3 dahan (haha lantak)
7-10 ekor udang
2 sudu besar belacan beli kat gerai Along kat foodcourt office
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar yang kecil
Garam
Kicap brand ABC
Air sikit
Minyak masak cap apa-apa suka hati lah

Cecara:-
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih & bawang besar.
  2. Masukkan sambal belacan cap gerai Along Foodcourt (No.3) office belakang Celcom Jalan Ampang.
  3. Garam, kicap semua kasik masuk.
  4. Masuk udang, asparagus, brokoli
  5. Kalau air udang tu dah rasa macam dah cukup tak payah letak air dah. Kalau nak kuah banyak sikit..letaklah air.
  6. Kacau-kacau, rasa. Sedap kalu...dah siaplah tu.
  7. Kalau tak sedap...ahhh mesti bukan Along yang buat sambal belacan tu.
  8. Call saya mintak address & direction yang betul untuk ke gerai Along.
Senangkan...main masuk je semua dalam kuali...siaaaappp!!!


Tuesday 15 May 2012

Bandung - Day 3 (Biar papa asal bergaya)

Hallo! Tsk..payah betul nak habiskan cerita Bandung ni ek. Saya actually dah nak lupa dah apa kisah kami kat sana. Tapi habiskan jelah cerita kan....

Malam semalamnya tu kan ke runsing pemikiran sebab duit hilang juta-jutakan. Tau sebab apa sedih sangat? Sebab duit tu untuk beli baju anak-anak!! Bila dah jumpa barulah rasa happy balik. So pepagi buta hari last kami kat Bandung tu teruslah ajak Pak Endang pergi ke Toko Anak Kecil. Kami pun naik le mobil tu. Belum sempat duduk betul-betul dah sampai. La... dekat je pun dengan hotel, cuma dia kat selekoh je. Jalan kaki pun boleh..hahaha... tak tau kan...tempat orang gitulah.

So Weq, dah siap-siap beli barang untuk anak dia. Jadi ni kiranya masa untuk saya jelah. Dia mem-busykan diri ambik gambar sorang-sorang kat luar toko. Saya pulak rasa macam nak beli semuaaaa...duit je tak cukup..hihi..

Comel kedai ni. Dah kenapa saya diri tegak ala-ala bersedia nak nyanyi lagu Negaraku tu pun tak sure lah kenapa ek.

Ni semua gambar Pak Endang yang tolong petik. Weq la ni paksa-paksa orang ambik gambar. Orang dah tak sabar nak masuk dalam beli-beli dah ni. Malas nak layan!

Ahh...tengok tengok!! Comel kan...baju girls laaaaaagi comel ok. Tapi saya tak beli pun. Eh..jacket teddy bear hijau kat belakang tu comellah pulak ek. Baru perasan haa... Saya habis dalam IDR600,000+ je kat sini. Tapi dapat dalam berapa helai ek..tah la..tak ingat. Saya beli baju-baju yang pelik-pelik sikit yang tak dapat jumpa kat KL je. Macam baju yang siap ada lampu-lampu ok bila budak-budak melompat. Ala-ala baju Ramlah Ram masa dia nyanyi lagu "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu". Hish...panjangnya tajuk. Ni siapa yang punya idea bubuh tajuk lagu panjang-panjang ni?  Sebab tengok yang lain-lain tu macam sama je kat KL. Sogo pun banyak...

Ayen siang-siang lagi dah kirim "Adik nak seluar askar, baju Manchester City" Gitu...emph...yolaaahh! Ayong nak baju Chelsea...

Tengok tu. Mostly setiap dinding memang ada grafiti-grafiti gini. Mostly iklan. Senang jugak kan. Terus lukis kat dinding je terus diiklankan. Dinding jadik comel, mesej pun sampai pada pembaca. Ewah..bercakap macam pengacara Nona kan...

Kami ke Kartika Sari lepas tu. Weq dah mencuit-cuit saya untuk menukar duit lagi. Dia memang tak bawak duit RM spare tau. Tapi dia tau saya ada. Mula-mula saya taknak kasik pinjam. Hehehe...saje je menyakat dia. Lagipun saya takut nanti kena tax kat airport Malaysia. Malaysia katanya...macam pergi oversea jauh sangat :P. Tapi last-last saya bagilah juer. Kami pergi tukar duit kat bank sebelah Kartika Sari ni je. Saya bagi semua duit kat Weq. Bersinar mata dia...tapi saya ada 1 rahsia....

Ni dalam Kartika Sari. Terlampau banyak jenis kuih, kek & brownies sampai tak tau nak beli yang mana.

Ha...tengok! Ni kuih tradisional tau. Tapi derang buat sangat menarik. comel-comel dan rasanya memang sedap! Kami beli 2 kotak kecik untuk try makan masa dalam kereta. Weq pandai pilih kuih yang sedap, nasib baik dia tak kedekut bagi saya separuh..hihihi... Hepp..aku dah bagi ko pinjam duit kan...sila bagi aku rasa sikit!!

Ni kuih & kek moden sket. Ni kami tak beli. Cuci mata je. Saya beli brownies banana cheese, brownies kukus & bakar. Kat sini saya tak beli banyak. Sebab ramai yang cakap amanda lagi sedap. So kita ke sana pulak.

Dah sampai Amanda! Kedai dia kelaaam je. Tapi saya borong like 12 kotak brownies kot. Penuh 1 troli beg brownies. Pastu tetiba je saya dapat free 'muk' 'muk'. Apa benda 'muk' rupanya MUG (cawan) daa... derang sebut 'muk'

Lapar lagi. ala..macam tak biasa kan...perut naga..memang gini. Saya tak kira..nak carik jugak mee kocok. Suruh Pak Endang carik kedai tepi-tepi jalan je. Suka tau makan kat tempat orang local makan. Saya suruh Weq cuba air sirsak (durian belanda). Tapi last-last kami order sirsak+strawberry. Wuuu...meleleh!! Sedap!

Muka budak si pemakan mee kocok. Kali ni saya mintak mee kocok kaki sapi lagi..Weeeeee....suke! Weq mintak mee kocok special. Ewahhh..tadi kata takmo. Sekali dia pulak yang over mintak special bagai tau...

Terima kasih Buk Saad! Nanti kami kemari lagi yah!

Berhenti kat sini kejap, ambil gambar je pun. Tak beli apa-apa pun. Sebab seluar askar Ayen dah beli semalamnya kot. Barulah ternampak kedai ni. Chiitt...tak berani tengok harganya pun sebab takut terkecewa. Manalah tau tetiba murahkan kecewa nantikan. Hmmm...

Kat tepi jalan ni ada orang jual t-shirt Bandung tu. Weq belikan untuk abang-abang dia. Saya nak beli tapi sudah kepupusan uwang.

Kami singgah sekejap office Pak Endang untuk pack barang-barang semua siap-siap. Lepas tu dua-dua rasa macam nak terjun sungai sebab takut excess baggage. Kami book 60kg. Tapi tetiba je ada 5 bag! Bila masukkan dalam mobilkan...mobil tu mendap!!! Wuuuu takoootttt. Duit dah habis!! Duit RM pun dah habis. Kalau kena bayar sebab terlebih berat macam mana? Perlukah kami menari di tepi jalan meminta uwang untuk bayar semua tu? Huwaaaa....takoootttt!!!

So disebabkan ketakutan yang teramat, wahh ayat! haha..kami decided nak terus ke airport je. Masa tu belum pukul 3.00pm pun ok. Flight kami pukul 7.45pm. Gila lama kan. Sampai di airport terus scan beg kan. Saya puaslaaahhh balut balut balut keris ayah tu dengan plastik 10 lapis kot. Pastu sumbat-sumbat kain ela la..lapik-lapik balut-balut. Tapi tau apa officer tu cakap as soon as saya letak beg saya tu kat scanner?

"Mbak, bawa keris ya mbak" Wuuuu....buat penat je tau. Huh..kalau tau gitu, baik saya selit je celah jeans ala-ala pengantin tau. Penat je lapik-lapik konon.

Saya pun jawab "Iya..iya..buat ole-ole untuk ayah!"

"Owh..untuk ayahnya nggak apa-apa..jangan dibuat perang" Gitu jawabnya.

Terpaksalah saya ketawa konon-konon geli hati...Hihihihihi...gitu "Lucu sekali ah bapak ini" hahahaha. Blueekkk..padahal cuak dah.

Sebab takut kena bayar excess baggage kan..so kami decided check in 3 beg je. Lagi 2 hand carry. So pergi timbang. 1 beg, 2 beg, 3 beg, tak sampai 30kg pun!!! So letak je semua beg. Total 56kg!! Yeaayyyy!!! Suke...suke....rasa macam nak melompat sebab kerisauan yang maksimum!!

So sebab konon tak kena bayar beg terlebih beratnya tu, kami pun habiskan duit untuk wrap beg-beg kami guna plastic wrapper tu. Kena IDR10,000 setiap beg. Mengada-ngada kan?

Tuh yang hand carry tu semua barang Weq. Saya punya semua check-in saja.

Sebab mengada-ngada lagi kan...kami pun konon nak lepak kat cafe kat airport tu. Memang lama pun kami lepak. 2-3 jam kot. Tapi duit kan dah habiskan Tinggal IDR44,000 je (RM14.80). So kami beli 1 gelas ice lemon tea je. hihihihih..share 2 orang lepak-lepak dalam cafe siap baring-baring tau. Konon katanya free wi-fi. Tapi coverage nye hampeh...tak dapat nak log in pun. Saya bosan lepak dalam so saya jalan-jalan kat luar yang sekangkang kera je airportnya pun. Tetiba ternampak P.C kat tepi dinding tu. Sukenyeee!!!! Try log in facebook bolehlah pulok!!!

Carik TunTun kesayangan jiwa qolbu ada online tak? Ada...you all!!! Borak-boraklah kami melepas rindu...kiki..Weq mesti bosan gila tunggu kat dalam cafe lama sangat. Saya ni taknak lepaskan p.c tu sebab ada 3 bijik je. Kang kalau saya gi panggil Weq mesti orang lain ambik p.c saya kan. (Tetiba ngaku p.c dia pulak kan...wu wuu) Tapi last-last rasa kesian je kat Weq pergi le panggil dia.

Weq cepat-cepat lari keluar dari cafe, tinggalkan saya terhegeh-hegeh tolak troli tu & kena bayar duit minuman. Harga dia pulak....jeng jeng jeng!!! IDR50,000!!!! Aiyooo...tak cukup duit!!!! Camne ni? kena cuci pinggan ke? Dah la lepak lama gile baring-baring semua sekali tak cukup duit!!!!

Last-last Weq gi tanya boleh bayar guna duit RM tak. Dia kata ok. So kami bayar IDR40,000 + RM4. Chiitt...mahal tau ice lemon tea ko!!! Jahat!! Benci!!! So tinggal berapa sekarang duit kita? IDR4000 = RM1.30. Tapi Weq happy je...sebab dia dah dapat log in kan..Gembira tau. Tetiba p.c terpadam!!! Maybe dia tengok saya tadi beriya-iya tergelak ketawa ria depan p.c tu kan...so dia tutup main switch. Benci tau!!!

Sekarang kami adalah tiada internet, tiada uwang & lapar dahaga. Weq cakap "Jom kita minum air kat paip toilet" Pastu kami bantai gelak kuat-kuat kat situ sebab terasa gila sangat tau...kesiaaannn...Weq siap buat telan-telan air liur ok bila tengok ada budak kecik minum oren juice lalu depan dia..hahahah. Sick!!! "Aku dahagaaaa Taaaannn...macam mana ni...." Gitulah kritikalnya kawan saya ni..tsk tsk tsk...

Saya biarkan je... dah lamaaaaaa tu tetiba saya bangun. Weq tanya "Ko nak gi mana Tan?" Ingat tak tadi kat atas, saya kata ada rahsia kan? Sebenarnya saya ada selit RM50 kat dalam poket! Sebab takut Weq nampak duit tu tadi mesti dia nak suruh tukar nak shopping lagi..kikikiki.

Saya jawab "Aku nak gi tukar duit" sambil tunjuk duit RM50. Weq melompat!!! "Ko ada duitttt!!!!!!! Ya Allah...aku bersyukur ada kawan macam ko!" hahahaha...siap peluk saya tau.

Kami keluar dari airport & lintas jalan tukar duit dapatlah IDR150,000. Kaya balik kan...hahah tetiba daripada nak beli air mineral je tadik kan...terus kami order nasi goreng. Sedap.....

Haha...ni muka budak kenyang

Ni pun budak yang bersyukur...

Finally, check-in counter pun dibuka. Kami antara orang pertama yang check-in, bayar tax semua terus masuk tempat tunggu kat atas pulak. Dah la masa nak check-in tu kan, si Weq kena buli dengan officer tu. Sebab scanner berbunyi bila Weq lalu. Sebab kasut dia ada besi besar tu kan. So kena undur...masuk balik 2-3 kali. Siap officer tu buli dia. "Itu...kacamatanya di pakai!! Rambutnya dibiar lepas" Adeke dia suruh Weq pakai sunglass sambil lepaskan rambut pastu baru lalu scanner...pfftttt!! Weq tersengih-sengih takut je..kikikikik.

Last-last dapat lepas. Masa lepak-lepak kat atas tu tiba-tiba dengar announcement cakap lebih kurang gini "Ada sesiapa yang tertinggal bagasi kulit berwarna hitap gelap, sila berjumpa dengan kaunter informasi seberapa segera!" Weq cakap "Hish...apa la..tinggal-tinggal bagasi" Saya senyap je..malas nak layan Weq membebel. Tiba-tiba dia bangun... "Taaannnn!!!!! Aku tertinggal beeeeggggg!!!!!" Rupanya tu bagasi dia ok!!! Dia tertinggal kat kedai makan nasi goreng tadi. Chiitt...dah dia kena lalu balik scanner & jumpa balik officer-officer giler tadi sebab beg dia tinggal. Haiyooo....

Finally....atas segala apa benda yang telah terjadi. Akhirnya kami selamat pulang ke tanah air. Happy nyeee.... alhamdulillah. Weq terus carik ATM cucuk duit dan bayar balik duit saya serta merta. Siap bagi duit lebih-lebih pulak tu. Terasa macam ceti pulak..hehehe sebab ada bunga. Kejap tu PakMir & anak-anak saya pun sampai...Weq siap bagi lagi duit untuk belanja makan McD. Berlebih-lebih lagi dia bagi...hmm.. tulah kawan saya. Memang tak pernah lokek. Patuuuttt la rezeki murah...

Weq tak nak tumpang kami. Dia ambil airport limo. Kami hug-hug, kiss-kiss kat McD dan bye-bye Weq!!! Hingga ke vacation seterusnya maybe lagi 10 tahun? Hahaha!!!

Ok lah..panjang sangat lah dah ni...nantilah sambung lagi. Bandung After Math pulak ok...

Tata!!!

Thursday 10 May 2012

Bandung - Day 2 (Duit hilang 1.7 juta)

Hai..selamat hari Khamis. Masih lagi cerita Bandung hari ke-2 lagi ni. Panjang pulak hari ke-2 ni ek. Takpelah kan...kiranya ni saya boleh baca lagi tahun-tahun depan kan..kan..

Ni ada 1 pic tertinggal pulak masa kat Tangkuban Parahu. Keris ni boleh berdiri you olllss! Saya beli keris untuk ayah. Siap bersepuh tembaga gitu. Pastu baru terpikir tah lepas ke tak la masa kat imigresen check-up nanti. Tsk..keris yang saya beli tu lagi panjang dari ni tau. Dalam 45-50cm. Cantik juer. Ayah suke tau. Siap terus nak gantung kat dinding. Saya sebenarnya dah ambil juer kerambit yang serious tajam & mengerikan bila orang jual tu buat demo, saya nak beli untuk PakMir. Tapi tak jadi sebab takut manalah tau tetiba husband saya naik sheikh ke pergi menyerang orang negro yang duduk depan rumah kami ke kan...so..kensel...kensel... 

So right after makan sate kelichi tu kami pada mulanya ingat nak singgah ke Kampung Daun. Tempat tu memang maha cantik. Tapi perut dah kenyang mata pun dah berat so tak jadi pergi situ. Last-last menyesal sebab tempat tu memang 'a must go' kalau pergi Bandung. Maknanya....tahun depan kena pergi lagi ni kan..kan..heheh..

Kami teruskan journey ke Rumah Mode. Orang yang paling gembira yelah Weq la...sape lagi kan. Kejap lagi korang tengok magic ok. Jaaapp lagi. Hari pertama actually kami dah pergi banyak FOS yang lain. Tapi tak se-best Rumah Mode. Maybe masa tu penat & dah malam kot.

Ni masa baru sampai ni terus posing-posing kat sini dulu. Saya pun ada gambar kat sini. Tapi termasuk pulak reflection montot lebaq dulang saya kat cermin belakang tu kan...so takmo tunjuk gambar tu la..hehe bleh?

Cantikkan kolam tu. Feeling-feeling honeymoon tau.

Masih di Rumah Mode ni. Ni ambil gambar guna timer camera. Pastu lari-lari terus duduk kat meja tu konon-konon lawalah kan. Sekali meja tu nak terbalik ok!!! Nasib baik tak tergolek kat situ. Tsk...Sayangnya kami macam terlupa nak berfikir untuk ambik gambar masa di dalam Rumah Mode time tengah busy bershopping tu. Tapi memang betul..memang tak ingat benda lain dah masa tu. Camera? Camera tu apa? Gitu... hek hek..

Ahh...magic!!! Plinggg!! Tadi baju lain kan...ni baju lain... Tapi masih hari yang sama. Taakk bukan saya...tu..lagi sorang tu. Dia ambik dalam 7-10 helai ok semua dia nak bayar. Tapi saya marah dia..."Heeppp!!! Ambik 2 je...semua tu macam sama je ko ambik macam ko dah ade kan baju gitu semalam" Weq macam ketakutan..(haha tipu) dia pun buat-buat muka kesian sambil letak balik baju-baju yang lain.

Tapi kan...rupanya..masa saya tengah pandang ke lain, dia masukkan semula lagi sehelai baju dalam bakul tu & cepat-cepat pergi bayar di kasir. "Chiittt...tak jadik ek garang aku Weq? apsal ko tak takut hah?"

Semua orang datang Rumah Mode memang kena ambil gambar kat sini. Kita ikut je le..jangan banyak bunyi.

Saya pulak. Saya si penjimat hanya beli 1 je tau baju kat sini...eh ye ke? Haha


Konon-konon bestfriend tapi dalam hati Weq adalah menyumpah sebab saya garang-garang :P

Weq kata gambar ni bukti dia menyayangi saya sepenuh hati...puiiii!!!

Ikan ni besar tau..dekaaaaat pulak dia berenang-renang kat kaki saya tu.

Ok, lepas Rumah Mode, kami ke Terminal Tas. Actually ke sebelah kedai di Terminal Tas tu je sebab Adam & Ryan kirim jersey bola Chelsea. Sadly size Yen takde, so beli Adam punya je. Tapi sampai ke hari ni tak tunjuk pun lagi kat Adam jersey tu sebab nak kena carik Ayen punya sampai jumpa baru nak bagi sekali. Nantikan Ayen tu kuat moncong kan...kang satu keje nak gi ikat moncong dia yang panjang tu kang...

Lepas beli jersey..carik-carik Weq tak jumpa. Tapi memang tak kemana le tu..memaaaaang dia tengah belek beg lah tu. Janji gini "Taannn aku tak akan beli handbag pun kat Bandung...aku janji" Gitu... Poodaahhh!!

Dia sudah jumpa beg Coach...memang comel pun..

Lepas penat shopping perut rasa lapar. Saya nak makan mee kocok lagi tapi Weq marah. Eh...vacation kami ni memang garang-garang ek...hahah..tapi tak takut pun..nak makan jugaaaakkk!!!

Jumpa ice cream durian!! sukeeee!! Beli 2 mangkuk/cawan. Sedap tau...siap ada letak durian seulas dalam dia. Sluuurppp!!!

Siap ada hiburan kat situ..hihi..Suara derang memang best giler...macam lagi best dari life band kat club ok. Tu apa nama tu yang besar tu macam gitar tu? Bonggo? Bongo? (Citer P.Ramlee) Hahaha...memang tak lah kan nama dia gitu. I mean benda tu dah buruk ok...tapi musician ni memang berbakat. Saya rasa orang Indonesia memang berseni tau. Tak kira dari segi suara ke atau melukis ke atau memasak ke. Derang berseni & kreatif. Semuanya nampak cantik, sedap, menarik. Padahal benda-bendanya semuanya simple je.

Si muka berminyak cap buruh atau cam helang tak kesahlah..tapi gembira menayang cincin baru dia. Tembaga tau berat bling-bling..suke tau...walaupun saya tau korang tak nampak sangat sebenarnya cincin tu tapi tak kira..nak berlagak juer!

Minah ice cream durian beli lagi ice cream ni sebelum naik mobil untuk ke spa. Saya rasa harga dia dalam 60sen

Spa - owwhhh.. 3 hours treatment. Wholebody massage, lulur, tangas (tak buat sebab ngeri haha) & facial berharga IDR250,000 = RM84. Weq buat massage & hair treatment IDR200,000=RM67.20

Lepas tu gi makan nasi padang. Padahal tak lapar pun yelah dari pagi asyik makan je tak henti-henti. Tapi dah sampai ke sini kan..takkan tak cuba. Tu saya tutup muka sebab sebenarnya kan baru lepas facial so 100% make-up less. dah la tak bawak beg make up kan. So tutup mata konon tutup kening saya yang sekerat tu..hehehe...

Si budak gembira berambut cantik. Ni macam biasalah makan nasi padang, orang restoren tu akan letak sehabis penuh satu meja ye kawan-kawan. Gile nak habiskan semua tu? So..kita hanya pilih piring-piring yang kita nak makan je. Yang taknak makan sila ketepikan. Nanti lepas makan dia hanya kira piring yang kita sentuh je lauknya tu ye. Kat sini murah juer..tapi tak ingat berapa pulak harga kat sini. Sebab tengah menangis di dalam hati 1 envelope berisi duit 1.7juta rupiah tak dijumpai. Huuu...tu duit untuk shopping esok tu..wuuuwuuu..terus takde mood


Paris Van Java. Best juer...tapi masih lagi merisau duit tak jumpa...mood adalah sedikit kureng..tapi sempat juer sambar sehelai cardigan (Indon panggil 'rajut') brand Esprit. Weeeeee....suke..eh bukan tadi risau ke?

Hotel Dago Palace. Cantik juer dari luar. Dalam tak check pulak. Actually majoriti hotel dah fully book. Kami kira nasib baiklah kot dapat Progo tu. Walaupun murah tapi selesa & bersih lah.

Sebelum balik ke hotel untuk me-recharge bateri, kami suruh Pak Endang carik pisang keju. Baik sangat Pak Endang tu tau..sebab sebenarnya dah lagi 10-20 meter je nak sampai hotel, tetiba dia teringat yang kami nak makan pisang keju. So dia pusing balik carikkan gerai tetapi jalan je tapi b.e.s.t. Gerai Teteh nama dia. Agaknya orang sini suka hurup 'E' kot. Sebab kami ada jumpa dengan sorang kakak kat Pasar Baru nama dia Dedeh. Pastu di gerai Teteh. Kalau jalan lagi mesti juma pakcik bernama Kekeh atau Memeh?!

Pisang bakar keju & jagung bakar keju special. Sedap tau..tak berjaya habiskan sebab dperut dah penuh sangat tapi cuba juer sebab sayang & tak tau bila boleh datang ke sini semula kan...

Pastu balik hotel terkejut sebab bilik dah dikemaskan. Padahal kami tak suruh pun. Rupanya kami terlupa letak door sign 'do not disturb' tu tau. Hmm... dah la memang bersepah-sepah gila. Siap ada bra & spender kat atas katil..kekeke..dia ketepikan elok-elok letak atas beg..tsk..kesiannye...nasib baik tak hilang ke dia ambil buat mandrem ke kan..haha ade ke orang nak buat mandrem? Pastu tergerak nak tengok dalam trolley bag ada apa dalam tu. Tiba-tiba ternampak envelope duit itu & duit pun ada lagi dalam tu tak hilang 1 sen pun. alhamdulillah...terus ceria tau..muka berseri-seri kembali tak caya tanya Weq. Muka saya bersinar sampai boleh buat torchlight..kikiki...Alhamdulillaaahhhh!

Tadi konon-konon balik hotel dah penat gila nak ZzzZzZ je kan..tapi bila dah jumpa balik duit tu tetiba ada banyak tenaga semula. So mandi-mandi cepat-cepat ikut Weq ke cafe depan hotel sebab nak carik wi-fi. Boleh la bercinta-cinta di 'whatssap' dengan PakMir. Siap termeleleh air mata sikit (sikit ke?) sebab sayu pulak tengok gambar anak-anak dah tidur. PakMir cakap "Ala..lek aahh bebeh sok dah jumpa balik..hehe"

Tengok gambar ni la haa sayu sangat sebab budak-budak terlelap depan tv kat hall je. Padahal dah biasa pun gitu nanti ayah dia angakt le bawak masuk bilik. alaaa..biasalah emak-emak sensitip terlebih.

Minum hot choc kat cafe giggle box nama dia. Weq minum cappucino. Saya takut nak minum sebab takut tak dapat tido. Weq pun ngeri juer mula-mula tapi tengok-tengok dia yang dah tidur nganga-nganga lagi sebelum saya tidur.

Ok..esok posting yang final untuk day 3. Cerita kami kemiskinan sehingga tinggal IDR4000=RM1.50 saje..isk isk... Bye....tata for now!