$

Wednesday, 9 May 2012

Bandung - Day 2 (Suka-suki Tangkuban Parahu)

Good morning!!! Day 2 - kami bangun pagi-pagi bersemangat & dah recharged. Malam tadi tu kami tidur tak switch on air con dari malam hingga pagi tapi berselubung juer. Sejukkkkk... walaupun ada bunyi-bunyian dari luar bilik bunyi suara-suara orang borak-borak dan suara-suara 'aksi-aksi lain', kami tetap lena juer. Saya minta extra pillow sebab memang tak reti tidur guna 1 bantal je. Kena bayar IDR10,000 untuk 2 malam (RM3.30 hihi). Tapi saya tengok Weq tidur sedap je. Penat kot...

Ni masa tunggu giliran nak ambil breakfast. Ada 1 bas tourist dari Malaysia (mana lagi...sini penuh orang Malaysia je). Tunggu le kejap. Malas nak beratur panjang-panjang makanan bukannya habis pun kan. Owh baju pink bunga-bunga kecit-kecit saya pakai tu kan.... IDR49,000 (RM16.50) je tau brand ELLE...hihihi suke suke...

Budak baru mandi. Bilik kami berhadapan dengan taman ni. Indah juer lah kot. Tapi kami bukannya sempat nak menghayati pun. Keluar hotel pagi buta, balik dah malam. Memang hotel untuk simpan barang & tidur je. Owh..mandi pun kat hotel...kang korang ingat kami tak mandi pulak. Whoaaa best hot shower yang berasap-asap bilik air dibuatnya. Siap dah macam sauna dah hihihih... 

Konon-konon berangan menjadi Tukang Teh. Kat sana ada macam-macam tukang. Yakni peniaga kecil ginilah. Jual bubur kacang, pisang keju, teh, bla..bla... mak & bapak je derang tak jual gini.

Ni semua kat depan hotel kami je. Hotel Progo memang betul-betul dekat dengan semua FOS di Jalan Dago. So kira senanglah kot duduk sini.

Weq cakap "Malam kang kita lepak sini, carik wi-fi free" Memang pun. Prepaid yang kami beli tu memang tak cukup. Dah la share 2 orang kan. Si Weq Iphone dia tak berapa nak smart kan..hehehehe kan guna microsimcard so tak reti nak potong-potong simcard biasa tu. So beli sim baru cucuk dalam phone saya sudeeehhhh...Share je lah. Dah la laki Weq rajin message tau, bersayang-sayang rindu-rindu gitu...benci I!!! Laki saya message tanya 'stokin anak mana?' hahaha...takla...tipu je... kami pun rindu-rindu juer. siap tercembeng plak bila PakMir whassap gambar anak tengah tidur...tskk tsk...rindu...

Ini Pak Endang. Nama penuh Endang S. Bukan Endang S Taurina. Bukan juer A.Galak ok. Ye..misainya menggerunkan. Tapi dia baik hati...semua pun ok. Kami suruh bawak pergi situ sini dia ok je..."Santai aja...." kata dia. Konon-konon saya ingat naik Avanza tu macam besar untuk kami kan...Noootttt salah!! Barang kami je dah separuh avanza. Kalau ber-empat ke berlima ke avanza mungkin padat kot dengan barang lagi. Serious tak tipu. Cer pergi...baru tau macam mana gilenya.

Ini tah hapa pose tah ni..Dah tak reti nak posing macam mana lagi dah.

Mbak Weq bersama Tukang Bubur ayam. Tak makan pun saje je dipoto-poto

Orait...on the way to Tangkuban Perahu, scenery nye wooowww sungguh cantik. Sejuuuukkk dingiiinnnn. Ni masjid. Simple je kan...cantik juer. Pak Endang bawak kereta laju. Payah nak snap-snap macam tourist sejati cheewaahhh...pastu guna camera biasa je kan...

Ok..kami nak ke situlah..nampak tak? Tu..perahu tertangkup tu. Bukan batu belah batu bertangkup ye. Tengok moto tu baik punya ambik lap kan. Jalan memang bengkang bengkok tapi enjoylah tengok-tengok tempat orang. Sepanjang perjalanan penuh dengan orang jual avocado berlambak-lambak. Mesti murahkan. Kat Giant sini sebijik 3 hengget ok!! Chisss kau!! Pastu ada jual nenas, jagung, pastu arnab banyaaakkkk dalam sangkar, atas sangkar..lepas-lepas gitu je tapi arnab tu tak lari pun. Kat sana panggil arnab=kelichi. Nanti turun dari tangkuban kita try sate kelichi ek mbak!!

Dah sampai!!! Sampai-sampai je ramai dah orang yang jual-jual tu ikut kami. Tapi kami dah bersedia menentang meraka dengan jurus 'buat tak tau' kami. Heheheh...Kat sini Pak Endang cakap kalau hujan lagi aktiflah gunung berapi ni? Eh ye ke gunung berapi? Betullah... check sini hihi.. Bau belerang sangat kuat kat situ. Kalau korang ada asma, silalah jangan lupa membawa inhaler okek!

Tuh yang color hijau-hijau tu sulfur lah tu. Weq cakap macam bau twisties? WTH??!! Teringat masa zaman kami berdua duduk kat Kuchai Lama dulu dekat dengan kilang ajinomoto. Selalu masa lepak-lepak kat rumah tiba-tiba ada bau twisties..hihih...tapi orang-orang kat Kuchai Lama tu semua rambut lebat je...tak botak pong? (Eh..lari topic...)

Rasanya semua orang yang pernah sampai ke sini, mesti ambil poto di sini. Matahari terik, tapi suhu sejuk gimana tu? Dah la lupa membawa sunnies baru saya tau..benci...terpaksa mengenyit-ngenyit. Nasib baik orang jual strawberry tu tak perasan saya kenyit-kenyit mata...pffttt

Me & my girlfriend (dah tak reti nak buh caption apa dah)

Kami lagi...balik-balik gambar kami je lah kan...

anak sapalah yang sopan ni. Ni ketinggian dari aras laut. Harap maklum

Kami naik atas ala-ala menara tinjau kat situ. Gambar berlambak-lambak kat sini. Tapi maleh lah nak letak semua. Karang korang muntah pulak. Macamlah kami je yang pernah sampai sini ek. Mamapuza opis saya tu kan setahun 4-5 kali gi Bandung ok...dah macam KLCC je dia buat Bandung tu ek..heheh

Sila klik untuk tumbesaran segara. Tu nampak tak ada asap-asap tu. Memang masih aktif lagi volcano ni tau.

Gambar ni dipotokan oleh pak apa tah nama dia si tukang jual strawberry, blueberry, rasberry. Sedap la...sukanyaaa...tamak beli banyak tau. Last-last tak habis.. kat sini derang akan tekan harga sampai IDR50,000 sebungkus tau. Tapi jangan gusar!!! sila mintak harga IDR15k-20k (RM5-RM7)

Nih 'gorengan'. Ini yelah favourite saya. Sampai Weq marah sebab asyik carik gorengan. Hihi..sedap tau tempat sejuk makan goreng-goreng panas-panas...fuuuhhh...ada tempe, tauhu sumbat goreng tepung, keledek goreng rangup, pastu tah apa-apa lagi yang derang goreng semua saya bantai je. Ada sambal kicap tau...sedaappppp!!! IDR5000 (RM1.70) = 3 keping besar gedabak.

Sukakan saya tulis-tulis harga ni kan...maklumkan..materialistik..memang gini....suka kuasa mengira & menduit tau..kiki

Angklung - Weq beli untuk laki dia seorang musician ternama. Hehe...boleh main lagu Isabella jangan tak tau... budak ini juer pandai tawar menawar tau..kejam lagi. Memang no mercy bila tawar. Tapi dia dapat juer harga yang dia nak tu tau. Bagooossss

Cantik kan...ni original okek...bukan photoshop tau.


Saya dan gorengan lagi... 

Rumah ni cantik sangat tau. Besar macam istana. Ingatkan rumah kerabat diraja ke apa. Tapi Pak Endang cakap itu rumah Seniman. Pelukis ternama di Bandung.

Weq, tengok kakak ni pun pakai baju Bebe ok...kelaaasssss...Kami berhenti kat gerai tepi jalan sebab nak cuba sate kelichi (arnab). Sila jangan main-main atau bermanja-manja dengan arnab sebelum makan sate dia ok. Kalau tidak mesti korang tak sampai hati nak makan. Tapi hati kami sampai je...baca Bismillah...sedaaappp...

teng teteeenggggg.....sate kelichi. sedap je..liat-liat sikit.

Blueberry-sedap maniiisssss..tapi kalau makan kuku & jari jadi merah purple pastu susah nak hilang color dia tu. 

Termenung jauh...sebab kenyang heheh...

Ok sambung esoklah pulak..penatlah type-type pastu kena berhenti sebab busy buat kerja lain. Babaaaiii...selamat kumpul duit ke Bandung!!



3 comments:

Mak Ton said...

Makin berkobar2 nk g bandung... Huhu..
Lom dgr citer live lg...

Rina Rahamat said...

sampai hati ko MK sbb mkn kelinchi tu huhu

MK said...

bukan kelinchi sayang....kelichi. sedaaapppp