$

Thursday 10 May 2012

Bandung - Day 2 (Duit hilang 1.7 juta)

Hai..selamat hari Khamis. Masih lagi cerita Bandung hari ke-2 lagi ni. Panjang pulak hari ke-2 ni ek. Takpelah kan...kiranya ni saya boleh baca lagi tahun-tahun depan kan..kan..

Ni ada 1 pic tertinggal pulak masa kat Tangkuban Parahu. Keris ni boleh berdiri you olllss! Saya beli keris untuk ayah. Siap bersepuh tembaga gitu. Pastu baru terpikir tah lepas ke tak la masa kat imigresen check-up nanti. Tsk..keris yang saya beli tu lagi panjang dari ni tau. Dalam 45-50cm. Cantik juer. Ayah suke tau. Siap terus nak gantung kat dinding. Saya sebenarnya dah ambil juer kerambit yang serious tajam & mengerikan bila orang jual tu buat demo, saya nak beli untuk PakMir. Tapi tak jadi sebab takut manalah tau tetiba husband saya naik sheikh ke pergi menyerang orang negro yang duduk depan rumah kami ke kan...so..kensel...kensel... 

So right after makan sate kelichi tu kami pada mulanya ingat nak singgah ke Kampung Daun. Tempat tu memang maha cantik. Tapi perut dah kenyang mata pun dah berat so tak jadi pergi situ. Last-last menyesal sebab tempat tu memang 'a must go' kalau pergi Bandung. Maknanya....tahun depan kena pergi lagi ni kan..kan..heheh..

Kami teruskan journey ke Rumah Mode. Orang yang paling gembira yelah Weq la...sape lagi kan. Kejap lagi korang tengok magic ok. Jaaapp lagi. Hari pertama actually kami dah pergi banyak FOS yang lain. Tapi tak se-best Rumah Mode. Maybe masa tu penat & dah malam kot.

Ni masa baru sampai ni terus posing-posing kat sini dulu. Saya pun ada gambar kat sini. Tapi termasuk pulak reflection montot lebaq dulang saya kat cermin belakang tu kan...so takmo tunjuk gambar tu la..hehe bleh?

Cantikkan kolam tu. Feeling-feeling honeymoon tau.

Masih di Rumah Mode ni. Ni ambil gambar guna timer camera. Pastu lari-lari terus duduk kat meja tu konon-konon lawalah kan. Sekali meja tu nak terbalik ok!!! Nasib baik tak tergolek kat situ. Tsk...Sayangnya kami macam terlupa nak berfikir untuk ambik gambar masa di dalam Rumah Mode time tengah busy bershopping tu. Tapi memang betul..memang tak ingat benda lain dah masa tu. Camera? Camera tu apa? Gitu... hek hek..

Ahh...magic!!! Plinggg!! Tadi baju lain kan...ni baju lain... Tapi masih hari yang sama. Taakk bukan saya...tu..lagi sorang tu. Dia ambik dalam 7-10 helai ok semua dia nak bayar. Tapi saya marah dia..."Heeppp!!! Ambik 2 je...semua tu macam sama je ko ambik macam ko dah ade kan baju gitu semalam" Weq macam ketakutan..(haha tipu) dia pun buat-buat muka kesian sambil letak balik baju-baju yang lain.

Tapi kan...rupanya..masa saya tengah pandang ke lain, dia masukkan semula lagi sehelai baju dalam bakul tu & cepat-cepat pergi bayar di kasir. "Chiittt...tak jadik ek garang aku Weq? apsal ko tak takut hah?"

Semua orang datang Rumah Mode memang kena ambil gambar kat sini. Kita ikut je le..jangan banyak bunyi.

Saya pulak. Saya si penjimat hanya beli 1 je tau baju kat sini...eh ye ke? Haha


Konon-konon bestfriend tapi dalam hati Weq adalah menyumpah sebab saya garang-garang :P

Weq kata gambar ni bukti dia menyayangi saya sepenuh hati...puiiii!!!

Ikan ni besar tau..dekaaaaat pulak dia berenang-renang kat kaki saya tu.

Ok, lepas Rumah Mode, kami ke Terminal Tas. Actually ke sebelah kedai di Terminal Tas tu je sebab Adam & Ryan kirim jersey bola Chelsea. Sadly size Yen takde, so beli Adam punya je. Tapi sampai ke hari ni tak tunjuk pun lagi kat Adam jersey tu sebab nak kena carik Ayen punya sampai jumpa baru nak bagi sekali. Nantikan Ayen tu kuat moncong kan...kang satu keje nak gi ikat moncong dia yang panjang tu kang...

Lepas beli jersey..carik-carik Weq tak jumpa. Tapi memang tak kemana le tu..memaaaaang dia tengah belek beg lah tu. Janji gini "Taannn aku tak akan beli handbag pun kat Bandung...aku janji" Gitu... Poodaahhh!!

Dia sudah jumpa beg Coach...memang comel pun..

Lepas penat shopping perut rasa lapar. Saya nak makan mee kocok lagi tapi Weq marah. Eh...vacation kami ni memang garang-garang ek...hahah..tapi tak takut pun..nak makan jugaaaakkk!!!

Jumpa ice cream durian!! sukeeee!! Beli 2 mangkuk/cawan. Sedap tau...siap ada letak durian seulas dalam dia. Sluuurppp!!!

Siap ada hiburan kat situ..hihi..Suara derang memang best giler...macam lagi best dari life band kat club ok. Tu apa nama tu yang besar tu macam gitar tu? Bonggo? Bongo? (Citer P.Ramlee) Hahaha...memang tak lah kan nama dia gitu. I mean benda tu dah buruk ok...tapi musician ni memang berbakat. Saya rasa orang Indonesia memang berseni tau. Tak kira dari segi suara ke atau melukis ke atau memasak ke. Derang berseni & kreatif. Semuanya nampak cantik, sedap, menarik. Padahal benda-bendanya semuanya simple je.

Si muka berminyak cap buruh atau cam helang tak kesahlah..tapi gembira menayang cincin baru dia. Tembaga tau berat bling-bling..suke tau...walaupun saya tau korang tak nampak sangat sebenarnya cincin tu tapi tak kira..nak berlagak juer!

Minah ice cream durian beli lagi ice cream ni sebelum naik mobil untuk ke spa. Saya rasa harga dia dalam 60sen

Spa - owwhhh.. 3 hours treatment. Wholebody massage, lulur, tangas (tak buat sebab ngeri haha) & facial berharga IDR250,000 = RM84. Weq buat massage & hair treatment IDR200,000=RM67.20

Lepas tu gi makan nasi padang. Padahal tak lapar pun yelah dari pagi asyik makan je tak henti-henti. Tapi dah sampai ke sini kan..takkan tak cuba. Tu saya tutup muka sebab sebenarnya kan baru lepas facial so 100% make-up less. dah la tak bawak beg make up kan. So tutup mata konon tutup kening saya yang sekerat tu..hehehe...

Si budak gembira berambut cantik. Ni macam biasalah makan nasi padang, orang restoren tu akan letak sehabis penuh satu meja ye kawan-kawan. Gile nak habiskan semua tu? So..kita hanya pilih piring-piring yang kita nak makan je. Yang taknak makan sila ketepikan. Nanti lepas makan dia hanya kira piring yang kita sentuh je lauknya tu ye. Kat sini murah juer..tapi tak ingat berapa pulak harga kat sini. Sebab tengah menangis di dalam hati 1 envelope berisi duit 1.7juta rupiah tak dijumpai. Huuu...tu duit untuk shopping esok tu..wuuuwuuu..terus takde mood


Paris Van Java. Best juer...tapi masih lagi merisau duit tak jumpa...mood adalah sedikit kureng..tapi sempat juer sambar sehelai cardigan (Indon panggil 'rajut') brand Esprit. Weeeeee....suke..eh bukan tadi risau ke?

Hotel Dago Palace. Cantik juer dari luar. Dalam tak check pulak. Actually majoriti hotel dah fully book. Kami kira nasib baiklah kot dapat Progo tu. Walaupun murah tapi selesa & bersih lah.

Sebelum balik ke hotel untuk me-recharge bateri, kami suruh Pak Endang carik pisang keju. Baik sangat Pak Endang tu tau..sebab sebenarnya dah lagi 10-20 meter je nak sampai hotel, tetiba dia teringat yang kami nak makan pisang keju. So dia pusing balik carikkan gerai tetapi jalan je tapi b.e.s.t. Gerai Teteh nama dia. Agaknya orang sini suka hurup 'E' kot. Sebab kami ada jumpa dengan sorang kakak kat Pasar Baru nama dia Dedeh. Pastu di gerai Teteh. Kalau jalan lagi mesti juma pakcik bernama Kekeh atau Memeh?!

Pisang bakar keju & jagung bakar keju special. Sedap tau..tak berjaya habiskan sebab dperut dah penuh sangat tapi cuba juer sebab sayang & tak tau bila boleh datang ke sini semula kan...

Pastu balik hotel terkejut sebab bilik dah dikemaskan. Padahal kami tak suruh pun. Rupanya kami terlupa letak door sign 'do not disturb' tu tau. Hmm... dah la memang bersepah-sepah gila. Siap ada bra & spender kat atas katil..kekeke..dia ketepikan elok-elok letak atas beg..tsk..kesiannye...nasib baik tak hilang ke dia ambil buat mandrem ke kan..haha ade ke orang nak buat mandrem? Pastu tergerak nak tengok dalam trolley bag ada apa dalam tu. Tiba-tiba ternampak envelope duit itu & duit pun ada lagi dalam tu tak hilang 1 sen pun. alhamdulillah...terus ceria tau..muka berseri-seri kembali tak caya tanya Weq. Muka saya bersinar sampai boleh buat torchlight..kikiki...Alhamdulillaaahhhh!

Tadi konon-konon balik hotel dah penat gila nak ZzzZzZ je kan..tapi bila dah jumpa balik duit tu tetiba ada banyak tenaga semula. So mandi-mandi cepat-cepat ikut Weq ke cafe depan hotel sebab nak carik wi-fi. Boleh la bercinta-cinta di 'whatssap' dengan PakMir. Siap termeleleh air mata sikit (sikit ke?) sebab sayu pulak tengok gambar anak-anak dah tidur. PakMir cakap "Ala..lek aahh bebeh sok dah jumpa balik..hehe"

Tengok gambar ni la haa sayu sangat sebab budak-budak terlelap depan tv kat hall je. Padahal dah biasa pun gitu nanti ayah dia angakt le bawak masuk bilik. alaaa..biasalah emak-emak sensitip terlebih.

Minum hot choc kat cafe giggle box nama dia. Weq minum cappucino. Saya takut nak minum sebab takut tak dapat tido. Weq pun ngeri juer mula-mula tapi tengok-tengok dia yang dah tidur nganga-nganga lagi sebelum saya tidur.

Ok..esok posting yang final untuk day 3. Cerita kami kemiskinan sehingga tinggal IDR4000=RM1.50 saje..isk isk... Bye....tata for now!



2 comments:

Rina Rahamat said...

hikhik..suker aku baca citer bandung ngko ni MK..update ler cecepat okeh!

dalin said...

memeh= memey suhaiza wakakak