$

Wednesday 21 March 2012

Karangan - Misteri Ladang Jagung

Bayong sekarang ni tengah sibuk menulis novel katanya. Baru siap 2 1/2 muka surat. Meh kita baca. Tak nampak kalu..kasik click untuk proses tumbesarannya ye. In bracket tu CikBu (Cikgu + Ibu) membuat correction ye.

Sebuah pekan tanaman yang suram. Di suatu hari yang panas di musim panas. Seorang petani mengerjakan ladangnya. Dia berhenti untuk mengesat peluh ke keningnya. Urrgghhh... Ladang jagung. Sebuah jet berterbanggan...

(Siap ada sound effect tu 'Urghhh' katanya...kikikikiik lawak anak saya. Ada 1 kesalahan ejaan ye Bayong. Sepatutnya BERTERBANGAN. 1 G saje sayang, bukan 2)


Ladang jagung. Sebuah jet berterbangan sebaik sahaja dia melintas. Kelihatan seperti bebola api menyelusup ke atas dan masuk ke dalam ladang jagung. Dua orang polis turut mendengar

(Tak pasti betul ke perkataan 'menyelusup'? Cer komen cer komen. Menyusup kot? ek?)

deruman itu. Sheriff Adam (seorang amerika) Afrika dan timbalannya, pegawai Rayan....

(Muekekekekeek.... tak pasti dia nak cakap dia Sherif Amerika ke atau Sherif Afrikan American. Atau dia nak kata dia American & adik dia African)

Saya baca sambil tergolek-golek ketawa. Bagus betul imaginasi budak ni. Tak sabar nak kongsi dengan puan-puan semua.

P/S: Nantikan sambungan novel ini... Misteri Ladang Jagung!!!! Jeng jeng jeeengggg!!!!

Thursday 15 March 2012

Bagaimana Soft Shell Crab Terjadi

Saya memang suka makan ketam. Lagi-lagi soft shell crab. Dulu masa kecik-kecik ibu kadang-kadang beli kat pasar. Saya kagum sebab kulit dia lembut & boleh dimakan. Selain ketam, udang juer ada yang soft shell.

Masa kecik saya tanya ibu bagaimana terjadinya soft shell crab/prawn ni. Ibu kata semasa bulan mengambang, ketam/udang bersalin kulit. Saya tanya sampai setakat tu je. Tak de pulak saya tanya lagi.

Bila dah besar ni saya masih suka makan soft shell crab. Selalunya Soft Shell Crab Temaki kat Sushi King. Ada orang kata proses terjadinya kulit lembut ni apabila kulit ketam dikopek semasa ketam masih hidup & ketam dimatikan. Samada terus dimasak atau ditidurkan dalam peti sejuk. Wallahualam. Macam kejam ek..sakitlah dia kopek kulit dia hidup-hidup. Tapi saya pikir balik. Kalau kopek kulit ketam tu maknanya nama dia mesti ketam biasa bukan ketam kulit lembut. Sebab semua ketam pun kita kopek kulit dia sebelum masakkan. Tapi kita selalu masak pun ketam tu dah mati.

Saya pun meng-google lah saya dapat jawapan dia.

Bila sampai waktunya, ketam-ketam akan bersalin kulit. Caranya begini, ketam-ketam akan menyerap air dengan banyak & tisu-tisu badannya akan membengkak sehingga kulit lama itu tidak dapat lagi menampung maka ia terpisah dari badan ketam kecintaan saya itu.

Pastukan, ketam tu pam air melalui tisu badan dia in order to inflate kulit baru dia dalam saiz yang lebig besar. Selalunya 1 kali proses akan membesarkan ketam sebanyak 1/3 daripada saiz lama dia. Selalunya kulit baru ini mencapai saiz penuh dalam masa 6 jam.

Kulit baru ini akan mengeras dan menebal dengan bantuan air garam. Proses penebalan & pengerasan kulit mengambil masa 2-4 hari. Itu pasal bila kita keluarkan ketam tu daripada laut, kulit dia tak jadi keras. Proses tu terbantut. Sumber

Dalam bahasa pasarnya:-  Tujuan bersalin kulit ialah untuk tumbersaran. Kulit ketam keras, ia tak elastik macam kulit kita. Untuk membesar, kulit baru yang lebih besar diperlukan untuk menggantikan kulit lama. Kulit baru ni mulanya lembut je, lepas tu akan mengeras.

Maka, semasa proses pengerasan ni selalunya ketam-ketam tidak akan makan & akan mencari tempat perlindungan daripada pemangsa. Sebab dia sangat fragile. Sayalah antara pemangsanya tuh..hihihi

So...semasa proses inilah ketam-ketam ditangkap & dijual di pasar.

Meh kita tengok proses bergambar kejadian kebesaran Ilahi ni jom!! Klik SINI

Saya pun beli.

Saya pun masak kotam balado potai.

Jadi mungkin teori Ibu saya itu ada kebenarannya. Nanti saya buat research betul ke ketam melakukan proses pembesarannya sebulan sekali tatkala bulan mengambang?

Kita nantikan episod seterusnya. Baca sendiri owh Ibu saya genius!!! Walaupun dia hanya sekolah sampai darjah 5 je. Sini


P/S: I love you ketam lembut!!!!! Nak beli lagi!



Soft Shell Crab Balado Potai

Selamat Hari Khamis.

Stock lauk pauk masih ada dalam fridge, so janganlah kita malas masak ye adik-adik. Moh masak Ketam Kulit Lembut Aww!

Walaupun ketam jenis ni mahal, tapi saya rasa ia sebenarnya menjimatkan. Sebab semuanya, saya ulang semuaaaaanya boleh dimakan. Masuk perut. Tak ada la kita terhisap-hisap tergigit-gigit, bibir tersangkut kat duri sepit ketam tu ok.

Just potong 2 ke potong 4 ke, goreng & masak belado. Tambah potai di hujung acara pemasakan. Saya sorang je pun yang makan petai tu. Ahli pasukan yang lain tak makan. Tapi saya tak boleh makan banyak-banyak sebab nanti sakit perut yang macam kentut tak boleh nak keluar tu..hahahaha grosssss... So saya masukkan 4 biji je itu pun hiris 3 ok.

Kotam Balado Potai

Dikawankan dengan kobis cina goreng campak-campak & telur dadar request dari Bayong budak baik.

Sekian, selamat memasak!!!

P/S: Malam ni malas masak, sila beli burger jalanan ye! Ayam special 1 please!

Monday 12 March 2012

Raksasa Gorgon

Petang Sabtu ajak kids pergi Giant kecik 2km dari rumah. Suka ke sana sebab tak ramai orang so kids boleh dilepaskan bebas. Tapi mood Ahkak di spoilkan oleh cashier Giant tu ye.

Cashier ni budak lelaki yang berambut karat fesyen pacak pacak di belakang rambut depan tutup-tutup mata sebelah. Habis handsome dah tu hagaknya. Muka mencuka.

I know it was Saturday - no plastic bag. Tapi terlupa bawak my own bag so I told him that I'm paying for the plastic bag, sebab I beli sayur & ayam, ketam bla..bla.. so gimme the plastic bag la. Tapi dia tak dengar, and just letak my barang semua kat hujung tu. So I ulang suara kata I want plastic bag. Pastu dia boleh membebel cakap "Hish..tadi tak cakap nak plastic bag"

Tiinggggggggg.....suhu termometer dah naik sikit ni... saya jawab "Saya dah cakap tadi nak plastik bag, you yang tak dengar"

Dia mendengus, dia tarik keluar plastik bag dia yang sehelai 20sen tu & dengan kasar masukkan barang-barang which I carefully picked tadi. My sayur, my softshell crab, my ayam. Dia campak-campak dalam plastik tu ok. Siap kobis cina saya jatuh ke bawah ok. Dia kutip je dengan muka selenga.

Saya sound lagi "You ni kenapa? Nak lempar-lempar barang-barang orang ni? Letak baik-baik tak boleh ke? I bayar tau! Kalau you nak marah-marah lempar-lempar meh sini I isik sendiri"

Dia diam...sambil buat muka. Owwhhhh you wanna make a scene ek...aku pun boleh laaa....

Lepas tu tak habis lagi...dia tiba-tiba masukkan maggi cup tu dalam plastik. So I asked nicely "Dik, itu bukan I punya ye" Lepas tu dia jawab "Tu free, sebab beli Milo" Saya jawab balik "Ok, thanks" konon dah cool down lah kan.

Tapi dia jawab balik "Dah kalau taknak takpelah...tak payah ambik!"

Ewah...ewaaaahhhhhhh!!!!!!! Masa tu Adam dah pegang tangan saya. Mungkin dia nampak Ibu dia dah nak bertukar menjadi raksasa Gorgon.

Saya tarik napas & jawab "Ko ni kenapa?! Apa masalah ko ni? Akak rasa telinga ko ni kena korek la..asyik tak dengar orang cakap. Nak keje ke tak ni? Ko panggil supervisor ko sekarang"

Lepas tu dia ter-punch telur ayam 2 kali. Dah tu memanglah supervisor dia kena datang untuk void kan. Ahh...niceeeee....

Supervisor dia datang & minta maaf nicely. Saya pun membuat jelingan maut pada budak lelaki cashier tu. Sambil cakap dengan lemah-lembut "Lain kali, kalau demam ke PMS ke, telinga masuk air ke, jangan datang kerja kalau nak marah-marah customer dek, Akak bayar mahal-mahal ni karang awak lempar-lempar kalau rosak barang karang awak nak bayarkan ke?"

Sambil berlalu tolak troli Bayong pegang tangan saya. Yen yang duduk dalam troli mengadap ke arah budak lelaki tu buat apa tau? Dia tunjuk penumbuk kat budak tu..... haha!

P/S:- Will make sure tak akan bayar dekat kaunter budak PMS tu lagi nanti.



Wednesday 7 March 2012

17km = 60minutes

Yup, terukkan? 1km = 3.5minutes.

Gitulah hari-hari sekarang ni dari rumah nak ke office. Rasa macam nak turun dari kereta jogging je ke office. Hihih...last year masuk marathon baru tak sampai 4km dah rasa separuh nyawa tetiba nak lari 17km pulak. Pigidaahhh!!

Ok, ni ada satu rahsia yang tak berapa rahsialah kot. Selalunya kalau driving sorang-sorang dalam kereta, saya suka menyanyi. Ok fine, ramai orang menyanyi dalam keretakan. Tapi saya suka record my voice guna phone. Lepas tu dengar balik sambil tersenyum-senyum mengagumi suara sendiri. Hahahah...

Ada one time bila dah sampai office, ada ex-schoolmate sent text message pada saya tanya kenapa saya nampak macam marah-marah masa drive pagi tadi. Masa tu dia kata tengah berhenti kat traffic light dekat dengan rumah saya. Kereta dia berhenti sebelah kereta saya, penat dia toleh-toleh tapi saya tak nampak dia. Dia kata saya siap angkat-angkat tangan sambil marah-marah.

You guys know what I was singing masa tu? Lagu Ning Baizura - Pastiiiii!!!!!!!! Mestilah soprano kaannn... hihihhi mestilah ada adegan angkat-angkat tangan ala-ala Chaka Khan. Eh Chaka Khan nyanyi feeling feeling gitu ke? What ever....

Pagi tadi saya nyanyi lagu Yuna. Ok, sebab suara saya tak semerdu Yuna maka saya tukar nama saya jadik TUNA. Dua lagu: Terukir di Bintang & Gelora Jiwa.

Bila dah dengar semula & confirm perasan suara sedap maka kita hendaklah send kepada kekasih gelap kita yang sudah tentunya memuji kan...kan....

So I did. Sekali tiba-tiba dapat Whatsapp message dari husband dia pulaakkk..hahaha.. yennadey TunTun apsal ko gi bukak suara aku kuat-kuat kat rumah da....it's suppose to be our secret love song tau :P

Anyway, I'll sing another song tomorrow sebab ada permintaan dari peminat. Hehehe..lagu A Thousand Years by Christina Perri ek? Ok!!! heheheeh...

P/S: Sediakan baldi sebelum muntah.

Tuesday 6 March 2012

Kesayangan - Nor Safiya Aqilah (Piyaya)

Salam,

Lama sungguh nak tunggu up entry ni. Maybe because it's so special.

I love children. Especially my own flesh & blood of course lah kan. Ini termasuklah my nieces & nephews. I got my 1st niece when I was just 9 years old. Oh my..sayangnyeeee...asyiklah berulang alik ke rumah Kak Long untuk tengok Ika kesayangan kalbu. I also sent her picture to a magazine and she won a prize tapi tak ingat apa hadiahnya and Ika tak bagi pun Mak Teh share hediah itu? Whaattt??!! I also kumpul duit untuk belikan Ika dress kat pasar malam which I still remember it was RM5 je. Haa..baju tu lah yang Ika pakai masa menang masuk majalah tu. Bangga I tau!!

Two years after that I got Amira. (Anak Kak Ngah) Alahaaii sayanglah juer..sanggup naik bas sorang-sorang dari Linggi ke Pedas untuk jumpa Mira. Amira seorang baby yang CANTIK. She was a beautiful baby girl. Bulu mata sangat panjang macam unta. Haha...unfair untuk bandingkan Mira dengan unta. But..seriously bulu mata unta memang cantik.

Panjang sangat kalau nak cerita pasal semua kesayangan saya ni. Kita pendekkan saja untuk ke tajuk cerita kita ok.

After that, Zaireen (1992), Izzat(1993), Sakina(1997), Nana(1997), Syahmi(1998), Imran(1998), Sufyan (2003), ADAM(2005), RAYYAN(2008), Haris(2010).

Dari 1998 cucu ibu ayah semuanya lelaki. Boring tau asyik hotdog je...we want burger please!! But last year here comes Piyaya!!!!!! Owwhhh kesayangan sungguh. Piya lahir pada 8/9/11. After saya balik dari Seremban melawat Arwah Mak Ngah. Baru je nak duduk di sofa rumah yang dingin & gelap, tiba-tiba Kak Ngah Diktator called and memberi arahan "Kau kena gi hospital sekaraaaaaaannnggg jugak!!! Ayu dah masuk OT"

Oh my...hokey! Terus turun ke kereta tapi terpaksa naik semula ke rumah sebab belum mandi lagi. Kan ke baru lepas melawat orang meninggal kan. Pastu nak tengok baby pulak.

Sampai ke Putrajaya Hospital, nampak adik kat waiting room. Ayu actually ceaser-emergency sebab bleeding rasanyalah. Kalau salah nanti saya buat correction cerita ni. Masa tu dia baru 8 months pregnant. Masa dalam waiting room tu dah selamat dibedah dah pun. Adik asyik berdiri ok sambil mata tak lepas dari pandang skrin yang tulis nama-nama pesakit tu.

Suddenly, nama Ayu kat skrin tu terpadam, means dah keluar dari OT. Adik keluar dari bilik tu sambil Ayu disorong keluar dari OT terus masuk ke lift. Adik cepat-cepat menyelit masuk lift. Yang saya ni dia tinggalkan ternganga-nganga. Tapi Adik sempat pandang saya meminta pengertian. Hihih...lawak panic namanya Adik ni. Being a good & pretty sister..ehehehe (nak jugaakkk) saya pun angkut segala beg Ayu, beg baby sekali dengan tembuni baby yang ada dalam beg tu. Tapi tak tau nak tuju ke mana. Last-last turun ke ground floor tanya kaunter pertanyaan kat mana wad bersalin. Sampai wad adik tersengih-sengih je mungkin mengenangkan ke-panic-kan dia tadi.

Saya suruh Adik pakaikan stokin untuk Ayu. Bila lagi ko nak layan bini ko macam princess kan. Dia pakaikan tapi tangan dia menggigil. Mungkin dia takut Ayu sakit. Kelakar. Tapi saya tahan je gelak tu. Jangan marah Dik.

The rest was history. Piyaya menjadi kesayangan & kegilaan baru. Buah hati kami. Baby yang kelakar & cantik. Berbulu mata panjang lentik. Owwhhh sayangnya Piya. Jom tengok gambar:-

Piya's 1st pic ever!!! Taken with my phone. Ekslusif hokey! Gambar ni lah yang dijaja pada semua yang menunggu berita kelahiran Piya

Cukur jambul Piya. Dengan 2 orang auntie dia yang over

Piya's recent pic. Makin hari makin cantik!!! Love love!

Look at her lashes & lips..... (gambar culik dari FB Ayu)

To Nor Safiya Aqilah:- Mak Teh dah laaaamaaa tak jatuh cinta dengan baby girl. Tapi since you came, Mak Teh dah jatuh cinta balik. Asyiklah nak tengok gambar Piya. Asyik nak sebut Piyaya, Piyaya, Piyaya. Kalau dengar Ayah Piya kata nak balik kampung, Mak Teh pun kelam kabut nak balik jugak sebab nak jumpa Piya. Semoga jadi anak yang solehah, berjaya di dunia & akhirat, kebanggaan ayah & ibu Piya. Kebanggaan Mak Teh juer. Love you Piyaya!!!!!


Kaki pendek sebelah

Since early morning, terasa macam ada yang tak kena. Terasa macam berdengkot-dengkot. Kenapalah? I don't think my kaki sakit or else. But why jalan macam tak betul?

Duduk kat meja and suddenly pen terjatuh ke bawah. Tunduk untuk kutip pen & ternampak punca jalan berdengkot-dengkot.









Sebelah 3 inci, sebelah 2 inci. Hmmmm

Monday 5 March 2012

Ikan Siakap Balado

Kelaparan di pagi Isnin. Lepas tengok gambar ikan ni lagilah lapar. I'm super lazy today to type the recipe. Ikan siakap goreng balado biasa je. Goreng ikan, pastu buat sambal dia curahkan je atas ikan tu.

Siakap beli kat Giant, seekor RM9.90


Kawankan dengan kobis cina goreng, fishball & shitake mushroom  letak sup-sup sikit.


Ultimate favourite yong tau foo kari. Menara Citibank Level 5. S.E.D.A.P. Kari dia cair je ye. So tak muak pun makan. Rasanya terigau-igau. Slurrppp!

Signs

When you feel like you don’t want to leave your bed in the morning
When you take longer time to bath
When you don’t care to look presentable anymore
When you just wear what ever you can find in the closet
When you drive slower and slower everyday
When you feel lazy
When you don’t care no more
When you feel like you want to argue despite being so loyal all this while
When you suddenly have loads of things to whine
When you just can’t wait for the clock to turn 5.30pm
When you just can’t wait for end of the month
When you always trying to find his fault
When you started to hate seeing his face
When you started to hate hearing his voice
When you feel that you are not sincere towards him anymore



Maybe it’s the sign. It might be my queue to move on.