$

Monday 12 March 2012

Raksasa Gorgon

Petang Sabtu ajak kids pergi Giant kecik 2km dari rumah. Suka ke sana sebab tak ramai orang so kids boleh dilepaskan bebas. Tapi mood Ahkak di spoilkan oleh cashier Giant tu ye.

Cashier ni budak lelaki yang berambut karat fesyen pacak pacak di belakang rambut depan tutup-tutup mata sebelah. Habis handsome dah tu hagaknya. Muka mencuka.

I know it was Saturday - no plastic bag. Tapi terlupa bawak my own bag so I told him that I'm paying for the plastic bag, sebab I beli sayur & ayam, ketam bla..bla.. so gimme the plastic bag la. Tapi dia tak dengar, and just letak my barang semua kat hujung tu. So I ulang suara kata I want plastic bag. Pastu dia boleh membebel cakap "Hish..tadi tak cakap nak plastic bag"

Tiinggggggggg.....suhu termometer dah naik sikit ni... saya jawab "Saya dah cakap tadi nak plastik bag, you yang tak dengar"

Dia mendengus, dia tarik keluar plastik bag dia yang sehelai 20sen tu & dengan kasar masukkan barang-barang which I carefully picked tadi. My sayur, my softshell crab, my ayam. Dia campak-campak dalam plastik tu ok. Siap kobis cina saya jatuh ke bawah ok. Dia kutip je dengan muka selenga.

Saya sound lagi "You ni kenapa? Nak lempar-lempar barang-barang orang ni? Letak baik-baik tak boleh ke? I bayar tau! Kalau you nak marah-marah lempar-lempar meh sini I isik sendiri"

Dia diam...sambil buat muka. Owwhhhh you wanna make a scene ek...aku pun boleh laaa....

Lepas tu tak habis lagi...dia tiba-tiba masukkan maggi cup tu dalam plastik. So I asked nicely "Dik, itu bukan I punya ye" Lepas tu dia jawab "Tu free, sebab beli Milo" Saya jawab balik "Ok, thanks" konon dah cool down lah kan.

Tapi dia jawab balik "Dah kalau taknak takpelah...tak payah ambik!"

Ewah...ewaaaahhhhhhh!!!!!!! Masa tu Adam dah pegang tangan saya. Mungkin dia nampak Ibu dia dah nak bertukar menjadi raksasa Gorgon.

Saya tarik napas & jawab "Ko ni kenapa?! Apa masalah ko ni? Akak rasa telinga ko ni kena korek la..asyik tak dengar orang cakap. Nak keje ke tak ni? Ko panggil supervisor ko sekarang"

Lepas tu dia ter-punch telur ayam 2 kali. Dah tu memanglah supervisor dia kena datang untuk void kan. Ahh...niceeeee....

Supervisor dia datang & minta maaf nicely. Saya pun membuat jelingan maut pada budak lelaki cashier tu. Sambil cakap dengan lemah-lembut "Lain kali, kalau demam ke PMS ke, telinga masuk air ke, jangan datang kerja kalau nak marah-marah customer dek, Akak bayar mahal-mahal ni karang awak lempar-lempar kalau rosak barang karang awak nak bayarkan ke?"

Sambil berlalu tolak troli Bayong pegang tangan saya. Yen yang duduk dalam troli mengadap ke arah budak lelaki tu buat apa tau? Dia tunjuk penumbuk kat budak tu..... haha!

P/S:- Will make sure tak akan bayar dekat kaunter budak PMS tu lagi nanti.



8 comments:

Rina Rahamat said...

baru jd cashier dh nak berlagak..belum lg jd supervisor..


abesla keanggunan MK sbb nk jd raksasa gorgon


me: rina (ex-mrsm muar)..u tak kenal sy psl sy tak setop u dulu hehe

emma said...

erk!!! saya takut kalau kintelopan marah..

MK said...

tak baik ko Zaira...kecik hati i tau... aku ingat la..ko kelas sc1, roomate nani att kan..kan..kan.. bertaik lalat di bwh bibir... ah..kan..kan..

MK said...

Emma: tapi aku lagi takut kalau ko amok!! aahhh...mat rempit pun takooottt

Rina Rahamat said...

HAHA..cam teruja jap MK ingat sy!

Mak Ton said...

Lawak2 raksasa gorgon.. Aku dpt membayangkan ko marah.. N paling lawak adelah yen.. Membela ibunya.. Musti yen tunjuk penumbuk smbl mulutnya muncung.. Huhu..

Askmei said...

Aik!! Sudah menampak kan kemajuan lah. Aku ghaso kau tak akan buek camtu dulu. Memang sometimes some people need to be told off. So lenkali kalau dalam situasi yang sama jangan takut buek komplen. Heheheh

MK said...

seriously cicik..semasa saya tarik napas...saya menyeru namamu...hahaha