$

Monday 31 May 2010

Buat baik berpada-pada

Salam ladies,

Makin matang umur seseorang tu, makin banyak experience dia kan? Setuju? Itu lah orang tua-tua selalu cakap "Aku lagi dulu makan garam dari kau"

MK dulu nak je jawab "Pasal tu lah MakLong/MakNgah kena darah tinggi dulu, sebab makan garam" hihihi..tapi tak terkeluar kat mulut ni. Nak kena lempang?

One of my weakness (maybe) is I want everybody to like me. So, I hardly say 'No'. Ini not applicable to family ok. My family will see me in my true colours hihih. Hipokrit kah? I don't know. Tapi MK rasa itu perkara normal bagi manusia biasa kot. Simple example: We tend to talk nicer to stranger than our loved ones. Why? Sebab kita nak impress people ke? For what? You decide lah the answer....Maybe kita menganggap family kita, husband/wife kita will accept us no matter what (kot). Or maybe kita anggap they (family) know us inside out so kita boleh tunjuk belang ke? Entahlah....

Actually MK ada issue pasal kerja. Issue kecik je. Tapi agak mengusik hati. After all, nampaknya MK masih lagi kena banyak belajarkan..kan...tentang kehidupan. Kena lebih banyak berhati-hati.

Lesson learned!!

Monday 24 May 2010

Spaghetti Bolognese

Hello love!! How's your weekend?

Last Friday, seperti biasa MK ada berbual mesra dengan kekasih gelap mengenai apa yang nak dimasak untuk keluarga tercinta kami. TunTun nak buat roti jalo. Which is MK tak reti - never tried. I should tho... sebab PakMir sangatlah suka makan. Dia selalu beli roti jalo kat stall depan umah kami tu. Bolehlah tahan rasanya tetapi karinya cair!! Ewaahhh komplen kari orang konon...kari awak tu sedapkah? Ehhh..sedap pe..

So... balik dari menjemput Bayong & Yen, terus ke kedai runcit baru kat tepi rumah tu dengan harapan terjumpa dengan acuan buat roti jalo itu. Tetapi malangnya gagal. Sedang bermuram durja sedikit, tiba-tiba ternampak spaghetti berbungkus-bungkus, ditambah pula ternampak spaghetti sauce mixed itu brand apakah? Ermmm Campbell kot. Tomato mushroom ke hapa tah.

Jom tengok resepinya;

Bembahan:-
250gm Spaghetti
1 sudu besar garam
1 periuk air (untuk rebus spaghetti daa...)
1 piring shredded beef (MK cincang sendiri)
3 ulas bawang putih -diced(itu je yang tinggal kalau lagi banyak lagi sedap)
1 biji bawang besar - diced
1 batang carrot - diced
1 biji capsicum - diced
10-12 sudu besar spaghetti sauce (MK guna brand campbell - flavour mushroom apo tah)
2 sudu besar susu pekat atau orang terengganu panggil susu pekak..hihih (sila maklum- ini adalah ingredient rahsia MK okek!! well sekarang sudah tidak rahsia lagi huummmmmm)
1 cawan air
1/2 kiub ayam/daging
5 sudu besar olive oil terlebih dara (extra virgin)

Cecara:-
  1. Jerang air dalam periuk, letak garam 1 sudu besar. Biarkan mendidih - pastu baru masukkan spaghetti Kacau sekali sekala, bila dah lembut, masukkan 2 sudu besar olive oil. Untuk tak bagi dia melekat-lekat kelak di hari muka.
  2. Bila dah siap, toskan, letak dalam pinggan/mangkuk corelle. Guna corelle saja tau - kalau guna brand lain tak sedap! (hihi tipulah - guna daun pisang pun boleh jadi sedap...jangan bimbang)
  3. Okeh, jom buat sauce!! Panaskan olive oil dalam kuali, tumis bawang putih & bawang besar sampai layu.
  4. Masukkan kiub ayam/daging kacau rata.
  5. Masukkan carrot, capsicum & daging cincang
  6. Kacau selalu, sampai daging tukar golden colour cheewahhh!
  7. Pada masa ni Bayong Adam dah jerit-jerit tanya dari living room "ibu masak apa niihhh? sedap baunya"
  8. Aha... sekarang masa untuk secret ingredient! Campurkan 2 sudu besar susu pekat manis tadi dengan segelas air suam.
  9. Pastu masukkan dalam kuali tadi sambil kecilkan api. Kacau rata.
  10. Nanti dia berbuih-buih tau - jangan panic, itu adalah kerana daging itu terkejut menerima kehadiran secret ingredient. Hihi...
  11. Bila dah pekat, pastu rasa-rasanya daging dah empuk maybe lebih kurang 10 minit kot. Barulah masukkan sauce dia tu dalam 10-12 sudu besar. Ikut pandailah ye.
  12. Kalau pekat sangat, MK benarkan puan-puan campurkan lagi 1/2 gelas air.
  13. Kacau rata, kecikkan api ke tahap paling minimum - pergi mandi!! MK masak lepas balik kerja da... masyam sket tu yang kena mandi dulu sebelum PakMir balik. Nanti bila dia dah sampai boleh terus hug-hug "Selamat pulang Fruit Heart Ku" (buah hati) hihihih...
  14. Pas mandi cepat-cepat jenguk sauce kita, rasa-rasa, puas hari padamkan api.
  15. Siap!!

Bahan bukti ketama

Bahan bukti kedua

Bahan bukti yang tak berapa masuk 'book'

Somehow I found this picture funny sebab sampai keluar-keluar air liur. Tapi if puan-puan geli...sowwyyy!!!

OK - hingga ketemu lagi pabila MK update resepi Nasi Karut nanti ok!! Till then 'Sayangilah Keluarga Anda'

Friday 21 May 2010

Nak Ngadu Domba

Salam puan-puan,

Hari ni rasanya macam nak mengadu dombalah. Mana tau kawan-kawan ada pendapatan eh pendapat & cadangan bernas yang boleh MK gunakan kan..kan..

Macam ni, since January 2010 ni every month bila menses kan (period laa...) MK akan menjadi tak keruan. Hiks..comel pulak bunyi tak keruan. But ini tidak comel ok. MK akan menjadi migraine, vomit muntah (vomit & muntah samalah kan..laaaa) samaaaaa macam puan-puan mabuk masa mengandung sulung dulu. Aaahh gitulah keaadaan MK every month bila 'kawan baik' tu menziarah tetiap bulan. Sampai MC, melepek kat meja opis. Tak boleh fokus semasa drive. Bla..bla.. blaa..

MK takmo la every month MC kan.. tak best lah. Tapi memang kejenya every 5 minutes ke toilet ye. Makan apa pun keluar balik. Even air kosong pun keluar balik. Sangat mengecewakan juer. Balik rumah tidur saja. Makan panadol dah macam makan gula-gula. Anak-anak sangat baik hati, tak buat bising, nak gaduh rebut mainan juer berbisik-bisik ok. "pssttt ini abg lon' punyeeeee, abg lon' dapat duluuuuu" (bisik-bisik). "psstt...dik nyeeeee, dik naaaakkkk" (bisik lagi).

Rasa macam nak ketawa dengar budak dua orang tu bergaduh sambil berbisik, tapi nak ketawa pun tak larat. Siap merangkak-rangkak pergi ke toilet ok. Muntah pun kat tepi pintu toilet tu je la. PakMir pun dah tak larat nak kesian dah. Dah penat dah dia kesian. Dia pun nampak macam frust je. Maybe dia tak tau macam mana nak tolong.

Bila MK check dengan doktor, dia cakap memang tak boleh nak buat apa. "Memang fitrahnya", gitu kata doktor. Kalau nak kurangkan sakit tu consume magnesium, calsium (bukan calsiYUM ok) & multivitamin. Sudah juer MK memakannya. Tetapi malangnya sama juer. Doktor habis-habis pun kasik ubat tahan muntah or Ponstan.

Before this masa zaman anak dara pun migraine jugak, tapi tak seteruk sekarang. Since January 2010 ni memang every month lah.

Semalam MK drive balik kan carpool dengan kawan opis & jiran kan. Bertiga dalam kereta. Lepas turunkan kakak opis tu. MK drive sket pastu tak tahan, berhenti tepi jalan pasang harzard light gi lari-lari muntah tepi longkang itu. Kereta belakang kasik lampu-lampu pun lantak laaahhh... Mesti jiran MK tu risau kan...sorrylah babe. Bukan sengaja nak buat gitu.

Rasanya MK kena jumpa specialist lah kot. Maybe doktor sakit puan kot. Kalaulah ada kawan-kawan doktor ke, sakit puan ke, bidan terbilang kampung dusun ke, bidan tarik duit ke..ehhh ioni tayah bagi pendapat. Silalah memberikan pendapat ye. amatlah MK hargai. Rasa tak best sebab dah tau dah sekian-sekian tarik mesti akan jadik.

Thanks a lot kawan-kawan. Hari ni MK agak ok. Dah hari ke-3 ni. Harapnya tak muntah lagi. Tata!!!

Tuesday 18 May 2010

Sweet sour crab / Ketam masam manis

or dalam bahasa NS nya kotam masam manih.



OMG sukanya ketam!! Beli kat pasar Sg.Besi (tempat abang-abang askar) tapi hanya askar pencen saja yang MK jumpa. Haiittt jangan risaauuuu, MK tak pernah pergi sorang. Setiap kali pergi ditemani 3 askar MK itu.

Beli juer 3 bijik telur asin, konon nak masak deep fried crab with egg yolk. Malangnya tak cukup bahan dan malas nak keluar umah. So goreng pun sodap!!

MK beli 1kg = RM18 = 4 ekor

so, 1 ekor = RM4.50

Betul tak cikgu adibah? (cikgu adibah yelah cikgu add math masa skolah muor dulu) err...selamat hari guru ye cikgu.

Disebabkan DakDiana ganteng sekali mencobak resep-resep di blog ini. Maka terpaksa ibuk kintan meng-update resep masakan baru ya. (baca ikut bahasa indon)

~iklan : tsk..kat luar hujan lebat, jap lagi nak balik macam mana? kereta saya tu wiper nye sewel sket. dia terkeluar-keluar dari windscreen itu seperti nak meng-wipe cermin kereta sebelah gamaknya~

eh, jom amik resepi:-

bembahan:-
1kg ketam bunga
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu cili boh
1 sudu kecik asam jawa (instant punya tu)
1/2 cawan air
1 sudu besar gula
garam & kunyit

cecara:-
  1. Siang & bersihkan kotam, gaul dengan garam & kunyit. Goreng deep fried sampai masak. Angkat ketepikan
  2. Tumis bawang putih & bawang besar sampai layu seperti 'teratai layu di tasik madu' apakah kau suka tajuk panjang-panjang begitu? eh..jangan lari dari topic.
  3. Kembali ke pangkal jalan - masukkan cili boh, tumis sampai garing
  4. Bila dah garing, masukkan gula kacau selalu
  5. Masukkan asam, sos cili, sos tomato & air tunggu mendidih. Rasa.
  6. Tambah apa-apa yang kurang
  7. Masukkan tomato & kotam goreng kunyit tadi.
  8. Kacau bersungguh-sungguh.
  9. Siap!!
MK masak kotam ni untuk lawan dengan nasi carrot. Or Pakmir panggil nasi karut (sebab dia tak makan nasi itu) wuuuu wuuuu...lain hari MK update nasi karut itu ya!

Okes puan-puan, nak balik rumah sudah! Berhati-hati drive ye.

Ini malam makan apa?

Saya nak pergi kangkang, awak nak ikut?

Kisah yang tidak berapa benar… 

Tarikh : 15 tahun yang lalu, tak ingat tarikh
Masa : Di suatu pagi Sabtu yang cerah, hari outing untuk student girls
Venue : Pekan Muor, Johor
Pelakon : Tan (MK) & Zilla (Bukan nama sebenar) - mereka adalah roomates
Situasi : Tan & Zilla baru saja turun dari bas.

“Tan, saya nak pergi kangkang . Awak nak ikut?” kata Zilla.

Ini yelah ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. 

“Hah? kau nak pergi apa????”

Dengan selamba pula Zilla menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan tu haaa kan memang saya tetiap bulan pergi~” sambil memuncungkan mulutnya tunjuk ke arah depan.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah Zilla si gadis ayu dihadapan aku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah?

“Astarghfirullah’alazim! Kau ni kenapa Zilla? Sejak bila kau jadi terpesong gini? Kau tak malu ke? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kau tu… dari kecil mereka ajar kau jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pulak?”

Puas hati MK bila dapat jerkah si Zilla ni! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, Zilla si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang awak merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, MK bertambah panas hati! Beria-ria MK marah dan cuba hendak ingatkan dia, dia kata MK merepek pulak!

“Apa aku yang merepek pulak? Kau yang merepek! Yang kau kata nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Zilla ketawa sampai nak pecah perut.

“Sah lah… memang dah gila roomate aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, dah sakit mental…” 

Selepas dah puas ketawa, Zilla terus menarik MK ketepi jalan, pastu tuding jari ke arah kedai kat tepi Jalan Maharani tu. MK terkedu…

“Hah, inilah Kang Kang nya… awak fikir saya nak buat apa???” Zilla pulak jerit pada MK.

“Loorrrrrr! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!! Nervous aku tau!!~”


Nota kaki:-

Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut…

P/s: MK tak pernah jumpa pun kedai ni. Baru dapat email pasal kangkang ni...saja nak share dengan puan-puan. Laju je ek masuk blog ni bila tajuk dia kangkang...tsk tsk tsk...tak senonoh tau!!

Friday 14 May 2010

Buah Hati Baru

Salam Jumaat,

Eh..dah Jumaat lah. Suke..suke!!

Seperti yang dijanjikan, puan-puan MK dah masuk dapur dah semalam. Masak sayur campur saja tapi menggunakan buah hati baru... pan Tefal idaman kalbu.


Yelaaaahh... nanti adalah tu yang ingat MK nak tayang-tayang kuali tu? Nyampah tau. Memang pun nak tayang...hihihihhih.... small matter saja. Tapi bila ianya menggembirakan hati kita, apa salahnya kita share kan..kan?

MK beli kat Haji Ismail Group, Pekan Kuah. Harga RM71.00 sahaja. Kat KL hari tu MK check harganya yelah RM170.00. Haaa... berbaloikan beli? Owh sudip itu juer adalah brand Tefal, RM9.90 saja. Menyesal pulak tak beli 2-3 kasik kat ibu & Kak Ngah. Hmmmm...

Bila masak kan, terasa mudah, kurang bunyi...slalu klung klang klung klang kan? Iye..6 tahun MK kawin baru ni lah merasa kuali mahal ok. Kasik chance lah MK nak bercerita sikit haa Sekarang ni kalau masak bunyi nye macam klisssss klossssss...waahhh merdu!!!

Pastu goreng telur mata pun jadik cantik je bulaaattt je. Macam profesional...ngehehehehe...

Ok, hari ni takde resepi sayur campur pun. Nak tunjuk pan saja. Nanti bila-bila teringat, MK ambik pic kuali tefal pulak okes!!

P/s-  Puan Tun takmo amik gambar corelle kah? Musti liplap lip lap kan....?

Monday 10 May 2010

Cuti-cuti Day 3

Hari Ke-3:-

Kami ke Kilim Geoforest Park. Naik boat cruise RM200 sejam. Seronok!!

Excited terlebih emak-emaknya


Cuaca panas terik. Pukul 11.00+ ok..mau tak panas. Tapi agak pelik sikitlah sebab takde lifejacket?

Ummm..budak ni makin hari makin besar dah...kejap pulak rasanya. Tskk...esok-esok tau-tau je cakap "Bu, Abg Lon' nak kawin..." hmmmm

Ok, boat sudah mula bergerak.

Mula-mula berhenti kat Bat Cave. Ambil gambar dulu. Adam banyak monyet liar yang active lah. Main capai-capai je beg orang...eiii

Tengok tu, mata MK sebenarnye tengah mengawasi monyet tu. Kang tiba-tiba dicapainya Ryan, memang MK flying kick je monyet tu (cheehh macam berani je)

PakMir tak makan saman. Sepatutnya dalam gua ni kalau nak ambil gambar tak boleh guna flash. Dibantainya jugak. Omputeh belakang kami tu sound "Heyyy...no flash!" pastu Pakmir marah omputeh tu balik tapi cakap Melayu...haahahah... yet - i still love him. eh tetiba. Dalam gua ni adalah berbau hancing ye sebab kencing kelawar tu kot.

Ni dah nak keluar dari gua. Entah apa yang Yen tinjau tu agaknya, senget-senget badan dia.

Abg Lon' ambil gambar dekat sangat dengan monyet noty tu. Eiii....

All of us - best jugak jalan ramai-ramai ni. (Eh ke kita 2 orang je rasa best ek Tun?)

Yen yang memang kena belajar banyak senyum. Semua gambar dia tak senyum

Pastu singgah ke tempat orang bela ikan. Kasik ikan pari makan la, ada jugak ikan tu namanya 'ikan malas'. Lepas makan terus ikan tu baring at one side. Like tidurlah. Pasal tu la panggil dia ikan malas. Boleh sentuh-sentuh ikan pari, kulitnya rasa macam kulit lembu (itu kata PakMir) ahaha...ye kot, MK pun bukannya pernah pegang lembu.

Belangkas. MK takmo pegang. Si TunTun konon berani sekali PakMir letak kat tangan dia ahh...ko rasalah!! hihihihi...
Budak berkerut.

Naik ikan batu kat tepi pantai apa entah. Berhenti kejap untuk luruskan pinggang.

Yen cuba untuk menolak ikan tu balik ke laut. Cubaan gagal.

Honey Bun saya

MK adore ini budak kecik.

Tengok ular tu belit kaki Abg Lon'. Masa ni MK & Yen tidur kat dalam kereta sejam! Syiookkk...sedar-sedar Abg Lon' dah ketuk pintu kereta sambil cakap "Ibu tidur sampai nganga-nganga!" hiks

Petang, kami gi Pantai Cenang, gi melawat Tun kat sana. Hahaha...alasan untuk berjumpa-jumpa lagi. Tun dok di Lanai. Tapi air laut tu sedikit berselut. Yen geli, so Tun ajak mandi swimming pool saja.

Terpaksa beli toy excavator tu kalau tak time MK shopping tu Yen mengamuk je.



Malam - Sepatutnya dinner dengan Tun, tapi disebabkan kami nak mengejar Idaman Suri terpaksa balik cepat. Malangnya Idaman Suri dah tutup daa.... & Friday pun kebanyakan kedai tutup kat sana.

Budak ni ponteng 4 hari sebab ikut ibu dia pegi Langkawi. Pastu homework dia tak siap...hihihi sorry cikgu. MK belikan cikgu kain batik & coklat supaya cikgu tak marahkan Abg Lon'. :P

Ok, MK ngantuk ni, so entry ni macam tak best je. But, go tu Langkawi ek puan-puan. You'll love it-provided that you bring lots of extra cash kalau ada card bahaya juer. You'll tend to swipe it like 1000 times!. Sebab kalau tak de duit telan air liur je lah tengok pinggan yang diidam-idamkan itu.

Hari ke-4 takde kemana sangat. Pergi beli chocolate lagi last round. Kemas-kemas beg pukul 3 gerak checkout. Sampai rumah pukul 2.00am sebab flight delayed 3 hours!!! Hampehhh betul lah.

Ok Langkawiku, hingga kita ketemu lagi!!! Taaataaa!!

P/s - Next entry nanti MK nak ambil gambar kuali idam kalbu. hikss!!



Friday 7 May 2010

Cuti-cuti Day 2

Hari ke-2:-

Gambar banyak ni. Jangan muntah pulak!

After breakfast dalam pukul 10.00am bergerak ke Gunung Mat Cincang. Sekali sampai sana cable car hanya dibuka pada pukul 12.00pm saja. Emphh.... sejam lebih round-round je tanpa hala tujuan.

Time MK pergi sini tahun 2006 dulu rabbit ni banyak gila. Sekarang ni tinggal 2-3 ekor je.

Yen cuba untuk suruh rabbit tu main kereta mainan dia tu. Tapi rabbit tu tak paham.

Ada rusa juer. Ni anak dia...bapak dia besar gile...takoottt

Aaahh..ni bapak dia. Yen takut!!! Nangis.

Abg Lon' budak berani. "Kalau kita nak beli rusa ni bawak balik KL baper ringgit nak kena ada Bu?" itu yang dia tanya. aiyyoooo tak reti nak jawab

Cuaca panas terik masa ni. Kena minum air banyak

Dah penat jalan-jalan masih belum pukul 12.00pm lagi. Kami gi makan banana split dulu

Ini 1st time Abg Lon' tengok itik life ok. Kesian sungguh budak bandar ni. Dulu MK kecik-kecik siap kena kejar dek angsa yang leher panjang tu bila balik ngaji. Ada sekali tu dok sebok lari laju-laju bila kena kejar tiba-tiba MK tengok angsa sebelah Iqma (kawan MK yang sesama lari tadi) buat summersault. Rupanya si Iqma terkarate leher angsa tu time lari tadi....pastu angsa tu terus takut ngan Iqma...hahahaah

Kekasih gelapku. Berjaya juer kami dating di Langkawi hiksss....

Sejak dah tua-tua ni MK adalah sedikit gayat di tempat tinggi. Dulu setakat roller coaster kat genting tu naik 3-4 kali pun ok je. Ni baru cable car pun dah cuak gila. Memang sah faktor umor mempengaruhi kegayatan ni.

Bukti muka kegayatan

Yang lari tu Dina, anak sulung TunTun. Gembira dia dapat jalan-jalan

Abg Lon' tak tahan panas. Kerut-kerut dah muka dia

Alololoo...tengok Dina posing... comel & sopan sungguh

Kanak-kanak dah resah. Hari panas terik

Ada pun gambar Boyfriend MK tu haaa...susah nak tengok gambar dia. Sebab dia camera shy...hihii

Tengok tu, Yen pandang anak dara orang macam nak telan. Dia tak tau ke ayah orang tu ada kat depan tu? Cover le sket Yen. (Baby girl comel itu yelah Deja - anak TunTun no.2) P/s - yang ke-3 bilo?

Kat jambatan ni adalah lagi gayat ye...sayuuuuup je pandang ke bawah tu. Ni konon-konon buat berani je ni.

Deja adalah kagum melihat Auntie MK & ibu dia over acting. "Tsk..tsk..tsk...tak sangka ibu & auntie ni sangat over" kata Deja.

Pic taken by our official photographer of the trip - Uncle Jim (BF TunTun) Camera nya hebat. Maka nampak le kekembangan muka MK ye puan-puan.

Ada 2 cameraman berebut-rebut mengambil gambar kami. Tak tau nak pandang mana satu. Terasa seperti artis!!! "No papparazzi pleaaseeee"


Alah...ada lagi satu pic aksi gerak perlahan MK. Tapi terlupa nak save dalam pendrive ni. Esoklah MK edit. Selepas Gunung Mat Cincang, kami (MK & TunTun) terpaksa kembali ke pangkuan suami masing-masing...ngeh!!

Sambung besok!!!! Tata!!