$

Tuesday 18 May 2010

Saya nak pergi kangkang, awak nak ikut?

Kisah yang tidak berapa benar… 

Tarikh : 15 tahun yang lalu, tak ingat tarikh
Masa : Di suatu pagi Sabtu yang cerah, hari outing untuk student girls
Venue : Pekan Muor, Johor
Pelakon : Tan (MK) & Zilla (Bukan nama sebenar) - mereka adalah roomates
Situasi : Tan & Zilla baru saja turun dari bas.

“Tan, saya nak pergi kangkang . Awak nak ikut?” kata Zilla.

Ini yelah ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. 

“Hah? kau nak pergi apa????”

Dengan selamba pula Zilla menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan tu haaa kan memang saya tetiap bulan pergi~” sambil memuncungkan mulutnya tunjuk ke arah depan.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah Zilla si gadis ayu dihadapan aku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah?

“Astarghfirullah’alazim! Kau ni kenapa Zilla? Sejak bila kau jadi terpesong gini? Kau tak malu ke? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kau tu… dari kecil mereka ajar kau jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pulak?”

Puas hati MK bila dapat jerkah si Zilla ni! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, Zilla si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang awak merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, MK bertambah panas hati! Beria-ria MK marah dan cuba hendak ingatkan dia, dia kata MK merepek pulak!

“Apa aku yang merepek pulak? Kau yang merepek! Yang kau kata nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Zilla ketawa sampai nak pecah perut.

“Sah lah… memang dah gila roomate aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, dah sakit mental…” 

Selepas dah puas ketawa, Zilla terus menarik MK ketepi jalan, pastu tuding jari ke arah kedai kat tepi Jalan Maharani tu. MK terkedu…

“Hah, inilah Kang Kang nya… awak fikir saya nak buat apa???” Zilla pulak jerit pada MK.

“Loorrrrrr! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!! Nervous aku tau!!~”


Nota kaki:-

Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut…

P/s: MK tak pernah jumpa pun kedai ni. Baru dapat email pasal kangkang ni...saja nak share dengan puan-puan. Laju je ek masuk blog ni bila tajuk dia kangkang...tsk tsk tsk...tak senonoh tau!!

3 comments:

Desert Rose said...

Hotel Bee Sin kat chokit..sah2 la bising tempat tu kan

deq yar said...

kahkahkah!!! terasa gue...

MK said...

DR- ade ke org nak duk kat hotel bising tu ek?

deqyar: helemeekkk aku lupa ko yelah rumet aku yg bernama zilla juer. hihihi...sbnrnye aku membayangkan izyani zalilah...tu yg letak nama zilla. skali mmg betul rumet aku lagi sorang nih nama zilla...hihihih..terasa yea?