$

Friday 7 May 2010

Cuti-cuti Day 2

Hari ke-2:-

Gambar banyak ni. Jangan muntah pulak!

After breakfast dalam pukul 10.00am bergerak ke Gunung Mat Cincang. Sekali sampai sana cable car hanya dibuka pada pukul 12.00pm saja. Emphh.... sejam lebih round-round je tanpa hala tujuan.

Time MK pergi sini tahun 2006 dulu rabbit ni banyak gila. Sekarang ni tinggal 2-3 ekor je.

Yen cuba untuk suruh rabbit tu main kereta mainan dia tu. Tapi rabbit tu tak paham.

Ada rusa juer. Ni anak dia...bapak dia besar gile...takoottt

Aaahh..ni bapak dia. Yen takut!!! Nangis.

Abg Lon' budak berani. "Kalau kita nak beli rusa ni bawak balik KL baper ringgit nak kena ada Bu?" itu yang dia tanya. aiyyoooo tak reti nak jawab

Cuaca panas terik masa ni. Kena minum air banyak

Dah penat jalan-jalan masih belum pukul 12.00pm lagi. Kami gi makan banana split dulu

Ini 1st time Abg Lon' tengok itik life ok. Kesian sungguh budak bandar ni. Dulu MK kecik-kecik siap kena kejar dek angsa yang leher panjang tu bila balik ngaji. Ada sekali tu dok sebok lari laju-laju bila kena kejar tiba-tiba MK tengok angsa sebelah Iqma (kawan MK yang sesama lari tadi) buat summersault. Rupanya si Iqma terkarate leher angsa tu time lari tadi....pastu angsa tu terus takut ngan Iqma...hahahaah

Kekasih gelapku. Berjaya juer kami dating di Langkawi hiksss....

Sejak dah tua-tua ni MK adalah sedikit gayat di tempat tinggi. Dulu setakat roller coaster kat genting tu naik 3-4 kali pun ok je. Ni baru cable car pun dah cuak gila. Memang sah faktor umor mempengaruhi kegayatan ni.

Bukti muka kegayatan

Yang lari tu Dina, anak sulung TunTun. Gembira dia dapat jalan-jalan

Abg Lon' tak tahan panas. Kerut-kerut dah muka dia

Alololoo...tengok Dina posing... comel & sopan sungguh

Kanak-kanak dah resah. Hari panas terik

Ada pun gambar Boyfriend MK tu haaa...susah nak tengok gambar dia. Sebab dia camera shy...hihii

Tengok tu, Yen pandang anak dara orang macam nak telan. Dia tak tau ke ayah orang tu ada kat depan tu? Cover le sket Yen. (Baby girl comel itu yelah Deja - anak TunTun no.2) P/s - yang ke-3 bilo?

Kat jambatan ni adalah lagi gayat ye...sayuuuuup je pandang ke bawah tu. Ni konon-konon buat berani je ni.

Deja adalah kagum melihat Auntie MK & ibu dia over acting. "Tsk..tsk..tsk...tak sangka ibu & auntie ni sangat over" kata Deja.

Pic taken by our official photographer of the trip - Uncle Jim (BF TunTun) Camera nya hebat. Maka nampak le kekembangan muka MK ye puan-puan.

Ada 2 cameraman berebut-rebut mengambil gambar kami. Tak tau nak pandang mana satu. Terasa seperti artis!!! "No papparazzi pleaaseeee"


Alah...ada lagi satu pic aksi gerak perlahan MK. Tapi terlupa nak save dalam pendrive ni. Esoklah MK edit. Selepas Gunung Mat Cincang, kami (MK & TunTun) terpaksa kembali ke pangkuan suami masing-masing...ngeh!!

Sambung besok!!!! Tata!!


5 comments:

Mak Ton said...

hiks... kembali kepangkuan suami masing2 ya... huhu...

MK said...

hahaha..kalu tak dipaksa mau kita tinggalkan kejap derang ngan kanak. kita gi shopping 2org je. wowww...heavenlah gitu.. ehh..jgn lupa mintak duit dari mereka juer

Anonymous said...

wah, terror gila naik cable car..
kita adalah gayat tahap super
sejak azali lagi

Anonymous said...

rusa tu cute
huakakkakaak

MK said...

hantumakan: kalau tak naik cable car mcm mana nak daki gunung tu kak.

jane: rusa cute? hihhihi setuju juer