$

Sunday 14 October 2012

Tony Romas with Fav Girls

Makan time. 
Venue: Tony Romas Midvalley 
Theme Color: RED. 

Ngengadakan..ada theme-theme color bagai. But it was FUN. Can't wait for the next gath! What's the next theme? 

L-R : Emma, saya, Weq & Moie




Wednesday 10 October 2012

Hi Sayangku

Hi ladies...& gents (kalau ada),

Dah la tu jangan sedih lama-lama nanti memakan diri. Meh lah kita kembali kepada perangai asal iaitu tersengih-sengih selalu. Anak-anak masih sayang saya walaupun saya bekerja. Suami pun harapnya bertambah sayang....

Ni ada cerita pendek je. Hari Isnin lepas saya tiba-tiba rasa rindu pada kawan saya nama dia Iqma. Ni kawan sekolah rendah yang paling rapat (geng Linggi) sekali dengan Tuntun kesayangan qalbulah ni. Tapi saya kenal Iqma lebih lama yakni (yakni katanya....hehe) dari saya berusia 9 tahun. Iqma jiran depan rumah saya waktu tu. Kami juga rakan sekelas, sepermainan nyorok-nyorok. Budak lelaki suka nyorok dalam skirt kembang dia. Dulu masa saya mula-mula belajar hidup di KL, Iqma lah yang banyak tolong saya.

Okla..pendekkan cerita, disebabkan saya rindu dia so saya pun message lah dia.

"Hello sayangku, lama tak mendengar khabar berita. Rindu rasanya di hati"

Well memang gitu bunyi message saya. Well I am lomantic wannabe. Memang suka panggil orang sayang darling manja comel dan sewaktu dengannya.

Tapi Iqma tak reply. Saya rasa mungkin sebab saya dia ada 2 number phone & saya pun tak pasti phone yang mana satu yang aktif so saya sent pada number 019 dia.

Malam tu, masa saya tengah mandi saya dapat 3 missed calls. So saya call back. Bila saya hello hello dia tak jawab. So saya biarkan. Pastu masa saya tengah masak pun ada misses calls lagi 2 dari nombor lain pulak. Saya call back pun sama ada orang angkat tapi senyap je.

Pagi semalam saya dapat sms dari nombor yang tak dikenali "Awak siapa? Dari mana awak kenal Rusdi?"

Haa? Rusdi mana? Rusdi Ramli anak Joyah tu saya kenallah. So saya pikir salah nombor kot...so saya biarkan je.

So semalam baru saya teringat Iqma tak reply message saya kan. So saya call dia on my way back home. Saya call nombor 012 dia. Seronok gelak-gelak bercerita dengan dia. Pastu saya cakaplah saya message dia tak reply. Dia cakap dia dah bertahun tak guna number 019 tu. Owhhh patutlah.

Barulah saya perasan maybe orang yang missed call & sms saya tu mungkin bini/girlfriend Rusdi (Ramli?) hihihih....

Sorry lah awak...saya tak bermaksud bersayang-sayang bertanya khabar dengan Abang Rusdi awak. Saya tersilap nombor daaa....

P/S:- Lesson of the day:- Lain kali kalau rindu kawan sila call je terus & cepat-cepat delete nombor yang kawan dah tak gunakan.





Tuesday 2 October 2012

Dilema Ibu Bekerja

Macam yang dulu Dak Ana cakap 'Ini global issue'. Ye memang betul pun. Sampai bila-bila pun tak habis dilema ni.

Semalam kan saya duduk rumah uruskan anak-anak sebab baby sitter cuti. Rasa seronok jugak. Anak-anak muka berseri-seri-seri-seri. Haa..nampak tak berapa banyak seri yang saya tulis tu maknanya muka derang memang berseri. Happy betul ibu dia menguruskan dia. Hantar pergi sekolah, jemput, suap makan, pakaikan baju, ajak jalan pergi beli groceries. Sempat teman ibu lunch dengan kawan.

Baik je Ayen selama sejam teman ibu dia lunch dengan Auntie PP dia. Nama kawan saya tu T.P (she's Indian) tapi Ayen tak pandai sebut..so dia panggil Auntie PP. Hehehe..Dia tak kacau langsung saya bergossip, dia happy sengsorang main game kat phone..pfftt...

Pukul 3pm sampai rumah dia sendiri cakap "Sleep timeeeeee!!" Ibu dia pun cepat-cepat ambil bantal sebab Ayen dah suruh tidur kan...ehh..haruslaahhh. Pastu jemput Bayong kat sekolah. Dia request nak ayam goreng ala KFC yang bersalut cornflakes tu. Saya cakap KFC dah tak jual ayam yang gitu. Sekarang yang ada ayam yang pedas hot & spicy or original je.

Dia nampak kecewa sikit. Saya pun dengan confident nye cakap "Alaa...apa susah..ibu pun pandai buat tau ayam gitu!!" Terus bibir anak saya bertukar jadik hurup V semula...tadi huruf n. Tapi lepas dah siap masak semua, Bayong makan seketul je sebab dia cakap "Ayam kfc ibu ni color dia coklat sangat"

Hehehe...sebab hangus!!! Sebab ibu korang konon nak potong ayam tu sama besar dengan KFC punya. Pastu dah la jadik luar dia hangus..dalam dia tak masak. Tsk...tapi Ayen makan banyak. 3 ketul kot.

Apa dilemanya?

Pagi tadi Bayong tanya "Bu..kalau Wan cuti lagi....boleh tak ibu cuti lagi untuk jaga kita orang?"

Sayu pulak saya dengar soalan tu. Ni nak type pun siap cebik-cebik ni tahan air mata..yelah kat office. 1st time saya update kat office tau. Sebab kepala agak penuh dengan pemikiran ni. Kusut.

Yang Ayen pulak, pagi tadi dia muntah semula. Hari tu memang cirit birit sejak Jumaat. Tapi dah elok dah. ahad dah ok, semalam pun ok. Tapi pagi ni..dia muntah masa tengah tidur. 6.15am tadi. Habis masuk dalam mata hidung telinga...kesian sangat. Terus kena mandikan sebab rambut pun dah lencun.

Pandai pulak cakap "Semalam adik elok je kan bu, hari ni dah tak ok pulak. Ibu boleh cuti lagi?"

Wuuuuuuuuuuuuuuu.............

Bayong pulak yang menjadi mangsa kekecewaan saya. Dia kena marah sikit pagi tadi sebab dia tak jumpa wallet dia. Sebenarnya saya takde lah marah sangat wallet dia salah letak. Tapi mungkin sebab saya frust je..so...Bayong kena marah.

Anak-anak ibu:-

Ibu harap Bayong & Adik tahu..Ibu sayanglah berjuta million kat korang. Kalau ibu mampu, sekarang jugak ibu berhenti kerja layan korang kat rumah. Ibu enjoy hantar jemput suap makan semualah!

Tapi sekarang belum lagi. Tu yang ibu mintak tolong Wan untuk tengok-tengokkan Bayong & Adik. Harap Bayong & Adik faham. Ibu rasa pasal tu lah ibu selalu spoilkan korang setiap hujung minggu kot. Sebab ibu rasa bersalah tinggalkan korang masa pergi kerja. Kerja tu pun bukannya ibu suka sangat pun. Ibu pergi kerja sebab perlukan gaji & kadang orang dewasa ni perlukan some type of escapism dari house chaos yang sebenarnya tak berapa nak chaos pun.

Doakan ibu cepat-cepat dapat berhenti kerja & dapat buat aktiviti sendiri dari rumah yang dapat memberi pendapatan yang cukup-cukup untuk kita pun jadi lah...

Ibu sayang Bayong & Adik....sobbsss...






Monday 1 October 2012

Tunang Mira

Hmm..susah betul nak carik masa nak membebel sekarang ni ek. Kadang tu idea mencurah tapi time tu kat office memang tak dapek lah nak membuka belog. Pastu pulak agaknya saya memang tak reti guna blogger ni gambar asyik takmo rotate. Benci betul.

Wokehhh disebabkan hari ni saya cuti sebab baby sitter cuti emergency penat sangat baru balik dari Perlis, maka adalah masa nak membebel. Itu pun tengah tunggu kain siap dicuci oleh Oshin (nama mesin basuh saya-baru je reka nama tu 2 saat yang lalu sebab dia berasal dari Jepun) Eh..sebenarnya..berasal dari Korea kot..ahahaha..bantailah labu!

Ayomart gesset go!! Kena bebel cepat sebab lagi 1 jam Bayong balik dari KAFA pastu nak kena hantar dia gi Sekolah Kebangsaan pulak.

Amira kesayangan qalbu saya akhirnya berjaya melangsungkan pertunangan dengan cinta hatinya bernama Alif. Dia tunang masa 10 Syawal hari tu. Dah nak masuk raya haji baru Makteh dapat update, sowwyy kak long!

Theme colornya peach. Saya takde baju peach. Tapi Kak Ngah ada. Tau tak apa maksud ayat saya tu? Maknanya...saya pinjam baju Kak Ngah la..hihih..siap package tudung skali. Tengkiuuuu...


Ni masa rombongan pihak lelaki baru sampai dan sedang susun-susun hantaran.

Abang saya namanya Abg Poie & cousin saya Tasha yang tinggi melangit. Saya tengah melompat tu sebenarnya untuk menyaingi ketinggian Tasha..tapi nampaknya gagal..

Ni tengah dengar perbincangan kedua belah pihak. Mengetuai perbincangan dari pihak kami ialah Pak Lang saya. Yang baju peach berkopiah putih tu atuk si Mira a.k.a ayah saya lah...

Boyfriend yang manje


Memang sangat busy masa tunang Mira ni sebab saya kena tolong ibu masak. Sebab majlis hari ni dimulakan dengan aqiqah cucu baru ibu/ayah, baby Zahra. Kena masak kambing seekor ok. Sedaplah sangat kambing yang ibu masak tu (saya tukang kacau je sebab ibu tak larat. Tapi ibu yang masukkan bembahan semua). Tu gambar saya potong rambut baby Zahra.

Zahra tidur je sepanjang masa orang kerjakan rambut dia yang sangat lebat tu. Siap dah macam rambut pelsu dah kami tengok sebab banyak sangat. Macam rambut sammy vellu pun ade..opssss...!! Kikiki...Cicik pasrah je orang kata rambut anak dia macam tu. Yelah..masa Ayen dulu..dia takde rambut...rambut dia tumbuh dari belakang ke depan. Dah dekat 2 tahun baru ada rambut ok. Dengkilah tu...anak Cicik banyak rambut..wuuuu

Jeng jeng jeeenggg... dah sah menjadi tunangan orang. Mira pun tatkala ini dah selamat sampai balik ke UK untuk habiskan study dia & tahun depan dah grad dah.

Lawa sungguhlah budak ini. 

Mira with parents

ni kawan MRSM dia kot. Tsk..jelous sungguhlah saya tengok budak-budak ni..badan nipiiisss je...ughh!!

Siblings

Aunties and cousin2 kecik Amira

Engaged!!

Seperti biasa Mak Teh over berlakon kagum melihat cincin tunang yang hebat!

Kekasih tercinta sentiasa datang menyokong apa-apa aktiviti saya...

Ok tu saja...kalau sempat nanti saya update cerita lain pulak. Rumah belum vacum, kain sebakul tak lipat! Kejap lagi Bayong balik...wuuuuu...

Ta!!