$

Monday 26 January 2015

Van Putih

Assalamualaikum semua.

Cerita ni berlaku masa minggu pertama persekolahan hari tu. Saya pun dah tak ingat hari apa. Tapi rasanya hari ke-3 sekolah yakni hari Rabu 14 January a.k.a birthday saya.

Wohh...dengan ini saya mengambil kesempatan sambil menyelam minum air memberitahu bahawa 14 January adalah birthday saya..hahaha. What evs...

Anyway...jangan sengih-sengih ini bukan cerita kelakar, ini cerita seram ok.

Tiap-tiap malam saya akan borak-borak dengan anak-anak saya sambil tunggu diorang tidur. Pada malam itu Ayong pun macam biasa berceritalah apa yang terjadi masa dia sedang tunggu van Cik Ani datang jemput dia balik sekolah. Saya panggil anak sulung saya kadang-kadang Ayong kadang Abang, kadang nama betul dia. Dia selalunya bahasakan diri dia Abang. 

Ayong : Tadikan Bu...masa Abang & Shamil (kawan sekolah dia) tunggu Cik Ani kan...ada orang dalam van berhenti dekat tempat Abang tunggu Cik Ani tu. Dia cakap "Nak keropok?" 

(Masa ni mata saya dah besaaarrr.... jantung pun berdebar-debar. Lepas tu Ayong sambung bercerita.)

Ayong : Abang tanyalah keropok apa? Orang tu jawab - Kalau nak keropok meh la masuk dalam van ni.

MK : Van tu warna apa Yong?

Ayong : Putih.

MK: Putiiihhhhhhh?????!!!!! Lepas tu Ayong buat apa?

Ayong: Lepas tu Abang cakap taknaaakkk...lepas tu Abang lari sampai hujung. Kenapa Bu?


Saya pun bercerita lah dengan muka-muka saya yang mungkin agak over drama tentang van putih penculik dan pembunuh budak -budak. Sambil menunjukkan google search pada anak-anak saya. Berbakul-bakul pesanan saya untuk diorang supaya lebih berhati-hati.

Lepas tu saya suruh baca doa tidur dan saya pun baca doa untuk diorang "Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah anak-anak ku dari malapetaka & keburukan, Aamiinnnn"

Ayong & Ayen peluk-peluk dan cium saya dan baring semula. Kejap-kejap tu diorang suruh saya baca doa tu lagi sekali. Saya pun baca...sekali lagi

Anak-anak saya terus tertidur masa tu. Tidur dalam ketakutan. Kesiannya diorang. Saya pun masa tu macam hmmm...speechless tak tau apa nak buat. Saya pun meminta nasihat dari whatsapp group ex-classmate saya. Apa aku nak buat ni? Perlu ke bagi tau cikgu sekolah? Polis ke? Jaga ke? Ha? Ha? Ha? Apa nak buat ni? Perlukah aku report kat sekolah nanti tak mendatangkan suasana panik ke? Ha? Ha? Ha?

Salah seorang kawan saya mintak semua details sekolah anak saya & terus report ke kawan dia yang berkerja di Jabatan Pendidikan. 

Ok, settle satu perkara. Jantung masih berdebar. Maka saya whatsapp Kak Ani. Kakak yang hantar/jemput anak saya ke sekolah. Ceritalah pasal tu. Saya cakap dengan Kak Ani, saya pun tak tau maklumat yang lengkap tapi tolonglah risik-risikkan perkara ini. Kak Ani pun cakap bahawa kita mesti mengambil berat cerita yang anak-anak cerita pada kita. Hish...lagilah saya tak tenteram.

Kak Ani pun hampir panik. Lalu dia berjanji untuk menyiasat dan bertanya-tanya dengan 'persatuan van-van tempatan'. Kak Ani ada tanya orang van tu lelaki ke perempuan? Saya terus jawab dengan yakin "Lelaki kak". (Padahal saya tak tau pun lelaki ke perempuan driver van tu)

Seram kan cerita saya ni....berdebar tak? Hehe...

15 minit lepas tu Kak Ani wasep saya semula katanya setelah diselidik, memang ada van putih yang hantar & jemput budak-budak sekolah. Tapi driver perempuan. Nama dia Devi. Devi juga menjual keropok dalam van dia. Devi hantar/jemput budak-budak area Kinrara. 

Haha!!! Mungkinkah kepanikan saya sia-sia belaka? Ish..rasa macam nak kejutkan Ayong tapi kesian pulak. Saya nak tanya Ayong driver tu lelaki ke perempuan? Lepas tu saya cepat-cepat wassep group ex-classmates saya. Abort mission! Abort mission. False alarm! False alarm! 

Haha...tapi terlewat sebab kawan saya dah pun membuat aduan pada Jabatan Pendidikan. Saya dah suruh dia buat damage control dah.. False alarm rupanya.

Esoknya Ayong bangun terus dia datang pada saya sambil cakap "Abang rasa orang van tu bukan orang jahat, sebab Abang nampak Ikram naik van dia tu" (Ikram yelah classmate Ayong duduk di Kinrara). Saya pun tanya Ayong yang bawak van tu lelaki ke perempuan. Dia jawab perempuan.

Haha...memang sah!! Memang sah saya overrrrr....kesian sungguh lah anak-anak saya tidur dalam ketakutan. Saya juga mendatangkan kekalutan kepada kesatuan van-van area rumah saya. Saya sempat berpesan dengan Kak Ani nanti send regards dekat Devi. 

Esoknya Kak Ani sambil gelak-gelak call saya. Dia cerita Devi panik sebab Devi siap imagine kena tangkap dengan polis pasal aduan saya. Heheheeheh...

Haha...mintak maaf ye Puan Devi...

P/S: Sayangilah anak anda....hehehe... & janganlah jadi omak-omak yang over sangat macam saya. Perangai saya memang exactly macam Kak Ngah (Susan Lancester) dalam cerita Keluarga Iskandar. Hmmmm....



Wednesday 21 January 2015

Tom Yam Sardin

Assalamualaikum kawan-kawan.

Frankly..saya tak masak dinner hari-hari. Saya sampai rumah pun dah maghrib. Kalau anak-anak saya dah makan kenyang-kenyang di rumah nanny & hubs pulak ada meeting malam, so either saya makan roti or oats for dinner. Ataupun saya makan di kedai depan rumah je. Tapi semalam saya terasa nak makan sardin.

Jom masak Tom Yam Sardin:-

Bembahan:-
2 tin kecik sardin king cup (saya guna king cup)
2 bijik bawang besar belah 4
2 ulas bawang putih ketuk sikit
4-5 bijik cili api ketuk sikit
2 biji tomato belah 4
1 peket serbuk tom yam putih adabi (saya guna brand ni)
3-4 heli daun limau purut
1 btg serai diketuk
1 cawan air
garam & perasa
minyak sikit untuk tumis

Method:-
  1. Tumis bawang besar bawang putih, serai & cili api sampai wangi sikit. Saya suka masukkan garam & perasa time tumis ni. Itu petua Kak Ngah Liza.
  2. Masukkan air secawan. Masukkan serbuk tomyam putih adabi. Kacau hingga larut
  3. Masukkan sos tomato dari tin sardin tu. Tunggu mendidih.
  4. Lepas tu masukkan ikan sardin. 
  5. Rasa-rasa lah sikit sedap ke?
  6. Masukkan daun limau purut, koyak-koyak lah kan sikit ye. kasik bau dia lagi power..huummmm..
  7. Bila rasa dah ok semuanya masukkan tomato tutup api. Saya suka masukkan tomato last-last & cepat-cepat tutup api supaya tomato saya tak lembik.



Nah percubaan meletakkan video bagi semua orang nampak dia gerak-gerak..weeeeee!!! nyummm!!


Anak saya makan sangat banyak. Tambah nasi dua kali. Lepas tu kata nak habiskan ikan tu pulak. Tiba-tiba hubs balik lepas tu berdiri je deka tpintu bilik sambil tunggu saya habis solat Isyak. Rupa-rupanya dia nampak saya update gambar tu dalam facebook. So dia sanggup tak makan dengn kawan dia.

Nasib baik Abg Long ada tinggalkan seketul ikan. Hehehehe...Rezeki Hubs rupanya. Alhamdulillah. Asyik-asyik masak sambal sardin, kari sardin, sardin kicap kan...meh la cuba tomyam sardin pulak.

Bye!!!

Tuesday 20 January 2015

Road trip Phuket & Krabi - Part 4 (Final)

Heeeee...bila lah nak habis cerita ni. Dah 2 minggu tak habis-habis nye. Kalau tak update nanti saya sendiri yang terlupa. So...bertenanglah kawan-kawan...pasrahlah bersamaku.

29.12.2014 - Monday

Kami gerak ke Krabi dalam pukul 12.00pm waktu tempatan. Chewaahh 'waktu tempatan' katanya. Bunyi macam hebat sangat je..hihihih..padahal waktu Thailand lewat sejam je dari Malaysia. Come on..layan jelah saya ni. Nak jugak merasa sebut perkataan 'waktu tempatan' tu.

Perjalanan dari Phuket ke Krabi mengambil masa dalam 2 jam. Sampai-sampai je terus cari kedai makan dulu. Makan sedap kenyang-kenyang 5 dewasa & 2 kids baru 710bath. Dalam RM75 lah lebih kurang. Kira murah lah tu. Sebab macam-macam kita orang makan. 

Lepas makan baru la jalan pelan-pelan carik hotel. Banyak yang dah penuh yelah dah nak new year kn masa tu. Harga pun dah mahallah. Sebab super peak season. Chirstmas & New Year punya pakej. Finally murah rezeki kami Alhamdulillah dapat bilik dekat Baan Dahla Resort. Simple je resortnya tapi ada swimming pool & biliknya pun selesa, tak sempit. Ada 2 katil queen. So muatlah kami anak-beranak.


Anak-anak mandi pool sekejap. Lepas maghrib kami jalan-jalan di Krabi Town tu. Happening jugak. Kedai deret-deret panjaaaanggg... penat ugaklah berjalan kalau nak habiskan semua tu. Kedai bukak sampai midnight. Kedai makanan halal pun banyak don't worry. Money changer pun ada kat sini. Tapi kena rajin tanya-tanya 2-3 kedai ye. Sebab rate nya berbeza banyak jugak. So sila rajin. Tanyalah banyak-banyak kedai. 


Banyak-banyak jeans yang saya ada, setakat hari ini...yang ni sehelai je yang muat selesa. Yang lain tu menyeksakan. Huuuuu...cepatlah baik wahai kaki kesayangan qolbu. Aku nak berlari semula.


Pancake nuttella kegemaran anak-anak. 20bath rasanya. Sedap, garing, tapi 1 keping memang tak cukup. Kena beli 2-3 keping.


Untung jadi budak kecik. Penat je boleh mintak dukung. Ikutkan penat nak je sewa wheel chair. lepas tu boleh gilir-gilir sorang duduk, sorang tolak...or boleh letak plastik barang-barang shopping jugak kan. Haha...tapi takde pulak orang buat kerja gila macam tu.


We decided untuk massage kaki. Well....entah massage ke takat lalu-lalu tangan je tau orang Siam ni. Tak rasa langsung. Anak-anak saya takkan nak bagi diorang melopong je kan. So suami saya duruh diorang try fish spa ni. Hihiih...tengoklah muka Abg Long menahan kegelian. Frankly..saya pun tak pernah try. Yang Si Adik apa ke hal angkat seluar tinggi benar Dik? Haha...

Tak mahal pun urut dia dalam 250bath untuk 1 jam. Untuk fish spa rasanya 100bath untuk 15 minit. Lepas tu baru terserempak semula dengan Emak. Emak rupa-rupanya pergi wholebody massage 2 jam ok. Waaahhhh....best nye. Kalau saya tau..awal-awal saya dah ikut emak...

After semua dah masat-masat....kita pergi makan & balik tidur...dah pukul 12.00am dah pun masa tu.

Esoknya teman anak-anak mandi laut. Air agak surut di Pantai Ao Nang ni. Tapi Subhanallah memang cantik lah. 





Saya ambil banyak selfie. Tapi macam biasalah hubs bukan nak layan sangat pun. Dia camera shy. Nanti susuk dia gugur katanya...hehehe.

After mandi kami kemas-kemas & check out. Sebelum pergi ke rumah saudara Emak, singgah dulu beli kudap-kudapan sikit. Lapar niiii...semuanya sedap & murah. Pulut mangga sedap, pancake sedaaaaappp..ice blended pun sedap memang original buah dia guna.



Geram betul saya tengok muka Ayen dalam gambar ni. Dah nak sama dah muka dia dengan gambar dekat baju dia tu. Dah darjah 1 dah baby saya ni. Besar dah. Nak beranak lagi malas pulak. Cucu pun dah ada 3 orang ok (Cucu kakak-kakak saya). So..cukup lah saya dengan 2 orang anak tercinta ni rasanya. Tu planning saya lah, planning Allah tak tau lah lagi kan. Apa-apa pun saya terima InSyaAllah.

Final destination Tesco Lotus again. Emak beli lagi few packs of beras siam and kami lunch di sini. Terus gerak balik ke Malaysia. Ikut Bukit Kayu Hitam punya border. Kami sampai di Border masa tu jam 11.00pm dah. Lagi kurang sejam je border dah nak tutup. Emak & adik-adik ipar singgah semula ke Kampung Tok dan tidur lagi di sana 1 malam. Kami sefamily terus gerak balik ke KL. Ya Tuhaaannn...penat nye. Sampai rumah pukul 6.30am dah nak terang dah pun. Solat subuh & tidur sampai 9.30am.

Pergi kerja juga you all!!!! Tapi kepala ting tong and rasa macam berjalan di atas awan je...macam tak jejak tanah. After meeting saya habis dalam pukul 1.00 pm tu saya pecut balik rumah & tidur. Jet lag la pulak walaupun tak naik jet...hahah...

Overall - road trip kami menyeronokkkan. Memang penat tapi I would do it again. Jumlah perjalanan kami yelah 2299km.

Bye!!!!


Tuesday 13 January 2015

Road Trip Krabi, Phuket - Part 3 (Thai Food)

Day 4 - 28.12.2014 (Sunday)

Macam biasa, breakfast Abang Amran hantar sedulang. Hari ni takde aktiviti sangat just relax & chill saja. Kami sneak out ke Home Pro. Adik dah setting kat Waze dah tempat tu. Sebab kalau cakap dengan Abang Amran nanti mesti dia yang nak bawakkan kami pergi. Padahal kami pandai je pergi drive sendiri. chewaaahh eksyen ye? Waze & GPS kan ada...hehe

Home Pro ni macam Ikano lah kalau kat KL. Besaaarrr...banyak barang. And cheaper than KL. Adik beli tool box bertingkek-tingkek idaman kalbu dia. Murah katanya. Semoga adik akan mimpi indah bersama tool box dia. Dia memang suka benda-benda gitu. Janji happy dek.

Then we went to Methee Chestnut Factory. Semua tempat ni dekat pekan Phuket. Kami cakap je nak beli apa or nak pergi mana. Semua Abang Amran tunjukkan. Dia siap bawak semua anak dia 3 orang ikut kami convoy ramai-ramai 4 bijik keretalah jadiknya. 



Actually boleh je nak bagi kami jalan-jalan sendiri. Tapi dia tak kasik... tak boleh katanya. Ish..ish..sayang betul dia kat kami ye? Hehe...layanan memang tip top 1st class. Kalaulah Abang Amran and family datang ke KL kami mesti bagi layanan yang sama macam dia buat ni jugak.

Dah la bab makan minum pagi, petang, siang, malam, minum-minum & tempat tinggal semuuuuuaaa dia tanggung. Jalan kaki ke Phuket Square tempat orang tempatan beli baju-baju, kudap-kudapan. Ada jual toys jugak. Jersey pun murah-murah. Kat sini boleh beli T-shirt untuk souvenirs or kalau nak beli kerepek-kerepek pun ada.



Lunch kami di Big-C. Big-C sama macam Tesco or Giant la lebih kurang. Kami makan nasi goreng ketam. Dia memang letak isi ketam betul-betul wooo...sedap!!! Dekat food court si Phuket ni rasanya semua tempat yang kami pergi tu menggunaka sistem prepaid card. Means kita kena beli card macam touch & go tu di kaunter, lepas tu baru pergi beli makanan so bayar guna card tu je lah. Ada jugak food court yang everytime beli prepaid card tu dia kasik percuma bekas makanan ala-ala tupperware. 

Lepas makan on the way nak ke Sap Phan Hen tempat pasar malam terbesar di Phuket ni. Ternampak pulak Phuket Premium Outlet. Ala..yang macam JPO kat JB tu. Ehh...mana boleh tak singgah kan. Mesti le singgah. Tapi saya tak beli apa-apa pun. Layan emak je yang happy-happy membeli. "Ni untuk bibik, ni untuk bibik, ni untuk orang tu, orang ni...bla..bla..bla" Hehe..tak susah nak happykan emak..layan je dia shopping. "Ye mak, ni lawa...ni pun lawa..wuiii tu pun lawa mak..beli...beliiiii"

Kami teruskan perjalanan ke Pasar Malam di Sap Sap Soii. Hehehe..korang mesti percaya je kan bila saya tulis nama tempat tu sap sap soi...kiikiki. Saya tipu laaahhh...ish.. sap sap soi tu maknanya senang/kacang/easy peasy dalam bahasa kantonis. Jujurkan saya...saya mengaku saya menipu...

Nama tempat tu yelah Sap Phan Hen. Ni betul tau. Saya tak tipu. Saya siap tanya Abang Amran and adik ipar saya apa nama tempat ni. Lepas tu saya cepat-cepat tulis dalam memo di phone saya. Supaya tak lupa. Almaklumlah saya ni memang selalu lupa nama tempat. Sebab dulu masa SPM tak ambik geografi.


Siapa nak try? Ulek ulek ulek...belalang belalang dan bermacam-macam jenis ulek. Ayong & PakCu nya beli belalang goreng. Erks...betul-betul diorang try. Ish ish...


Saya beli ni je. Mula-mula tu pandang je. Tengok macam sedap. Tapi tak nampak pulak sign lambang bulan bintang (halal) kat gerai tu. Lepas tu menggelupur carik emak mengadu pasal teringin nak makan ni. Emak pun pusing balik satu round pasar malam tu ok. Sebab nak tolong tanyakan benda ni halal ke tak. Ish..ish...sayaaaanggg emak. Lepas tu siap belikan untuk saya. 

Saya nak try 1 je sebenarnya. Sebab perut dah kenyang tapi jahat jugak nak try. Saya fikirkan kita kena makan gajus goreng bersalut madu tu bersama-sama dengan daun tu sekali. Cheehh..tengok nama yang saya pandai-pandai bagi untuk makan tu. Gajus goreng bersalut madu...hahah.

Anyway...saya pun bersungguh-sungguh menggigit gajus tu dengan daun tu sekali sambil disaksikan oleh emak mertua & adik ipar saya dengan penuh kehairanan. Agaknya bila tengok saya tak berputus asa sangat bersungguh-sungguh gigit daun tu barulah emak cakap "Daun tu tak payah makaaaaannnn" Hahaha...ye ke...mana nak tau..ingatkan makanan kesihatan ala-ala ulam gitu. Kikikik...

Emak senyum-senyum je. Pasrah agaknya dapat menantu sengal macam saya.



Ada macam-macam lagi makanan di sini. Warna-warni. Tapi awas!! Sila beli hanya di gerai yang ada lambang bulan bintang. InsyaAllah halal dan toyyiban. Sushi ni saya tak beli sebab takde tanda bulan bintang.


Kuih ni saya beli sebab nampak macam lazat je. Tak tau apa namanya.Rasa macam kuih kapit atau apam balik yang kecil nipis macam kat Malaysia tu kan. Tapi inti dia tu dia letak whipped cream. Manis sangat lah.Lepas tu liat pulak. Mungkin dah sejuk kot. Kalau panas-panas mungkin rangup.


Last but not least ice cream kelapa. Owhhhh sedapnya. Saya habiskan. Siap offer orang lain macam ajak-ajak ayam je. Sebab tamak nak habiskan sorang-sorang..hihihi. Selesai semua orang makan, kami pun balik lah ke rumah untuk tidur. Hari esoknya kami dah nak berangkat ke Krabi semula. So kita sambunglah cerita ni di hari yang lain ye. Ish..ish.panjang bebenor ceritanya. Bila nak habis ni?

Bye!!


Friday 9 January 2015

Parpu Telur

Hey ya'll!! Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat.

Dah lama saya tak update cerira pasal masak-masakkan. Sebab saya pemalas masak. Bukan sebab saya takut gemuk ke apa. Gemuk tu memang tetap terjadilah dah kalau ko kuat melantak masak ke tak masak ke ko tetap gemuk. Haha...emo sikit sebab kaki yang sakit tu tak baik-baik lagi ni. Masih tak boleh lari. Badan makin mengembang. 

So anyway, semalam saya masak parpu teloq. Parpu teloq?? Apa tu? Masakan Penang. Jom lah kita terus ke bembahan nye ye. Kejap lagi nak pergi urut kaki:-

Bembahan:-

Ha nampak tu? Sebab ahli family sya 4 orang so telur kena seorang sebiji. Kalau tak nanti ada yang berkecil hati. Hihi...tipu je. Ini pun saya paksa husband saya makan. Biar dia gemuk. Biar dia kalah cabaran perut siapa kempis. Tapi dia bijak. Dia buat-buat ada meeting sampai malam. Lepas tu dia makan sikit je. Hoh...benci!!

Eh..bembahan:-
4 biji telur ayam
1 biji kentang belah 4
2 biji tomato belah 4
2 inci carrot potong wedges gitu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4-5 batang cili kering
1 genggam kacang dhal
1 dahan (dahan ke nama dia..bantailah) daun kari
1 kotak santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam, serbuk perasa

Mula-mula ambil kuali puan-puan yang paling cantik. Hidupkan api. Rebuskan kacang dhal tu sampai empuk. Tak lama sangatlah. Biarkan je atas api tu sempatlah pergi solat Asar dulu.

Lepas dah empuk kacang tu, boleh masukkan kentang & carrot. Bila rasa-rasa dah agak lembut kentang carrot tu. Boleh masukkan santan & serbuk kunyit Bila dah agak empuk kentang & carrot boleh masukkan bahan-bahan perasa. Adjust lah kasik cukup masinnya.

Bila dah agak-agak rasa teruja, boleh la masukkan telur sebiji demi sebiji. Kalau sampai esok tak teruja jugak lagi..maka...tutup sajalah api tu. Cancel lah memasak. Pergi je beli nasi campur kat kedai Mak Andak di depan rumah. Hihi. 

Anyway...saya yakin puan-uan mesti rasa teruja..maka boleh lah masukkan telur sebiji demi sebiji. Letakkan lah di tempat yang berlainan. Supaya nanti dia tidaklah bertindih. Sebijik letak di bahagian utara kuali, sebiji di bahagian barat, timur, segala-gala bahagianlah kalau boleh. Barat daya timur laut pun boleh. Janji dia tak bertindih. Barulah nanti telur masak cantik je dan puan-puan nampak seperti chef handalan di mata suami puan-puan. Telur tu jangan kacau kuat-kuat ye. Kita nak kasik dia cantik je sebijik sebijik. Takmo hancurkan faham?! Eh..tak..saya tak marah...sila baca dengan intonasi seperti kata-kata nasihat

Bila telur dah masak cantik maybe dalam 3-4 minit tu masukkan tomato kacau-kacau manja-manja je. Tutup api 

Lepastu dalam kuali yang lain bolehlah goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, daun kari sampai garing berbau wangi lah. 

Lepas dah garing tu baru masukkan dalam kuali yang dah siap ada telur kita tadi. Orang kata tumis darat. Entah apa maksudnya..lantaklah. Tapi ikut jelah cakap saya ni ye..darat pun darat lah. Janji ginilah methodnya. Nampak tu bawang saya cantik je garing dia.nampak tak nampak tak? Handalkan saya.

Tuh..dah masukkan semua. Cantikkan lauk kita...ummmm...dap..dap..

Kacau-kacau manja-manja. Siap!!!! Ambik piring kecik bolehlah rasa sesenduk...ummm...tak pun senduk je nasik terus ajak suami & anak-anak makan. Senang je kan!! Tapi gerenti nampak macam chef handalan.

Saya kawankan lauk saya ni dengan ayam goreng. Anak-anak saya suka lak ni mungkin sebab tak pedas pun. Dan bagi orang yang suka pedas, boleh le kunyah je cili kering goreng tu. Sedap ok! Tak tipu.

Pagi tadi anak saya minta saya panaskan balance lauk ni sebab dia nak cicah dengan roti. Sedap jugak. saya tertelan-telan air liur lagi sekali tengok dia makan. Nak mintak sikit malu pulak sebab tadi awal-awal dah kata takmo lah..ibu diet.

Haha...ok..selamat mencuba. Hingga ketemu lagi....bye bye!!


Wednesday 7 January 2015

Road Trip Krabi-Phuket Part 2

Day 3 - 27.12.2014

Dah day 3 dah..mostly duduk dalam kereta je. Huwaa...bontot menjadik selebar dulang. Tapi enjoy tetap enjoy. Migraine dah kurang sikit. anak-anak semuanya ok. Diorang berdua tu memang budak-budak baik. Tak banyak kerenah langsung.

So that morning, after Abang Amran hantar sedulang breakfast untuk kami makan, dalam 11.00am macam tu baru lah kami jalan-jalan 4 bijik kereta. Hari tu hari Sabtu so jalan agak jammed. Ala-ala KL jugak jammed nye. Diorang memang hampir tidak memasak di rumah ye. Dapur gas pun takde. Sebab kat sini semuanya beli. Memang budaya membeli. Masak-masak pun yang simple-simple je. Diorang ni rajin bekerja. Orang menjual makanan memang sentiasa ada. Lepas tu masakan diorang simple-simple je like pulut, kuih cakoi, nasi goreng.

Nah breakfast sedulang. Makan..makaaannn!!!

Pulut ayam. Ni 1st time saya makan. Masa 2004 saya ada datang ke Phuket (company trip) tapi tak makan pulak pulut ayam ni. Masa tu pun saya tengah pregnant 3 bulan. So morning sickness teruk.

Baan Term Fun. Gated, guarded. Rumah teres. Area paling selamat di Phuket ni. Kata Abang Amran lah ye. 

So mula-mula sekali kami ke Tesco Lotus. Macam Tesco kat Malaysia lah. Tapi namanya Tesco Lotus. Orang Islam suka pergi ke sini sebab nak carik makanan halal senang & ada surau yang lengkap. Jalan-jalan tengok-tengok harga barang je. Tak beli apa-apa pun.

Harga Crocs di sini lebih murah dari di Malaysia. Harga beras lagilah kan. Beras Siam 5kgcuma 70bath. Lebih kurang RM7-8 je. Haa...murahkan. Harga Converse pun murah dari KL tapi Levis mahal lah..like double the price!

Tak beli apa-apa pun. Belikan anak dunkin donuts je. Lepas tu lunch di kedai sedara mara. Order je apa nak. Makan melantak je. Sedap...fresh..terus goreng-goreng kat situ jugak. Husband saya tak habis-habis nak minum teh ais. Tapi memang sedap pun teh ais kat sana. 20-25bath je.

Burp!! Selalu menu yang di order yelah pakapau, tomyam, daging pedas, telur dadar. Pastu macam-macam lagilah. Kami balun je...semua sedap.

Next ke Patong Beach. Anak-anak saya sebok dok menggelakkan bontot mat saleh. Dah ini kali pertama diorang tengok betul-betulkan. Selalu kalau dlaam tv tu diorang tutup-tutup mata. Kali ni live ok. Beratus-ratus orang mat saleh pulak tu. Mana ada yang pakai tutup-tutup pun kan. Nama pun Patong Beach. Dah sampai husband saya tersilap ambik simpang 3-4 kali sebab anak-anak saya ketawa happy sangat tengok bontot omputeh tu. Lepas tu pandai pulak mengumpat 2 beradik "Hoh...dah tua-tua pun pakai macam tu...diorang tu tak payah pakai tudung ye Bu?" Gitu katanya....siapa nak jawab deknon?!


Masa ni Patong Beach ada celebrate some sort like memorial 10 year anniversary Tsunami. So ada macam-macam deco kat situ. Masa 1st time saya pergi Phuket dulu pun was actually year 2004! Tapi bulan June/July. Tsunami happened 26th December 2004! 

Lepas tu convoy ke Promtape Cape - Sunset Viewpoint. Tempat ni yelah tempat view sunset lah. Memang cantik lah. Tapi masa kami sampai tu ada lagi 2 jam untuk sunset. So..ish tak kuasalah nak tunggu. So singgah ambil gambar je and jalan-jalan sikit. Kat sini pun ada banyak kedai-kedai jual souvenirs.  Saya belilah magnet 2-3 bijik untuk anak-anak bagi pada kawan-kawan diorang.



Lepas tu convoy lagi ke Central Plaza di Bandar Phuket. Shopping mall besar jugak ala-ala Pavilion. H&M sale!!!! Price pun cheaper dari KL. Beli sehelai (sehelai je??) Ye...sehelai je. Sebab saya memang tak bawak duit langsung. Semuanya duit hubs. So rasa bersalah pulak nak guna. Eh..ye ke? Hehehe...tak kot.

Mak beli kasut Crocs dalam 1350bath rasanya. Senang je nak convert duit Siam ni. Just buang angka yang last tu. Contoh 1350bath buang '0' yang kat belakang sekali tu. So lebih kurang RM135. Disebabkan sekarang nilai matawang Thailand lebih tinggi dalam 80sen hingga RM1...so pepandailah congak lebih kurang. So...1350bath mungkin RM140-145. Get it?

Then gerak ke rumah sedara lagi untuk dinner. Makan besar lagi. Semuanya fresh belaka. Seperti biasa kami duduk makan diam-diam je. Sebab bukannya faham pun diorang borak apa kan. Just angguk-angguk macam belatuk sudeehhh...janji kenyang.

Yang bercakap cuma Emak, Tok & Cik Sham (adik bongsu Emak). Yang lain senyum-senyum, angguk-angguk je. Aroiii aroiiii sudeehhh (Aroi = sedap)

Diorang kat sini kan..jutawan ke, hartawan ke, rumah nye memang simple habis. Kalau kat Malaysia ni kategori err...macam rumah orang susah setinggan tu. Serious tak tipu. Tapi sebenarnya kaya giler sampai supply boat mewah seluruh Phuket. Bot ada 5-6 bijik kat belakang rumah tu. Bot mewah ye...bukan bot memancing tu. Tapi diorang humble simple gile. 

Ada yang supply mineral water di seluruh Phuket, ada yang sangkar ikannya beratus-ratus. Supply ikan di seluruh negeri. Tapi rumah rileekkss je. Asal boleh duduk berteduh. Syukuuurrr Alhamdulillah.


Tuesday 6 January 2015

Road Trip Phuket & Krabi - Part 1

Hey ya'll...

Assalamualaikum, Happy 2015. 

Banyak cerita sedih dalam 2014 ni kan. Sampai kadang-kadang takut nak share cerita happy-happy. Tapi kalau tak share nanti terlupa pulak sweet memories.

Cerita Umrah tak habis cerita lagi kan. Sebelum saya terlupa apa yang terjadi...nantilah saya share soonest.

So kita cerita Road Trip Krabi-Phuket dulu.

Kami memulakan perjalanan dari KL-Kedah pada 25/12/2014 dalam pukul 11.00am. Lepas breakfast semualah. Cuaca kejap hujan kejap cerah. Banyak jem jugak mungkin sebab hari cuti umum. Berhenti di Tapah & Gurun untuk solat & makan.

Sampai di rumah Tok di Kebun 500 dalam 8.00pm. Baru tau nama tempat tu Kebun 500 hihihi..dah nak masuk 11 tahun kahwin dek...teruk betul akak ye? Total trip KL-Kebun 500 (Kedah) yelah 440km.

Tok masak gulai siput gonggong. Sebenarnya nama siput tu lain. Tapi saya tak tau...so bantai jelah siput gongong ye..haha. Sedap juer..tapi tak makan banyak. Ayen yang pulun sampai licin. Lepas tu Tok goreng telur dadar. Telur ayam tu Tok baru kutip kat reban ayam tu. Baru bertelur ayam tu terus Tok kutip & goreng. 

Saya tipu husband saya cakap yang Tok tunggu kat dalam reban tu dekat bontot ayam tu. Telur keluaaarrr je Tok tadah tangan & ambik telur tu. Husband saya percaya..heheeheh...


The next day, kami gerak ke Wang Kelian (border Malaysia-Thailand) di Perlis selepas breakfast. Sebelum tu kami isi minyak penuh-penuh di Changloon & tukar duit pun di Changloon. Saya dah tukar siap-siap di KL sebenarnya terasa rugi pulak sebab di Changloon lebih murah.

Buat insurance kereta pun di situ jugak. Kalau tak silap saya 5 seater car RM15. Kalau tak silap lah ye..sebab hubs yang bayar. Saya dok busy melayan anak nak beli gula-gula 50sen.

Lepas tu straight ke Wang Kelian tu ke imigresen. Mula-mula ke Imigresen Malaysia report nak keluar negara serahkan insurance kereta semua isi 1 borang & chop-chop passport. Lepas tu terus ke Imigresen Thailand pula. Jangan lupa selitkan RM1 di dalam setiap passport ye. Untuk ketenangan hidup anda. Hihi...kalau tak..nanti jiwa tak tenang sebab aan berlaku kesukaran nak masuk ke Siam. Trust me.

Lepas tu register nak bawak masuk kereta pulak. Owh..sebelum saya terlupa owner kereta mesti ada ye. Lepas tu jangan lupa bawak photocopy geran kereta. Register di pondok yang lagi satu depan sikit daripada tempat register passport tu (nanti officer tu akan tunjukkan). Sebijik kereta RM10 ye bayarannya. Sila bayar genap-genap RM10. Kalau bayar RM50 ke RM20 ke...dia tak return balance ye...jangan menyesal..hehe.

Ok, bila semuanya dah lepas, kami pun bergeraklah menuju ke Phuket. Berhenti solat di Thung Hwa. Dan saya muntah gila-gila sepanjang perjalanan tu sebab migraine teruk sebab 'monthly bestfriend' datang melawat. 

Kami 3 bijik kereta convoy lah guna GPS adik ipar saya. Tapi ada jugak drived blindly je sebab GPS failed. Finally Alhamdulillah sampai ke Phuket. Our Abang Amran (sepupu emak) dah setia menunggu di round about mana tah...saya pun tak perasa sebab ting tong migraine. Dia sepupu emak so patutnya kami panggil dia Uncle lah kan...tapi semua orang panggil Abang Amran..so ikutkan saja lah.

Owh..lagi satu lupa nak cakap, Emak saya memang ada keturunan Thailand ye. Sedara mara ramai di area Phuket & Krabi. Emak boleh bertutur bahasa Siam. Husband saya pun boleh. Tapi hanya semasa dia mengigau..haahaha (maddaii maddai...katanya..hoh..tah hape-hape)

Lepas tu Abang Amran belanja dinner. Lauknya gila banyak. Dah semua laparkan...telur dadar pun sedaappp!!! Lepas tu balik tidur ke rumah Abang Amran di Baan Term Fun. Saya rasa 'Baan' tu maknanya 'Taman'. Sebab berlambak-lambak perkataan 'Baan' yang saya jumpa di Phuket. (Hihi..macam tere ko ye..main teka-teka)

Tiduuurrr...bilik air-cond..weee...zzzZZzZzZZzz.









Monday 5 January 2015

Malas

Happy New Year semua,

Cerita ada banyak. Gambar pun banyak. Tapi saya pemalas nak update. Takde mood. Kaki pun sakit semula. Maybe sebab saya lari 5km masa 1 Jan hari tu.

Saya nak cerita pasal Madinah, Mekah, Phuket & Krabi.

Tapi nanti-nantilah ye. Bila Mood datang...

Bye!!!!