Heeeee...bila lah nak habis cerita ni. Dah 2 minggu tak habis-habis nye. Kalau tak update nanti saya sendiri yang terlupa. So...bertenanglah kawan-kawan...pasrahlah bersamaku.
29.12.2014 - Monday
Kami gerak ke Krabi dalam pukul 12.00pm waktu tempatan. Chewaahh 'waktu tempatan' katanya. Bunyi macam hebat sangat je..hihihih..padahal waktu Thailand lewat sejam je dari Malaysia. Come on..layan jelah saya ni. Nak jugak merasa sebut perkataan 'waktu tempatan' tu.
Perjalanan dari Phuket ke Krabi mengambil masa dalam 2 jam. Sampai-sampai je terus cari kedai makan dulu. Makan sedap kenyang-kenyang 5 dewasa & 2 kids baru 710bath. Dalam RM75 lah lebih kurang. Kira murah lah tu. Sebab macam-macam kita orang makan.
Lepas makan baru la jalan pelan-pelan carik hotel. Banyak yang dah penuh yelah dah nak new year kn masa tu. Harga pun dah mahallah. Sebab super peak season. Chirstmas & New Year punya pakej. Finally murah rezeki kami Alhamdulillah dapat bilik dekat Baan Dahla Resort. Simple je resortnya tapi ada swimming pool & biliknya pun selesa, tak sempit. Ada 2 katil queen. So muatlah kami anak-beranak.
Anak-anak mandi pool sekejap. Lepas maghrib kami jalan-jalan di Krabi Town tu. Happening jugak. Kedai deret-deret panjaaaanggg... penat ugaklah berjalan kalau nak habiskan semua tu. Kedai bukak sampai midnight. Kedai makanan halal pun banyak don't worry. Money changer pun ada kat sini. Tapi kena rajin tanya-tanya 2-3 kedai ye. Sebab rate nya berbeza banyak jugak. So sila rajin. Tanyalah banyak-banyak kedai.
Banyak-banyak jeans yang saya ada, setakat hari ini...yang ni sehelai je yang muat selesa. Yang lain tu menyeksakan. Huuuuu...cepatlah baik wahai kaki kesayangan qolbu. Aku nak berlari semula.
Pancake nuttella kegemaran anak-anak. 20bath rasanya. Sedap, garing, tapi 1 keping memang tak cukup. Kena beli 2-3 keping.
Untung jadi budak kecik. Penat je boleh mintak dukung. Ikutkan penat nak je sewa wheel chair. lepas tu boleh gilir-gilir sorang duduk, sorang tolak...or boleh letak plastik barang-barang shopping jugak kan. Haha...tapi takde pulak orang buat kerja gila macam tu.
We decided untuk massage kaki. Well....entah massage ke takat lalu-lalu tangan je tau orang Siam ni. Tak rasa langsung. Anak-anak saya takkan nak bagi diorang melopong je kan. So suami saya duruh diorang try fish spa ni. Hihiih...tengoklah muka Abg Long menahan kegelian. Frankly..saya pun tak pernah try. Yang Si Adik apa ke hal angkat seluar tinggi benar Dik? Haha...
Tak mahal pun urut dia dalam 250bath untuk 1 jam. Untuk fish spa rasanya 100bath untuk 15 minit. Lepas tu baru terserempak semula dengan Emak. Emak rupa-rupanya pergi wholebody massage 2 jam ok. Waaahhhh....best nye. Kalau saya tau..awal-awal saya dah ikut emak...
After semua dah masat-masat....kita pergi makan & balik tidur...dah pukul 12.00am dah pun masa tu.
Esoknya teman anak-anak mandi laut. Air agak surut di Pantai Ao Nang ni. Tapi Subhanallah memang cantik lah.
Saya ambil banyak selfie. Tapi macam biasalah hubs bukan nak layan sangat pun. Dia camera shy. Nanti susuk dia gugur katanya...hehehe.
After mandi kami kemas-kemas & check out. Sebelum pergi ke rumah saudara Emak, singgah dulu beli kudap-kudapan sikit. Lapar niiii...semuanya sedap & murah. Pulut mangga sedap, pancake sedaaaaappp..ice blended pun sedap memang original buah dia guna.
Geram betul saya tengok muka Ayen dalam gambar ni. Dah nak sama dah muka dia dengan gambar dekat baju dia tu. Dah darjah 1 dah baby saya ni. Besar dah. Nak beranak lagi malas pulak. Cucu pun dah ada 3 orang ok (Cucu kakak-kakak saya). So..cukup lah saya dengan 2 orang anak tercinta ni rasanya. Tu planning saya lah, planning Allah tak tau lah lagi kan. Apa-apa pun saya terima InSyaAllah.
Final destination Tesco Lotus again. Emak beli lagi few packs of beras siam and kami lunch di sini. Terus gerak balik ke Malaysia. Ikut Bukit Kayu Hitam punya border. Kami sampai di Border masa tu jam 11.00pm dah. Lagi kurang sejam je border dah nak tutup. Emak & adik-adik ipar singgah semula ke Kampung Tok dan tidur lagi di sana 1 malam. Kami sefamily terus gerak balik ke KL. Ya Tuhaaannn...penat nye. Sampai rumah pukul 6.30am dah nak terang dah pun. Solat subuh & tidur sampai 9.30am.
Pergi kerja juga you all!!!! Tapi kepala ting tong and rasa macam berjalan di atas awan je...macam tak jejak tanah. After meeting saya habis dalam pukul 1.00 pm tu saya pecut balik rumah & tidur. Jet lag la pulak walaupun tak naik jet...hahah...
Overall - road trip kami menyeronokkkan. Memang penat tapi I would do it again. Jumlah perjalanan kami yelah 2299km.
Bye!!!!
1 comment:
oh susuk gugur i loike haha..
Post a Comment