$

Monday 20 April 2015

Ayah - Birthday dan kereta.

Assalamualaikum semua.

Hari ni 20 April. Hari ni birthday Ayah saya yang ke-78 tahun. Tadi saya call Ayah untuk wish dia happy birthday. Saya tak dapat cakap lama-lama sebab saya memang nak menangis je setiap kali bercakap dengan Ayah. Entah kenapa lah syahdu memanjang. Banyak dah umur ayah saya. Alhamdulillah. Ayah saya sihat sejahtera setakat hari ini. Semoga Ayah sihat selalu panjang umur murah rezeki. Gembira bersama Ibu dan anak-anak cucu-cucu. 

Ni gambar tahun 2008. Tu Ayen dengan Ayah. Ayen baru 7 bulan masa ni.

Makin hari saya kadang-kadang makn takut nak memikirkan tentang umur Ayah saya. Nak type ni pun saya dah bergenang-genang air mata. ayah saya dah tua. Saya takut nak memikirkan tentang kehilangan dia. Tapi semua orang akan menemui Penciptanya. Itu memang pasti. Tapi saya harap Ayah sentiasa sihat selamat selalu.

Ayah saya memang superhero lah. Tak tau nak mula dari mana tapi satu perkara yang saya sangat kagum ialah Ayah saya sangat pandai menguruskan kewanga dia. Ayah dulu bekerja sebagai seorang cikgu. Lepas tu baru naik pangkat menjadi Guru Besar. Anak nya 6 orang. Ibu tak bekerja. Tapi yang saya tahu, Ayah tak pernah tak ada duit (itu yang saya tahu lah - ataupun Ayah pandai sorokkan kesusahan beliau kan)

Tu Blue Mosque Turki

Ayah memang cermat berbelanja. Ayah tau ke mana pergi setiap sen duitnya. Ayah ada buku catatan. Ayah bukan kedekut. Kami dapat hampir semua keperluan kami. Makan pakai memang tak pernah bercatu pun. Memanglah tak mewah. Tapi saya tak pernah rasa susah. 

Dulu Ayah pakai kereta Fiat warna merah lepas tu tukar cat jadik warna kuning kalau tak silap saya. Lama gile kot kami guna kereta tu. Dari saya kecik kot memang guna kereta tu. Sampai saya tingkatan 2. Kereta tu memang lama. Tapi takde lah buruk. Sebab Ayah jaga dengan baik (agaknya). Kawan-kawan lain ayahnya semua dah guna Proton Saga dah masa tu tahun awal 90-an. Saya dan Adik lah yang selalu naik kereta Fiat tu. Dulu ada jugak rasa malu. Tapi bila dah besar ni saya pikirkan semula, Ayah beli kereta tu cash. Ayah hampir tidak pernah berhutang. Semuanya cash. 

Ni dekat Laut Merah - saya rasa saya banyak ikut muka Ayah ke?

Bila Ayah dah pencen, barulah Ayah beli kereta baru Nissan Sunny. Kereta 2nd hand. Sekali lagi Ayah beli cash. Dengan kereta tu lah saya belajar memandu. Sekarang ni pun Ayah guna kereta kancil warna hijau tua. Tu pun dia beli cash jugak. Kereta tu pun dah lama kot. Hampir 7-8 tahun rasanya.

Ni dekat Masjid Nabawi. Owwhhh ni memang special sebab saya pergi dengan Ibu & Ayah je.

Ayah dah tua. Dah cepat penat nak drive jauh-jauh. Bulan Mac hari tu saya ada bawak Ayah & Ibu ke Ipoh pergi ke rumah Kak Ngah (Kak Ngah baru pindah rumah). Ayah cakap kereta saya cantik. Ayah kata kalau dia yang drive kereta saya ni mesti dia drive lagi laju heheh..ye Ayah saya memang pemandu yang hebat (dulu lah sekarang ni mungkin kurang cekap sebab faktor umur). Ayah ada jugak mengadu yang kereta kancil dia dah bergegar bila drive. Saya sediiiiihhh sangat. Ayah saya tak pernah mengadu apa-apa pun.

Tu jelah cerita birthday & kereta yang saya dapat share. Nanti besok-besoklah saya cerita pasal hal lain pulak. Memang banyak lah cerita tentang Ayah kesayangan saya. Tapi hari ini saya decide nak share tu je lah. Sobss...sobbss...

Ok lah..saya tak dapat nak type lagi panjang. Sayu sangat pulak rasanya. Menitik-nitik dah air mata ni..ehhhh...isshh!! Doakan Ayah saya panjang umur dan sihat selalu. Terlalu banyak jasa Ayah memang tak akan dapat saya balas. 




P/S: Doakan saya dapat belikan Ayah kereta baru secepat mungkin. Tolong doakan ye!!! Pleaseeeee

Wednesday 15 April 2015

BMI - Anda di tahap mana?

Hai semua Assalamualaikum.

Berat saya yang paling maximum sepanjang hidup selama saya 36 tahun ni (uhuk uhuk...banyaknye umur) ialah 73kg. Itu pun semasa saya mengandung 9 bulan. Sama je anak pertama & kedua berat time pregnant berat saya 73kg. Berat badan ideal saya kalau saya tak pregnant sepatutnya 56kg. Untuk pengetahuan puan-puan sekarang ni berat badan saya adalah tidak ideal malah berlebihan. Hehe..skema betul penulisan kali ni ye? 

Tapi saya menerima hakikat dan saya masih belum berputus asa lah bersenam, berlari, weight lifting berenang dan sebagainya. Yang paling saya suka lakukan semestinya berlari.

Puan-puan yang masih belum bersenam tu jangan la rasa diri yang berat berlebihan tu teruk sangat ya. No...you are not a loser. At least you admitted that you are fat. Hahah.."fat" jahat betul perkataan tu kan. Saya pun sama. Berat badan saya sekarang ni kalau ikut BMI memang serious sipi-sipi nak exceeded to overweight. Saya memang tahap gebu-gebu sekarang ni.

Sebelum injured hari tu berat saya 58kg. Sekarang ni..uhuk!! Kalau dapat cecah balik 59.9kg pun saya mesti happy. Takpe....usaha pandu jaya!!

BMI  - nah ni calculator dia klik BMI Calculator
Underweight: < 18.5
Normal weight: 18.5 - 24.9
Overweight: 25 - 29.9
Obese: ≥ 30

So kalau nak diikutkan, BMI terbahagi kepada 4 iaitu:- Underweight, Normal, Over & OBESE. So OBESE ni yang kita tak nak ye. No-no-no. Saya masih kategori normal weight tapi dah hujung-hujung tu lah...haha..marilah berusaha lebih gigih. Saya bukan nak kurus ye...saya nak at least dapat BMI 22-23 jadilah kan.

Yang penting kena admit dengan diri sendiri yang kita overweight atau bahasa yang kita selalu tak suka dengar - gemuk.

Lepas tu kenalah usaha nak dapatkan berat yang sesuai. Yang sihat. Jaga pemakanan dan exercise. Sebenarnya saya rasa ramai yang dah tahu yang dengan control food intake je pun kita dah boleh turun berat badan. Tak perlu exercise pun boleh turun berat. 

Tapi masalahnya kita ni dah la malas exercise, melantak pulak macam setan...hehehe... (itu saya ye) Lepas tu bila jeans tak muat & bila try baju kat mall semuanya nampak tak cantik. Time tu je terus rasa nak diet. Nak bersenam. Ek eleehh...

Yang penting...toloooongg lah jangan ambil ubat kurus. Bazir masa, bazir duit, bazir tenaga, bazir emosi. Sebab serious memang hampir takkan berjaya punya. Trust me. Nanti lah saya update entry seterusnya pasal pengalaman saya dengan ubat kurus ni.

Till then...tata!!


Monday 6 April 2015

8 things not to say to someone training for a half marathon

Assalamualaikum, hai errbody.

I got the feeling that my blog ini dah jadik macam tak kelakar lagi dah. Eh...eh..pernah ke kelakar sebelum ni? Eh..entahlah. Tapi the purpose I blog pun sebenarnya untuk ketawa. For me to share the best part, fun & happy moments in my life. The not so good part tu...takpelah..dengan orang-orang yang special je saya share..hehe..siapalah yang bertuah tu ye?

Anyway...since sekarang ni saya sedang giat training for my 1st half marathon which I planned to be in October (InSyaAllah). So..ni saya nak ceritalah sikit kan. Sebab ramai jugak yang bertanya-tanya pasal tabiat saya berlari-lari ni. 

As per today, saya dah masuk dalam minggu ke-3 training. Total 12 minggu. Hari pertama dalam minggu ke-3 lah ni. Total hari yang saya dah training dah 15 hari. Ada lagi 69 hari..huk huk. Weeee... so far so good. Saya berjaya ikut betul-betul schedule tu. Good job MK!! Tepuk bahu sendiri. Sebab tak ada orang tepuk pun...hahaha kenalah tepuk sendiri.

Nah saya share kan training shcedule saya klik sini. Ini untuk regular runner ye. Yang dah biasa berlari 5km sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau untuk yang beginner pun ada jugak training dia. Boleh browse kat link yang saya bagi tu.

So..soalan yang selalu saya dapat dari saya mula-mula decided to be a runner yelah seperti:-


1. Q: Tan - ko rasa ko boleh menang ke? (Tan tu sayalah...jangan ingan nama cina pulak..hehe)

- huhu...Er..rasanya aku memang tak boleh menang lah kot. I'm not being negative or something but I just can't beat 10,000 other people running.


2. Q: Berapa jauh marathon yang ko nak lari ni Tan? Aku pun pernah jugak masuk marathon yang 3km punya. 

- Gitu katanya... Tahniah sebab berjaya lari 3km. Good job! Half marathon yang aku berlatih ni yelah 21km sebab itulah distance untuk half marathon. Kalau untuk full marathon yelah 42km. Kalau 3km, 5km, 10km dan lain-lain distance tu tidak dipanggil marathon. Setakat ni aku memang belum pernah lari half marathon pun. Ni lah baru tengah training ni. Wish me luck


3. Q: Kenapa ko suka sangat running ni Tan?

-Because I can.


4. Q: Ko takde rupa marathoner pun Tan. Debab je. Boleh ke lari laju-laju tu?

- Hukhuk...sedehhhh...Umm...ko pun takde rupa pelumba kereta pun. Tapi kadang-kadang mesti ko pernah drive laju-laju jugak kan? Anyway...aku aim to finish (with my own good timing), not to win...


5. Q: Ko lari penat-penat, jauh-jauh ni, ko hanya dapat medal je Tan? Dah la medal tu bukannya boleh gadai pun. Hoh...

- Hukhuk... apa nak jawab? A'ah memang dapat medal & dapat penat je. Kaki pun sakit jugak. Kalau berjaya habiskan larian untuk half marathon nanti dapatlah t-shirt 'finisher'. Tu je lah yang dapat. Tapi kepuasan dia tu...hanya runner yang mengerti cheewahh.


6. Q: Ko tak penat ke Tan lari jauh-jauh tu?

- Mestilah penat, Ko balik kerja sehari suntuk tu penat kan. Now imagine that plus 21km to run.


7. Masa ko race tu, berapa lamalah ko kena berenang Tan?

- Umm...harap-harap tak hujan lebat sampai banjir then kena berenang. Sebab aku training untuk half marathon bukan triathlon.


8. Q: Aku tak paham lah kenapa ko ni suka menyiksa diri ko tu lah nak lari jauh-jauh penat-penat tu lepas tu dapat medal je...haisshhh why Tan...why??

- Sengih je - Then I guess you won't be running a half marathon then? 


So there you go. Wish me luck!!

Soon...baby..soon!!









Thursday 2 April 2015

100th!!

Assalamualaikum girls.

Hari ni hari yang agak best untuk diri saya. Sebab hari ni ialah kali yang ke 100 saya workout di gym. Nak tahu berapa lama 100 kali tu? Hehehe...sejak Oktober 2013. So kalau kira dalam 18 bulan lah kot baru dapat 100 kali.


Finally saya dapat t-shirt curves ni. Lama gile kot saya tunggu. Asyik tengok kat whatsapp group gym ni orang lain dapat posing macam ni dengan coaches. Saya pun nak jugak!! Dah la masa tu kki saya injured tu kan. Hari-hari ada aje update kat group gambar member dapat t-shirt ni. Jealous ok! 

Sebenarnya t-shirt tu boleh dibeli di gym ni. Hehe..kalau nak bayar je lah kan. Tapi kalau berjaya workout 100 kali dapat lah free. Kalau workout 200 kali dapat gym bag! Cantik warna purple jugak. I want!! Beli pun RM25 je kot. Tapi takmo beli.

Saya nak t-shirt & beg tu dibayar dengan menggunakan peluh saya je. Hehe poyo kan. Samalah kes nya dengan running. Kalau kita masuk race tu memang tak akan menang top price lah kot. Tak tau la kalau puan-puan memang pernah menang. Tapi saya memang tak pernah bercita-cita pun nak menang. Haha..cita-cita saya nak habiskan larian saya dengan timing yang lebih baik dari sebelumnya dan tidak injure.

Kalau running tu dapat finisher medal tu...owwhhh bermakna sungguh ok. Padahal we paid for that medal. Kan ke kita register nak masuk race tu kan. So technically we paid for it. Dah la bukan medal emas/silver/copper betul pun. Kikikiki...

Tapi tu lah...kalau orang yang tak pernah cuba berlari tu memang tak akan faham perasaan seorang runner bila dapat habiskan larian dia. I still malu nak call myself a runner. But I am. I am a runner. 

Siap Ana kawan saya cakap dekat blog dia yang saya ni marathoner...hahaha jauh panggang dari api Ana oii...half marathon pun bukan. Sepanjang 2 tahun saya berlari ni saya baru join 7 races je kot. Tu pun paling jauh 12km je.

I'm training hard for my 1st half marathon targeted on October 24th. Saya ada masa lagi dalam 6 bulan. Saya nak cuba ikut 12 weeks training program. Saya nak buat 2 kali training program tu. Sekarang baru masuk minggu ke-2 hari yang ke 11. Mihmih...jauh lagi perjalanan saya.

Setakat ni memang memenatkan. Saya harap betul yang saya dapat habiskan training program ni dengan berdisplin sangat lah. Maknanya ikut betul-betul dan takde skip days.

Saya & Tun dah berangan nak dapat medal & finisher shirt untuk half marathon pertama kami. Kami pun dah berangan macam mana nak posing di garisan penamat tu. Nak berlari sambil pegang tangan melepasi garisan penamat lepas tu menangis terharu dan berpelukan bersama-sama...hahaaha...

Haruuuuuu...


P/S: Angan-angan tu free kan....