$

Tuesday 26 April 2011

~Hai~

Hey you.... lamanya tak update. MK ada je di sekeliling Malaysia sebenarnya. Peehh ayat tak hingat sekeliling Malaysia konon. Padahal takat gi kerja balik kerja je. Hihi... Ok lah di sekitar KL. Masuk dapur pun masak cincai-cincai je. Takde yang extravaganza pun.

Tapi minggu ni ada 2-3 benda sexcited eh..excited yang MK nak buat.

No.1 is my good friend wedding kat Bukit Gambir, Muar. Eh..kat situlah terletaknya Pusat Kasut KangKang ok. Nanti kalau MK sampai Pekan Bukit Gambir tu MK kasik amik gambar kedai kasut kangkang tu ek.

No.2, after wedding emma, kalau sempat kami nak jalan-jalan carik makan, mee bandung muar, nasi ayam belado muar, mee siput & yang sewaktu dengannya lah.

No.3, pastu lepak Melaka...jumpa Dakdiana yeaayyyy!!! takde le lama mana kami tak jumpa. Adalah lebih kurang 15 tahun. Ahahaah giloooo 15 tahun tak jumpa... sheeeessshhhhh.... harapnya Diana masih ingat betapa over actingnya MK supaya dia tidak ter-cultural shock.

Pastu bawak kanak jenjalan Melaka je lah. Sunday balik KL- tido.

Itu je lah update hari ni. Tata.

P/S: Semalam MK telah berjumpa dengan blogger tersohor neh. Manis orangnya. Rasa macam dah kenal lama, tapi baru 1st time jumpa tapi MK rasa macam nak over-over acting juer..tapi terpaksa control hahaha. Anyway... good to see u finally Kak!!

Till we meet again soon! Daa.....




Tuesday 12 April 2011

Mummy's Dilemma

Yeap... it's a global issue. It's absolutely is. Sorry puan-puan, hari ini tak ada resepi dari dapur kegembiraan. MK down with flu. Badan lemau je, buat kerja pun slow. Even nak make-up pun kena duduk. Iron baju  PakMir pun kena duduk. Owh FYI - I rarely iron my own clothes. Usually only his. Mine? I carik baju yang tak perlu digosok untuk ke office..pfftt... 

Jom tengok cartoon. I got it all from here 

This = Yen 


Sometimes, mulut kita takde insurance kan.

Yeah... suitable for my sutuation right now, lemau dek selesema, tapi askar tetap meloncat-loncat.

Haha - this is soooo true. Mostly everynight!! But Ibu selalu kata, kalau jadik macam gini, sila duduk kejap diam-diam tarik nafas & kata "Saya redha" hahaha.... Insyaallah kejap lagi semuanya OK.

Owhhhh this is Bayong, makan, makan & makan. Asyik lapar, but there's one time at about 10.30pm dia lapar lagi after makan yang entah kali ke berapa. Dia cakap "Ibu, kalau ibu letih nak masak lagi takpelah, bagilah Bayong makan roti kosong tu je" tsk...kesian. I toasted some cheese & butter bread for him. After dia makan cepat-cepat suruh dia tidur...hiks.

Owhhh ini sangat benar belaka

Yen- kenapalah taknak tidur? Kalaulah kita disuruh tidur..alangkah bahagia nya....

Sometimes they let me having "My time, alone" Huh?

Haha

Yes pleaseeeeee.......BTW- I've booked a body massage session with 'Kawan 1' & Hair revamp session with 'Kawan 2'. Hope it will be fun without me feeling guilty to leave the askar at home.

For those who plan to tie the knot... are you sureeeeee????!! Really????? Haha - gurau je....silalah nikah cepat-cepat, itukan sunnah Nabi. (mode ustazah) hiks...

Tata.

Monday 11 April 2011

Psychologist

Happy Monday peeps,

Pagi-pagi lagi baru je MK letak handbag dalam drawer ada sorang kawan datang ke meja & reports everything she did on her weekend.

Kawan 1: I pergi Mayfair!!!! Seronokkk!!! Wrap..wrapp...body... massage.. masagge... bla..bla..full of fun!

MK: Yeah?! Good for you!!! Sounds fun ek!

Then I went to the pantry and made myself a cup of coffee. Baru je nak duduk balik datang lagi sorang kawan:-

Kawan 2: You know... I cannot take it anymoreee... I want to divorce him!! I don't want to have anything to do with him anymore. Bla.. Bla.. Bla..bisik..bisik..

MK: Err... tsk..tsk..sad la... sabar ye..tsk tsk tsk.

Belum habis cerita kawan 2 tadi, ada kawan 3 pulak macam menunggu kawan 2 untuk bangun dari kerusi depan meja MK. As soon as kawan 2 bangun, kawan 3 terus duduk.

Kawan 3: MK!!!!!! Seriously...memang dia dah lafaz!!! Twice!!! Tsk..tsk..tsk..That woman also..what a shame!! Dia kan bini orang..kenapa kacau laki orang sampai orang tu bercerai??!! Huh..tell me why..why???

MK: Really ah? I thought gossip je..betul-betul ah? Tsk..tsk..tsk..(Sambil kunyah roti)



I wonder kenapakah people like to tell me everything they did and think? Maybe sebab the location of my desk ni a bit tersorok kot. Or...maybe my reaction to their story ke..or muka I ni sangat kepochi..so people think that I should know every bits? Hiks...

After kawan 3 left, I shouted "Next!!!" hahahah...they all laughed.

Tiba-tiba terasa like a psychologist ok!! Sebab derang siap sanggup tunggu to see me. Hihih..maybe I should mintak consultation charge next time.




Thursday 7 April 2011

Tom Yam Ayam

Sawadikappp.. namprong prenngg marang kerapu marang sekeper. Hari ni MK nak masak TomYam Ayam cap Busu Leha. Asyik-asyik Busu Leha je ek...apo nak buek dah dia yang ngajar MK mendapur.

Ahh..sebelum tu. Dulu masa kecik-kecik, MK ingat TomYam = Tom + Ayam.

Nak dijadikan cerita MK & Acique (my sister) pergi makan kat Benteng. Siapa-siapa dari Seremban mesti tau Benteng kat mana. Entah sekarang ada lagi ke tak. Dah berpuluh tahun tak check area situ. Benteng ni tempat makan-makan gerai berderet-deret tepi sungai. Sungai tu nama apa janganlah pulak puan-puan tanyo. MK ni nama je orang N.S tapi selalu sesat sebab dulu kecik-kecik ayah je yang drive kami sana-sini. Bila MK drive banyaknya di Kang Valley sajer. Tu la pasal PakMir selalu marah sebab bila dia tanya jalan kat Seremban MK mesti tak tau..huhuh.

Ok sambung cerita. MK & Acique gi makan kat Benteng. MK order tomyam. Punyalah semangat nak makan ni. Tapikan, ayamnya adalah 2 ketul kecik-kecik je. Yang lain tu bawaaaaang je. Pastu MK bebel lah dengan Acique "Cicik...apsal dia bagi aku TomWang? Aku kan order TomYam?" ehhehe.... (cerita dongeng).

Hari tu MK balik kampung, ibu masak tomyam putih delicious!! Pastu bila balik semula ke KL terkanang-kanang lauk itu. Dah la masa balik tu semua adik-beradik lain balik juer...jadiknya dapatlah sorang sikit je. Tak pueh la makan. So..jom masak sendiri!!


Bembahan (untuk 1 kali makan je ni:-

1 piring ayam potong kecik-kecik
2 biji bawang besar potong 6
2 ulas bawang putih (ketuk & racik/hiris)
1 biji tomato
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
4 biji cili api
1 batang carrot
Sedikit bunga kobis
1 batang serai
1 kiub ayam
garam & serbuk perasa ikut suka

Cecara:-
  1. Potong ayam kecik-kecik, cuci bersih, baca bismillah & selawat nabi siap-siap...
  2. Tenggek periuk atas api, berserta dengan ayam, bawang besar, bawang putih, serai, cili api & kiub ayam. Make sure air tu cukup-cukup tenggelamkan ayam tu je ok. Biar ayam tu keluarkan jus dia sendiri nanti. Barulah sodap, kendian nanti baru tambah air (kata Busu Leha)
  3. Tunggulah kejap dalam 5-7 minit, pastu masukkan carrot & bunga kobis, tambah air.
  4. Bila dah agak empuk rasa-rasalah. Tiup dulu ye...kang melecur sapo nak jawab?
  5. Tambah lah garam ke pak aji ke..ikut sukalah ye.
  6. Bila dah sedap tu, last-last baru masukkan daun limau purut (koyak-koyakkan sikit) & jus limau nipis.
  7. Pandai-pandailah rasa & adjust.
  8. Masukkan tomato, kacau sikit, tutup api.
  9. Siap.
  10. Panggil model tersengih di depan meja makan puan-puan.
  11. Ambik gambar dia & jemput makan!!

MK masak juer ayam goreng, telur dadar & buat sambal belacan PakMir cakap "Good try". Hihihihi...yelaaahhh MK tak reti buat sambal belacan I tell you!! Itu pun MK call Kak Ngah dulu sebelum buat sambal itu ok. Termasam kot. Tapi MK makan sedap je. PakMir tu nak suruh MK lawan sambal belacan Mak Si Tomoi (Mak kawan baik dia yang ada kedai TomYam) Dah la auntie tu memang orang Siam ok. Mana boleh lawan sambal dia. Ini adalah ayat pembelaan dari pihak saya, Yang Arif (kan DakDiana?)

Tapi takpe..MK tak ambik hati pun. Sebab dia surprisekan  dengan dessert:-


Walllaahhhhh!!!!!! 1st time MK makan durian sampai dah taknak makan lagi. Sebab kali ni ada geng makan durian. Iaitu semua orang dalam rumah!! PakMir yang tak berapa minat durian pun berlawan-lawan makan sama. Macam mana MK tak sayang laki, baru hint-hint nak durian, malam esoknya terus dapat. Banyak pulak tu!!! Lepas ni nak hint-hint rantai emas sebesar tali ikek kobau agak-agak dapat tak ek? Yen makan juer tapi kena suap sebab dia geli nak pegang lembik-lembik. Bayong berusaha nak makan sampai licin-licin biji durian tu.

Sekian. Hingga bertemu lagi di dapur kegembiraan saya!!! Tata!


Tuesday 5 April 2011

Think before you speak

Wife goes to Mall, sees men's underwear on sale.

She buys a dozen of the same colour.

Goes home and gives hubby.

Hubby protests, "Why buy me the same colour? People will think I do not change underwear!!"



Wife asks, "WHICH PEOPLE?"

Then there was total silence ................

Dia & Saya - 7 years

Salam peeps...

Dia tinggi, saya pendek
Dia banyak diam, saya banyak cakap
Dia susah nak marah tapi lambat nak sejuk, saya cepat marah tapi cepat sejuk.
Dia baca news paper Star, saya baca pancaindera, b-pop, kosmo, metro.. hahhh
Dia makan untuk hidup, saya hidup untuk makan erkss
Dia suka tengok bola, saya suka tengok The Kardashian
Dia suka baca ambil tahu pasal politik ehwal semasa, saya suka baca gossip!!
Dia orang malam (burung hantu), saya orang pagi, pukul 10pm bateri dah padam
Dia suka biru, saya suka hijau
Dia tak suka congak nombor, saya suka kira-kira
Dia pandai IT, saya.....(kalaulah korang tau betapa ngok nye saya suatu masa dulu tentang IT)
Dia suka tengok dan lihat, saya suka surprise & harung je
Dia suka rilex-rilex bertenang, saya suka sekarang, now-now...cepat-cepat!
Dia berani, saya penakut pada serangga, binatang urgghhh
Dia tak suka tempat tinggi, saya takut tapi suka naik roller coaster

Semalam yelah kali ke-7 kami cuti pada 4 April. Harapnya our tradition ni kekal sampai banyak-banyak tahun lagi.


Dari saya untuk dia, book, politics, idol, Dr.M - so not me. But I bought it for him. Mesti beli apa yang dia suka kan. Susah payah carik buku ni sebab asyik sold out.

Surprise dari dia untuk saya. Cuba tengok muka orang yang konon-konon tak takut roller coaster tu. Ngehhh...

Ada banyaaakkkkk lagi perbezaan kami. Kami sangat berbeza...tapi dia selalu dengar kata hati saya. Saya pun selalu macam pikir benda yang sama dalam fikiran dia.

Ada 1 benda yang saya tau mesti dia pun sama tau - Dia sayang saya, saya pun gitu juga. I love you hani bani. Happy 7th anniversary.

Friday 1 April 2011

April Bongok

Masuk-masuk office je pagi ni colleague tengah berkerumun kat 'meja penyayang' (meja tempat kami letak makanan, junk food biscuit bla..bla.. nampak ada kotak cake. MK memang masih menjaga pemakanan (uhuk...diet..uhuk!!) tapi nak tengok juer lah macam mana rupa cake nya. Mungkin Kak Wanda yang bawak since dia memang berkaliber dalam pembuatan kek-kek ini.



Pastu bukak kotak tu nampak ni... 
Hampeh Poji!!!! Tapi my colleague sedikit hampa sebab MK macam takde reaksi yang melampau gitu. I was just like "owwhh april fool..ok" then walked away to my desk. Derang siap tanya "Apsal ko takde perasaan Tan?"  Maybe they expect me to jump kot..hehe....

But nice one Poji...semua orang terkena..even the Boss...hihihih.. (nasib baik boss sporting)

P/S:- Kak Ngah dah balik dari Umrah dengan selamatnya. Semalam MK gi jemput dia kat KLIA. Touch down at 1.00pm, but I gerak from office like 12.45pm. Erkss...but sempat sampai KLIA before Angah kuar dari Arriving Hall. Welcome Home Dear Sister.....