$

Tuesday 18 January 2011

Akak Kesal

Sambungan dari kisah tersebut di bawah ye puan-puan.

Meh MK cerita dari mula. Cer citer...cer citer....(dey..hantu Kak Limah pun dah pencen dah..sila buat lawak lain).

29/12/10 - Mengenangkan hari jadi anak bujang MK tu makin hari makin dekat, so kita pun surveylah online cake shop yang ada. Last-last jumpa yang dekat dengan rumah. So senanglah nanti nak pick up dalam pukul 9.00am sebab party nye start pukul 10.30am.

Cake berbentuk '6' Ben10 edible pictures. Chocholate sponge cake sudeehhh (cake lain mahal). Dia quoted RM225! Erks.... for me it's mahal!!! So I told her my budget is like maximum RM100 for the cake. Dia kasik square cake Ben10 edible pictures. Buttercream + chocolate RM95.

I agreed and confirmed to collect it 7/1/11 (Friday) at 9.00am. Venue Kinrara.

5/1/11 (Wednesday) - I emailed kakak tu to confirm that about the cake. She replied - "Ok, no problem"

The Day - 7/1/11 - Friday 8.30am - I texted her tanya tempat nak collect tu kat mana, dia reply kat sebelah Giant Kinrara, Restoren Aladdin, sebelah Klinik Apo Entah, Sebelah kedai alat tulis. OK.

9.00am - I sampai & texted her, "I'm here already"

Pastu tunggu 5 minit, 10 minit tak reply. So I call dia. Tak jawab phone. Hmmm.... ada kerja kot. Takpe, Tunggu lagi. Sekarang dah pukul 9.30am. Kira dah lambat sebab I kena balik rumah semula untuk goreng nuggets & fries for the kids. I call again, dia pick up. 

MK: Kak, saya dah sampai.

Kakak Kesal : Huh? Siapa nih?

MK: Err...MK yang order cake ben10 untuk Bayong..bla..bla... (air mata dah bergenang - sebab memikirkan sesuatu yang buruk bakal berlaku)

Kakak Kesal : La....bukan 30hb ke MK? Akak ingat awak yang order untuk esok..bla..bla... so macam mana nih? Macam mana nih?

MK time tuh dah meleleh-leleh air mata hignus semua ok!!! Mana aku nak carik cake Ben10 sekaraaanggg!!!!!! Dah tu pandai pulak ko tanya-tanya macam mana nih? Ko lah jawab!!! apsal tanya aku pulaaaaakkkk!!!!!!!!!

One thing that I regret ialah - I tidak menjerit marah dia. Whyyyyyy? Kenapa MK tak marah dia? Whhyyy? I just put down the phone and drive ke tepi sambil nangis 3 saat. 3 saat je tak boleh lama-lama sebab party nya dah dekat sangat nih. Call hubs - dia suruh lari ke Secret Recipe. Unfortunately belom bukak. Yalah belom pukul 10am. Anyway..kalau dah bukak pun mesti takde cake Ben10. Call hubs again - but tidak membantu sangat sebab dia memang panic tak reti nak buat apa kalau dengan bini gedik dia nangis.

Sambil nangis, sambil cakap phone, sambil drive (ye...adik-adik jangan tiru contoh ini ye..tidak bagus untuk kesihatan) Lari ke OUG pulak. Tau-tau je lah parking kat OUG sangat hazab ye kawan-kawan. Tapi mungkin hari tu hari istimewa Bayong, MK dapat parking betul-betul depan kedai cake. Ada 2 kedai - iaitu King's & Bakers Cottage.

MK lari ke King's dulu. dengan harapan ada cake biasa-biasa & boleh beli patung-patung Ben10 je buat cocok-cocok atas cake itu. TIADA!!

Lari ke Baker's Cottage pulak. Time ni dah pukul 10.10am. Kedai baru bukak. Dengan air mata yang berderai-derai cerita dengan adik tu. Dia cakap dia boleh buat tapi kena kasik dia 20 minit. Harga normal je..takde tambah harga pun eventhough MK kira emergency lah kan..if dia nak quote double price pun I'll pay for it. RM94.50 chocholate cake, with Ben10 jelly on top. MK rasa nak cium adik tu. Tapi terpaksa membatalkan niat murni MK tu sebab nampak macam muka adik tu tak mandi pagi. Erksss!

Semasa menunggu, MK call 2 orang yang always...always..back me up tak kira masa, ketika, perkara. 2 orang ini memang selalu menangkan MK (bias - hahaah but I do need them) TunTun & Kak Ngah. Nangis-nangis lagi. Sambil jerit-jerit MK bercerita sehinggakan TunTun terasa dia yang berdosa lupa buat cake Bayong. Hahaha...sowwwyy TunTun I love u 1 juta kali.

Angah pulak the calm one said dia tau that I can deliver my promise jugak tak kiralah macam mana caranya she knew that I'll make it. Tiba-tiba ternampak KFC - so MK gi order bucket (errr...yang 21 pcs chicken tu) 2, and barrel (9 pcs) tah betul ke tidak namanya nih. But total 51 pcs & 10 large fries for the kids yang kelaparan menunggu MK datang kasik derang makan kat sekolah tu. Total kids 38 orang. But campur cikgu 3 orang & anak-anak cikgu berserta dengan parents yang kengkadang terpacul bila terbau KFC (ahaah gurau je)

burst RM200+ for KFC. Call cikgu cakap I'll be slightly late (slightly lah sangat ye). MK sampai di sekolah Bayong at 11.20am.

Fuuhhh...panjang cerita ni ye...ada lagi.

Bila party selesai, hantar kids ke rumah baby sitter. MK balik rumah. My hands can't stop shivering. Siap letak tangan kat atas lantai biar dia berhenti gigil. After few words dengan TunTun kat YM, I told her that I need to log off & breath. Hihihih..... tetiba nampak kakak cake email saying "Akak mintak maaf, akak kesal" gitu je????

Nampak pulak my 'Kaunselor yang ditakuti' tengah online. Owh how I wish her to be here. To help me marah kakak sengal tu. And I will follow her sambil duduk kat belakang dia masa dia tengah marah-marah tu sambil tunjuk-tunjuk je kat muka kakak tu. Kak Cik siap nak tolong emailkan kat kakak tu ok.

Siap suruh MK order jugak cake tu. But when the pick up time sampai nanti cakap "Opsss saya terlupa pasal cake tu. Saya kesal" gegegege..... But puan-puan, I am actually penakut.... I need people like my KakCik untuk memberi kekuatan. (kekuatanlah sangat nye) hihihih....dah penakut tu penakutlah..nak mintak tolong orang lain marahkan pulak.

Acik juer asked me to demand a FREE cake from that kakak kesal. When I told Kak Cik that I tanak langsung dah dengan cake kakak tu. Acik jawab it's not for u lah. Ask that kakak kesal to write on top of the cake "Happy Birthday Guard" untuk diberikan kepada security guard rumah MK....hahah yang ni lawak!!!

Ok lah dah panjang sangat. Lesson of the day..... apa ek?
  1. sila jadik berani
  2. sila jangan order kat akak kesal
  3. sila jangan mengadu kat kawan sambil menjerit-jerit macam pompuan gile hingga kawan pulak yang terasa berdosa
  4. sila sayang anak :)
Tata!!!


15 comments:

Anonymous said...

haha tan, aku rasa mcm paham je apa kau rasa.. rasa nak memaki org tp tak terkeluar..paling kuat pun aku membebel kat laki aku (ko bertuah ada 2 org).. or di blog..
kita sggup buat apa aje for the kids kan..
tang membebel kpd 2 org tu aku rasa dorg redho.. hahaha-dakdiana

Sidratul Muntaha said...

uhu
MK sangat suci ikhlas dan baik hati.
klu haku?!
sori la...
MK..
sila la bg link kedai kek akak tu yeh....
tpi jgn bgilah..
rezeki masing2 Allah nak bgkan?!
sbb haku pun jual kek jugak.
takper sabo..
insyaa Allah nnti lapanglah jalan MK nih..
biar Allah bgi kuat hati sikit.
pada akak tu..
huhuuh...
amanah dan jujur serta ikhlas dlm meniaga...
sial jgn tabur kat pasir dlm periuk sendiri yer..

DANI Tmn. Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia said...

nape la ko tk order ngan aku je tan? Klu bajet RM100 tu ko blh dpt 50pcs cupc8 siap aku bagi 1,2 hero Ben10 3D yg ediblenyer, sure ank ko suke...
Sbb tu aku prefer Secret Recipe je klu nk mkn kek potong. Sedap & harga pn reasonable.

MK said...

Ana: Iye...aku sentiasa ade 2 pasang telinga yg selalu mendengar keluhan hari. dengan syarat aku juer kena membuat perkara yang sama.

SM: hihihhi akak tak sampai hati nak kasik website kakak kesal tu dek... terkenang-kenang ayah ckp "biar orang buek kitooo...jgn kito buek org"

Deni: tulaaaaahhhhh selepas kejadian barulah aku baca yg ko dah amik order kat KL ok deni. ingatkan nak cancel kat akak tu & amik kat ko. tapi ngenangkan maybe kali ni rezeki kakak kesal tu so aku teruskan. mana tau jadik gini pulak.

Mak Ton said...

Huhu...
Lep u tan tan 1juta x...
Ko citer je kt aku tan tan aku xkisah der.. Toksah le rasa bersalah kalo ko bercerita mcm nk mrhkan aku... Jgn risau aku tau ko xmarah aku.. Gegeegegeee...

MTM said...

Kaklong pun tak pandai marah....kalo marah je mst nangis jgk..hehehe

MK said...

MTM: k.long mmg budak cembeng!!! hihhihi... jgn marah ye. cembeng busyuk bacin pun makteh sayang...

MK said...

tuntun: kalau aku jerit2 kat ko 3 kali sehari ko marah hagaknye tak? hehehe

Kak Mahh said...

Bersabarlah

eyda said...

saye pon kesal ngan kakak kesal tu punye apologies....tak mcm kesal langsung...tak bersungguh2 langsung bunyinye...terus emo rase nak tolong marahkan(sy pompuan ngandung yg hormon tgh x stable..hehe)

. said...

keji la akak kesal ni.. tp nak maki dia beriya pun ntah2 dia mmg plain x prasan tarikh tu kan.. kalau ita jd MK harus masa tepon tu kene maki kaw kaw..
balas dendam order pastuh x amik mcm kejam la sgt, rasanya x sampai ati plak nak wat camtu..

MK said...

zmah: hehehe..time tu mmg MK biul sket.. tp skrg dah ok. thanks bebeh!

eyda: alahaii dek, kalau ikut hati mmg akak nak jerit2 kat telinga kakak kesal itu. tapi apakan daya hati kecik mcm guli je..tak berani.

ita: maseh ita, ita dah tolong marahkan dlm comment box ni pun MK dah terharu dah..hihi

Dr Singa said...

Akak kesal sampai ke sudah e-mail je mintak mahap?
poorachittt!!!

chics said...

Mahal gila 225, itu dah macam harga fondant ok!

Tapi kak, if I am in your shoes pun macam tak termampu nak marah sebab otak sbok fikir other options.

MK said...

Dr.Singa: a'ah..sampai ke sudah email ciput tu je lah yg sampai nye doc.

chics: len kali order kat chics kan..dah graduate buat cake kan?