$

Thursday 27 November 2014

Praising Your Child - Pujian untuk Anakanda

Assalamualaikum - nanti suatu hari yang indah, anak-anak saya pasti jumpa juga blog ni. Pada ketika itu saya harap mereka bangga dengan saya seperti mana saya amat amat amat berbangga menjadi ibu mereka. 

Begitu juga dengan puan-puan. Waaahhh dah lama tak guna perkataan puan-puan dalam blog ni ye? Semenjak blog ni dah menjadi blog kecergasan hahaha. Dulu-dulu blog ni ialah blog masak-masak. Tu yang sikit-sikit 'ye puan-puaaaannn' 'Ye puan-puaannn" Dah bila chef MK menjadi gemuk sebab asyik masak & makan. Maka kita tukar blog ni menjadi blog kecergasan - Fitness bak kata orang kampung saya.

Ok. Ter-off topik pulak. Jom sambung kata-kata pujian untuk anak. Sebagai ibu yang serba serbi over (saya lah tu). Saya memang all out. Betul..kadang-kadang tiba mood gile saya memang saya lepaskan je semua...saya masuk bilik & tidur. Tapi itu mungkin lah 10% dari masa-masa abnormal saya sebagai ibu kot...ok lah kan....lagi 90% saya ibu yang normal.

Mana kata-kata pujiannya hoi?? Ok..ok...ni dia...saya senaraikan kata-kata pujian khaaasss untuk anakanda saya. Ada yang memang phrase yang selalu saya guna, ada yang dari internet, dah ada juga dari pendengaran & pemerhatian sekeliling.

Pujian adalah sangat penting bagi anak-anak. Actually bukan anak-anak sahaja ok!!! Orang tua pun perlukan pujian. Ini penting bagi boost their confidence level. Menjadikan anak lebih yakin, berani, pandai dan segala yang terbaiklah.

Mari lah puji anak:-

  1. Good job!
  2. Very good!
  3. Amazing!
  4. Pandai nyeeeee!!!
  5. Hebatnyeeee
  6. Ini memang apa yang kita perlukan. Terima kasih!
  7. Lebih baik dari apa yang ibu harapkan! Waahh
  8. Tahniah anak yang hebat!!
  9. Perfect!
  10. Ibu bangga dengan abang/adik
  11. Awesome!
  12. Ibu happy sangat!
  13. Ini memang kejayaan/kehebatan yang tak boleh dilupakan!
  14. Wow!
  15. Ibu memang selalu perlukan pertolongan Abang/Adik
  16. Seronoknya buat kerja/main dengan abang/adik
  17. Semua segala kesusahan, masalah, happy, sedih abang/adik adalah penting buat ibu. Sila Jom lah share cerita dengan ibu ye..
  18. Mengagumkan!
  19. Abang/adik memang berbakat!
  20. Makin hari makin tere!
  21. Tak ada orang lain sehebat anak-anak ibu!
  22. Lebih hebat dari semalam!
  23. Ajar lah ibu lukis robot tu.
  24. Cool!
  25. Ibu tau abang/adik memang boleh buat
  26. Tak ada orang lain boleh gantikan anak-anak ibu
  27. Handsome!!!
  28. Macam dalam cerita superhero!
  29. Ibu pun tak pandai buat macam tu
  30. Baru mula dah hebat? Esok mesti lagi handal
  31. Laju nyaaaa!
  32. Real lah!!
  33. Abang/adik ni memang kelakar
  34. Abang/adik memang anak ajaib
  35. Abang/adik adalah anugerah Allah yang terhebat untuk ibu
  36. Abang/adik adalah ahli Syurga
  37. Abang/adik adalah ticket ibu untuk ke syurga
  38. Doa dari abang/adik mesti buat Allah lebih sayangkan ibu
  39. Terima kasih sayangku
  40. Kalau abang/adik cium ibu..teruuuusss hilang sakit kepala ibu Kalau peluk lama-lama teruuusss hilang penat ibu.
  41. Finally........ I LOVE YOU - Ibu sayaaaaaaaaaaanggg abang/adik
OK - cubalah!!!

Macam mana tak sayang - diorang memang budak kelakar! Muaackkss!! Saya sibuk try try kasut, ini kerja diorang..



P/S: Kalau anak happy, ibu mesti 1000 kali lagi happy.



Wednesday 26 November 2014

Aku Manusia Biasa

Assalamualaikum semua. 

Tajuk nak kena hebat je kan...hahaha meh sini ahkak nak cerita ni.

Walaupun saya memang selalu sibuk bekerja, berlari-lari, panjat gunung, have fun bersama girlfriends, balik kampung sana sini bla..bla.. bla...Tetapi saya tahu priority saya dari dulu hingga sekarang dan InsyaAllah sampai bila-bila ialah FAMILY saya. 

Ye, kadang-kadang ada terdapat suara-suara sumbang mempersoalkan tentang keaktifan saya melayan diri saya sendiri sahaja. Bagaimana pula dengan anak-anak saya? Adakah terbiar di rumah nanny or taska bila saya sibuk sangat melayan diri saya sendiri? Siapa yang beri mereka makan? Suami saya terbiarkah? Kena lipat baju & spender sendiri kah dia? Hooohhh!!!

Kalau saya jarang bercerita pasal anak-anak ke suami ke ibu ayah adik abang kakak saya ke...bukan bermakna meraka tak penting dalam hidup saya. Tolong ye...Ish..ish...sungguh concern kan orang-orang yang bertanya soalan begitu ye. Tahniah sebab mengambil berat. Thanks, but no thanks.

Saya tak perlu nak explain atau pun report setiap segala aktiviti saya. Hanya saya dan keluarga sahaja tahu bagaimana kelam kabut atau tenangnya hidup saya sebenarnya. Yang happy-happy saja saya kongsi. Come on...can't you guys just be happy with me? Atau nak ke saya kongsikan cerita sedih-sedih? Nak ke mereka tu berkongsi kesedihan & tolong saya solve kan problem yang saya ada tu. 

Adakah mereka bersimpati dengan cerita-cerita sedih saya? Atau bertepuk tangan senyap-senyap sebab gembira dengan kesedihan, kegagalan saya. Haha...saya manusia biasa laahhh...mesti ada ups & downs. Tapi saya prefer untuk menulis yang happy-happy sahaja. Untuk kegembiraan saya sendiri. Dah kalau saya tulis cerita-cerita yang sedih, nanti bila 2-3 tahn lagi saya baca semula pasal cerita yang saya memang dah solved dan lupa. Lepas baca saya akan teringat kembali tentang luka-luka lama...hah Suka ke?

So...stop it. Just read my story & have fun with me. Thanks a lot!



P/S: Kalau tak nak baca pun takpe..saya tak paksa. Blueekkk!!

Monday 24 November 2014

Bukit Ketumbar - Hiking

Date/Day : 15 November 2014 (Saturday)

Time : 8.30am

Venue : Ketumbar Hill, Cheras

Distance : Turun & Naik 1.98km


Hai...Assalamualaikum.

Saya memang ibu yang over dalam segala hal. Otak sentiasaaaaa ada berfikir nak buat aktiviti untuk diri sendiri, husband, anak-anak & kawan-kawan rapat. Rasanya hampir tak ada weekend yang memang berlalu begitu sahaja. Mesti ada aktiviti. Tidur pun termasuk dalam agenda hujung minggu saya ok. Haha...anak-anak saya memang faham dah...hari Sabtu kena tidur siang sekejap lepas lunch. Charge battery. Supaya nanti bila malam waktu ibu ajak jalan-jalan tak cranky sebab mengantuk. 

Siapa yang cranky sebenarnya entah? Haha...sebab..saya pun biasanya akan join tidur sekali dengan anak... tutup curtain kasik gelap sikit....sejuk-sejuk...tutup tv...tiduuurrr...aahhhh heaven.

Hubs memang selalu after lunch memang takde di rumah sebab dia lagi macam-macam aktiviti ada. Dengan kerja, bengkel & team bola dia. Memang busy selalu. So..saya memang ambil peluang nak tidur siang. 

So Ahad pagi memang dah berpikir dah nak bawak anak-anak daki Bukit Ketumbar. Dah cakap awal-awal dengan hubs nak ikut tak? Dia kata "tengok lahh" Hoh..selaluya kalau jawapan 'tengoklah' tu maknanya tak nak lah tu. Menyampah!!

Kalau tak nak ikut ini last ok saya ajak!! Jangan menyesal kalau terlepas aktiviti bermakna bersama anak-anak!! (Huhu...ugut). So..dia bangun jugak pagi tu..walaupun agak liat (hihihi...ketawa sambil tutup mulut)

Ye..saya tahu dia penat. Hari Ahad lah selalunya dia nak cover tidur dia. Sebab hari-hari lain dia memang sibuk selalu. Balik pun dah malam. Tapi biasalah, saya memang isteri mengada-ngada..hehe.. dah 10 tahun dia melayan perangai ni kan...Jom pergi!!

Ayen malam tu happy sangat. Sampai tak lelap tidur. Lepas tu masa saya solat Subuh pagi tu (saya solat dalam bilik, dalam gelap). Ayen dah lalu lalang di luar bilik saya sebab nak check yang saya dah bangun ke belum, hari dah pagi ke belum. Dah boleh pergi mendaki ke belum. Gitulah excited nya anak bongsu saya. Perangai...over..giler...sebijik macam ibu dia.

Sekali masa dia lalu lalang tu..dia nampak ada lembaga berkelubung putih dalam gelap tu tertonggeng-tonggeng (saya lah tu) Melompat dia nak lari ok...haahah..padan muka..siapa suruh asyik nak skodeng bilik orang gelap-gelap.

Kami breakfast dulu sebelum mendaki. Sampai di kaki bukit dah banyak kereta parking di tepi-tepi jalan. Kami dengan tak ada warm up, stretching ke apa..cuma baca Bismillah je..terus mendaki.  

Bukit agak basah, mungkin malam tadi hujan. Licin lah sikit. Ayen ada jatuh sekali je masa nak turun sebab dia tak pandai lagi nak agak mana tempat yang selamat untuk dipijak. Lagi pun dia memang over excited melompat-lompat sangat. Entah berapa kali kena marah dengan ayah dia. Dia memang tak serik. Sengih je...

Kami mendaki 20 minit untuk sampai ke puncak. Kejap je kan...dulu pertama kali saya naik dengan kawan-kawan gym kami mendaki dalam 30 minit. Mungkin anak-anak saya lau kot. Saya pun terpaksalah ikut. Woohhh..memang penatlah..gigil jugak kaki. Tapi memang tak boleh berhenti lama untuk berehat. Sebab nanti laaaaagi penat. So naik jelah slow-slow. Lagipun saya kan atlet (huaa huaaa perasan) Mana boleh cakap penat kan...



Sampai atas ada tempat baring pulak. Hubs memang terus terbaringlah 5 minit. Penat sangat kaedahnya. Ayen konon-konon jadi tukang urut ayah dia. Kat atas puncak tu selalunya ada dog show. Climber yang lain banyak yang datang mendaki dengan anjing masing-masing sambil menunjukkan skill anjing masing-masing lah. Melompat gelung ke..berjalan meniti titian usang ke..gitu..

Tapi hari tu tak ada pulak dog show nya.. anak saya sedikit kecewa. Tapi kejap jelah. Bila saya tunjukkan ada dumb bell la.. ada buaian la..happy balik. Lepas tu nampak pulak ada scorpion besaaarrr! Saya pun tak pernah nampak scorpion sebesar itu.

Ayong cuba membuat muka macho sambil mengangkat dumb bell yang boleh tahan lah beratnya. Owh..anak saya dah besar...tinggi..dah paras hidung saya. Masa awal tahun hari tu baru paras dagu. Cepatnya besar...hmmm

Si Kecik Kenot memilih untuk main buaian. 

Gambar ni sebenarnya entah berapa kali snap tah. Ayong yang snap kan. Kejap suruh snap sekali lagi sebab nampak perut saya boncet...ahahah..pandai dia tau..menjaga penampilan ibu dia yang gila glamer. Gambar yang ni pun bersungguh-sungguh saya sedut perut tau..haha.

So, masa untuk turun!!! Jangan lupa ambil route yang lagi satu untuk turun tau. Masa naik ambil route ke kiri, masa turun pun ambil route ke kiri. Supaya dapat pergi ambil gambar dekat KL View Point!! Owhh...cantiknya. Terasa berjaya ok! Ada lah objective memanjat bukit ni rupanya setelah berpenat lelah dapat jugak scenery yang cantik macam ni.

Hubs yang dari mulu-mula memanjat tadi moncong je..hehehe..bila sampai ke view point ni barulah dia happy sikit. Haha..terasa success agaknya. (Huhu..pepandai je)

See Ayong termenung jauh. Berangan apa tah. Boleh nampak jelas satu KL dari atas ni. Nampak KLCC & KL Tower jugak. Cuaca memang dah mula panas. Tapi jangan risau. Keadaan kat sini redup je. Sebab memang banyak pokok. Nyamuk pun ada jugak jangan lupa bawak repellent ok. Tapi takde lah giler banyak..


Saya tak sangka anak saya pun pandai posng gedik macam ni. Haha!! Ayen memang talented. Melentik-lentik ha posing nya. 





Ok, lepas dah puas berehat, minum-minum air & makan biskut sikit kat view point tu, kami pun turun. Turun pun kena berhati-hati tau. Sebab licin dan banyak akar pokok. Anak-anak saya tak sabar nak jumpa dengan air terjun. Mesti diorang ingat air terjun yang besar yang boleh mandi. Ayen pulak panggil air terjun tu "Air Gelongsor" haha...banyak kali Ayong gelakkan dia. Waterfall lah dekkk!!! Bukan water slide!!! Hoh!! Tak reti-reti - katanya. Garang betul...ikut siapa lah ni?




Tu ha..waterfall nya. Kecik je..ala-ala air mengalir lesu je. Hihi..dapatlah rendam-rendam kaki, bilas kasut diorang tu yang kotor kena selut. Ayen sedikit kecewa sebab dia imagined boleh mandi kat air terjun tu. Nantilah Dek ye..nanti kalau ada rezeki kita pergi Bukit Apek ke Bukit Saga ke..kita mandi air terjun ye.





Tak lepaskan peluang ambik gambar boyfriend saya yang selalu garang. Walaupun garang, hati memang baik sangat. Memang selalu kecik-kecik hati dengar dia garang-garang tu. Dah la tak pandai pujuk hoohh!! Tapi tulah dia memang my everything..chewahhhh gitu..belahan jiwa ok!


So overall, naik dan turun lebih kurang 2km sahaja. Seronok tak? Seronoookkk!!! Ambil masa dalam 1jam 20 minit. Calorie burned dekat 500cal ok. Tapi lepas tu kami pergi tapaw nasi lemak kedai Tawaf..hihih..600 cal!! 

Sampai rumah anak-anak saya yang memang tak reti penat tu pergi mandi pool pulak. Lepas zuhur semua orang tidur 2 jam. Ada sorang je tidur sampai 4 jam. Bukan saya ehh...hehe

Hingga ke bukit yang seterusnya!!! Tata!

P/S: Saya happy saya dapat paksa hubs pergi panjat bukit ni. Dia pun actually happy..blueekkk saya tauuu...



Thursday 20 November 2014

BSN Putrajaya Night Run 2014

Date/Day: 11 October 2014 (Saturday Night)

Venue : Perbadanan Putrajaya

Distance : 10km

Timing : Gun Timing: 1hr 19m 24s, Nett Timing: 1hr 18m 45s


Assalamualaikum,

Ini 1st time saya berlari pada waktu malam. Saya minta tolong hubs hantarkan saya ke Putrajaya. Sebab mesti ramai orang..lepas tu saya tak tau kat mana nak parking & mesti Putrajaya cramped dengan manusia kan. 

Yelah...anual event yang fofular macam ni mesti ramai manusia yang join race ni kan. So saya minta tolong hubs hantar dan drop kan saya je..lepas tu pergilah makan dinner dekat Alamanda ke..& datang fetch saya after 90 minutes. Cheeehh... confident je kan..boleh settle lari dalam masa 90 minutes.


Official race singlet. Dah la size macam tak betul je. Saya mintak size 40" macam size yang biasa saya mintak. Size 40" selalu saya pakai agak loose. Tapi singlet ni tak best, dia fitted sangat. Tak suka! Nampak gemok (huhu..alasan ke?) Dah la kena pakai running shirt long sleeve kat dalam sebab takkan nak pakai singlet ni je lepas tu pakai tudung. Ko dah hilang akal Senah??

Kenapa saya letak nama Mak Kintan? Hehe...saya rasa nama MK ni macam dah sebati dengan saya. Ramai dah panggil saya Mak Kintan or MK. Even mak-mak sedara pun dah panggil MK. Saya ok je..dengan harapan diorang ingat MK = Maya Karin (haha phuuiii)


Anak-anak saya memang sangat supportive. Diorang memang sabar je dengan karenah saya yang memang suka berlari. Kadang-kadang lepas bagi diorang makan saya turun berlari. Diorang pasrah je kena tinggal kat rumah sambil ibu diorang lari-lari keliling rumah. Kadang-kadang kalau bosan diorang akan call handphone saya "Lama lagi ke bu? Nak minum vitagen boleh ke? Nak makan jajan boleh ke?"

Ye..anak-anak saya memang mintak kebenaran untuk makan jajan ke, minum juice ke apa-apa yang ada dalam pantry or fridge. Kalau saya kata tak boleh..diorang memang tak kan makan. Bagus kan? Hey...tengok lah ibu dia..berdisplin kaaannn (konon)



Signature pose bertiga. Seronok lah saya sebab kali ni berlari malam. So anak-anak boleh share excited dengan saya. Selalu race pepagi buta. Saya keluar rumah pun anak tengah tidur lagi. So..diorang pun nak posing dengan saya. Ayong memang dah few times cakap nak join saya race. Tapi saya setakat ni belum ada masa nak train dia berlari. Betull....dia budak-budak mesti boleh berlari kan. Tapi saya belum yakin nak biarkan dia berlari sorang-sorang kalau saya join different category. Maybe next time saya registerkan dia untuk fun run & saya pun lari fun run. Start young baby!!!


Masa ni sedang tunggu gun berbunyi. Ramaaaiiii orang join race ni. Mostly dengan kawan-kawan. Saya macam biasalah, sorang. Tapi saya rasa memang saya jenis yang suka berlari sorang-sorang. Sebab saya memang jenis tak pandang kiri kanan. Lari hentam keromo je. Lepas tu terus balik. Saya rasa saya hampir tak pernah tunggu lucky draw after race kot. Baik balik rumah terus pergi makan char kuey teow ke...hihihi.. Lagi pun selalunya anak-anak tinggal kat rumah. Tu yang sebabkan saya memang nak balik cepat-cepat.

Kadang memang saya rasa bersalah berlari tinggalkan anak-anak & laki ni. Tapi suami saya memang kata "Takpe...ok je..pergilah lari..sayang bukannya buat benda tak senonoh pun" Sambil dia sambung selubung badan dia dengan selimut tebal hahaha. Sebab selalunya saya kejut dia pagi-pagi buta sebelum saya keluar rumah sebelum subuh sebab saya nak salam dia sebelum ke tempat race. 

So saya pun berlari-lari lah dengan bersungguh-sungguh. Haha..kadang-kadang tak berapa nak bersungguh jugak lah. Especially bila tang part bukit. Adoii la memang kelemahan saya. Actually kadang-kadang bukannya curam pun bukitnya. Saya je ketahanan mental memang drop habis bila nampak bukit. Padahal boleh je teruskan lari. Tapi taaakk..nampak je bukit..kaki terus lemah longlai.

Night run seronok!!! Lagi-lagi this is my 1st time lari malam kan. Lepas tu ada macam-macam station. Water station is a must lah kan. Saya berhenti minum di setiap water station. 

Lepas tu ada ramaaaiii volunteers yang support kita berlari. Ada lion dance, ada DJ main music kat tepi jalan tu. Ada kedai runcit jual buah-buahan!! Ada banner tulis kata-kata peransang. Ada superman, spiderman.

I should take time to snap some picture in my next race kalau ada lagi benda-benda yang seronok macam ni. Runner yang lain pun macam-macam fesyen. Ada yang pakai topi lampu-lampu kelip-kelip. Ada yang pakai macam superman. Ada group yang berlari pakai seluar kain pelikat!!!

Haha...fun fun fun!! Disebabkan saya berlari sorang-sorang saya malu nak ambik gambar. Takpe...next time I will!!!

My self target for that 10km is 80 minutes. Bila dah lagi 1km nak sampai ke finishing line tu saya call husband saya sebab nak bagi tau boleh lah datang jemput saya. Rupa-rupanya hubs tunggu saya dari mula start race tadi. Owwhhh...terharu juer!!!

Lari-lari lagi...dah nampak finishing line. Tapi kenapa tak sampai-sampai ni...penat nyeeeee!!!!!

Tiba-tiba.....


"Ibuuuu!!!! Ibu!!!!!!" saya dengar suara kecik panggil dari tepi. Owwhhh my boys!!! Seronoknyaaaa diorang lari sama-sama saya sampai ke finishing line!! Happy tau.


So this is my timing yang saya snap. Guna application Noom. Lagi 6 saat nak 80 minit. Haha...so..I achieved my target. Good job MK!!! Speed pun ok lah..membanggakan jugak untuk diri sendiri. Sebab selalunya saya pemalas. Nak-nak pulak 10km kan...mesti saya sloooowww sangat. Walaupun kadang kaki masih larat..cuma mental kata penaaaatt penaaatt...

Tulah..selalu ikut kata hati sangat..Kemmmoonnnn jangan malas!!! RUN RUN!!!

Overall kalau tengok dekat gambar tu, each kilometer is less than 8 minutes. Waahhh that's great for me. Selalunya saya bila dah sampai mood pemalas tu...saya mesti drop sampai 8 minit/km. Hooohh...kata race...tapi pemalas...baik duduk rumah makan nasik!!

See...my 4th kilometer tu saya buat in 8.00 minutes. Tu tiba time low lah tu..mood pemalas menguasai. Not good!!


Boyfriend saya senyum. Is he proud of me? Ke dia senyum senget sebab nak cakap saya poyo?! Ek eleehh bini aku ni... Yang penting lipgloss saya masih ada walaupun dah lari selama sejam lebih. Haha...barulah muka ada berseri lepas berlari. Habiiissss? Ko ingat CikTa je make up lepas beranak? Ahkak pun ok!!!! Lipgloss is vital!! 

Signature pose for 1st night race. Baju kecik entah sala pilih saiz atau size 40" penipu...so..sila lah salahkan baju tu...saya tak gemok ok!! (tak ngaku) 


I'm at no.188 from about 1500 runners in my category. Not bad ey??? And my timing....better than what Noom captured. Weeee....I'm a happy runner! You better watch out Janagi Balakrishnan!! You're only 5secs faster than me!! Haha..tetiba marah Janagi yang tak bersalah. Dah la tak kenal pun...


Overall..I had fun running malam-malam. My hubs & kids were there from the beginning sampai I finished berlari. They cheered for me. Ayen was proud of me. He hugged me at the finishing line and demanded to wear the medal. 

So...till the next race!! Tata!!!



P/S: Next target 78mins for 10km. Alahai...up grade 2 minit je target nye? hehehe..boleh laahh









Wednesday 19 November 2014

IJM Run 2014

Date : 21 September 2014 (Sunday)

Venue : Seremban 2

Distance: 5km

Timing : 37m 54s

Owh well..hello!! Assalamualaikum. I am very excited to write about this event. Sebab apa? Sebab event ni paling istimewa untuk saya & TunTun. Saya tak tau la apa specialnya bff saya ni sebenarnya...haha..tapi yang saya tau saya memang tak boleh carik kat mana-mana dah kawan macam Tun. Hanya saya & dia yang faham our very special friendship. Tun & I adalah 2 orang manusia yang memang sangat berbeza. Tapi itulah yang merapatkan kami. 

Kami kenal sejak umur kami 11 tahun. Sekarang umur kami berapaaa??? Rahsiaaa??? Blueekkk...tak rahsia pun..umur kami 35 tahun. Saya hampir tiada rahsia dengan Tun. Kalau ada rahsia pun mungkin 0.005% dari keseluruhan hidup saya atau saya terlupa nak bagitau dia. She is like my archive. She knows everything about me. Seriously? Yes....seriously. Saya kadang-kadang terpikir jugak...entah-entah Tun malas nak dengar cerita saya...tapi saya macam ni lah..memang selalu bercerita jugak pada dia..hehehe.. I can't help it Tun..I'm sorry...

So..this event memang special sebab this is Tun's 1st race!! Special for me pulak sebab I'm running with my dear bff.

Ok..jom cerita. TunTun started running in April 2014 (if I'm not mistaken). Boleh rujuk cerita Tun di sini - TunTun The Supermom 

So after few months dia training, I decided to force her to join me in 5km race je (je?? hoh poyo). Tetiba ada event IJM Seremban 2 kan...memang sesueiiii sangat sebab Tun will not have anymore excuses yang selalu dia cipta..hihihi like jauhlaahhh.takutlaahhh...susahlaahhh...bla..blaa...bla..

Tapi lepas register tu, I tell you...dia yang terlebih over nya..haha..TunTun..that's why I love you. So sampai lah hari yang ditunggu-tunggu. Saya gerak dari Bukit Jalil jam 4.30am. Sebab saya nak tumpang solat subuh di rumah Tun. Saya tinggalkan anak-anak saya dengan hubs yang baik hati yang sudi jaga anak everytime saya nak ber-escapism berlari-lari. My hubs is a real champ I tell you...hoho.

So at about 6.30am kami sampai di Pejabat Urusan IJM di Seremban 2. Orang dah ramai. Kami masuk Fun Run je...hahah..5km. Tapi debarannya sama hebat je dengan orang yang masuk 12km, Half Marathon & Full Marathon.

1st thing to do, is to take signature pose lah kan...here goes!!

Selalu ambik gambar sorang, kali ni berdua. Happynyaaa saya. Baju ni oren gile..silau mata saya tengok. 

Saya ada janji dengan Tun. That I would never ever tinggalkan dia masa lari ni. Saya akan lari sebelah dia sampaaaiii habis. She looked nervous and excited at the same time. For me 5km kacang (hahaa berlagak giler) I mean kacang untuk dihabiskan berlari lah. Tapi untuk kejar timing yang kami target mungkin tak begitu senang. Apa-apa pun target saya masa tu hanya untuk have fun dengan Tun and bonus if I can finish before 40 minutes.

1km...2km...kami ok lagi. Semua nya ok. Tapi bila sampai 4km tu Tun dah macam nyonya tua berlari tau. Haha...tangan je gerak laju konon laju sangat larinya. Tapi kaki dia tak moving pun....hooohhh!!! Siap nak jalan lenggang kangkung. Masa ni dah 4.5km dah pun..dah nampak dah IJM office kat depan tu. Saya marah dia..."Hooohhhhhh!!!!! Larilaaahhhhh...lagi 500m je. Nanti sampai depan tu ko nak baring..baringlaahhh!"

Tun menjeling..tajam...hahahaha...boleh terluka pipi saya dengan jelingannya tapi saya cakap "Weekkkk tak takooottttt!!! Cepat lariiiiiii!!! Nyonya pun lagi laju dari ko lah!!"

See..muka kami bila nak sampai finishing line. See..muka Tun? Hihi...


Saya letak jugak gambar kami terapung di finishing line ni walaupun saya sedar muka kami berdua menang dah macam perempuan gile. Takpelah...ini kenangan yang paling manis buat saya & Tun. Kami berjaya...ahahahah. Ni gambar dari official photographer. Happynyaaa...see...saya memang memastikan kami betul-betul sama-sama melangkah gunakan kaki yang sama supaya timing kami exactly sama reached the finishing line. Haha...sampai saya type entry ni pun saya tersengih-sengih dengan geleng-geleng kepala mengenangkan perangai Tun yang kelakar. 


We did good too. Our timing and speed were great (at least for us lah kan) 


Selfus lepas berlari. How happy we was masa tu. Especially kawan saya ni because this is her 1st time. I still remember how I felt when I finished my 1st race. Tapi lepas tu saya muntah. So my 1st time was not as great as Tun's. 


We made it!!!! Kalau boleh kami nak bagitau satu dunia...hahaah.. betapa hebatnya kami berlari 5km..hahaha.. and I would never forget how happy my best-friend was that day. The same feeling like masa kami di zaman sekolah dulu. 

Signature pose for race collection

Tun's 1st signature pose for her collection

This was my cover photo dekat facebook for couple months. I really love this photo.

So after the race...we celebrate dengan makan nasi lomaaakkk...nasi lemak Mambau dekat dengan rumah Nabil Raja Lawak. Tun belanja...terima kasih Tun.

Apa-apa pun this is one sweet memory yang akan saya simpan dalam hati saya. Tun memang very special. Saya doakan kawan saya sentiasa dirahmati Allah, sihat, happy, bahagia dengan suami & anak-anak-anak (Tun ada 3) yang comel & bijak-bijak belaka. Saya doakan Tun sentiasa beriman, cantik, kurus, kaya hehehe..Saya doakan agar friendship kami akan berpanjangan selamanya. Tak ada orang lain yang faham saya seperti Tun faham saya. 

P/S: I really love you, girlfriend!! *HUGS*



Tuesday 18 November 2014

Pertama kali berpuasa

Throwback masa Ramadhan 2014. Among my favorite photo.


Lagi 20 minit nak berbuka. Ayen dah macam gini. Pegang tekak sebab kering sangat. Hehe...Yen 6 tahun. Anak manja, sangat aktif, attention seeker hehe. 





P/S: Yen berjaya!!!


Monday 17 November 2014

Istanbul Aku Datang - Part 5

Part 5 dah?! Final one!! Yeayyy...

Ni hari terakhir kami di Istanul. Lepas ni kami akan berangkat ke Madinah. Boleh lawat Rasulullah (S.A.W). Ya Allah.. tak sabarnya. Tak tau apa yang nak expect. 



Selfie mengada-ngada sebelum turun breakfast.

Time ni dah nak berangkat sangat dah ni. Beg-beg semua dah nak masuk bas.

Sempat snapped gambar dari atas bas. Tak tau ni banunan apa.

Gambar kenang-kenangan dengan Abang Izzat - Driver bas kami yang macho. Dia dah berumur 55 tahun rasanya. 

Dah sampai airport


Overall Turki memang best. Makanan best..hehe tu je ke yang penting? Orang Turki baik-baik, sopan, cantik, handsome. Cuaca sejuk nyaman je. Tempat-tempat yang saya visited pun best. Yang paling besat saya memang tak sangka saya dah sampai ke Turki dan bonusnya ialah pergi bersama ibu ayah. Alhamdulillah, thank you Allah.

Ok..lepas ni cerita Madinah Mekah pulak. Entah berapa lama pulak tu saya nak berjaya habiskan kan? 

Thanks for reading!!!

P/S: FYI kat Istanbul tak ada longkang. Sebab negara dia sangat kurang hujan. So tak perlu longkang. Ke saya yang tak nampak..hahaha tak taulah kalau slaah bagi information.



Friday 14 November 2014

Istanbul Aku Datang - Part 4

OMG penatnya nak habiskan cerita Isketambola ni. Dah masuk part 4 dah. Lepas tu ada Part 5. OK hari yang ke-4 rasanya ni. Lepas breakfast pagi-pagi dalam pukul 10am tu lagi tour bas kami dah bawak kami ke kedai leather tersohor di Istanbul ni. 

Mesti diorang ingat kami banyak duit sangat lah tu. Ke diorang tak tau yang kami ni actually nak ke Madinah Mekah lepas ni. Entahlah. Khabarnya majority European brand memang ambik stock di sini lepas tu letak brand masing-masing. Katanya...hohoho..

Dah kalau sepasang leather jacket harganya paling murah rm3000, lepas tu ko nak pakai kat Malaysia? Tak payah lah kot...merepek je. 

Mula-mula sekali ada fashion show. Disebabkan rombongan kami ni rombongan ahli Umrah (hihi) so fashion show yang kedai ni buat ala-ala Muslimah la...walaupun...



Ni jacket double sided. Sebelah tu boleh pakai, sebelah dalam boleh pakai juer.

Leather cap. Price dalam RM120 kot duit kita..

Lepas fashion show tu, kami dipaksa naik ke tingkat atas utk tengok/beli barang-baranglah. Hihi..memeng kelakar lah. Harga memang ribu riban...Sebab ayah ibu & saya memang sah takkan beli..kami pun lepak bawah je..sambil buat fashion show sendiri..haahah

Model zaman 70-an Ms.Leha Bootylicious

Model pakaian haji/umrah..hahaahah Mr.Daddy Cool


Ni model apa pun tak tau la..tapi jubah ni memang diminati ramai masa di Turki. Ramai orang Turki tanya-tanya. Dah la diorang tak pandai cakap English. Dah mcm mana nak jawab? Pegang-pegang lengan kita la pipi lah.hish...sukati dia je tau.

Lepas tu kami ke Grand Bazaar!! Haa... I like. Banyak barang-barang pelik kat sini. Macam pinggan cantik-cantik. Tapi memang tak beli lah. Haha..tah apa kena kami sefamily memang tak beli apa-apa pun. Setakat souvenir kecik-kecik je untuk kawan-kawan & relatives.

The Grand Bazaar in Istanbul is one of the largest and oldest covered markets in the world, with 61 covered streets and over 3,000 shops which attract between 250,000 and 400,000 visitors daily (Wikipedia)



Mostly peniaga kat sini kenal lah kami dari Malaysia. Bila saya tanya macam mana kenal, diorang cakap kenal dengan tudung instant. Ha..glamour kan Malaysia. Diorang pun pandai cakap Melayu dengan kita tapi yang simple-simple lah like "Malaysia..malaysia..aku cintah padahmu" haha..nak ngorat ke apa ke..tak tau lah. Kat sini peniaga agak memaksa sikit lah. Sikit je lah..bukan macam kat Petaling Street yang dah 7-8 tahun saya tak pernah jejak.

Majority sopan & manis-manis belaka layanannya. Kepada orang Malaysia je kot. Tapi masa kami dengar cerita dari group lain yang dari Malaysia jugak tapi bukan Melayu, diorang cakap orang Turki layan kasar. Hehe...mungkin orang Turki tak tau yang Malaysia ni banyak kaum kot. Dia ingat Melayu je orang Malaysia...Wallahualam.


Lampu memang cantik-cantiiiiikkk sangat. Tak mahal pun. Boleh la kalau nak beli. Tapi nak kena bawak ke Madinah & Mekah dulu pastu nanti kami Transit ke Istanbul semula baru balik ke KL. Dah ke payah tu kan nak bawak segala-bala barang kaca la apa lah kan. Silap-silap excess baggage.



Memang besar sangat Grand Bazzar ni. Jangan lupa ingatkan nombor pintu masuk tau. Nanti nak keluar pun cariklah pintu yang sama. Kami keluar/masuk ikut pintu 1 eh ke 25? Eh..betullah pintu 1. Pintu 25 tu masa kat Madinah..hehe confuse.


Pinggan-pinggan hiasan gini memang banyak. Colorful lagi.


Ni Ibu ayah berlakon konon-konon terpersona lah dengan pinggan-pinggan yang lawa merelip-relip tu..haha. Ni masa tengah kawan baik lah ni kot. Kalau tak asyik bergaduuuhhh je. Hihihi




Kat pintu masuk Grand Bazaar. Masa tengah tunggu kawan-kawan yang lain. Lepas ni kami nak pergi makaaannn...dekat jambatan Bosphorus. Waahhh...ada nasik tak? Masa tu Ali cakap dia nak belanja kami makan dolphin. Penipu sangat kan. Tapi kejap-kejap tu percaya lah jugak..hahaha...



Macam biasa kena jalan jauh jugak. Saya ok je. Tapi memang sentiasa kena jalan sebelah ayah. Sebab ayah memang suka tak nampak tebing ke, split level ke..so nati dia senang tersadung. Kadang-kadang ayah tak perasan tangga belum habis. Dia ingat tangga dah habis so..dia mesti macam nak terjatuh lah kan...kena la tunjuk-tunjuk bawah untuk dia selalu. Ustaz Soleh memang sentiasa jalan di belakang sekali. So dia pun selalu tengok-tengokkan ayah. Ibu pulak jalan pelan-pelan kat depan. Ayah memang saya kena jaga selalu. Sebab kadang-kadang bila dia penat melampau kan...dia dah tak perasan dia ikut siapa. Dia nampak macam semua perempuan bertudung tu ibu atau saya. Kang tetiba dia pergi pegang lengan orang lain kang...haaa paghah..

Tapi ayah tak mengaku ye...dia selalu cool je..so syyhh..jangan cerita dengan ayah ok. By the way..ayah saya dah ada facebook account. Manalah tau tetiba dia pandai pulak baca blog ni..hohoh..takuuuttt!!!


Ha..kalau nampak muka saya over excited tu..makna..kami kat tempat makaaannn!!! Yeaayyy...sedapnya..ikan fresh-fresh. Yang kononnya dolphin yang Ali cakap tu. Memang penipu. 


Ni Ustaz Soleh & Kak Rogayah. Kak Rogayah orang gomen. Kerja di Putrajaya lagi 2-3 tahun pencen kot. Kak Gayah datang dengan Kak Mai. Owh..bagi yang tak tau...untuk pergi Umrah, untuk perempuan bawah umur 45 tahun kita wajib ada mahram yang pergi bersama. Husband, ayah, adik lelaki, datuk, pakcik, abang, anak lelaki yang sudah baligh..semua tu kira mahram lah. 

Untuk yang dah 45 tahun takpe takde mahram. Kerajaan Arab Saudi lah yang tetapkan undeng-undeng gitu. Apa ingat perempuan 45 tahun takde orang nak ngorat ke? Pergi tengok orang Malaysia especially..45 tahun meletopppsss lagi tau.

Tapi dah itu negara dia kaann..undeng-undeng dia..ikut jelah. alhamdulillah..ayah mahram saya. Tu yang ramai ingat saya belum kawin sebab saya datang dengan ibu ayah. Hoho (terhappy sekejap)


Tu apa ek kat belakang saya yang tengah selfie tu. Blue Mosque rasanya. Ke salah tak tau lah. Masa ni pun tengah jalan sorang-sorang sambil tunggu ayah sampai kat saya.


Lepas tu kami ke Spice Market!!! Ni tempat saya paling suka selepas tempat makan lah..hehe. 

The Spice Bazaar in Istanbul, Turkey is one of the largest bazaars in the city. Located in the Eminönü quarter of the Fatih district, it is the most famous covered shopping complex after the Grand Bazaar (Wiki)

Nak ke sini pun kena jalan kaki lagi. Cuaca memang panas...tapi tak berpeluh pun sebab sejuk je. Ketiak pun tka basah..haha..



Yah..nak kebab - bak duit!



Kat sini pun ada macam-macam. Turkish Delight pun ada..lagi banyak. Lagi murah. Flavored tea pun ada..macam-macam perasa & bau. Saya beli magnet dan souvenir banyak dekat sini untuk kawan-kawan sebab murah. Beg comel-comel baru 1 lira je.  



Lepas tu kami ke Aya Sofia 

Hagia Sophia (from the GreekἉγία Σοφία, "Holy Wisdom"; LatinSancta Sophia or Sancta SapientiaTurkishAyasofya) is a former Greek Orthodox patriarchal basilica (church), later an imperial mosque, and now a museum (Ayasofya Müzesi) in IstanbulTurkey. From the date of its construction in 537 until 1453, it served as an Eastern Orthodox cathedral and seat of the Patriarchate of Constantinople,[1] except between 1204 and 1261, when it was converted to a Roman Catholic cathedral under the Latin Empire. The building was a mosque from 29 May 1453 until 1931. It was then secularized and opened as a museum on 1 February 1935. (Wiki)

Aya Sofia pada asalnya ialah Gereja, lepas tu bila Islam memerintah Turki, ia ditukarkan menjadi Masjid. Tu pasal di dinding atas tu..tinggi gile tau...ada gambar Maryam (Mother of God for the Christian). Masa gereja ni ditukarkan menjadi masjid, gambar-gambar Maryam & ada lagi gambar-gambar few angels ditutup lah guna plaster simen. Dah lama kemudian, Aya Sofia ditukarkan menjadi muzium.

Tu nampakkan gambar Maryam lah kononnya kat atas sana tu. 


Dulu-dulu pun ada pemerintah yang pernah berusaha untuk keluarkan mercu Allah (S.W.T) dan Muhammad (S.A.W). Tapi benda tu besaaarrr sangat..beraaatt...sangat sampai kena golek-golekkan oleh beratus orang tapi bila dah sampai ke pintu keluar...tak muat pulak nak keluarkan. So akhirnya terpaksa diletakkan/digantung semula di tempat asalnya. Nampakkan kuasa Allah...Subhanallah. So dulu macam mana boleh muat pulak masa nak bawak masuk benda tu? Haa....magic tak? 

Pasa ketika kami melawat ni pun kerja-kerja nak kopek semula plaster simen yang melitupi gambar-gambar angels & macam-macam gambar dewa-dewa yang lain giat dijalankan. Terasa sedih jugak la..sebab.. rakyat Turki actually sedang giat buat demo untuk kembalikan muzium ni menjadi masjid. Tapi nampaknya macam tak berjaya kot. Sebab...kerajaan terus nak kopek plaster simen tu nak nampakkan semula gambar-gambar yang saya cakap tadi lah. Wallahualam....


See...ayah posing..hehehe


Yang tempat berlampu kat atas kepala saya tu actually tempat untuk Sultan solat semasa zaman pemerintahannya. Sultan ada jugak berkeras takmo solat di atas tu sebab dia nak join rakyatnya solat. Tapi menteri-menteri & pengawal tak benarkan. Sebab takut apa-apa terjadi kepada sultan mereka yang memang ramaaaiii musuh Islam nak bunuh. 

Selfus lah lagi...dah takde orang nak ambikkan gambar

Ni one of my favourite picture jugak. Rasanya Ali yang snapped kan.


Lepas tu sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai, sana selfie lah sana sini. Rugi wooo tak ambik gambar kan. Entah bila-bila lagi lah saya nak sampai sini. So tetiba ada orang Turki kot..nampak saya terkial-kial carik angle dia pun offer lah nak tolong ambikkan gambar saya. Dah lepas tu kan...dia takmo bagi balik phone saya!!! Whhaaattttt!!!! Dia cakap nak bagi saya 1000 lira sebab dia nak beli phone saya tu. Masa tu Galaxy S5 baru sebulan keluar kot kat Malaysia. Kat Turki saya tak pasti dah keluar ke belum. 

Dah la saya memang bukan orang suka tukar-tukar phone, My previous phone before S5 ni yelah S1 yang memang dah tak boleh guna langsung..barulah saya tukar S5. Huukk huukkk rasa dah nak nanesss di situ... sambil orang Turki tu tunjuk-tunjuk duit dia. 

Tak naakkkk!!!!!!

Last-last dia bagi balik phone saya lepas mintak nama facebook saya. Haha..itu macam pun ada ka? Saya bagi nick name salah kat dia...blueekkk...

OK!! habis hutang cerita part 4. Nanti sambung lagi!!! Bye!!!!