$

Monday, 24 November 2014

Bukit Ketumbar - Hiking

Date/Day : 15 November 2014 (Saturday)

Time : 8.30am

Venue : Ketumbar Hill, Cheras

Distance : Turun & Naik 1.98km


Hai...Assalamualaikum.

Saya memang ibu yang over dalam segala hal. Otak sentiasaaaaa ada berfikir nak buat aktiviti untuk diri sendiri, husband, anak-anak & kawan-kawan rapat. Rasanya hampir tak ada weekend yang memang berlalu begitu sahaja. Mesti ada aktiviti. Tidur pun termasuk dalam agenda hujung minggu saya ok. Haha...anak-anak saya memang faham dah...hari Sabtu kena tidur siang sekejap lepas lunch. Charge battery. Supaya nanti bila malam waktu ibu ajak jalan-jalan tak cranky sebab mengantuk. 

Siapa yang cranky sebenarnya entah? Haha...sebab..saya pun biasanya akan join tidur sekali dengan anak... tutup curtain kasik gelap sikit....sejuk-sejuk...tutup tv...tiduuurrr...aahhhh heaven.

Hubs memang selalu after lunch memang takde di rumah sebab dia lagi macam-macam aktiviti ada. Dengan kerja, bengkel & team bola dia. Memang busy selalu. So..saya memang ambil peluang nak tidur siang. 

So Ahad pagi memang dah berpikir dah nak bawak anak-anak daki Bukit Ketumbar. Dah cakap awal-awal dengan hubs nak ikut tak? Dia kata "tengok lahh" Hoh..selaluya kalau jawapan 'tengoklah' tu maknanya tak nak lah tu. Menyampah!!

Kalau tak nak ikut ini last ok saya ajak!! Jangan menyesal kalau terlepas aktiviti bermakna bersama anak-anak!! (Huhu...ugut). So..dia bangun jugak pagi tu..walaupun agak liat (hihihi...ketawa sambil tutup mulut)

Ye..saya tahu dia penat. Hari Ahad lah selalunya dia nak cover tidur dia. Sebab hari-hari lain dia memang sibuk selalu. Balik pun dah malam. Tapi biasalah, saya memang isteri mengada-ngada..hehe.. dah 10 tahun dia melayan perangai ni kan...Jom pergi!!

Ayen malam tu happy sangat. Sampai tak lelap tidur. Lepas tu masa saya solat Subuh pagi tu (saya solat dalam bilik, dalam gelap). Ayen dah lalu lalang di luar bilik saya sebab nak check yang saya dah bangun ke belum, hari dah pagi ke belum. Dah boleh pergi mendaki ke belum. Gitulah excited nya anak bongsu saya. Perangai...over..giler...sebijik macam ibu dia.

Sekali masa dia lalu lalang tu..dia nampak ada lembaga berkelubung putih dalam gelap tu tertonggeng-tonggeng (saya lah tu) Melompat dia nak lari ok...haahah..padan muka..siapa suruh asyik nak skodeng bilik orang gelap-gelap.

Kami breakfast dulu sebelum mendaki. Sampai di kaki bukit dah banyak kereta parking di tepi-tepi jalan. Kami dengan tak ada warm up, stretching ke apa..cuma baca Bismillah je..terus mendaki.  

Bukit agak basah, mungkin malam tadi hujan. Licin lah sikit. Ayen ada jatuh sekali je masa nak turun sebab dia tak pandai lagi nak agak mana tempat yang selamat untuk dipijak. Lagi pun dia memang over excited melompat-lompat sangat. Entah berapa kali kena marah dengan ayah dia. Dia memang tak serik. Sengih je...

Kami mendaki 20 minit untuk sampai ke puncak. Kejap je kan...dulu pertama kali saya naik dengan kawan-kawan gym kami mendaki dalam 30 minit. Mungkin anak-anak saya lau kot. Saya pun terpaksalah ikut. Woohhh..memang penatlah..gigil jugak kaki. Tapi memang tak boleh berhenti lama untuk berehat. Sebab nanti laaaaagi penat. So naik jelah slow-slow. Lagipun saya kan atlet (huaa huaaa perasan) Mana boleh cakap penat kan...



Sampai atas ada tempat baring pulak. Hubs memang terus terbaringlah 5 minit. Penat sangat kaedahnya. Ayen konon-konon jadi tukang urut ayah dia. Kat atas puncak tu selalunya ada dog show. Climber yang lain banyak yang datang mendaki dengan anjing masing-masing sambil menunjukkan skill anjing masing-masing lah. Melompat gelung ke..berjalan meniti titian usang ke..gitu..

Tapi hari tu tak ada pulak dog show nya.. anak saya sedikit kecewa. Tapi kejap jelah. Bila saya tunjukkan ada dumb bell la.. ada buaian la..happy balik. Lepas tu nampak pulak ada scorpion besaaarrr! Saya pun tak pernah nampak scorpion sebesar itu.

Ayong cuba membuat muka macho sambil mengangkat dumb bell yang boleh tahan lah beratnya. Owh..anak saya dah besar...tinggi..dah paras hidung saya. Masa awal tahun hari tu baru paras dagu. Cepatnya besar...hmmm

Si Kecik Kenot memilih untuk main buaian. 

Gambar ni sebenarnya entah berapa kali snap tah. Ayong yang snap kan. Kejap suruh snap sekali lagi sebab nampak perut saya boncet...ahahah..pandai dia tau..menjaga penampilan ibu dia yang gila glamer. Gambar yang ni pun bersungguh-sungguh saya sedut perut tau..haha.

So, masa untuk turun!!! Jangan lupa ambil route yang lagi satu untuk turun tau. Masa naik ambil route ke kiri, masa turun pun ambil route ke kiri. Supaya dapat pergi ambil gambar dekat KL View Point!! Owhh...cantiknya. Terasa berjaya ok! Ada lah objective memanjat bukit ni rupanya setelah berpenat lelah dapat jugak scenery yang cantik macam ni.

Hubs yang dari mulu-mula memanjat tadi moncong je..hehehe..bila sampai ke view point ni barulah dia happy sikit. Haha..terasa success agaknya. (Huhu..pepandai je)

See Ayong termenung jauh. Berangan apa tah. Boleh nampak jelas satu KL dari atas ni. Nampak KLCC & KL Tower jugak. Cuaca memang dah mula panas. Tapi jangan risau. Keadaan kat sini redup je. Sebab memang banyak pokok. Nyamuk pun ada jugak jangan lupa bawak repellent ok. Tapi takde lah giler banyak..


Saya tak sangka anak saya pun pandai posng gedik macam ni. Haha!! Ayen memang talented. Melentik-lentik ha posing nya. 





Ok, lepas dah puas berehat, minum-minum air & makan biskut sikit kat view point tu, kami pun turun. Turun pun kena berhati-hati tau. Sebab licin dan banyak akar pokok. Anak-anak saya tak sabar nak jumpa dengan air terjun. Mesti diorang ingat air terjun yang besar yang boleh mandi. Ayen pulak panggil air terjun tu "Air Gelongsor" haha...banyak kali Ayong gelakkan dia. Waterfall lah dekkk!!! Bukan water slide!!! Hoh!! Tak reti-reti - katanya. Garang betul...ikut siapa lah ni?




Tu ha..waterfall nya. Kecik je..ala-ala air mengalir lesu je. Hihi..dapatlah rendam-rendam kaki, bilas kasut diorang tu yang kotor kena selut. Ayen sedikit kecewa sebab dia imagined boleh mandi kat air terjun tu. Nantilah Dek ye..nanti kalau ada rezeki kita pergi Bukit Apek ke Bukit Saga ke..kita mandi air terjun ye.





Tak lepaskan peluang ambik gambar boyfriend saya yang selalu garang. Walaupun garang, hati memang baik sangat. Memang selalu kecik-kecik hati dengar dia garang-garang tu. Dah la tak pandai pujuk hoohh!! Tapi tulah dia memang my everything..chewahhhh gitu..belahan jiwa ok!


So overall, naik dan turun lebih kurang 2km sahaja. Seronok tak? Seronoookkk!!! Ambil masa dalam 1jam 20 minit. Calorie burned dekat 500cal ok. Tapi lepas tu kami pergi tapaw nasi lemak kedai Tawaf..hihih..600 cal!! 

Sampai rumah anak-anak saya yang memang tak reti penat tu pergi mandi pool pulak. Lepas zuhur semua orang tidur 2 jam. Ada sorang je tidur sampai 4 jam. Bukan saya ehh...hehe

Hingga ke bukit yang seterusnya!!! Tata!

P/S: Saya happy saya dapat paksa hubs pergi panjat bukit ni. Dia pun actually happy..blueekkk saya tauuu...



2 comments:

diana said...

belaian jiwa.. haha.. melentik2 body ayen comel. eh atan i owe u satu artikel on fitness kan, tapi aku tulis kat blog aku boleh? jangan baca dulu, tengah edit ni. poyos haha..

perut aku alahai lagilah tertekan okeh lau pakai dry fit.. tak menahan nak guna term dry fit :D

MK said...

haha!! aku suka entry ko! Good job!