OMG penatnya nak habiskan cerita Isketambola ni. Dah masuk part 4 dah. Lepas tu ada Part 5. OK hari yang ke-4 rasanya ni. Lepas breakfast pagi-pagi dalam pukul 10am tu lagi tour bas kami dah bawak kami ke kedai leather tersohor di Istanbul ni.
Mesti diorang ingat kami banyak duit sangat lah tu. Ke diorang tak tau yang kami ni actually nak ke Madinah Mekah lepas ni. Entahlah. Khabarnya majority European brand memang ambik stock di sini lepas tu letak brand masing-masing. Katanya...hohoho..
Dah kalau sepasang leather jacket harganya paling murah rm3000, lepas tu ko nak pakai kat Malaysia? Tak payah lah kot...merepek je.
Mula-mula sekali ada fashion show. Disebabkan rombongan kami ni rombongan ahli Umrah (hihi) so fashion show yang kedai ni buat ala-ala Muslimah la...walaupun...
Ni jacket double sided. Sebelah tu boleh pakai, sebelah dalam boleh pakai juer.
Leather cap. Price dalam RM120 kot duit kita..
Lepas fashion show tu, kami dipaksa naik ke tingkat atas utk tengok/beli barang-baranglah. Hihi..memeng kelakar lah. Harga memang ribu riban...Sebab ayah ibu & saya memang sah takkan beli..kami pun lepak bawah je..sambil buat fashion show sendiri..haahah
Model zaman 70-an Ms.Leha Bootylicious
Model pakaian haji/umrah..hahaahah Mr.Daddy Cool
Ni model apa pun tak tau la..tapi jubah ni memang diminati ramai masa di Turki. Ramai orang Turki tanya-tanya. Dah la diorang tak pandai cakap English. Dah mcm mana nak jawab? Pegang-pegang lengan kita la pipi lah.hish...sukati dia je tau.
Lepas tu kami ke Grand Bazaar!! Haa... I like. Banyak barang-barang pelik kat sini. Macam pinggan cantik-cantik. Tapi memang tak beli lah. Haha..tah apa kena kami sefamily memang tak beli apa-apa pun. Setakat souvenir kecik-kecik je untuk kawan-kawan & relatives.
The Grand Bazaar in Istanbul is one of the largest and oldest covered markets in the world, with 61 covered streets and over 3,000 shops which attract between 250,000 and 400,000 visitors daily (Wikipedia)
Mostly peniaga kat sini kenal lah kami dari Malaysia. Bila saya tanya macam mana kenal, diorang cakap kenal dengan tudung instant. Ha..glamour kan Malaysia. Diorang pun pandai cakap Melayu dengan kita tapi yang simple-simple lah like "Malaysia..malaysia..aku cintah padahmu" haha..nak ngorat ke apa ke..tak tau lah. Kat sini peniaga agak memaksa sikit lah. Sikit je lah..bukan macam kat Petaling Street yang dah 7-8 tahun saya tak pernah jejak.
Majority sopan & manis-manis belaka layanannya. Kepada orang Malaysia je kot. Tapi masa kami dengar cerita dari group lain yang dari Malaysia jugak tapi bukan Melayu, diorang cakap orang Turki layan kasar. Hehe...mungkin orang Turki tak tau yang Malaysia ni banyak kaum kot. Dia ingat Melayu je orang Malaysia...Wallahualam.
Lampu memang cantik-cantiiiiikkk sangat. Tak mahal pun. Boleh la kalau nak beli. Tapi nak kena bawak ke Madinah & Mekah dulu pastu nanti kami Transit ke Istanbul semula baru balik ke KL. Dah ke payah tu kan nak bawak segala-bala barang kaca la apa lah kan. Silap-silap excess baggage.
Memang besar sangat Grand Bazzar ni. Jangan lupa ingatkan nombor pintu masuk tau. Nanti nak keluar pun cariklah pintu yang sama. Kami keluar/masuk ikut pintu 1 eh ke 25? Eh..betullah pintu 1. Pintu 25 tu masa kat Madinah..hehe confuse.
Pinggan-pinggan hiasan gini memang banyak. Colorful lagi.
Ni Ibu ayah berlakon konon-konon terpersona lah dengan pinggan-pinggan yang lawa merelip-relip tu..haha. Ni masa tengah kawan baik lah ni kot. Kalau tak asyik bergaduuuhhh je. Hihihi
Kat pintu masuk Grand Bazaar. Masa tengah tunggu kawan-kawan yang lain. Lepas ni kami nak pergi makaaannn...dekat jambatan Bosphorus. Waahhh...ada nasik tak? Masa tu Ali cakap dia nak belanja kami makan dolphin. Penipu sangat kan. Tapi kejap-kejap tu percaya lah jugak..hahaha...
Macam biasa kena jalan jauh jugak. Saya ok je. Tapi memang sentiasa kena jalan sebelah ayah. Sebab ayah memang suka tak nampak tebing ke, split level ke..so nati dia senang tersadung. Kadang-kadang ayah tak perasan tangga belum habis. Dia ingat tangga dah habis so..dia mesti macam nak terjatuh lah kan...kena la tunjuk-tunjuk bawah untuk dia selalu. Ustaz Soleh memang sentiasa jalan di belakang sekali. So dia pun selalu tengok-tengokkan ayah. Ibu pulak jalan pelan-pelan kat depan. Ayah memang saya kena jaga selalu. Sebab kadang-kadang bila dia penat melampau kan...dia dah tak perasan dia ikut siapa. Dia nampak macam semua perempuan bertudung tu ibu atau saya. Kang tetiba dia pergi pegang lengan orang lain kang...haaa paghah..
Tapi ayah tak mengaku ye...dia selalu cool je..so syyhh..jangan cerita dengan ayah ok. By the way..ayah saya dah ada facebook account. Manalah tau tetiba dia pandai pulak baca blog ni..hohoh..takuuuttt!!!
Ha..kalau nampak muka saya over excited tu..makna..kami kat tempat makaaannn!!! Yeaayyy...sedapnya..ikan fresh-fresh. Yang kononnya dolphin yang Ali cakap tu. Memang penipu.
Ni Ustaz Soleh & Kak Rogayah. Kak Rogayah orang gomen. Kerja di Putrajaya lagi 2-3 tahun pencen kot. Kak Gayah datang dengan Kak Mai. Owh..bagi yang tak tau...untuk pergi Umrah, untuk perempuan bawah umur 45 tahun kita wajib ada mahram yang pergi bersama. Husband, ayah, adik lelaki, datuk, pakcik, abang, anak lelaki yang sudah baligh..semua tu kira mahram lah.
Untuk yang dah 45 tahun takpe takde mahram. Kerajaan Arab Saudi lah yang tetapkan undeng-undeng gitu. Apa ingat perempuan 45 tahun takde orang nak ngorat ke? Pergi tengok orang Malaysia especially..45 tahun meletopppsss lagi tau.
Tapi dah itu negara dia kaann..undeng-undeng dia..ikut jelah. alhamdulillah..ayah mahram saya. Tu yang ramai ingat saya belum kawin sebab saya datang dengan ibu ayah. Hoho (terhappy sekejap)
Tu apa ek kat belakang saya yang tengah selfie tu. Blue Mosque rasanya. Ke salah tak tau lah. Masa ni pun tengah jalan sorang-sorang sambil tunggu ayah sampai kat saya.
Lepas tu kami ke Spice Market!!! Ni tempat saya paling suka selepas tempat makan lah..hehe.
The Spice Bazaar in Istanbul, Turkey is one of the largest bazaars in the city. Located in the Eminönü quarter of the Fatih district, it is the most famous covered shopping complex after the Grand Bazaar (Wiki)
Nak ke sini pun kena jalan kaki lagi. Cuaca memang panas...tapi tak berpeluh pun sebab sejuk je. Ketiak pun tka basah..haha..
Yah..nak kebab - bak duit!
Kat sini pun ada macam-macam. Turkish Delight pun ada..lagi banyak. Lagi murah. Flavored tea pun ada..macam-macam perasa & bau. Saya beli magnet dan souvenir banyak dekat sini untuk kawan-kawan sebab murah. Beg comel-comel baru 1 lira je.
Lepas tu kami ke Aya Sofia
Hagia Sophia (from the Greek: Ἁγία Σοφία, "Holy Wisdom"; Latin: Sancta Sophia or Sancta Sapientia; Turkish: Ayasofya) is a former Greek Orthodox patriarchal basilica (church), later an imperial mosque, and now a museum (Ayasofya Müzesi) in Istanbul, Turkey. From the date of its construction in 537 until 1453, it served as an Eastern Orthodox cathedral and seat of the Patriarchate of Constantinople,[1] except between 1204 and 1261, when it was converted to a Roman Catholic cathedral under the Latin Empire. The building was a mosque from 29 May 1453 until 1931. It was then secularized and opened as a museum on 1 February 1935. (Wiki)
Aya Sofia pada asalnya ialah Gereja, lepas tu bila Islam memerintah Turki, ia ditukarkan menjadi Masjid. Tu pasal di dinding atas tu..tinggi gile tau...ada gambar Maryam (Mother of God for the Christian). Masa gereja ni ditukarkan menjadi masjid, gambar-gambar Maryam & ada lagi gambar-gambar few angels ditutup lah guna plaster simen. Dah lama kemudian, Aya Sofia ditukarkan menjadi muzium.
Tu nampakkan gambar Maryam lah kononnya kat atas sana tu.
Dulu-dulu pun ada pemerintah yang pernah berusaha untuk keluarkan mercu Allah (S.W.T) dan Muhammad (S.A.W). Tapi benda tu besaaarrr sangat..beraaatt...sangat sampai kena golek-golekkan oleh beratus orang tapi bila dah sampai ke pintu keluar...tak muat pulak nak keluarkan. So akhirnya terpaksa diletakkan/digantung semula di tempat asalnya. Nampakkan kuasa Allah...Subhanallah. So dulu macam mana boleh muat pulak masa nak bawak masuk benda tu? Haa....magic tak?
Pasa ketika kami melawat ni pun kerja-kerja nak kopek semula plaster simen yang melitupi gambar-gambar angels & macam-macam gambar dewa-dewa yang lain giat dijalankan. Terasa sedih jugak la..sebab.. rakyat Turki actually sedang giat buat demo untuk kembalikan muzium ni menjadi masjid. Tapi nampaknya macam tak berjaya kot. Sebab...kerajaan terus nak kopek plaster simen tu nak nampakkan semula gambar-gambar yang saya cakap tadi lah. Wallahualam....
See...ayah posing..hehehe
Yang tempat berlampu kat atas kepala saya tu actually tempat untuk Sultan solat semasa zaman pemerintahannya. Sultan ada jugak berkeras takmo solat di atas tu sebab dia nak join rakyatnya solat. Tapi menteri-menteri & pengawal tak benarkan. Sebab takut apa-apa terjadi kepada sultan mereka yang memang ramaaaiii musuh Islam nak bunuh.
Selfus lah lagi...dah takde orang nak ambikkan gambar
Ni one of my favourite picture jugak. Rasanya Ali yang snapped kan.
Lepas tu sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai, sana selfie lah sana sini. Rugi wooo tak ambik gambar kan. Entah bila-bila lagi lah saya nak sampai sini. So tetiba ada orang Turki kot..nampak saya terkial-kial carik angle dia pun offer lah nak tolong ambikkan gambar saya. Dah lepas tu kan...dia takmo bagi balik phone saya!!! Whhaaattttt!!!! Dia cakap nak bagi saya 1000 lira sebab dia nak beli phone saya tu. Masa tu Galaxy S5 baru sebulan keluar kot kat Malaysia. Kat Turki saya tak pasti dah keluar ke belum.
Dah la saya memang bukan orang suka tukar-tukar phone, My previous phone before S5 ni yelah S1 yang memang dah tak boleh guna langsung..barulah saya tukar S5. Huukk huukkk rasa dah nak nanesss di situ... sambil orang Turki tu tunjuk-tunjuk duit dia.
Tak naakkkk!!!!!!
Last-last dia bagi balik phone saya lepas mintak nama facebook saya. Haha..itu macam pun ada ka? Saya bagi nick name salah kat dia...blueekkk...
OK!! habis hutang cerita part 4. Nanti sambung lagi!!! Bye!!!!
2 comments:
choyy mamat turki. cantek jubah rimau tu tan. aku kalau pakai entah apa rupanya haha..
ko pakai mesti lagi cantik Ana, mesti terus jadik mcm princess Elsa Frozen..
Post a Comment