$

Showing posts with label sardine. Show all posts
Showing posts with label sardine. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Tom Yam Sardin

Assalamualaikum kawan-kawan.

Frankly..saya tak masak dinner hari-hari. Saya sampai rumah pun dah maghrib. Kalau anak-anak saya dah makan kenyang-kenyang di rumah nanny & hubs pulak ada meeting malam, so either saya makan roti or oats for dinner. Ataupun saya makan di kedai depan rumah je. Tapi semalam saya terasa nak makan sardin.

Jom masak Tom Yam Sardin:-

Bembahan:-
2 tin kecik sardin king cup (saya guna king cup)
2 bijik bawang besar belah 4
2 ulas bawang putih ketuk sikit
4-5 bijik cili api ketuk sikit
2 biji tomato belah 4
1 peket serbuk tom yam putih adabi (saya guna brand ni)
3-4 heli daun limau purut
1 btg serai diketuk
1 cawan air
garam & perasa
minyak sikit untuk tumis

Method:-
  1. Tumis bawang besar bawang putih, serai & cili api sampai wangi sikit. Saya suka masukkan garam & perasa time tumis ni. Itu petua Kak Ngah Liza.
  2. Masukkan air secawan. Masukkan serbuk tomyam putih adabi. Kacau hingga larut
  3. Masukkan sos tomato dari tin sardin tu. Tunggu mendidih.
  4. Lepas tu masukkan ikan sardin. 
  5. Rasa-rasa lah sikit sedap ke?
  6. Masukkan daun limau purut, koyak-koyak lah kan sikit ye. kasik bau dia lagi power..huummmm..
  7. Bila rasa dah ok semuanya masukkan tomato tutup api. Saya suka masukkan tomato last-last & cepat-cepat tutup api supaya tomato saya tak lembik.



Nah percubaan meletakkan video bagi semua orang nampak dia gerak-gerak..weeeeee!!! nyummm!!


Anak saya makan sangat banyak. Tambah nasi dua kali. Lepas tu kata nak habiskan ikan tu pulak. Tiba-tiba hubs balik lepas tu berdiri je deka tpintu bilik sambil tunggu saya habis solat Isyak. Rupa-rupanya dia nampak saya update gambar tu dalam facebook. So dia sanggup tak makan dengn kawan dia.

Nasib baik Abg Long ada tinggalkan seketul ikan. Hehehehe...Rezeki Hubs rupanya. Alhamdulillah. Asyik-asyik masak sambal sardin, kari sardin, sardin kicap kan...meh la cuba tomyam sardin pulak.

Bye!!!

Monday, 22 March 2010

Dugaan

MK puasa lagi hari ini. Time puasa ni lah colleague buat trifle lah, chocolate cake lah, karipap sardin lah. Terseksa tau...terseksa!

So, hari ni mood lapar sikit. Jadik Mk nak post gambar makanan saja. Resepi lain kali lah. Lagipun rasanya semua dah tau macam mana nak buat kot. Ini yang MK masak recently:-

Cekodok Sardin
Kek pisang (Abg Lon' & BamBam tolong buat skali tau)
Ayam goreng (ini pun nak ambik gambar)
kacang buncis berudang bercarrot bertang-hoon
Mee goreng mamak bersotong mewah
Kari ayam - sedap dicicah dengan roti
Tang-hoon goreng cili padi bersama fishball
last but not least - daging kicap liat.

Demn - sekarang bertambah lapar. Esok MK tak puasa. Nak jumpa girlfriend lunch bersama. Suke!

Monday, 21 January 2008

Sardin Roll

MK masak sambil duduk le puan-puan. Kalau diri lama rasa mcm perut nak jatuh. So.. hambik le resepinye.

bahan2nye:
*250gm tepung gandum
*1 sb gula
*1/2 sk garam
*2 sk baking powder
20gm butter
140ml susu segar
1 biji telur ayam yg kecit

inti:

1 tin sardin yg kecik (cap apa2 yg puan2 suka)
1 biji bwg besar
1 biji kentang yg kecik potong dadu kecik2 tau biar cepat empuk
2 sudu besar sos cili
serbuk lada sulah
minyak

cara2nya:
  1. Masuk semua bahan2 (*) dlm mangkuk, kacau rata 
  2. Masukkan susu & butter. Uli sampai tak melekat kat tangan. Kalau cair sangat tambah tepung sket sket okeh!! 
  3. Kalau dah siap, tutup mangkuk dgn plastic wrap atau kain lembab, pastu simpan dlm fridge kejap dalam 20-30 minit. 
  4. Sementara tu, panaskan minyak, tumiskan bawang sampai naik bau 
  5. Pastu masukkan lada sulah, sos & kentang, gaul kejap kecikkan api biarkan kentang empuk. 
  6. Pastu masukkan sardin, kacau kacau kacau hancurkan. Rasa le..siap! 
  7. Keluarkan doh dari fridge, canai nipis, letakkan inti kat tgh dia, pastu tutup rapat. golek2 sket biar cantik 
  8. Gunting bahagian yg atas doh tu, sapu telur kasik kilat sket
  9. Bakar 200' selama 20-30 minit.

TETAPI:- puan2, MK sebenarnya lagi prefer karipap dr sardin roll ni sbb resepi ni buat doh dia mcm tebal sket..pastu tak rangup mcm karipap. OR MK yg tak reti buat dia sedap2 kot? hahahaahah!!

pastu mlm nye pulak ade permintaan nasi goreng dr 2 org budak lelaki tu (pakmir & adam). disebabkan dlm fridge tu dah tak ado apo2 yg tinggal, kecuali daging UNTA. so MK pun buat le nasi goreng daging unta. sedap juer..lembut je dagingnye. adam mkn satu pinggan penuh.

hari rabu ni cuti kan.. rasa mcm nak buat karipap la.. tgk le mcm mana kalu bgn awal ek. till then puan2... happy VEIL VEIL!!! to those who celebrate le!! to the rest happy holiday!!

Friday, 8 June 2007

Nasi Goreng Sardina Ali


Assalamualaikum puan2,
berjumpa kita lagi pada hari yg indah ini. Hari ni hari jemaat kan..mk rasa berjiwa mulia hari ni..ehehehe.. so..apa resepi kita hari ini? ya..setelah sekian lama mk merahsiakan resepi paling indah di seantero donia ini, kama hari ini mk membocorkan rehsianya iaitu... teng teng teng!!! "Nasi Goreng Sardina Ali"okeh jgn berlengah lagi puan2..sila amik stylus pen puan2 jika puan2 guna p.d.a la..
bahan2 (2 org 1/2 mkn) - sbb campur abg lon
1 tin kecil sardin cap apa2 pun buleh ikut kemampuan
1 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
4-5 biji cili padi (kalu takde cili boh pun bleh la = 1 sudu)
mix vegetables
1 biji telur ayam
stok ayam sket je
garam sket
nasi putih 2-3 mangkuk
minyak masak le of course
cara2nye:
  1. panaskan kuali hikmat, masukkan minyak masak, tumis bwg putih, bwg besar & cili api sampai naik bau.
  2. naik bau garing yg wangi ye bukan naik bau asyem ketiak puan2 ok!!
  3. pastu masukkan stok ayam, garam secukupnye. kacau sekejap masukkan sardin je tanpa sosnye.
  4. kacau2 sket, pastu masukkan sos sardin tu sket je..agak2 le.pastu masukkan mix vege, kacau2 pecahkan telur besarkan api kejap..kacau2 masukkan nasi.. kacau2 lagi... rasa la..dah sedap.
  5. tutup api. senduk le dlm pinggan..
  6. tapi mesti sabar..jgn makan terus ok..panassssss....

disebabkan mk migraine mlm smlm so..asst chef mir yg masak... asst.chef telah meng-alter resepi mk...berani dia!! chait!! chef mir tambah HP sos... enak juer rasanya. tahniah asst. chef mir!!!okeh..sehingga berjumpa dilain waktu dan ketika...tata!!!