$

Showing posts with label segmen artis jemputan. Show all posts
Showing posts with label segmen artis jemputan. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Artis Jemputan: TunTun dengan tajuknya :-Aldinna Aisyah Mohd Nazim,


Aldinna Aisyah Mohd Nazim. Anak sulung dari 3 orang adik beradik. Kakak tahun depan dah 10 tahun umurnya. Kakak anak ibu yang sangat baik, dengar cakap ibu, rajin tolong ibu, Cuma kakak agak keciciran di dalam pelajaran berbanding rakan sebaya. 

Di usia 5 tahun, rakan-rakan lain ada yang sudah mahir bertutur, bijak membaca, mengenal huruf dan nombor tapi kakak masih lagi belum mahir untuk bertutur dan dikategorikan pelat. Penguasaan bahasa kakak sangat lemah. Kakak sangat terbatas pengunaan perkataannya. Disebabkan itu kakak malu untuk berkawan sebab ada juga kakak mengadu yang kawan-kawan selalu ejek kakak sebab kakak pelat. Hmmmmm… kesian anak ibu…

Kakak memulakan pendidikan awalnya pada usia 5 tahun.. sepanjang setahun persekolahan kakak masih belum boleh menguasai huruf dan nombor.. Di usia 6 tahun, kakak masih tidak dapat membaca setelah setengah tahun persekolahan… ibu agak risau pada waktu tu.. ibu perlu berbuat sesuatu untuk memastikan kakak dapat membaca.. ibu bercadang untuk menukarkan kakak ke tadika lain untuk mencuba teknik pembelajaran dan suasana baru untuk kakak.. Alhamdulillah, kakak dah boleh membaca perkataan yang mempunyai 2 suku kata selepas berakhirnya sesi persekolahan untuk tahun 6… syukur..

Ketika kakak berumur 7 tahun (darjah 1) kakak terpaksa menduduki kelas LINUS untuk pelajar-pelajar yang masih belum menguasai membaca, mengeja dan menulis… Dan ibu juga setiap hari akan meluangkan masa untuk perhatikan bacaan kakak.. Kesabaran ibu juga kekadang teruji bila kakak masih tidak dapat membaca dengan fasih.. Ibu cuba mengawal kemarahan ibu dan tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi supaya ibu tidak menyinga… 

Alhamdulillah.. kakak dah boleh membaca dengan suku kata yang lebih panjang.. Alhamdulillah.. sumanya atas keizinanNya…

Sejak kakak memasuki alam persekolah iaitu darjah 1 sehingga 3.. kakak ditempatkan dikelas terakhir berdasarkan prestasi perperiksaan kakak yang kurang cemerlang.. kakak juga sehingga ke tahun 3 masih lagi ditempatkan di kelas LINUS kerana masih lagi belum menguasai beberapa topik untuk mata pelajaran matematik.. 

Pada bulan November 2014, kakak telah membawa balik surat untuk dia hadir ke sekolah untuk majlis anugerah cemerlang di sekolah… pada masa tu, air mata saya bagai tidak dapat ditahan2.. walaupun saya tahu kakak tidak dapat anugerah pelajar terbaik, kedudukkan terbaik mahupun mata pelajaran terbaik tetapi saya tetap berbangga dengan peningkatan pelajaran kakak.. kakak telah mendapat hadiah di atas peningkatan di dalam pelajaran kerana telah lulus ujuan linus! 

Alhamdulillahhhhhh… sayu hati saya…. Dan kakak juga mendapat hadiah untuk kedatangan terbaik sepanjang sesi persekolahan… Syukurrr… Kejayaan kakak pada tahun ini lagi adalah, kakak dapat naik kelas!!!! Aminnn ya Alllah…. Syukurr.. Segala nya dari engkau ya Allah…

Disamping itu juga, kakak sekarang banyak perubahan lain yang saya dapat perhatikan.. kakak Nampak lebih bersemangat untuk belajar, lebih berkeyakinan, rajin bertanya, rajin bercerita.. Alhamdulillahhh.. Semoga Allah memberikan kakak kemudahan dalam segala apa yang kakak usahakan.. ibu tidak putus mendoakan kakak dan cuba meluangkan masa yang lebih lagi untuk pelajaran kakak..

Ibu sayang kakak!!




MK: Tun memang supermom. Saya memang tau & memang penyokong kuat dia. Lagi-lagi pasal Dina. Semua ni memang kehendak Allah. Dan memang dengan izin-Nya Dina sekarang dah banyak kemajuan yang saya sebagai orang luar pun bangga sangat. Actually, saya lagi bangga dengan Tun. Dia memang tak reti mengalah. Memang ini semua atas usaha Tun yang dah banyak kali terduduk, rasa macam nak tarik-tarik rambut sendiri, rasa nak melalak sampai tercabut anak tekak. Tapi Tun tetap bangun balik. 

Saya tau. Saya saksinya chewaahhh macam cerita mahkamah ye. Keep it up dear friend. Lepas ni maybe Tun boleh cerita tips-tips dia yang telah berjaya digunapakai dalam mendidik Dina kan.

Bye!!




Wednesday, 10 December 2014

Artis Jemputan - Tai Kak Chik @ Kaunselor Ditakuti

52 Weeks to 40

Week 1, Day 1 (Prolog)

Assalamualaikum readers.

First, I would like to thank my dearly beloved baby sister, Mak Kintan who own this blog for giving me a very rare opportunity to be a guest writer in her insanely gorgeous blog. Everybody has their own story to tell but not all have the discipline that is needed to maintain a blog and actively upload posts. I hope Mak Kintan’s reader will enjoy my posts as they can now read the story of me written by myself. To readers who have no idea who I am, I’m one of the actresses in Mak Kintan’s list of casts whom she named ‘Acique Lily = Kaunselor ditakuti’ (although I don’t know why she refers to me as a counselor whom she is afraid of because she is never afraid of me…. At all… ).

Before I write further, I just wanna inform the readers that most of my future post will be written in English and computerize language. Bukan sebab Bahasa Inggeris saya adalah sangat perfect, tapi sebab saya tak pandai bercerita dalam Bahasa Melayu. Nanti jadi macam buku teks huhuhuhu…Sebab kalau menulis dalam Bahasa Melayu, saya tak suka guna slanga atau short form words (mcm pktaan yg pki msa 2lis sms… ewwww), atau trending words. Selalunya kalau saya try tulis blog dalam Bahasa Melayu (saya pun ada belog seniri tapi malas nak menten sebab tu numpang belog orang heheheh…), post tu jadi macam sangat membosankan sebab saya tak pandai buat karangan dalam Bahasa Melayu. Sebab tu BM saya masa SPM dulu (tahun 1992…. WHAT???) saya dapat C6. Hahahahahahha…. Satu lagi, saya suka tulis dalam Bahasa Inggeris sebab kat tempat saya keje sekarang saya tak ada banyak peluang untuk berbahasa Inggeris, jadi my English has become rusty. So I take this opportunity as a platform to sharpen
my command of English language gitewww…

But dear readers, don’t get me wrong… saya bukanlah lebih hebat daripada anda bila tak menggunakan perkataan2 tersebut, dan anda pulak bukanlah lebih hebat daripada saya jika anda guna perkataan2 tersebut, it is just the matter of personal choice so nothing personal occay heheheh :-*

Anyway, today, the 2nd of June 2014, is the last birthday that I’ll be celebrated in my 30s. Today I’m celebrating my 39th birthday. For some women, approaching the dreaded 40 years old is rather scary, but for me… I can’t wait. I don’t know why but I can’t wait to be 40 years old. So that is why I’m happily counting down on weekly basis, starting from today until the day I officially become a 40 years old woman; hence the title of my post “52 Weeks to 40”. I’ll be updating my post (dengan izin Allah dan kebenaran tuan punya tanah) on weekly basis and there might be some special posts here and there amidst my weekly updates.

As this is my introduction post, I would like to introduce my list of actors and actresses whom will make their appearance in my posts.

Pak Koutam/HH                            = Partner in Crime
Kaukuk/HD/Haris                         = Sensitive little gentleman
Yambot/Ah Teng/FAZ/Zahra       = Free spirited little lady
Ibu/Busu Leha/Ibu Ca                  = Queen of my heart
Ayah/Tok Ciba/Ayah Cana           = King of my heart
Angah Liza                                    = Source of spiritual needs
Mak Kintan/MK/BabySis             = Landlord disayangi (Mmmwahh!!)

Additional casting will be introduced from time to time. Till my next post. Assalamualaikum.

p/s: Dear MK yang saya sayangi dan hormati, saya berharap post saya untuk blog puan adalah memuaskan hati puan yang suci.

Love
Acique Lily
Aka Kaunselor Ditakuti

Saya MK: Sorry OMG gila lama terperam dalam email. 6 bulan!!!! This entry suppose to be up in the blog bulan June hahaha... sorry Cicik...marilah menulis lagi!!

Sesiapa nak jadik artis jemputan saya marilah email saya intansiza@gmail.com. Saya suka anda kalau dapat share cerita pasal anak-anak, tips ibu-ibu and my favourite topic is Fitness! So come join me!!





Monday, 12 May 2014

Segmen Artis Jemputan: TunTun The Supermom


Kisah benar seorang pelari. (ini suma poyooooo.. hihihi)
Aku ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dulu rutin rumahtangga aku bermula seawal 6.00 pagi. Menunaikan kewajipan terhadap Pencipta di awal pagi. Sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak dan bekalan untuk ke sekolah, menyidai pakaian yang semalam, dimesin dan menggosok baju yang telah kering semalam, menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dan anak2 untuk dihantar ke taska serta tadika.
Waktu kerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, isnin sehingga jumaat. Rutin kerja macam biasa. Melayan kerenah clients, kerenah boss, rakan sekerja dan macam-macam orang lah.
Pukul 6.00 petang, sampai rumah. Mulakan pulak tugasan sebagai chef handalan kepada anak-anak yang selalu nyanyi lapar. Sesambil tu bolehlah memulakan tugas mesin basuh yang sangat berjasa tersebut dan sambil menunggu lauk masak sambil melipat kain. Tup tap tup tap jam dekat pukul 8.00 malam. Ohhhh.. belom solat dan  mandi… zasssss.. mandi dan solat maghrib.. membaca beberapa helaian surah sementara menunggu waktu isya’.. masuk waktu aku pun solat.
Pukul 9.00 malam baru nak makan malam… No good… nasik pulak tu… siap makan kemas-kemas pukul 9.30malam. Masa untuk mengajar anak pulak… 10.30malam masa untuk tido.
Itulah rutin hidup aku sebelum ini…. Macam tak de masa untuk diri sendiri.. Tapi setelah diperli oleh seorang coach yang kejam, aku tersedar diri. Dari situ lah aku berazam untuk berlari dan mementingkan diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk suami dan anak-anak juer. Aku percaya bahawa ibu/isetari yang gembira akan menjadikan anak-anak dan suami juga turut gembira.
Permulaan aku adalah setelah mendapat kebenaran oleh suami tercinta. “Abang, esok ayang nak pergi jogging kat kompleks sukan tu boleh?” Encik suami menjawab “Boleh.. “
 
Ting ting ting…. Masa tu suka sangat!! Impian menjadi kenyataan. Permulaan aku pada sabtu pagi bersama penyokong-penyokong tegar (anak-anak-anak) yang sibuk main di taman permainan sambil diawasi ayah.
Aku bermula pada 19 April 2014, aku berjaya berlari sejauh 2.45km selama 23 minit. Aku cukup berbangga dengan pencapaian ini. Walaupun baru 2.45km aku tetap kagum. Semenjak aku berumahtangga hampir 10 tahun, hari itu lah hari permulaan aku bersenam. Sebelum ni ada juer berlari tapi banyak jalan la.. lari 2 minit rehat 10 minit.. gitu je lah… tidak bersungguh… Coach aku Kevintan Zahra yang bagi banyakkkkk tips berlari.
"Berlari sampai setengah jam, jangan berenti jalan tak per jangan duduk, paham??!!"
Kena marah pun selalu… tsk tsk.. tapi aku sangat sayang kan coach aku itu…
Aku mula bercadang untuk berlari pada weekend, tetapi rasa macam tak puas. So aku memberanikan diri untuk meminta izin suami untuk berlari pada weekdays.  Sungguh memeranjatkan aku, suami aku memberikan kebenaran tanpa bertanya banyak. Ohhhh.. bertambah lagi aku sayang pada dia… hihi…
Semenjak dari itu lah aku rajin berlari. Sehingga ke hari ini aku dah berari sejauh 45km (dah sampai KL dah aku lari ni.. huhu).
Di samping itu juga, coach aku telah menghadiahkan aku sports attire reward kerana aku rajin berlari katanya. Lepas dapat hadiah aku lagiiiii bersemangat. Plus, berlari ni dah jadi macam addicted, kalau tak dapat berlari rasa macam nak melompat2 je… hihi… Aku berazam untuk join 10km race di Seremban bersama coach kesayangan aku pada bulan Ogos kalau tak silap. Aku akan gigih untuk training. Doakan aku dapat merealisaikan impian ye… Aamminnnn…
Walaupun sibuk berlari.. aku juer masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa.. tiada perubahan. Cuma terkejar-kejar untuk memasak pada permulaan. Tapi Alhamdulillah aku dapat melaksanakannya.
Thank coach Kevintan Zahra saya tersayang.
Muka gembira baru lepas berlari.
 
MK: Hehe...comel kan TunTun ni. Dulu dia pun ada blog. Tapi lepas dia buat entry pasal buat kuih masalavadei... dia dah terus tak update blog dah. Mungkin dia terlalu kenyang makan vadei...hahaha. Jangan marah Tun. 
FYI 'Kenvintan Zahra' tu saya lah....hehehehe
Bravo girlfriend!!! I'm proud of you. TunTun memang seoang ibu yang super caring memang selama ni tak pernah terpikir untuk buat sesuatu untuk diri sendiri. Dia memang buat semua benda untuk orang-orang tersayang je. Owwhhh...sayaaanggg dia. Tapi tengok!! TunTun berjaya buktikan bahawa kasih sayang dia tak berubah secubit pun kalau dia spend time tak sampai sejam je untuk diri sendiri - itu pun bukan ber-party-party pun...pergi berlari je..
Ibu happy - anak-anak happy, suami happy. Yeayyyy!!!! So come on girls!!!!! Let's parteeeyyyyy!!! (read: RUN)
Ok till the next 'artis jemputan', bye!!

Friday, 9 May 2014

Segment : Artis Jemputan

Hi - Hari ini saya dengan happy nya ingin memperkenalkan segmen baru blog saya. Iaitu Segmen Artis Jemputan!!!!

Artis sangat kan...hihih..

Ok - segmen ni khas untuk kawan-kawan yang nak berkongsi cerita especially pasal fitness or family issue or kids or cerita jalan-jalan, cerita tips or apa-apa lah.

Kadang-kadang korang mesti ada banyak cerita nak share. Tapi malas pulok nak create blog semata-mata nak cerita 1 cerita je kan. Wokehhh... never fear because MK is here!!!! Meh kongsikan cerita korang di blog ni dalam segmen khas ni lah.

Why???

Because you worth it & sharing is caring kan....

Please email the story to me at intansiza@gmail.com

Saya excited nak memperkenalkan artis jemputan saya yang terulung di entry saya yang seterusnya....nantikan!!!!

Weeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!