Aldinna Aisyah Mohd Nazim. Anak sulung dari
3 orang adik beradik. Kakak tahun depan dah 10 tahun umurnya. Kakak anak ibu
yang sangat baik, dengar cakap ibu, rajin tolong ibu, Cuma kakak agak keciciran
di dalam pelajaran berbanding rakan sebaya.
Di usia 5 tahun, rakan-rakan lain
ada yang sudah mahir bertutur, bijak membaca, mengenal huruf dan nombor tapi
kakak masih lagi belum mahir untuk bertutur dan dikategorikan pelat. Penguasaan
bahasa kakak sangat lemah. Kakak sangat terbatas pengunaan perkataannya. Disebabkan
itu kakak malu untuk berkawan sebab ada juga kakak mengadu yang kawan-kawan
selalu ejek kakak sebab kakak pelat. Hmmmmm… kesian anak ibu…
Kakak memulakan
pendidikan awalnya pada usia 5 tahun.. sepanjang setahun persekolahan kakak
masih belum boleh menguasai huruf dan nombor.. Di usia 6 tahun, kakak masih
tidak dapat membaca setelah setengah tahun persekolahan… ibu agak risau pada
waktu tu.. ibu perlu berbuat sesuatu untuk memastikan kakak dapat membaca.. ibu
bercadang untuk menukarkan kakak ke tadika lain untuk mencuba teknik
pembelajaran dan suasana baru untuk kakak.. Alhamdulillah, kakak dah boleh
membaca perkataan yang mempunyai 2 suku kata selepas berakhirnya sesi
persekolahan untuk tahun 6… syukur..
Ketika kakak
berumur 7 tahun (darjah 1) kakak terpaksa menduduki kelas LINUS untuk
pelajar-pelajar yang masih belum menguasai membaca, mengeja dan menulis… Dan
ibu juga setiap hari akan meluangkan masa untuk perhatikan bacaan kakak..
Kesabaran ibu juga kekadang teruji bila kakak masih tidak dapat membaca dengan
fasih.. Ibu cuba mengawal kemarahan ibu dan tidak mahu meletakkan harapan yang
tinggi supaya ibu tidak menyinga…
Alhamdulillah.. kakak dah boleh membaca
dengan suku kata yang lebih panjang.. Alhamdulillah.. sumanya atas keizinanNya…
Sejak kakak
memasuki alam persekolah iaitu darjah 1 sehingga 3.. kakak ditempatkan dikelas
terakhir berdasarkan prestasi perperiksaan kakak yang kurang cemerlang.. kakak
juga sehingga ke tahun 3 masih lagi ditempatkan di kelas LINUS kerana masih
lagi belum menguasai beberapa topik untuk mata pelajaran matematik..
Pada bulan
November 2014, kakak telah membawa balik surat untuk dia hadir ke sekolah untuk
majlis anugerah cemerlang di sekolah… pada masa tu, air mata saya bagai tidak
dapat ditahan2.. walaupun saya tahu kakak tidak dapat anugerah pelajar terbaik,
kedudukkan terbaik mahupun mata pelajaran terbaik tetapi saya tetap berbangga
dengan peningkatan pelajaran kakak.. kakak telah mendapat hadiah di atas
peningkatan di dalam pelajaran kerana telah lulus ujuan linus!
Alhamdulillahhhhhh… sayu hati saya…. Dan kakak juga mendapat hadiah untuk
kedatangan terbaik sepanjang sesi persekolahan… Syukurrr… Kejayaan kakak pada
tahun ini lagi adalah, kakak dapat naik kelas!!!! Aminnn ya Alllah…. Syukurr..
Segala nya dari engkau ya Allah…
Disamping itu
juga, kakak sekarang banyak perubahan lain yang saya dapat perhatikan.. kakak
Nampak lebih bersemangat untuk belajar, lebih berkeyakinan, rajin bertanya,
rajin bercerita.. Alhamdulillahhh.. Semoga Allah memberikan kakak kemudahan dalam
segala apa yang kakak usahakan.. ibu tidak putus mendoakan kakak dan cuba
meluangkan masa yang lebih lagi untuk pelajaran kakak..
Ibu sayang
kakak!!
MK: Tun memang supermom. Saya memang tau & memang penyokong kuat dia. Lagi-lagi pasal Dina. Semua ni memang kehendak Allah. Dan memang dengan izin-Nya Dina sekarang dah banyak kemajuan yang saya sebagai orang luar pun bangga sangat. Actually, saya lagi bangga dengan Tun. Dia memang tak reti mengalah. Memang ini semua atas usaha Tun yang dah banyak kali terduduk, rasa macam nak tarik-tarik rambut sendiri, rasa nak melalak sampai tercabut anak tekak. Tapi Tun tetap bangun balik.
Saya tau. Saya saksinya chewaahhh macam cerita mahkamah ye. Keep it up dear friend. Lepas ni maybe Tun boleh cerita tips-tips dia yang telah berjaya digunapakai dalam mendidik Dina kan.
Bye!!
No comments:
Post a Comment