$

Wednesday 17 December 2014

Artis Jemputan: TunTun dengan tajuknya :-Aldinna Aisyah Mohd Nazim,


Aldinna Aisyah Mohd Nazim. Anak sulung dari 3 orang adik beradik. Kakak tahun depan dah 10 tahun umurnya. Kakak anak ibu yang sangat baik, dengar cakap ibu, rajin tolong ibu, Cuma kakak agak keciciran di dalam pelajaran berbanding rakan sebaya. 

Di usia 5 tahun, rakan-rakan lain ada yang sudah mahir bertutur, bijak membaca, mengenal huruf dan nombor tapi kakak masih lagi belum mahir untuk bertutur dan dikategorikan pelat. Penguasaan bahasa kakak sangat lemah. Kakak sangat terbatas pengunaan perkataannya. Disebabkan itu kakak malu untuk berkawan sebab ada juga kakak mengadu yang kawan-kawan selalu ejek kakak sebab kakak pelat. Hmmmmm… kesian anak ibu…

Kakak memulakan pendidikan awalnya pada usia 5 tahun.. sepanjang setahun persekolahan kakak masih belum boleh menguasai huruf dan nombor.. Di usia 6 tahun, kakak masih tidak dapat membaca setelah setengah tahun persekolahan… ibu agak risau pada waktu tu.. ibu perlu berbuat sesuatu untuk memastikan kakak dapat membaca.. ibu bercadang untuk menukarkan kakak ke tadika lain untuk mencuba teknik pembelajaran dan suasana baru untuk kakak.. Alhamdulillah, kakak dah boleh membaca perkataan yang mempunyai 2 suku kata selepas berakhirnya sesi persekolahan untuk tahun 6… syukur..

Ketika kakak berumur 7 tahun (darjah 1) kakak terpaksa menduduki kelas LINUS untuk pelajar-pelajar yang masih belum menguasai membaca, mengeja dan menulis… Dan ibu juga setiap hari akan meluangkan masa untuk perhatikan bacaan kakak.. Kesabaran ibu juga kekadang teruji bila kakak masih tidak dapat membaca dengan fasih.. Ibu cuba mengawal kemarahan ibu dan tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi supaya ibu tidak menyinga… 

Alhamdulillah.. kakak dah boleh membaca dengan suku kata yang lebih panjang.. Alhamdulillah.. sumanya atas keizinanNya…

Sejak kakak memasuki alam persekolah iaitu darjah 1 sehingga 3.. kakak ditempatkan dikelas terakhir berdasarkan prestasi perperiksaan kakak yang kurang cemerlang.. kakak juga sehingga ke tahun 3 masih lagi ditempatkan di kelas LINUS kerana masih lagi belum menguasai beberapa topik untuk mata pelajaran matematik.. 

Pada bulan November 2014, kakak telah membawa balik surat untuk dia hadir ke sekolah untuk majlis anugerah cemerlang di sekolah… pada masa tu, air mata saya bagai tidak dapat ditahan2.. walaupun saya tahu kakak tidak dapat anugerah pelajar terbaik, kedudukkan terbaik mahupun mata pelajaran terbaik tetapi saya tetap berbangga dengan peningkatan pelajaran kakak.. kakak telah mendapat hadiah di atas peningkatan di dalam pelajaran kerana telah lulus ujuan linus! 

Alhamdulillahhhhhh… sayu hati saya…. Dan kakak juga mendapat hadiah untuk kedatangan terbaik sepanjang sesi persekolahan… Syukurrr… Kejayaan kakak pada tahun ini lagi adalah, kakak dapat naik kelas!!!! Aminnn ya Alllah…. Syukurr.. Segala nya dari engkau ya Allah…

Disamping itu juga, kakak sekarang banyak perubahan lain yang saya dapat perhatikan.. kakak Nampak lebih bersemangat untuk belajar, lebih berkeyakinan, rajin bertanya, rajin bercerita.. Alhamdulillahhh.. Semoga Allah memberikan kakak kemudahan dalam segala apa yang kakak usahakan.. ibu tidak putus mendoakan kakak dan cuba meluangkan masa yang lebih lagi untuk pelajaran kakak..

Ibu sayang kakak!!




MK: Tun memang supermom. Saya memang tau & memang penyokong kuat dia. Lagi-lagi pasal Dina. Semua ni memang kehendak Allah. Dan memang dengan izin-Nya Dina sekarang dah banyak kemajuan yang saya sebagai orang luar pun bangga sangat. Actually, saya lagi bangga dengan Tun. Dia memang tak reti mengalah. Memang ini semua atas usaha Tun yang dah banyak kali terduduk, rasa macam nak tarik-tarik rambut sendiri, rasa nak melalak sampai tercabut anak tekak. Tapi Tun tetap bangun balik. 

Saya tau. Saya saksinya chewaahhh macam cerita mahkamah ye. Keep it up dear friend. Lepas ni maybe Tun boleh cerita tips-tips dia yang telah berjaya digunapakai dalam mendidik Dina kan.

Bye!!




Tuesday 16 December 2014

Phobia

Salam semua, 

Hari ni macam biasa, rutin saya pagi-pagi sebelum buat kerja di office, saya akan check emails, facebook & baca blog-blog yang saya happy membacanya hari-hari. 

Tapi pagi ni saya terganggu. Terganggu sangat, terus berkerut muka saya bila baca blog kawan kesayangan saya Diana. Silalah check blog entry dia hari ni.

Dia cerita pasal MENJAHIT LENCANA & NAME TAG. 

Itu adalah kelemahan saya. Siap bole saya katakan phobia sayaaaaaa!!!!!

Huuuuuu...tiba-tiba rasa stress sebab masanya sudah hampir tiba. Dah la tahun depan Ayen pun sekolah. Maknanya double lah baju-baju kemeja diorang yang saya kena jahitkan lencana. Baju KAFA (3x2) + Baju sekolah kebangsaan (3x2). So total 12 baju!!!!

Dua belas

Twelve

Doblas

Duo boleh

Huwaaaaaaaa!!!!!!!

Haha..yelah gelakkan lah saya ni. Memang saya mengaku itu memang kelemahan saya. Kakak-kakak saya pun tau kot.Tun pun mesti tau. Saya memang teruk gile dalam ilmu jahitan ni. And I hate it so much!!

Dulu kalau hook or butang seluar saya tercabut or hilang, saya sanggup beli seluar baru. Baju pun gitu. Bila dah kahwin bila tiba-tiba seluar husband saya terbukak jahitan lipatan bawah dia tu kan...aarghhhh saya stress. Rasa macam nak belikan dia seluar baru. Saya memang tak suka menjahit!! Tak suka tak suka nehi nehi nehi!!!

Dulu saya ingat lagi, saya sanggup merayu-rayu memuji-muji Kak Cik saya supaya dia boleh tolong saya jahit butang baju saya yang tercabut. Haha...dia happy saya puji-puji dia. Haha!!! Berjaya trick saya tu.

Silalah bagi saya tugasan lain. Memasak saya handal, mengemas saya boleh. Iron baju saya tak suka tapi saya handal juer. Lipat kain pun saya sanggup. Tapi menjahit??? Ugh!!

Mesti saya stress bila menjahit. Saya jadik marah-marah. Jari saya tercucuk jarum. Jahitan saya tak cantik senget, benang yang saya pilih buruk tak matching. Saya ambil terlalu banyak masa & tenaga untuk menjahit. 

Menjahit is really really really not my forte!!

Bila Adam dah start sekolah dulu. Masa darjah 1, Kak Ngah saya yang tolong jahitkan semua lencana di baju Adam. Kak Ngah saya memang seorang tailor professional. So the way she did it was like sap sap soi...easy peasy..ting tong dah siap! Darjah 2 pun gitu. Saya bawak balik ke kampung semua baju-baju sekolah adam untuk mintak tolong Kak Ngah jahit kan. Saya bayar setiap baju RM5.

Tapi tahun ini. Tahun ini saya tak sempat mintak tolong Kak Ngah jahit kan. Lagipun Kak Ngah dah pindah ke Ipoh. So tahun ni Adam merasalah ada 2 baju saja yang ada lencana. Itu pun herot dan warna benangnya tak matching dengan baju sekolah. Hishhh. Lencana sahaja tanpa name tag. Dengan alasan:-

"Alaaa, cikgu Adam dah kenal & tau nama Adam, so tak perlu lah name tag ye"

Seperti biasa anak saya yang taat tu hanya angguk dan senyum. No problem!!! So sampai ke akhir tahunlah anak saya tak ada name tag. Tapi anak saya menang 2 kali anugerah pelajar berdisplin & perpakaian kemas. Hahah..how ironic.

Ada satu baju tu saya jahit di setiap bucu-bucu lencana sahaja. Haha...Adam puji saya "Pandainya ibu, simple je..Abang suka!"

Haha...anak saya memang superb!!! Kesian dia dapat ibu yang selenga macam saya.

So.... itu lah. Saya perlukan bantuan. Siapa yang sudi jahitkan lencana & name tag anak saya? Huuuuu...help!!!

Benang + jarum = MK phobia

Not a good combo. Better jangan lah seksa saya begini.

Yang benar,
MK yang takut menjahit

Monday 15 December 2014

Stress Fracture - Part 2

Hari ni 15 December 2014 bersamaan hari ke 16 saya injured. I admit a stress fracture is one of the most frustrating injuries a runner can come down with. Ok la..saya bukan professional runner but many times I read in the internet that when you are running - you are a runner. So I'm a runner lah kan? I've already cancelled my Broga hiking yang supposedly on 13 Dec. I have registered 2 race in January. I thought that I can join the 24 Dec Race. Tapi rasanya saya kena let go both of it sebab I need my kaki more than the races. 

Sedihnya!!

Kat office pun Boss & colleague saya dah panggil saya Minah Senget!! Sebab saya jalan senget-senget. Eiiii geramnya. Saya bukan sengaja nak jalan senget-senget ok. Huk huk...sedihnya tapi saya tergelak jugak sebab kelakar la juer kena gelar minah senget. 

So hari yang ke-16. 16 hari baru? Baru 2 minggu? OMG terasa dah forever!! Saya kena cuti berlari 8 minggu. Means lagi 6 minggu tak boleh lari? Berat dah naik 2.5kg!! Double frustration. Jeans dah semakin terasa ketat. Pagi tadi saya nak pakai kemeja ke office tetiba kemeja tu koyak!! Ok..saya tipu...heheheeh.. kemeja tu memang dah koyak masa saya iron dia. Hihi...reput agaknya. Kemeja baru beli masa sale. Mungkin memang dah lama sangat dalam store so dia reput (self defense huk)

I've read in the internet that stress fracture recovery ada 5 phases. Right now I'm in the 1st phase lah. So let me share it with you guys:-

Phase 1 - Injury Period (Usually 4-6 weeks) - (~gasp~)

  • Don't take medications to mask pain - I did not. Eh..adalah 2 kali kot sebelum tidur saya ambil pain killer because it was like berdenyut-denyut and killing me.
  • Understand the way you interact with family, colleagues and training partners. It's not their fault that you are hurt. Be aware of displaced anger - Yeah...ini mesti control. The the A's at home (Abie, Adam & Ayen) memang my ultimate supporters. Memang kadang-kadang diorang terlupa sebab semua orang jalan laju-laju tinggalkan saya yang berjalan senget-senget. Tapi semuanya rajin sangat urut, picit kaki saya, pimpin saya huk huk...thanks lah kesayanganku.
  • Use this time to attend physical therapy, seek chiropractic treatments, and/or massage therapy to assist in the healing process - I did reflexology once after my injury to. Sekarang saya tengah nak cuba sport massage. 
  • Yoga (stretching) and core strengthening are essential to the safe return to your pre-stress fracture activities when the time comes. They will also help you maintain your level of fitness while healing - so far..I did nothing. Makan banyak ada lah kot. Huh!! teruk betul ek. Lepas tu stress sebab berat dah naik. Ok. This week I will go to the gym lah. Maybe buat upper body exercise at the gym. 
So itu 1st phase yang perlu saya lalui lagi 4 minggu. Apart from that jangan lupa solat doa banyak-banyak. Mengaji Quran ok. Walaupun saya terpaksa solat duduk kat kerusi. Haha..bila saya solat kat surau dekat shopping mall or tempat awam kan. Ada jugak mata-mata yang memandang dengan pelik dah kenapa budak ni nak solat guna kerusi. Tak pregnant pun, tak tua pun, tak pakai bandage pun? 

Sebab saya tak boleh bend my foot. And bila duduk di antara dua sujud tu memang saya tak boleh tahaaaannnn. Saya tak boleh menahan berat bon-bon & body saya pada kaki kiri tu bila dalam position tu. Siap baca bacaan tu like laju-laju & terseka giler lah. So..saya decide better solat duduk atas kerusi. Lantaklah orang nak pandang-pandang.

Owh and I might need to jaga my diet (bluerghhh) have I ever jaga? 

TTYL!!! Bye!

P/S:- Sayangilah kaki anda :(




Wednesday 10 December 2014

Artis Jemputan - Tai Kak Chik @ Kaunselor Ditakuti

52 Weeks to 40

Week 1, Day 1 (Prolog)

Assalamualaikum readers.

First, I would like to thank my dearly beloved baby sister, Mak Kintan who own this blog for giving me a very rare opportunity to be a guest writer in her insanely gorgeous blog. Everybody has their own story to tell but not all have the discipline that is needed to maintain a blog and actively upload posts. I hope Mak Kintan’s reader will enjoy my posts as they can now read the story of me written by myself. To readers who have no idea who I am, I’m one of the actresses in Mak Kintan’s list of casts whom she named ‘Acique Lily = Kaunselor ditakuti’ (although I don’t know why she refers to me as a counselor whom she is afraid of because she is never afraid of me…. At all… ).

Before I write further, I just wanna inform the readers that most of my future post will be written in English and computerize language. Bukan sebab Bahasa Inggeris saya adalah sangat perfect, tapi sebab saya tak pandai bercerita dalam Bahasa Melayu. Nanti jadi macam buku teks huhuhuhu…Sebab kalau menulis dalam Bahasa Melayu, saya tak suka guna slanga atau short form words (mcm pktaan yg pki msa 2lis sms… ewwww), atau trending words. Selalunya kalau saya try tulis blog dalam Bahasa Melayu (saya pun ada belog seniri tapi malas nak menten sebab tu numpang belog orang heheheh…), post tu jadi macam sangat membosankan sebab saya tak pandai buat karangan dalam Bahasa Melayu. Sebab tu BM saya masa SPM dulu (tahun 1992…. WHAT???) saya dapat C6. Hahahahahahha…. Satu lagi, saya suka tulis dalam Bahasa Inggeris sebab kat tempat saya keje sekarang saya tak ada banyak peluang untuk berbahasa Inggeris, jadi my English has become rusty. So I take this opportunity as a platform to sharpen
my command of English language gitewww…

But dear readers, don’t get me wrong… saya bukanlah lebih hebat daripada anda bila tak menggunakan perkataan2 tersebut, dan anda pulak bukanlah lebih hebat daripada saya jika anda guna perkataan2 tersebut, it is just the matter of personal choice so nothing personal occay heheheh :-*

Anyway, today, the 2nd of June 2014, is the last birthday that I’ll be celebrated in my 30s. Today I’m celebrating my 39th birthday. For some women, approaching the dreaded 40 years old is rather scary, but for me… I can’t wait. I don’t know why but I can’t wait to be 40 years old. So that is why I’m happily counting down on weekly basis, starting from today until the day I officially become a 40 years old woman; hence the title of my post “52 Weeks to 40”. I’ll be updating my post (dengan izin Allah dan kebenaran tuan punya tanah) on weekly basis and there might be some special posts here and there amidst my weekly updates.

As this is my introduction post, I would like to introduce my list of actors and actresses whom will make their appearance in my posts.

Pak Koutam/HH                            = Partner in Crime
Kaukuk/HD/Haris                         = Sensitive little gentleman
Yambot/Ah Teng/FAZ/Zahra       = Free spirited little lady
Ibu/Busu Leha/Ibu Ca                  = Queen of my heart
Ayah/Tok Ciba/Ayah Cana           = King of my heart
Angah Liza                                    = Source of spiritual needs
Mak Kintan/MK/BabySis             = Landlord disayangi (Mmmwahh!!)

Additional casting will be introduced from time to time. Till my next post. Assalamualaikum.

p/s: Dear MK yang saya sayangi dan hormati, saya berharap post saya untuk blog puan adalah memuaskan hati puan yang suci.

Love
Acique Lily
Aka Kaunselor Ditakuti

Saya MK: Sorry OMG gila lama terperam dalam email. 6 bulan!!!! This entry suppose to be up in the blog bulan June hahaha... sorry Cicik...marilah menulis lagi!!

Sesiapa nak jadik artis jemputan saya marilah email saya intansiza@gmail.com. Saya suka anda kalau dapat share cerita pasal anak-anak, tips ibu-ibu and my favourite topic is Fitness! So come join me!!





Tuesday 9 December 2014

Stress Fracture

Assalamualaikum, Hai korang!

Lama jugak tak update blog ye. 

Saya injured. Tiba-tiba bangun pagi kaki kiri sakit sangat tak boleh jejak. Padahal seminggu dah tak berlari kot. Dah kenapa tiba-tiba sakit ni. Last saya jogging 22 Nov -12 km

Tapi saya ignore je. Sebab mungkin sakit kaki sebab banyak sangat berjalan semalamnya tu masa saya kulu kilir menguruskan anak saya punya minor operation. Kejap ke Columbia Hospital kejap Sunway Medical, kulu kilir bilik sana bilik sini. Saya agak jelah pasal tu kaki sakit. Hati pun sakit sebab kesian tengok anak kena operate. Poket pun sakit jugak..haha..sebab anak saya tak admitted ward so tak boleh claim insurans.

Well, apa-apa pun saya bersyukurlah anak saya ok. Walaupun after 1 week anak saya kena operate lagi sekali sebab stitches tu terbukak and cyst dekat bibir dia tu timbul semula. So again with the same procedure kena potong-potong balik bibir anak saya. Alhamdulillah Doktor tak hanya charge untuk restitch saja.

Eh..mana cerita stress fracture saya? Ok, disebabkan kaki sakit dah seminggu tak baik-baiknya. Lepas tu saya pun pergilah reflexology. Masa dia urut tu takde pulak rasa sakit kaki. Tapi malam tu terus rasa lagi gila berdenyut. Esoknya Sabtu kami balik ke Kuantan pulak. Sampai di Kuantan dah pukul 1.00 pagi dah.

Esoknya Ahad tu...hadoilaaaaa...memang rasa nak merangkak je. Sakitnya kalau berdiri. Even nak gerakkan jari-jari kaki pun sakit. Lepas tu rasa nak marah semua orang satu dunia sebab kalau dah sakit saya memang mereng sikit. Huk huk...

Disebabkan dah jadi gitu so semalam saya decided pergi jelah ke hospital. Doctor gelak-gelak je sebab dia dah tau dah mesti pasal running. So x-ray lah. Nampak dalam x-ray tu halus giler je fractured nya. Tapi kenapa sakitnya macam nak tendang orang satu dunia?

Stress fractures are tiny cracks in a bone. Stress fractures are caused by the repetitive application of force, often by overuse — such as repeatedly jumping up and down or running long distances. Stress fractures can also arise from normal use of a bone that's been weakened by a condition such as osteoporosis.
    Stress fractures are most common in the weight-bearing bones of the lower leg and foot. Track and field athletes are particularly susceptible to stress fractures, but anyone can experience a stress fracture. If you're starting a new exercise program, for example, you may be at risk if you do too much too soon. -Mayo Clinic
    Hmm...ok..patutlah..saya mungkin overuse kaki kesayangan saya ni. So..redho & pasrah jelah. No running, no hiking, no weight lifthing, no shopping/walking selama 6-8 minggu.
    Dah semua no no, apa yang bolehnya doktor?
    Doktor cakap - gossip sambil minum kopi boleh lah kot. 
    Bila saya boleh lari doktor? Saya ada race 11 Jan & 24 Jan
    Doktor cakap - you nak lari ke you nak kaki you?
    Hoh..main kasar doktor ni punya jawapan ok! Tak nak tanya lagi dah.
    So.. Broga Hill hike Sabtu ni terpaksalah dibatalkan.
    Saya nak duduk diam-diam sampai akhir tahun ni dengan harapan boleh try race yg 24 Jan tu. Rasanya saya kena lupakanlah race yang 11 Jan tu. Nak lari ke nak kaki??
    Ok semua...bye!!!!