$

Thursday 21 October 2010

Iltizam

Salam dolls!!

Apakah makna iltizam sebenarnya tidaklah pulak MK ketahui. Ada sikit-sikit macam makna azam kot? Agaknya.

Setelah hampir 3 tahun tidak berjogging, (what 3 years??!!) iye, 3 years. Maka last Tuesday, MK & a colleague bercita-cita nak pergi jogging. Memandangkan kami ada kemudahan untuk berjogging yakni tempat kerja yang maha dekat dengan taman KLCC maka adalah sangat tak patut kan tak pergi.

Cuaca pun agak baik semenjak dua menjak ni kan. Week end hari tu MK telah membodek husband untuk belikan track bottom baru. Yup - saya tak ada track bottom ye adik-adik. Seluar katok ada banyak, hihhihi. Semangat gila ni nak pergi jogging.


Sebenarnya hajat di hati nak lah berjogging dengan husband. Tapi setelah menunggu hampir 7 tahun lamanya, MK pasrah saja. Hemmphhh.... kan 'hot' tuh jogging dengan husband kan..kan... 


Sebelum jogging lagi kami dah bercita-cita membeli baju baru ok. Hahah gila drama.

MK chopp gambar pompuan yang tengah sebab dia 'hot' ngeh!!

Hari yang di tunggu telah tiba, bersiap-siaplah kami 3 orang mak orang ni nak pergi. Sampai je kat ground floor hujan turun boleh tahan lebatnya. Kami 3 orang ketawa je. Nampak sangat keajaiban telah berlaku (yakni iltizam kami untuk pergi jogging) maka terus hujan yang dah tak turun selama 2 minggu kat area KLCC ni turun juer akhirnya.

Pakcik yang duduk bawah tu siap pelik lagi sambil cakap "Apsal korang ni suka sangat pulak ye hari hujan?" gitu sebab kami tak henti-henti ketawa. Hemmmm nampaknya terus ke parking lot saja lah start enjin kereta nak balik je. MK tumpangkan sorang colleague tu balik rumah dia kat Bandar Sri Permaisuri. Keluar je dari area KLCC tu hujan macam dah nak berhenti.

Last-last MK ajak dia jog dekat Tasik Permaisuri aje. Boleh tahan besar tasik tu ek. Bersih & cantik juer. Dapatlah kami 2 round. MK rasa macam tak penat tapi cukuplah kot. Kang terkejut pulak body yang dah tak exercise 2 -3 tahun ni kan.

Phewww....ok lah...tercapai juer hasrat di hati nak pergi jogging. Next week nak pergi lagi. Sapa nak join? Jom kita jumpa di sanaaaa...di sanaaa...!!!

~all picture dicedok dari GOOGLE, Thank you Google!~

Friday 15 October 2010

My Girl Emmot

This entry is specially dedicated to Ms. Emmot who is celebrating her birthday today. I wish her all the best in her life. Since MK kenal Emmot in year 1997 dia memang seorang yang sangat suka ketawa.

Dia garang tapi manja.
Dia degil tapi baik hati.
Dia berani tapi suka nangis.
Dia cantik itu yang pasti.

Kami sama-sama duduk satu asrama, satu rumah, satu bilik. Share baju, share kasut, share makan, share duit gaji pun pernah.

Dia macam pembela kami kaum yang lemah ni. Hahahah ayat tak hingat punye. I still remember there was one time masa kami kat uni lagi, baru balik dari lunch tengah lintas jalan, sekali tiba-tiba ada sebijik motor dengan 2 budak lelaki tu merempit rapat gila dengan kami (masa tu 3 orang) pastu press presss minyak gitu. Tiba-tiba I was on the ground terduduk.

Confused sekejap masa tu "Eh, eh apsal aku terduduk lak ni?" Pastu rasa sakit gila dekat tumit kaki dan betis. Pastu baru nangis bila kawan-kawan tanya. "Ehh...huwaaaaaa aku kena langgar!!!!"

Masa tu budak lelaki bermotor tu dah berhenti kat depan sikit. Maybe dia pun terperasan yang dia dah langgar my kaki. Tiba-tiba Emmot dengan gagah perkasanya jerit kat budak tu "WOOIIII kau dah langgar kawan aku lah!!!!!" Gila hebatlah!! berani sungguh. Dipendekkan cerita last-last budak laki tu terpaksa ikut kami ke klinik uni. Sambil Emmot dah rampas IC budak tu konon-konon takut budak tu langgar lari lah. Hihihi... the old sweet memories kan Mot.

You've have been in my life for 13 years and counting Mot. It's not easy for me to let you go and leave me. I will haunt you for the rest of your life. Hehehe - hopefully our friendship ni akan kekal sampai aku mati. Okeh!! Jom tengok pic Emmot!! Ada banyak pic sebenarnya. Tapi ini je yang ada dalam PC kat opis.

Dec 2009 - kat Seoul Garden One Utama. Emmot duduk tetengah tu.

Gambar paling baru my Bucuk Emmot Iftar 2010

Iftar 2009 Mot & Yen

Mot jadik model gedik of my ManisDesa

Iftar 2006 wow look how kurus I was (DAMN!!)

26/02/2008 - baru lepas beranakkan Yen.

I really hope I can collect more of these sweet pic of us ye Mot sampai kita tua. And then I will susun dari gambar kita 18 years old, sampai kita dah bercucu besok. Eventhough kita jarang dapat jumpa walaupun rumah each other jaraknya adalah kurang dari 10km je. Hiks! I love you very much babe!!! Have a wonderful birthday orait!

P/S - Free-free kalu, sila datang rumah. I'll bake you a chocolate cake and whatever that you want to eat. I'll cook for you lah. Muackksss!!!

Tuesday 12 October 2010

Cerita Accident

Hai dolls!

Sana sini cerita pasal accident kat Simpang Ampat tu ye. My deepest condolences to the family yang telah kehilangan orang tersayang itu. Elok-elok bawak kereta dengan berhati-hati, tiba-tiba ada bas yang datang dari arah bertentangan menghempap kita. Ah - malang tak berbau, even though kita dah berhati-hati tapi kalau orang lain yang tak cermat memandu pun kita terkena juer...tsk..tsk..tsk...

Cerita pasal accident ni reminds me about my experiences. Experiences? Banyak ke pengalaman accident? Umm...2 kot. Itu pun accident kecil-kecilan yang tidak menyebabkan kecederaan teruk mahupun kematian.

11 Januari 1995
3 days before my 16th birthday. Siap ingat lagi tarikhnye ye. I bawak motor dari Kampung Linsum nak ke Kampung Siliau. (Sapa tau, tau lah, sapa tak tau buat-buatlah tau ye). Yes - I do not have driving license yet. Hmm...sila jangan tiru perbuatan ini ye adik-adik. Sesiapa yang ada anak tu, silalah jangan membiarkan mereka menunggang motorsikal/memandu kereta tanpa lincense yang sah. Chewaahhh gitu.

I bawak motor nak ke rumah Khaty my good friend to inform her that I got sellected to MRSM. Happynya tak terkata nehh...bawak motor takde le laju mana pun, tapi sampai di satu selekoh tu ada seorang MakCik bersama anaknya. anaknya tu duduk depan di dalam bakul motor itu ye.

Saya memotong MakCik tu, tiba-tiba bila dah dekat sangat, MakCik tu boleh belok kanan ye....sebab dia nak masuk simpang kanan, iaitu rumah dia. OMG I tak sempat nak elak dah ni...langgar saje... GEDEGUMMMMMM!!!!!!

Anak MakCik tu nangis kuat gila sambil berkata "Sakiittttt!!! Sakittt!!!! Bunuh dia maaakkkk!!!" OMG he wanted his mom to kill me? I then , tolak motor yang handle nya dah bengkok, mintak maaf banyak-banyak kat MakCik and terus pusing semula balik ke rumah. Sampai kat rumah nampak my Queen Bee (ehehe ibu) baru rasa macam nak nangis. Baru I tau that I was injured, bibir pecah berdarah. Hidung juer...adooii aiii... Bukak jeans, baru perasan lutut dua-dua koyak...hmmmm....

Later that day baru I tau yang I langgar tu yelah bini & anak ketua kampung Siliau....hehehehe...my dad pergi minta maaf dengan mereka.

2002
My housemate (Weq) & I woke up earlier that day sebab kami nak balik ke kampung Weq, di Pasir Mas, Kelantan. Weq nak tunjuk kereta baru dia kat Ma dia. Dia pun baru je dapat licence memandu masa tu. 'P' pun masih berkilat-kilat kat cermin kereta dia.

Kami singgah breakfast dekat Karak Highway, bungkus nescafe and sambung perjalanan. Masa tu highway baru ni belum dibina lagi ye adik-adik. Kami ikut jalan lama. Hari masih gelap lagi, kami tak mengantuk pun. Nyanyi-nyanyi dalam kereta. Weq asyiklah menyanyi lagu "Vida!! Kembalikanlah semangat mu!!" Tau ke lagu tu? Alah time tu dok heboh cerita latino kat TV. So one of our local boyband dah translate lagu "Vida, give me back my fantasy..bla..bla.."

Sampai kat Raub (rasanya lah - remember I'm suck in Geografi, so nama-nama tempat ni I memang susah nak ingat) Weq masih lagi menyanyi lagu Vida, Vida...aiiyooo soooo annoyying lah. Tapi I diam saja. Yelah dah la tumpang balik kampung orang, tumpang naik kereta barunya lagi pulak kan.

Hari masih gelap, sampai satu selekoh (selekoh lagi) Weq macam tak boleh nak belok ke kanan. Dia straight je ke arah tebing tu. I told her to "Drop gear!!! Drop gearr!!!!" dia jawab "Drop gear tu apa??!!!" GEDEGUMMMM!!!!! Kejap nampak tanah, kejap nampak langit gelap, kejap nampak rumput. "Allaahhh!!!!"

Tiba-tiba senyap, kereta berhenti bergolek. Kereta senget sebelah, 2 tayar terangkat. Weq di sebelah bawah, saya tergantung di atas. "Weq, Weq, kau ok ke?" "Ok, ok, kau?" "Ok!"

Tetiba ada jari-jari masuk ke dalam kereta melalui tingkap yang saya bukak sikit tu. Menjerit kami....pastu terdengar suara, "Bukak pintu ni dek...kami nak tolong ni" Owh ada orang nak tolong rupanya...kami tengah biul, sorry bang.

Saya bukak tali pinggang keledar tanpa berfikir panjang, tiba-tiba saya terjatuh ke atas Weq lah, yang telah memang berada kat bawah saya (remember, kereta senget 2 tayar naik sebelah) Pastu carik selipar pun tak jumpa. Saya juer basah lencun tak pasti kenapa. Yang pasti saya tak terkencing ye, jangan nak buruk sangka pulak.

Setelah Weq selamat memanjat keluar dari kereta tu, abang-abang perkasa telah beramai-ramai berjaya menolak balik kereta kami ke tepi jalan. Bumper koyak, lampu pecah. Tapi masih boleh dipandu. Hari pun dah cerah dalam lebih kurang 7.00+. Kami sambung perjalanan ke Pasir Mas selepas mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada orang-orang yang baik hati menolong tadi.

"Apsal aku asyik terbau nescafe ni Weq?" "Dah ko mandi nescafe ngookk!" Baru saya sedar yang air yang basah-basah tadi yelah air nescafe yang saya bungkus kat karak highway tadi. Hmmm.... Dahi serta lengan saya calar sikit je. Tapi sakit juer. Weq ok tapi ada lebam-lebam sikit. Finally kami selamat sampai ke kampung Weq. Sebelum sampai kampung kami pergi cuci kereta dulu hilangkan kesan-kesan tanah tu.

Alhamdulliah sangat sebab kami hanya langgar tebing. Cuba kalau gaung, and Weq tak reti nak drop gear, teruslah kami selamat masuk ke dalam gaung tu. alaaahhhaaiii... Terima kasih Allah, sebab selamatkan kami.

Sejak dari hari itu, saya prohibit Weq from singing the Vida song ever again!!! and Weq sekarang sudah menjadi seorang pemandu yang sangat cekap. Gladly, Weq masih lagi sahabat baik saya hingga hari ini. Dia sihat walafiat.

Dah la tuh, saya taknak accident lagi. Mintak dijauhkan.

Moral:- Jangan nyanyi lagu Vida sewaktu memandu ke Kelantan


Monday 11 October 2010

kenapa saya suka melawa (bahagian 2)

Hai all, sambungan dari cerita di bawah:-

After my roomie DekYa telah mengingatkan pasal bleached rambut itu maka saya terpaksa membuka cerita. Yeap- I bleached my hair 1st time masa tu when I was 16 y.o. Blame Farra a.k.a DekYa!! Dia yang letak hidrogen peroxide. Hihihhi..pastu jemur diri tengah-tengah panas supaya tindak balas kimia cepat berlaku menjadikan rambut perang ala-ala semula jadi. Bila senior tanya saya memberi alasan 'Owh-saya ni orang PD, pasal kena angin laut jadiklah rambut saya perang' huhuhu...gile..

Berikut adalah alasan mengapa saya sedaya upaya akan memastikan diri saya kemas (lawa konon) sentiasa:-

Pada suatu malam di bulan puasa last year kot. Suami saya decided nak pulang ke Kuantan untuk menyambut puasa bersama keluarga tercinta. Disebabkan kami bertolak after 10.00pm, maka saya terus memakai baju tidur yang saya rasa tak patut saya pakai, tapi saya pakai juer mengenangkan sampai-sampai saja je Kuantan nanti terus tidur.

Baju itu yelah, track bottom yang besar berserta t-shirt suami saya yang maha besar. Tsk..tsk..saya takde baju tidur yang sopan sebenarnye. Itulah yang paling sopan. Dengan tidak semena-mena, kereta kami ROSAK kat Karak Highway! Wuuu wuuuu..nanges! Dua jam berlalu. Ada kawan suami saya baik hati menghantar saya & kids pulang ke rumah. Masa tu 2.00am. Dengan takde make-up sikit habuk pun dengan track bottom yang geleboh dengan t-shirt merah menyala besar suami saya. Ye, gitulah..moral of the story:- Mesti cantik kemas 24/7!!!

Ada juga ketika saya baru pulang dari kerja semasa zaman saya naik train dulu tu. Saya tak touch up selekeh juer rambut saya tidak sikat. Ye saya memang ada habit pelik tidak suka sikat rambut. Mungkin sebab rambut saya lurus jadi saya malas sikat rambut. Sikat pun takde kat bilik saya tu. Saya pinjam sikat husband saja.

Owh sambung cerita - di kala saya selekeh kejar-kejar train itu. Saya terlihat seorang yang sangat va va voom vouge gile dengan killer heels & tight suit. Wowww cantiknya. Dia yelah kawan sekolah saya dulu sebenarnye yang tidak berapa meletops dulu jika nak dibandingkan dengan saya ya. Nasib baik dia tidak nampak saya di situ kalau tidak mesti dia berka "Ini kesudahan hidup kau ye MK? Kononnya vava voom dulu, begini hidupmu?" Gitu....owhhhh..tidaaakkkk. Moral of the story:- Mesti mempercayai kecantikan melalui penderitaan. Killer Heels 24/7!!! (errr- sometimes saya tak pakai heels pun - janji jangan selipar toilet sudeehhh)

Ye sudah tersedarkah puan-puan pada realiti hidup ini? Mahukah dipandang sepi? Ahaha tak releven soalan saya. Takpe, kita teruskan:-

Pada suatu pagi, saya memandu ke tempat kerja. Jalan sedikit sesak di hadapan rumah saya. Agak pelik juer ye, sebab tidak selalunya begitu. Rupanya ada kereta rosak kat simpang tiga tu. Agak pelik sebab ada kakak bertudung tu berdiri di sebelah keretanya yang rosak itu sambil memegang paper lama di bahagian kaki. Setelah agak dekat dengan kereta beliau baru saya nampak bahawa kakak itu pakai tudung, tapi dia pakai seluar bermuda!!!! Hehehehehe....ahh ini mesti case konon-kononnya tak perlu keluar kereta ketika menghantar anak ke sekolah ye puan-puan. Sekali kereta rosak daa...kena keluar kereta juer. Moral of the story:- Jangan malas pakai 'Ajin' ketika keluar rumah!!

Di pagi Ahad pula, selalunya kami sekeluarga akan bersarapan di luar. Haruslah saya bersiap bersungguh-sungguh ye. Walaupun kadangkala dimarahi oleh suami dengan kata-kata "kita nak gi minum dekat-dekat je lah" Ah!! tidak saya mempercayai kata-katanya itu setelah 2, 3 kali terkena. Sewaktu saya tidak bermake-up atau memakai baju yang cantik tiba-tiba selepas breakfast dia terus nak pergi ke One Utama or Ikea. Saya benci....saya rasa busuuukkk..tidak bawak lipstick!!! And tidak memakai baju lawa..huk huk!! Moral of the story:- Walaupun hanya nak pergi ke kedai runcit acheh di depan rumah sila bawak beg make-up!

Ada lagi sebab musabab mengapa saya suka melawa ye puan-puan, akan saya sambung kemudian hari kelak. Dah nak balik ni. Sekarang ada 5 minit untuk touch up make up, powder my nose, sembur perfume, sapu losyen di kaki dan lain-lain.....owh - susahnya jadik wanita jelita!!!! I hate u Rozita Che wan!! (Eh jeles sebenarnye)

Thursday 7 October 2010

kenapa saya suka melawa (bahagian 1)

Hai... lama tak membebel. Marah ke tetiap kali bukak blog hanya nampak iklan husband day care? Or can I say 'Husband DARE Care' hehehe...

My raya was superb. Cuti lama sungguh, I tried to upload some of the photos too but blogspot asyik fail to load. So I give up lah. Lain kali je I upload.

Owh - pasal tajuk tersebut di atas tu. Kenapa saya suka melawa? Mana ada perempuan yang tak suka melawa. Eh ada ke? Maybe time dia malas je kot... I once read a phrase from someone famous "There is NO ugly women; only LAZY ones" tah betul tah tidak grammar saya tuh.

Eh masih tidak menghuraikan tajuk. Ok here goes, saya ada 3 kakak & seorang ibu yang boleh dipanggil Queen Bee (sorry Bu, I love you tho). Saya anak perempuan bongsu. Makanya, semasa saya 5 tahun, kakak-kakak saya berumur 9, 18 & 19 tahun dan ibu berumur 36. Semua tu (kecuali KakCik saya- sebab dia pun kecik lagi) rajin melawakan saya. Like ikat rambut ponytail la, belah tengah lah, siput la..pakai reben bulu-bulu (hey - dulu famous ok!) pastu my elder sisters dah start make-up.

Ibu? Ibu lagilah, kat rumah mesti pakai baju cantik-cantik sampai sekarang ni dok rumah pun pakai baju kurung sepasang lengkap, pakai lipstick. Kalau sememeh ibu marah. Bangun pagi mesti terus mandi kalau tak jangan harap dapat makan breakfast.

Saya start baca majalah 'Remaja' masa umur 7 tahun kot. Start makeup umur 14. Gi sekolah pakai celak ok. Hihihhi....semuanya influence kakak saya. Ini bukan sekolah kat bandar ok. Kalau kat bandar ala-ala urban tu saya pahamlah kan, umur 11-12 dah start pakai lipgloss blusher gi sekolah. Ini sekolah kampung ok. Kampung Linggi lagi namanya. Hiks!

Umur 16, saya sekolah asrama kat Muar, dah start pakai mosturizer & compact powder lipgloss & paling tak tahan pakai gel mascara yang colorless tu gi sekolah. Nasib baik takde cikgu perasan but one of my stylo girlfriend perasan (hiks - Hi Chikong!) Ah-dia juga yang sebabkan saya suka melawa. Kami sama-sama pakai heels (chunky) gi sekolah sampai kena rampas dengan cikgu sekolah. Kejam ye cikgu, rampas kasut kami kena balik berkaki ayam ok. Jauh ok nak balik hostel. Sorry Chiks - I tak sempat nak warn u suruh labuhkan kain sekolah u tu.

Time kat uni pulak, disebabkan dah terbiasa bangun pagi terus mandi and make-up, one of my roomate agak pelik ye, sebab pagi-pagi buta I dah tertonggok depan cermin tu sambil senyum-senyum pandang cermin. Terpersona memandang muka sendiri mungkin? Ahaha. Meah nama dia "Tan - apsal ko nih? Senyum-senyum tengok cermin?" I jawab "Errr...itu petua orang tua-tua lah, kalau nak nampak muka berseri kena senyum-senyum depan cermin tau" itu jawapan bila dah termalu ye kawan-kawan. Hahaha..anyway, I memang amalkan senyum-senyum perasan depan cermin tu everyday after siap make-up.

Panjang cerita kali ni ok. Kalau dah penat better stop here.

Masa dah habis study, duduk dengan kawan-kawan uni juer. Haa... bila dah duduk sendiri ni ada malasnya sikit sebab Ibu takde nak bebel. Mandi agak lambat juer. But still tak tau bangun lambat. Kadang-kadang agak jelous ye tengok housemate tak bangun pagi. Sampai tak tau nak buat apa sebab I sorang je terkebil-kebil dah bangun yang derang semua syoknye tidur. Rasa macam nak kejutkan je. Tapi kang sah-sah kena pelempang.

4-5 berlalu, kawin time!!! Lagilah pagi-pagi bangun cepat-cepat mandi & make-up. By make-up I mean bukan macam nak gi kerja punya make-up ye. Ini make-up yang konon-konon au-natural tuh. Pastu baring balik sebelah husband. Husband bangun mesti ingat I memang dilahirkan jelita...kakakaka..bangun tidur pun jelita & wangi. Itulah rahsianya bangun awal ye adik-adik, sila belajar.

Balik rumah in-law pun gitu juer. Pagi-pagi mandi siap-siap macam nak keluar berjalan. Sampai pernah one time my adik ipar tanya "Kak Intan ni nak gi mana lawa-lawa nih?" err..mesti I ter-make-up over sket color blusher tu kot pagi tuh...Chittttt kantoi pulak. Hahaha, tapi sekarang mereka tidak bertanya lagi. Dah biasa lah tu kot.

Balik kampung ibu pulak. Ah ini ada sedikit tertekan ye. Sampai kat pintu gate rumah ibu, cepat-cepat kena reapply lipstick or liploss. Takmo nampak pale ye. Sebab nanti ibu akan bertanya "Nih apo pasal pucaatt yo nih? Tak lawa laahhh" gitu. Pastu kena pastikan setiap kali balik kampung baju kena pakai yang berlainan ye. Contoh, last month pakai baju A, next month balik kampung jangan pakai baju A lagi, silalah pakai baju B. Nanti ibu tetiba bertanya kita ada duit ke tak sebab asyik pakai baju yang sama aje. Adooii aiiii....

Pastu...ada lagi, disebabkan sekarang adalah tidak sekurus dulu (ayat halus untuk mengatakan saya sudah debab sikit...sikiiittt je..eheheh) maka baju-baju basahan yang dibawa balik ke kampung haruslah berwarna gelap. Kalau tak ibu akan komplen lagi...wuuu wuuuu...gitulah ibu saya... (eleh mentang-mentang ibu tu tak pernah debab, ini mesti I dapat gen dari ayah ni) eh tetiba blame ayah..hiks...sory Yah.

Bila dah beranak 2 ni walaupun dua-duanya boy, nampaknya Bayong & Yen dah mengikut perangai saya sikit. Yen tu, duk rumah pun nak pakai 'Ajin' (Jeans) pastu dia nak yang jeans panjang saja. Takmo yang short. Pastu jeans nye hanya nak colour biru saja. Kaler lain dia kata bukan 'Ajin' Baju pun dah pandai pilih sendiri ye. Bayong juer, masa dia kecik-kecik dulu baju dia sangat bersih ye. Kalau terkena makanan sikit kotor je dia nangis nak tukar baju lain. Pssttt-Yen juer suka pakai lipgloss!!!! (owh - ayah dia mesti marah ni) dia kata 'Cantik' ahahaha...bila dia tengok saya pakai dia pun hulur lips dia.

Ok- kita stop kat sini dulu nanti sambung bahagian ke-2 pulak.

Tata!!

P/S:- To sayang - lipgloss takpe orang lelaki pakai ok, untuk kesihatan lips. Eh-yeke?