$

Tuesday 12 October 2010

Cerita Accident

Hai dolls!

Sana sini cerita pasal accident kat Simpang Ampat tu ye. My deepest condolences to the family yang telah kehilangan orang tersayang itu. Elok-elok bawak kereta dengan berhati-hati, tiba-tiba ada bas yang datang dari arah bertentangan menghempap kita. Ah - malang tak berbau, even though kita dah berhati-hati tapi kalau orang lain yang tak cermat memandu pun kita terkena juer...tsk..tsk..tsk...

Cerita pasal accident ni reminds me about my experiences. Experiences? Banyak ke pengalaman accident? Umm...2 kot. Itu pun accident kecil-kecilan yang tidak menyebabkan kecederaan teruk mahupun kematian.

11 Januari 1995
3 days before my 16th birthday. Siap ingat lagi tarikhnye ye. I bawak motor dari Kampung Linsum nak ke Kampung Siliau. (Sapa tau, tau lah, sapa tak tau buat-buatlah tau ye). Yes - I do not have driving license yet. Hmm...sila jangan tiru perbuatan ini ye adik-adik. Sesiapa yang ada anak tu, silalah jangan membiarkan mereka menunggang motorsikal/memandu kereta tanpa lincense yang sah. Chewaahhh gitu.

I bawak motor nak ke rumah Khaty my good friend to inform her that I got sellected to MRSM. Happynya tak terkata nehh...bawak motor takde le laju mana pun, tapi sampai di satu selekoh tu ada seorang MakCik bersama anaknya. anaknya tu duduk depan di dalam bakul motor itu ye.

Saya memotong MakCik tu, tiba-tiba bila dah dekat sangat, MakCik tu boleh belok kanan ye....sebab dia nak masuk simpang kanan, iaitu rumah dia. OMG I tak sempat nak elak dah ni...langgar saje... GEDEGUMMMMMM!!!!!!

Anak MakCik tu nangis kuat gila sambil berkata "Sakiittttt!!! Sakittt!!!! Bunuh dia maaakkkk!!!" OMG he wanted his mom to kill me? I then , tolak motor yang handle nya dah bengkok, mintak maaf banyak-banyak kat MakCik and terus pusing semula balik ke rumah. Sampai kat rumah nampak my Queen Bee (ehehe ibu) baru rasa macam nak nangis. Baru I tau that I was injured, bibir pecah berdarah. Hidung juer...adooii aiii... Bukak jeans, baru perasan lutut dua-dua koyak...hmmmm....

Later that day baru I tau yang I langgar tu yelah bini & anak ketua kampung Siliau....hehehehe...my dad pergi minta maaf dengan mereka.

2002
My housemate (Weq) & I woke up earlier that day sebab kami nak balik ke kampung Weq, di Pasir Mas, Kelantan. Weq nak tunjuk kereta baru dia kat Ma dia. Dia pun baru je dapat licence memandu masa tu. 'P' pun masih berkilat-kilat kat cermin kereta dia.

Kami singgah breakfast dekat Karak Highway, bungkus nescafe and sambung perjalanan. Masa tu highway baru ni belum dibina lagi ye adik-adik. Kami ikut jalan lama. Hari masih gelap lagi, kami tak mengantuk pun. Nyanyi-nyanyi dalam kereta. Weq asyiklah menyanyi lagu "Vida!! Kembalikanlah semangat mu!!" Tau ke lagu tu? Alah time tu dok heboh cerita latino kat TV. So one of our local boyband dah translate lagu "Vida, give me back my fantasy..bla..bla.."

Sampai kat Raub (rasanya lah - remember I'm suck in Geografi, so nama-nama tempat ni I memang susah nak ingat) Weq masih lagi menyanyi lagu Vida, Vida...aiiyooo soooo annoyying lah. Tapi I diam saja. Yelah dah la tumpang balik kampung orang, tumpang naik kereta barunya lagi pulak kan.

Hari masih gelap, sampai satu selekoh (selekoh lagi) Weq macam tak boleh nak belok ke kanan. Dia straight je ke arah tebing tu. I told her to "Drop gear!!! Drop gearr!!!!" dia jawab "Drop gear tu apa??!!!" GEDEGUMMMM!!!!! Kejap nampak tanah, kejap nampak langit gelap, kejap nampak rumput. "Allaahhh!!!!"

Tiba-tiba senyap, kereta berhenti bergolek. Kereta senget sebelah, 2 tayar terangkat. Weq di sebelah bawah, saya tergantung di atas. "Weq, Weq, kau ok ke?" "Ok, ok, kau?" "Ok!"

Tetiba ada jari-jari masuk ke dalam kereta melalui tingkap yang saya bukak sikit tu. Menjerit kami....pastu terdengar suara, "Bukak pintu ni dek...kami nak tolong ni" Owh ada orang nak tolong rupanya...kami tengah biul, sorry bang.

Saya bukak tali pinggang keledar tanpa berfikir panjang, tiba-tiba saya terjatuh ke atas Weq lah, yang telah memang berada kat bawah saya (remember, kereta senget 2 tayar naik sebelah) Pastu carik selipar pun tak jumpa. Saya juer basah lencun tak pasti kenapa. Yang pasti saya tak terkencing ye, jangan nak buruk sangka pulak.

Setelah Weq selamat memanjat keluar dari kereta tu, abang-abang perkasa telah beramai-ramai berjaya menolak balik kereta kami ke tepi jalan. Bumper koyak, lampu pecah. Tapi masih boleh dipandu. Hari pun dah cerah dalam lebih kurang 7.00+. Kami sambung perjalanan ke Pasir Mas selepas mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada orang-orang yang baik hati menolong tadi.

"Apsal aku asyik terbau nescafe ni Weq?" "Dah ko mandi nescafe ngookk!" Baru saya sedar yang air yang basah-basah tadi yelah air nescafe yang saya bungkus kat karak highway tadi. Hmmm.... Dahi serta lengan saya calar sikit je. Tapi sakit juer. Weq ok tapi ada lebam-lebam sikit. Finally kami selamat sampai ke kampung Weq. Sebelum sampai kampung kami pergi cuci kereta dulu hilangkan kesan-kesan tanah tu.

Alhamdulliah sangat sebab kami hanya langgar tebing. Cuba kalau gaung, and Weq tak reti nak drop gear, teruslah kami selamat masuk ke dalam gaung tu. alaaahhhaaiii... Terima kasih Allah, sebab selamatkan kami.

Sejak dari hari itu, saya prohibit Weq from singing the Vida song ever again!!! and Weq sekarang sudah menjadi seorang pemandu yang sangat cekap. Gladly, Weq masih lagi sahabat baik saya hingga hari ini. Dia sihat walafiat.

Dah la tuh, saya taknak accident lagi. Mintak dijauhkan.

Moral:- Jangan nyanyi lagu Vida sewaktu memandu ke Kelantan


No comments: