$

Thursday 22 April 2010

What? Dah seminggu tak update?

Yelaaaa... dah seminggu lebih takde entry baru. Sorry puan-puan. Agak hectic minggu lepas. Boss MK kehilangan isteri tercinta eksiden kat Elite Highway. Sangat tragik kemalangannya. Sangat sedih juer. MK terbayang-bayang sampai sekarang. Kena uruskan banyak perkara yang boleh ditolong semua kena tolong.

So drive carefully puan-puan. Buka mata besar-besar bila drive. Harus alert pada persekitaran. Malang tak berbau. Bila nak keluar rumah tu ingat salam, peluk, cium orang tersayang. Anak-anak semualah. Jangan lupa cakap 'I love u' gitu.

Pastu hujung minggu asyik ulang-alik ngadap Haris. Dia dah bukak mata besar-besar sekarang. Macam-macam dalam fikiran dia kot. Macam-macam dia nak tau tu. Cuma tak reti nak tanya je. Hehehehe....minggu ni rasa macam nak balik lagi sebab nak tengok Haris tidur dalam buaian (macam lah tak pernah tengok baby tidur dalam buaian ek?) alaaa...tak kiraaa...nak tengok jugaakkk!!

Next week MK cuti 4 hari, nak bawak budak-budak jalan-jalan. Ryan tak pernah naik teten (aeroplane) hari-hari dok babai-babai je menjerit-jerit bila nampak kabal terbang. Pastu lagi satu dia nak naik bas sangat. Hiks... senang je kan cita-cita budak kecik.

Cikgu: Rayyan, apa cita-cita anda?

Ryan: Saya nak naik bas, cikgu

hahahaah....

Orait..take care all!!!


Wednesday 14 April 2010

Haris Dzulqarnain

Introducing- my new nephew yang kecik molek!!!!

Comel sangat Haris ni. Masa lahir 2.70kg. Tapi panjang jugak 52cm.

Ni masa baru beberapa jam lahir kat Ampang Putri ni. Dengan Ayah dia.

Abg Ryan kelihatan geraaaaamm dengan Haris

MakTeh finally dapat pegang & kiss Haris!!! Seminggu MakTeh tunggu ok!! Hari tu dapat tengok dari dalam cermin je. (Oppss sorry tak tutup kepala)

Bersiap sediakah Haris untuk bergusti dengan Abg Ryan & Abg Lon Adam? Haris jangan terkejut ek. Abang-abang sepupu Haris adalah sedikit aktif hehehehe....

Haris jom main!!!

Yang belakang tu tukang make-up nye

Ok Haris, cepat besar dan sihat selalu ok!!! Tak sabar nak jumpa Haris lagi hujung minggu ni.


Tuesday 6 April 2010

Udang Mentega - Butter Prawn

Hey y'all..!

Selamat pagi. For those yang wish MK happy anniversary & congrats sebab dapat nephew baru (tetiba congrats kat MK plak...kelassss) THANKS!!! My nephew still hospitalised kat Ampang Putri. Maybe hari ni boleh discharge. Ibu dia sehat walafiat. Baby juer sihat...suaranya kuat!!! Gambar nanti MK upload. Biar ibu ayah dia puas-puas belek anak dia dulu lah.

Last weekend MK masak udang butter lagi. Maybe cubaan ke-3. Jaring-jaring tetap tak jadik. Tapi jadik macam serdak-serdak. Imporoved lah jugak tu...ehehehehe...Rasanya? Rasanya semestinya bertambah sedaplah!! Buat-buat tanya pulak tau.

Jom ambil pen & kertas tulis ini resepi. Dulu MK dah kasik resepi dah. Tapi kali ni kasik lagi. Hari tu MK masak main campak-campak saja. Kononnya dah hafal resepi. Dan cecaranya pun main taram saja. Ikut sukahati puan-puanlah kan. Hujung-hujung kita juer yang makan sendiri.

Bembahan:-
15 ekor udang sederhana
4 biji bawang putih (ketuk, racik halus)
2 tangkai daun kari
3 biji cili api (hari tu cili api dah habis, MK bantai guna cili boh)
3-4 sudu butter
3 egg yolk
1/4 cawan susu cair (guna fresh milk pun boleh) (hari tu MK guna susu tepung Ryan!!! hahahaha)

Cecara:-
  1. Panaskan kuali, cairkan butter, goreng udang sampai masak. Bila dah masak angkat toskan.
  2. Guna minyak/butter yang sama. Tumis bawang putih kasik garing, masukkan cili api, masukkan daun kari. Goreng garing jangan hangit aaa...
  3. Masukkan udang kacau rata. Angkat cepat-cepat. Letak dalam pinggan. Tutup api.
  4. Pukul egg yolk dengan susu cair. Kalau nak letak garam sikit pun ok je.
  5. Cuci kuali tadi (kalau nak pakai kuali lain pun ikut sukalah)
  6. Letak minyak masak pulak. Butter tadi boleh buang. Banyak minyak masak macam nak goreng deep fried.
  7. Panaskan minyak, tuang semua egg yolk + susu tadi dalam kuali. Kacau dengan garpu. (sila gunakan garpu besar ye) MK adalah bongok seketika semasa itu. Kacau guna garpu kecik yang untuk makan cake itu. Sedar-sedar tangan dah masuk sekali dalam kuali argghhh!!!
  8. Bila dia dah garing angkat cepat-cepat. Sebab time kita angkat pun dia masih lagi tetap meneruskan penggorengan dia even tho kita dah angkat ok.
  9. Toskan minyak. MK guna kitchen towel itu. Tissue serap minyak itu. Brand apa ek? Sukati lah brand apa pun.
  10. Bila minyak dah diserap, dia jadik garing..tsk..sedap tau. Jangan kedekut kitchen towel itu. Guna banyak sikit. Tapi kalau puan-puan suka makan minyak takyah lah guna kitchen towel. AAahhh jangan curik masuk mulut pulak!!
  11. Tuang atas udang tadi. Kalau nak gaul, gaullah. MK tak gaul tuang je semua atas udang.
  12. Siap!!!!
Warning:-
Ini method MK sendiri. Jangan kata ajaran sesat pulak ye. Method yang sebenar maybe berbeza. Kata trial & error kan. Janji bahagia sudaaahh.


Aaahhh ini 1st trial Mk masak dulu tahun bila tah. Ada improvement kan...kan....

Sunday 4 April 2010

Another anniversary present

This time is waaayyyy too special!! My KakCik dah bersalin!!! Baru je 4.26am tadi. Both mommy & baby are ok. Baby boy 2.70kg. Now I can't sleep, waiting for the sun to come out. Nak pergi hospital sangat!!!

Looks like I cannot forget this little one's birthday. Yelah..dah sama date dengan my anni.

Baby.... tunggu MakTeh datang ni!!!!! Now..where's my camera?

Saturday 3 April 2010

6 years and counting!

Tomorrow yelah wedding anniversary kami - Pak Mir & MK. Tapi kami dah celebrate semalam. Memang every year ambil cuti weekdays. Untuk rasa less guilty sebab budak-budak kami tinggalkan kat baby sitter. Dating pun office hour saja.

I bought him Timberland shirt. Dah tu je brand yang dia suka. Erkkss... but have to change it to a size bigger yesterday jugak. And different colour. Paahhhh!!!

"He likes white. I like red and green. So what colur should I buy?" ni MK tanya adik kat kedai itu.

"Buy the colour that he likes" kata adik itu.

"But I'm buying..so I gotta choose my colour"

"Yeaahh but he's wearing... you want him to wear it right?"

Pffttt.... iyooo laa....(tetiba dia nak biru...hahhh!! I told you, adik!!)

MK sangat jarang membelikan hadiah untuk PakMir. Bukan kedekut...but seleranya mahal!!! But this time takpe la.. beli je la.. and I didn't expect any present from him.

So...that morning (yesterday) after sent the kids, MK balik, tengok dia tengah mandi. So I quickly sangkut the paper bag dekat tombol pintu.

Pastu dia cakap.. "Eh..ade presentlah? Eh..ada kotak merah dalam paperbag ni?"

Mana ada letak kotak merah? It was actually a present for me!!!! Yeaayyy.... suke!!

MK dapat jam baru!! Alololololoooooo.....(seb baik MK belikan present!!!!! Yikes..if not mesti rasa guilty)

Kami jalan-jalan je 2 orang. But super penat juer. KLCC (tukar size & colour baju dia), Pertama (kecikkan tali jam MK), 1 Utama (makan-Seoul Garden), Bukit Raja (konon nak tengok Timberland factory outlet kat situ but tiba-tiba dah pindah ke Bukit Tinggi pulak)

Fetched kanak pukul 7.30pm lewat sejam. Budak-budak itu marah, merajuk juer sebab lambat dijemput. Heheheheeh....

I wish that every year we can do this routine, just spend time 2 orang je. Kan? Kejap pun takpe..janji 2 orang saje. Not that I tak suka bila askar ada....but..alaaaa...you know what I mean kan?

Tata people!!