$

Tuesday, 6 April 2010

Udang Mentega - Butter Prawn

Hey y'all..!

Selamat pagi. For those yang wish MK happy anniversary & congrats sebab dapat nephew baru (tetiba congrats kat MK plak...kelassss) THANKS!!! My nephew still hospitalised kat Ampang Putri. Maybe hari ni boleh discharge. Ibu dia sehat walafiat. Baby juer sihat...suaranya kuat!!! Gambar nanti MK upload. Biar ibu ayah dia puas-puas belek anak dia dulu lah.

Last weekend MK masak udang butter lagi. Maybe cubaan ke-3. Jaring-jaring tetap tak jadik. Tapi jadik macam serdak-serdak. Imporoved lah jugak tu...ehehehehe...Rasanya? Rasanya semestinya bertambah sedaplah!! Buat-buat tanya pulak tau.

Jom ambil pen & kertas tulis ini resepi. Dulu MK dah kasik resepi dah. Tapi kali ni kasik lagi. Hari tu MK masak main campak-campak saja. Kononnya dah hafal resepi. Dan cecaranya pun main taram saja. Ikut sukahati puan-puanlah kan. Hujung-hujung kita juer yang makan sendiri.

Bembahan:-
15 ekor udang sederhana
4 biji bawang putih (ketuk, racik halus)
2 tangkai daun kari
3 biji cili api (hari tu cili api dah habis, MK bantai guna cili boh)
3-4 sudu butter
3 egg yolk
1/4 cawan susu cair (guna fresh milk pun boleh) (hari tu MK guna susu tepung Ryan!!! hahahaha)

Cecara:-
  1. Panaskan kuali, cairkan butter, goreng udang sampai masak. Bila dah masak angkat toskan.
  2. Guna minyak/butter yang sama. Tumis bawang putih kasik garing, masukkan cili api, masukkan daun kari. Goreng garing jangan hangit aaa...
  3. Masukkan udang kacau rata. Angkat cepat-cepat. Letak dalam pinggan. Tutup api.
  4. Pukul egg yolk dengan susu cair. Kalau nak letak garam sikit pun ok je.
  5. Cuci kuali tadi (kalau nak pakai kuali lain pun ikut sukalah)
  6. Letak minyak masak pulak. Butter tadi boleh buang. Banyak minyak masak macam nak goreng deep fried.
  7. Panaskan minyak, tuang semua egg yolk + susu tadi dalam kuali. Kacau dengan garpu. (sila gunakan garpu besar ye) MK adalah bongok seketika semasa itu. Kacau guna garpu kecik yang untuk makan cake itu. Sedar-sedar tangan dah masuk sekali dalam kuali argghhh!!!
  8. Bila dia dah garing angkat cepat-cepat. Sebab time kita angkat pun dia masih lagi tetap meneruskan penggorengan dia even tho kita dah angkat ok.
  9. Toskan minyak. MK guna kitchen towel itu. Tissue serap minyak itu. Brand apa ek? Sukati lah brand apa pun.
  10. Bila minyak dah diserap, dia jadik garing..tsk..sedap tau. Jangan kedekut kitchen towel itu. Guna banyak sikit. Tapi kalau puan-puan suka makan minyak takyah lah guna kitchen towel. AAahhh jangan curik masuk mulut pulak!!
  11. Tuang atas udang tadi. Kalau nak gaul, gaullah. MK tak gaul tuang je semua atas udang.
  12. Siap!!!!
Warning:-
Ini method MK sendiri. Jangan kata ajaran sesat pulak ye. Method yang sebenar maybe berbeza. Kata trial & error kan. Janji bahagia sudaaahh.


Aaahhh ini 1st trial Mk masak dulu tahun bila tah. Ada improvement kan...kan....

No comments: