$

Thursday 27 October 2011

Pilihan terletak di tangan anda

Bila kita diam atau buat tak layan orang (especially lelaki) kata kita sombong.

Bila kita layan atau peramah orang kata kita gedik gatal miang.

I rather be sombong rather than miang.

Work IS work. Nothing in between. Jangan nak corner-corner. Cakap lurus-lurus please. Yes or No (no maybe), Black-White (no grey)!

Ada paham?

Huh...nyampah!!

Tuesday 18 October 2011

Busy body yang baik

Hai... seminggu dah membebel. Ada banyak perkara berlaku juer tapi entah kenapa jari-jari ni malas pulak nak bergerak dekat blog.

Apa benda busy body yang baik? Busy body tu bagus ke? Hihihi...well in my case this time it is.

Ahad-16/10/11 @ 5.50am. MK baru je tarik comforter itu pun dapat sikit je sebab partner MK tu bolot banyak..hehehe... baru nak lelap balik tiba-tiba terdengar a chinese girl menjerit-jerit macam marah-marah. Kejadian berlaku di parking lot yang betul-betul bawah tingkap bilik MK je. Aisehhhh tolonglah jangan bising-bising pukul 5.00am. Bisinglah kejap lagi ke like pukul 8.00 ke 9.00 ke boleh tak? Dia cakap tak boleh. Eh mana ada dia cakap gitu...hihhihi.. dia keep on jerit-jerit dalam Bahasa Melayu. Gigih AhMoi tu menunggu di parking lot entah dari pukul berapa untuk meng-kantoi-kan Boyfriend dia.

Hmm... kisah cinta 3 segi rupanya. Interesting...since kita pun dah tak boleh tidur, apa kata kita bangun dan busy body dekat balcony. Lets go!!! Tinjau PakMir & kids tidur nyamaaaan je.. ok takpe..kita boleh busy body sorang-sorang. No problem.

Azan subuh berkumandang. Jeritan masih berlarutan. Chewaahhh ada macam cerita drama swasta tak? "Bertajuk cinta 3 segi keparat"

Ok, by that time MK dah bukak sliding door & grill & diri dekat balcony sebab busy body. Seronok juer... pastu nampak ada neighbour depan rumah pun diri kat balcony. Hehehe...dia siap angkat tangan lagi dengan MK "Hai..." katanya, tapi tanpa mengeluarkan suara.

Chinese girl menjerit-jerit dalam bahasa melayu, ada malay girl menjawab dalam bahasa melayu juer. Ada chinese man bercakap perlahan-lahan tapi masih boleh didengari. Nama malay girl tu Izzati. (Hahhh..gigihkan MK membusy body?) Lepas AhMoi jerit-jerit tendang-tendang handbag & membaling phone tidak kedengaran suara Izatti lagi. AhMoi bercakap dalam bahasa Mandarin pulok...Ala....tak paham lah kalu gini...

Diselitkan dengan penggunaan bahasa inggeris juer. Ahh...bagoosss... dia cakap Izzati tak malu nanti orang office tahu..bla..bla.. nanti Izzati pregnant macam mana? Ko nak kahwin dengan dia ke? Nanti ko kena sunat macam mana? (Ok ayat yang hujung ni MK tipu..hihih)

Aku nak mengadu dengan omak kau, kata AhMoi..bla..bla..nangis nangis...ish..bila nak habis ni? Dah 6.20am. Solat dululah. Lepas solat bising-bising dah tak de. Tapi diakhiri dengan bunyi kaca pecah. Ahh...sudah!! Jangan ko pecahkan cermin kereta comot aku sudeehhh...lepas tu senyap sunyi... MK merumuskan bahawa AhMoi telah balik. Dengar AhBoi kunci kereta guna alarm tu lah.. Teeet Toooott!!

Selesai....

Setelah terkebil-kebil 1-2 minit, suasana kembali sunyi sepi. Neighbour MK pun nak masuk ke rumah melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal. MK memutuskan untuk memasak nasi lemak. Berserta dengan ayam goreng berempah. Ayam tu dah diperap sejak malam Sabtu lagi. Itu pun terhegeh-hegeh carik resepi & membeli spices. Ketumbar tak kenal macam mana rupanya, call Kak Ngah untuk bantuan kecemasan. Dia pun tak reti...kekekeek... jintan putih pun tak jumpa. Yang ada cuma jintan manis tapi nampak colornya macam putih. So MK ambil je yang tu. Ke dia memang sama tapi berlainan nama? Lantak..

Jumpa ketumbar kat kedai lagi satu..suke...ayam goreng berempah sukses!!!

Seperti biasa, pinggan bertemakan carca marba. Takde set-set nye. Telur juer ada yang tergaring (nama lain bagi terhangit) :P

Puan-puan dah paham tajuk ke belom? Kenapa busy body yang baik? Sebab, disebabkan MK busy body lah MK terbangun pagi & akhirnya dapat buat breakfast yang sedap untuk family. Kenyang perut suka hati yeaaayyy!!!

P/S:- Benda-benda yang negatif pun kita boleh tukar dia jadik positif pun kan..(baca ikut intonasi Johan Raja Lawak pun)


Tuesday 11 October 2011

Tioman After Math

Bilalah nak habis cerita pasal Tioman ni. Dah dekat nak 2 minggu dah hihi...orang lain pergi Afrika, Zimbabwe, Jepun pun tak over gini..hihih..

Ok, final post - the aftermath.

Petrol : RM100-150
Tol Sungai Besi-Senawang: RM16.40
Feri : RM260 (Adult RM70/person, Kids 3-12 RM60/person) ticket pergi balik ye
Idaman Beach Holiday : RM160 (RM80/quad room/night with fan) but kami di-upgraded to air-cond room with same rate.
Speed boat + snorkling equipment: RM300 (Share dengan ayah & kak ngah)
Makan: RM50/meal for 6 adult 2 kids (kadang kami bayar, kadang ayah bayar, kadang angah bayar)
Souviner: Magnet RM2.50-7.00/piece
Seeing the face of your laughing Parents & children: Priceless!!!

Gitu... tak mahal pun..just nice lah untuk budget vacation.

Moh pergi!!!


Monday 10 October 2011

Tioman Bersama Kesayangan (Day 3)

Hari ke-3 kami hanya chilling & relax saja. Teman kanak mandi & berkemas untuk balik. Feri suppossedly sampai pada pukul 1.00pm tapi tiba-tiba tercepat lah pulak. 12.00pm dah sampai. Terkejar-kejar kami ok. Sampai tak sempat beli magnet untuk buat souviner untuk kawan-kawan tercinta. Last-last MK beli kat Jeti Mersing..hihihi.. kira aci lah kan.... the thoughts that count kata omputeh nye :)


Bayong bersantai berlakon tidur sampai tangan terjuntai. Realistic sungguh lakonannya

Tourist yang amat mementingkan keselamatan diri - 24jam pakai life jacket

Lagi satu gambar budak comot

Bayong cuba memanjat pokok

MK bawak banyak tudung, tapi asyik pakai yang ni je sebab dia senang & matching dengan semua baju. Hihi..so janganlah kesian pulak takut-takut puan-puan ingat MK miskin tudung. Walaubagaimanapun, kalau nak bagi hediah tudung amat dialu-alukan.

Kami tak dapat jumpa turtle maka ambil gambar dengan gambar turtle pun jadilah. TunTun sangat suka seluar yang MK pakai tu. MK beli kat Thai fairlah. RM25 je. Besar kembang kaki dia..banyak syok woo...macam princess jasmine dalam aladdin!! (Ngekk perasan!)

Tak..kami tak duduk kat sini pun. Kami duduk di Idaman Beach Resort.

Kalau puan-puan dah biasa menginap di istana kayangan, maka MK nasihatkan janganlah booking Idaman Beach sebab facilities nya sangat basic. Bagi kami golongan marhain ini, kiranya chalet Idaman ni kira ok lah, bersih, ada aircond, bilik air bersih (walaupun ada semut buat sarang!!) Hihi..

Jom lah pergi Tioman!!

P/S: Nanti MK buat post 'Tioman after Math' supaya mungkin dapat membantu puan-puan membudget untuk ke Tioman kelak di hari muka.

Cheerss!!!




Thursday 6 October 2011

Tioman Bersama Kesayangan (Day 2)

Haiii....

Day 2 di Tioman was even better!! Kami sewa speedboat dari PokDe (owner chalet) RM300 beserta dengan snorkling equipment. Start our boat ride dari pukul 9.00am right after breakfast. Naik boat sangat mengujakan. Angin kuat menampar-nampar muka kami, air laut terpercik-percik. Boat melompat-lompat dipukul ombak. Seronok & excited!!!

Mula-mula kami ke Tekik tengok-tengok pekan 'terbesar' di Tioman. The 1st time MK pergi Tioman dulu was like 17 years ago..hooohooo.. now the jetty is like Venice!! Hihhi..not really la..lebih kurang le..

Di Jeti Tekek.

"Venice"

Keluang ada banyak bergayutan kat pokok-pokok. Keluang lebih kurang macam kelawar (bat) but bigger. They keep on kibas-kibas sayap panas kot..hihih..

Kami singgah ke kedai untuk beli selipar ayah. Tiba-tiba Bayong TER-pecahkan sebekas gula-gula chuppacup ke hape kebenda brandnya. He doesn't even like to eat candy. But we have to pay like RM34 for 15 candy. Grrr....Bayong takuuuttt lah sangat ayah dia marah. I know he doesn't had the intention to drop it pun. Just maybe bekas candy tu menarik perhatian dia. Gile ke jual gula-gula mahal gitu? Anyway.. sebab tak mahu merosakkan percutian yang happy, MK tak marah pun dia. Cuma tanya je apa yang terjadi sebenarnya & remind him...kalau next time dia nak tengok apa-apa just let me know so that I can put it back on the rack supaya tak pecah!! 1st time in his life dia pecahkan barang pun.... Siaannn dia...

After that sambung perjalanan ke Marine Park. Belum apa-apa lagi ibu jari kaki MK tersepit di antara platform yang terapung tu. Sakit woooo....

Daddy cool yang seronok snorkling.

Yen yang payah sangat nak berenggang dengan Mak Ngah dia. Asyiklaaahh nak duduk dengan MakNgah

Look...banyak gile ikan. Ayah siap tangkap ikan guna kaki je ok!!! Hebat gile!!

Bayong & Imran - 2 budak yang tak reti penat

Yang paling mengujakan MK pada trip kali ini ialah di Coral Island. I tell you... Subhanallah...cantik sangat. Lagi cantik daripada yang kita tengok dalam discovery channel tu. Kalau lah pandai dive, mesti lagi best sebab boleh pegang coral tu. Ikan pun jangankan ikan nemo, u just name the color, semua ade, purple, hijau stiking...semuaaaaa ada. Tapi masa ini camera kehabisan bateri. But kalau ada bateri pun camera kita orang bukannya waterproof pun..hiih macam mana nak ambil gambar coral kan.

Masa di Marine Park, Yen telah ditenggelamkan oleh ayah dia dalam air selama 2 saat kot. So dia sudah tidak percaya dah dengan ayah dia..hhiihhi...so ibu dia yang 'handal' berenang ni lah yang dia nak ikut. Cuba bayangkan betapa 'tere' nye MK ni, sambil snorkling sambil dukung anak. Muka & separuh badan dalam air, Yen pulak berpaut kat leher & timbul atas air. Hihihi...suka hati kau lah nak ooiii...janji Yen happy.


Ibu tak snork. Maybe dia tak berani. Tapi once you dah pakai life jacket tu rasanya selamat je. Kalau tak pandai berenang pun mesti boleh timbul. Don't worry ok.



Masa kat Coral Island ni sementara menunggu Bayong & Imran puas tengok coral, kami lepak dalam boat bagi ikan makan roti. Si Yen asyiklaahhh mintak roti. Bila kita bagi dia roti...dia lempar dalam laut..pastu mintak lagi dengan suara yang lebih kuat "Nak yotiii!!!!' (pelat). Mintak, bagi, mintak, bagi. Tapi masih buat muka tak puas hati. Last-last dia cakap "ADIK NAK MAKAN YOTIIIII ADIK LAPAAAAAA" loohhh lapar rupanya. Cakap laaahhh..hihihi

Kami berhenti makan di Kampung Paya. Yen memang betul-betul makan. Siap order food sendiri "Adik nak yoti, burger, tolo, yaish, milo" (roti, burger, telur, fries, milo) hihihihi... memang dia lapar..habis dia makan semua.

Lepas makan kanak-kanak sambung mandi lagi kat pantai Kampung Paya tu. Hishhh tak puas-puas.. Kami berhenti kejap untuk snorkling lagi, lepas tu mula-mula bercadang nak jungle tracking. Tapi kesian tengok ibu penat macam mabuk laut je..yelah..dia tak turun dari boatkan masa kami berhenti snorkling. Duduk dalam boat memang lah teroleng-oleng je.



Dalam pukul 3.00pm tu kami sampai semula ke chalet kami. Masa turun dari boat tu lah ibu baru nak mandi laut. Cuba pakai goggle tapi tak betul caranya. Tempat letak hidung tu senget. MK ni bukannya pergi tolong ibu betulkan goggle tu..tapi gelakkan ibu sebab muka dia jadik sebijik macam muka Adik MK si Alan. Sakit perut gelakkan ibu.... Lepas tu baru tolong ibu betulkan menatang tu.

Akhirnya ibu berjaya mencuba snorkling walaupun hanya di pantai depan chalet. Jadilaaahhh....

Malam tu lepas dinner semua orang melepek 9.30pm dah tidurrr... zzZZzzZZzzZzz...

Wednesday 5 October 2011

Tioman Bersama Kesayangan (Hari 1)

Salam, haii... (tiru DakDiana) hihih...

Last week 30/9-2/10 MK akhirnya berjaya pergi ke Tioman bersama keluarga tercinta. Walaupun tak semua adik beradik dapat join tapi yang penting Ibu Ayah ada. Actually MK plan nak pergi dengan family kami je & nak belanja ayah pergi Langkawi tapi ayah cakap "Tak ado guno eh doh pogi Langkawi tu..tah penamo eh" hihihhi...yelah.. Langkawi kalau nak shopping best lah kan. So ok Yah...moh pogi Tioman.

Kami memulakan perjalanan dari KL malam 29/9 (Khamis), sampai ke kampung pukul 11.00pm. Tidur & bangun pada keesokan harinya dalam 3.30am. Gerak jemput Kak Ngah kat Senawang & terus gerak ikut Kuala Pilah-Bahau-Muadzam-Endau-Rompin-Mersing. Eh..betul ke susunan route nye tu. Lebih kurang lah tu.

Berhenti dekat Masjid Kuala Pilah solat Subuh. Terus ke Muadzam berhenti lagi untuk breakfast. Perjalanan diganggu 3 kali dengan kejadian yang agak bahaya.

suka gambar ni sebab Yen nampak sangat mengagumi Ibu dia. Walaupun MK tau muka lebar macam dulang & gigi macam tupai..hihihhi...

Bahaya 1:-
Ada lori depan kereta ayah tiba-tiba macam terbabas sikit & entah apa cecair yang dia bawak tumpah atas kereta ayah. Mengucap panjang MK masa tu yang ikut belakang kereta ayah.

Bahaya 2:-
Masa ni kereta kami di depan, tiba-tiba tengah laju tu ada 2 biji motor tiba-tiba berhenti tengah-tengah jalan ok. Tahu-tahulah, jalan sempit gila. Hanya 1 lane je kan, nak elak ke mana pun? Nak elak ke kanan ada lori dari arah bertentangan. So PakMir brek & bagi high beam je. Tapi ayah pulak yang di belakang kereta kami pun dah terapat pulak so ayah emergency brek. Siap berasap tayar kereta ayah. Skreeettttttttttttt!!!! Ayah cakap "Budak-budak tu memang sungguh-sungguh bona nak mati hagak eh! Celepet boto lah"

Bahaya 3:-
Ayah kat depan pulak, ada lori besar kat depan ayah, tayar dia meletup!! Nasib baiklah tayar dia 2 lapis kan. So masih boleh bergerak lori tu. Tapi kami nampak dia macam tak stabil je..so cepat-cepat potong lori tu.

Finally sampai ke Jeti Mersing dalam pukul 10.30am. Naik feri pukul 11.30am tapi feri gerak pukul 12.15pm. Kami berhenti di Kampung Genting iaitu hentian pertama bagi feri pada pukul 1.45pm. Happy!!!!!

Kena jalan kaki dalam 5-7 minit untuk ke chalet kami yang terletak di hujung pantai Kampung Genting ni.

Dah sampai!!!

MK pilih untuk lepak di Kampung Genting setelah men-survey banyak perkara. (Eleh..bebenarnya sexcited gila men-survey hampir hari-hari selama beberapa bulan sebelum kejadian) hihih... Memandangkan MK membawa kanak-kanak kecil & warga emas, maka Kampung Genting yang paling sesuai sebab tidak mencemar pemandangan mata Tuan Haji & Puan Hajah serta kanak-kanak bawah umur dengan pemandangan pelancong asing yang memakai bikini. Hikss... tapi ada jugak 2 orang orang putih pakai 2 pieces suit & Yen dengan lantangnya berkata "Ewwwww...tak maluuuuuuu!!!"

Kampung Genting juga sangat tenang dari hiruk pikuk & majority of the restaurants banned beer, liqour dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya MK ada kawan yang kampungnya di Juara. Kampung Juara actually terletak at the other side of the island. Dia macam isolated lah. Tapi ramai yang cakap, kalau pergi Tioman kira tak sah jika tak ke Juara. Malangnya kami tak sampai ke Juara. Kat situ ada blind turtle santuary ada waterfall. Tapi kena jungle tracking dari Tekik lebih kurang 1 jam perjalanan. Rasanya ibu tak larat kot. Kesian ibu...so kami decided tak pergi. Tapi takpe, next time kalau ada rezeki kami sampai kampung ko ye Lili!!

Belum apa-apa lagi dah terjun laut dah. Yen suka sangat life jacket dia tu. Dia asyik pakai 24 jam

Memandangakan Bayong dah pandai berenang, jadi dia lah yang paling enjoy sekali trip kami kali ini.

Lepas makan tengah hari, kami rehat-rehat sekejap lepas tu terus berjalan menyusuri pantai ke kedai-kedai yang berdekatan jeti. Sebenarnya kalau ikut jalan pantai lebih dekat dari jalan dalam yang kami ikut masa datang bawak beg-beg tengah hari tadi. Tapi kalau ikut pantai macam mana nak tarik beg ye tak?

Pasirnya halus & putih bersih. Udaranya pun sangat fresh..fuuhhhhh

Nampak tak batu-batu besar kat hujuuuuunggg tu. Ah..kat situlah chalet kami. Nampak macam jauh, tapi kalau berjalan tak sampai 10 minit lah. Tapi ibu ayah agak kepenatan juer. So rehat di chalet saja.

Ni je gambar berdua dengan cinta hati saya. Itu pun sorang kaki ke belakang, sorang pandang anak yang tengah melompat kat tepi.

Budak ni sebenarnya baru lepas mandi laut. Lepas mandi aiar bersih dan tukar baju, tiba-tiba dia boleh rendam balik badan dia dalam air laut..haisshhhh

Terapung!!!! Aksi PakMir Copperfield

Yang MK pegang tu ikan buntal tau. Tapi dah kering...ewww juer lah.

Ahh... bila tengok gambar ni terasa nak pergi sana lagi

Sunset in Tioman Island.

Macam adik beradik je ek?

Honeymoon ibu ayah kali ni disibukkan dengan kehadiran anak cucu.

Yen nak jugak naik sampan tu. Atuk dia rajin melayan.

Tengah tunggu waktu dinner

Well...itu je cerita hari pertama. Nanti sambunglah. Gambar banyak gile!!! Seronok..seronok..seronok... jom pergi!!!!

Taa!!!!