$

Wednesday 29 February 2012

Sup Ikan Jenahak

Hai y'all!

Lepas balik kerja hari Isnin hari tu kan, terus saya heret anak lelaki 2 orang tu pergi Giant sebab nak beli lauk. Dah dekat 2 minggu masak cincai-cincai atau memang tak masak langsung. Sebabnya lauk dah habis & pemalas.

Dalam otak dah fikir nak beli ikan 2-3 jenis sebab kalau asyik ayam ayam ayam nanti lama-lama muka pun jadik macam Colonel Sanders ala...orang tua yang model KFC tu kan. Disebabkan Yen suka sup, saya pun dah bercita-cita nak beli ikan merah. Sedap dibuat sup kan. Ok..beli beli beli solat kejap kat surau Giant tu. Masa saya tengah solat tu, saya perasan yang Yen kejap-kejap pergi ambil wudhu je..tapi solatnya tak pulak. Hehehe..main air le tu. Chiitttt...

Selasa pagi borak-borak dengan Matun, dia tanya mahal tak ikan merah? Saya pun check le resit tu. Lepas tu baru tau yang ikan yang saya beli semalam tu sebenarnya ikan jenahak...heheheh rasa sedikit ngeng di situ dasar tak kenal ikan. Tapi kan, dekat signage tu dia tulis ikan merah ok. Masa nak beli tu pun saya ada berfikir dalam hati (memang le pikir dalam hati karang kalu pikir kuat-kuat kang orang ingat sewel pulak) eh ngapa ikan merah ni kaler dia lain ek? Tak fresh kah? Ewaahhh pandai sangat le tu. Dia kaler lain sebab dia bukan ikan meraahhh. Pfftttttt!

Ok resepi:-

Bembahan (Sekeping ikan je ye):-
1 potong ikan jenahak (nak ganti ikan merah pun ok je)
1 biji bawang besar (potong 4 ke 6 ke)
1 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
1/2 kiub ayam knorr (masak ikan tapi guna kiub ayam-magic kan?!)
1/2 batang timun (potong panjang-buang biji dia)
1/2 batang carrot (potong panjang)
sedikit soo-hoon
sedikit daun sup
1-2 cawan air
garam & lada sulah
minyak untuk menumis

Macam banyak je ek bembahannya. Tapi yang senang-senang je kan. Semuanya macam ada kat dapur je kan?

Cecara:-
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai bau wangi
  2. Masukkan kiub ayam, lada sulah
  3. Masukkan carrot
  4. Campur air sikit untuk lembutkan carrot tu, bila dah lembut sikit masukkan lagi air
  5. Bila dah rasa yakin (hehe) & sup dah mendidih boleh masukkan timun
  6. Masukkan ikan, soohoon
  7. Adjust rasa, tambah garam ke.
  8. Bila ikan dah masak, tutup api, masukkan daup sup kacau sikit tutup periuk vision (Chewah) dengan penutup (lid) dia.
  9. Sekian, sedap!!!!
Semalam saya kawankan sup ikan tu dengan ayam belado. Sedap juer. Dan memang saya ada masak lebih sebab ada cita-cita nak bawak ke office untuk lunch hari ni. Memang tercapai cita-cita saya tu. Tapi kan, suami saya sangat baik hati, mungkin dia kesian tengok saya, so dia tolong bawakkan beg bekal tu. Baik nawaitu dia kan. Lep u (tetiba)...tapi dek kerana mungkin dia terlalu gagah menghayun langkah semasa membawa beg so ayam belado saya dah jadik sup ayam belado. Sup ikan saya dah kering (rujuk appendix A)....hihihih...

Appendix A

Hah...tengok tu. Tapi tak kesah lah labu..nanti masuk perut semua campur-campur jugakkan? Ni gambar saya baru ambil tadi ni. Sup pun dah beku sikit sebab simpan dalam fridge untuk panaskan masa lunch hour nanti. Tu je...kesian..eh..sekian!!!

Tata!!

P/S:- Cabaran seterusnya yelah merendang ayam. Tah bilalah nak tercapai?


Sunday 19 February 2012

Burung yang penyayang

Bayong: Bu, banyak-banyak burung, burung apa yang penyayang?

Ibu: Aaaa...burung kakak tua?

Bayong: Salah...

Ibu: Burung merpati sebab dia selalu balik ke rumah tuan dia.

Bayong: Salah...

Ibu: Haisshhhh...tak tau lah :(

Bayong: Burung belatuk...sebab, dia bela atuk dia..jadi dia penyayang...

Hehehe....lawak!

Friday 17 February 2012

Pembuli vs Pembela

Pernah tak puan-puan menghadapi pembuli? Tau tak puan-puan bahawa si pembuli memang kenal dan akan memilih mangsanya? Dia hanya akan memilih mangsa yang lebih lemah saja daripadanya. Yelah...takkan nak pilih mangsa lagi kuat kot..silap-silap dia yang kena buli.

Tau ke puan-puan bahawa si pembuli pada masa dia kecil dulu pun adalah mangsa buli? Ahhh tak tau kan..sebab saya baru reka info tu kejap tadi..haha!

Ada banyak kategori pembuli. Meh kita tengok satu-satu yang saya ingat je lah ye:-

Pembuli di sekolah:-
Ini macam biasalah, suka buli-buli budak yang lebih kecik badannya. Atau pun kurang bijak. Atau pun kurang bising. Seperti dibaling-baling batu-batu kecik pastu pura-pura pandang ke arah lain sehinggakan budak india itu tukar sekolah (eh...ni macam pernah dengar cerita ni di mana ye?) Adakah budak india yang saya buli itu sekarang menjadi seorang pembuli setelah dia dewasa? No!! What have I done?!! Sorry tanggechi...

Pembuli di Office:-
Owh..ko budak baru ye...meh sini tolong photostate paper work ni 100 copy. Tetiba dapat tau bahawa budak baru tu sebenarnye yelah boss ko. Ok, selalunya ini hanyalah dalam drama je. Takkan le kita tak gossip-gossip dulu kot sapa colleague baru kita kan. So..teeetttt...tipu.

Pembuli di office selalunya yelah buat-buat sibuk dan meminta colleague membuat kerja untuk dia. Colleague yang dipilih selalunya tak pandai nak melawan atau malas nak panjang-panjang cerita.

Pembuli di rumah:-
Hmm...agak complicated. Senang cerita silalah sayangi suami/isteri kita tu. Mereka pun manusia gak. Ada jugak kemahuan lain selain daripada menjaga keluarga. Mereka pun ada juga ibu, ayah, kakak, abang, KAWAN, eh..kawan hurup besar pulak..ehh...? (Mengingatkan diri sendiri supaya tidak selalu membuat moncong jika suami balik lambat sikit) Biarlah...sekali sekala dia pun nak juga bersosial bersama kawan. Ada jugak cerita-cerita yang dia rasa kawan dia oran yang lebih bagus untuk mendengar. Ahh...tapi jangan le kita pulak ambil kesempatan ye, seperti:- "Saya pun manusia bang...ada perasaan...so hari ni saya nak keluar, esok pun, lusa pun tulat pun, saya nak bersosial"

Amboi..amboi... amboiii....ini lah yang dikatakan dibagi betis nak peha. Eh..peha sedap kan..drumstick..kfc..Sekali sekala je ok!!!! Eh..ni cakap dengan sapa sebenarnye ni?

Pembuli jalanraya:-
Ini banyaakkk...kat office saya ni pun ada. Hihi oppsss.. kadang-kadang pembuli jalan raya ni bila dia membuli tu akan menjadi satu kepuasan buat dia tau. Bila dia dapat memotong kita 'potong pancung' gitu..hihih.. hebak ah tu..nyampaahhhh!!! Lepas tu bila kita bagi signal nak masuk tu tiba-tiba dia lajukan kereta dia...eeeeiiiii!!! Pastu pandang-pandang slack bila kita macam membuat kesilapan sekecil zarah contohnya terlambat jalan semasa lampu hijau. Lambat pun adalah dalam lebih kurang 0.5 saat. Dia pun terus memotong lalu memandang hina kita ni..Chittt....

Jangan layan. Pembuli jalanraya selalunya psycho!! Eh..ye ke?

Last but not least Pembuli yang membela:-
Hehe...pembuli yang tau modus operandi pembuli-pembuli lain biasanya akan menjadi pembela terhadap orang yang disayangi. Maka adakah ini bermakna orang yang selalu membela kita sebenarnya seorang pembuli yang hebat? Mungkin...hihihi..hanya orang yang dibela oleh pembuli sahaja yang mengetahui perkara sebenar.

Pembuli yang membela selalunya akan memarah orang yang disayanginya itu sebab orang yang disayangi memberi peluang kepada pembuli lain untuk membuli. Pembuli pembela juer akan berasa seperti ingin pergi memarahi orang yang membuli orang yang dia sayangi. Hihi..tapi kadang-kadang bukan semua sutiasi kita boleh jadik hero ok. Ingat tu semua pembuli pembela.

Haisshhhh apa saya merepek ni...sebelum lagi kalut..benti sini dulu lah...jom balik!

P/S:- Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Lagipun kita janganlah dengar sangat cakap-cakap orang yg takde kepentingan dalam hidup kita. Kalau kita nak dengar cakap semua orang dalam dunia ni...bengkok lah dek...lagi pun orang yang bercakap-cakap membuli kita tu ke yang bagi kita makan? Dia ke yang bagi anak ko susu? Ah? Ah?

~Tak baik tunjuk kuat, tapi jangan pulak tunjuk kita lemah~

~kalau kita tak kuat takpe, tapi sekurang-kurangnya kita kena berlakon jadik kuat, balik rumah kang kita nangislah, depan pembuli jangan nangis ok!!~

Pesanan dari ketua pembuli yang menyayangi rakan-rakan..hihi

Tuesday 14 February 2012

Tips juer

Banyaknye buku Bayong...poning kepalo ibu nak susun hari-hari. Karang kalau terlupa bawak dah termalu kat sekolah. Haa....buat gini...pastu anak dah boleh susun sendiri. Ini especially bagi ibu-ibu yang anak dia baru masuk sekolah darjah 1 kan. Kan kita ni tak habis-habis lagi kagetnya.

Tapi betul juer kita need time to adapt to new routinekan. Sekarang dah tak rasa amat amat susah pun. Semuanya manageable. Tapikan...semalam kan, saya tergolek depan lift kat rumah baby sitter. Bahu kiri sakit 1 malam je lah nasib baik, alhamdulillah. Lutut kanan lobam sebab menahan diri dari tidak jatuh tertiarap sebab tangan kanan penuh dengan beg-beg sekolah anak & baju yang bersih ber-hanger. Hihi..walaupun jatuh, tangan kanan masih tinggi berdiri sebab nak selamatkan baju tu. Kagum tak?

Tapi sakit woooo....

Anyway...mana tips nye?

Ni haaa...


Ala...tak nampak ke? Nampak tak? Tu ha...ada sticker tu. Lekatkan sticker di setiap buku termasuk buku tulis anak. Tulislah hari-hari yang buku tu perlu dibawa. I, S, R, K, J ikut jadual. Lepas tu boleh explain kat anak, so derang pun boleh susun sendiri buku dia.

Senangkan? Eh..ke puan-puan dah lama tau tips ni haaa? Isk..apsal tak bagi tau saya? Huh??!!

Tapikan..untuk sekolah KAFA Bayong kan, ada 2 bijik buku tu saya tak reti nak baca sebab Bahasa Arab. So saya lekat je sticker kosong & cakap dengan Bayong bawak buku ni hari-hari sampai ada subject tu, silalah tulis hari apa pada sticker tu.

He loves the idea sebab dia rasa senang nak susun buku dia!! Anak happy, ibu gembira!!

Tata!!!

P/S: Bayong marah saya sebab tak tau Bahasa Arab. Dia pelik kenapa saya tak belajar Arab. Saya jawab "Dulu ibu sekolah omputeh" (Omputeh lah sangatnye) Hahahaa....


Friday 10 February 2012

Soft Shell Crab - Deep Fried with Salted Egg Yolk

Hey y'all!! Gembira tak hari ni? Hari ni kan hari Jumaat. Malam tadi kan malam Jumaat. Haiippp...jangan fikir bukan-bukan, malam Jumaat kan malam baca Yaasiin... dapat banyak pahala dengan amalan mulia kan..kan... :P

Saya gembira hari ini sebaaaaaabb berjaya masak soft shell crab!! Owhh...marvelous sungguh rasanya. Memuji kesedapan masakan sendiri berkali-kali tanpa segan silu..hew hew hew... (ketawa mengikut bunyi & ejaan semasa)

Rabu hari tu saya 1/2 day kerja sebab Yen telah muntah banyak kali di sekolah. Maka disebabkan saya seorang ibu yang baik maka saya pun bergegaslah ke tempat kejadian untuk menjemput & menyelamatkan cikonet yang saya sayangi.

Masa saya sampai tu nampak dia sedikit tak aktif tapi masih membebel, so saya tanya dia larat tak teman ibu pergi makan sushi...?! Eh..anak ko sakit ko lagi mau makan sushi ahh Sabariah??? Yen kata ok, so off we go too Summit USJ, sebab ikut highway Kesas tak jem & dekat dari rumahlah kiranya.

Saya makan sorang je...Yen sebok minum green tea & main chopstick serta mengagumi apa nama benda yang berpusing-pusing bawak sushi tu? Lepas tu kami gerak ke Giant, Yen kata nak jalan-jalan (konon...eleh macamlah orang tak tau dia nak tengok kereta HotWheel) Belilah 2 bijik HotWheel. Tiba-tiba ternampak soft shell crab!!! Sebijik eh..seekor RM5.48. Besar lebih kurang 3/4 tapak tangan saya. Saya beli 2 ekor. Tak sabar nak masak ni. Tapi malam tadi baru berkesempatan masak.

Isk..membebel panjang-panjang..meh tengok gambarlah:-

Nah, ni gambar sinki saya yang berkilat. Hihi...gambar ketam soft shell. Nampak tak kulit dia lembut je. Boleh makan semuaaaaaa ok..semuuaaaaaa!!! Potong 2 je pastu goreng terus.

Sejak anak dah masuk sekolah ni busy bebenor gamaknye ye. Sudah-sudahlah tu bak kata Dak ana Lawyer. Jom ke resipi:-

Bembahan (untuk 2 orang):-
2 ekor soft shell crab
Garam
Kunyit
1/2 cawan susu cair (agak-agak ah...jangan cair sangat)
1/2 sudu kecil gula
2-3 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)- chopped
2 biji telur masin, direbus dan ambil yang kuning dia je ok (yolk)
2 tangkai daun kari
2-3 sudu Butter
3 bijik bawang putih - chopped
2 bijik bawak merah - chopped

Cecara:-
  1. Rebus telur asin sampai masak, belah 2, ambil kuningnya saje, hancurkan. Ketepikan.
  2. Potong ketam kepada 2 bahagian
  3. Gaul dengan garam & kunyit
  4. Deep fried - Nyummmm!!! 
  5. Basuh pan tefal puan-puan chewaahhh, cairkan butter.
  6. Masukkan bawang putih, bawang merah sampai garing & wangi
  7. Masukkan cili padi. Kacau rajin-rajin.
  8. Masukkan salted egg yolk
  9. Pastu susu cair. Nyummmmm!!! Gula.
  10. Umm...tunggu sekejap sampai berbuih sikit pastu terus masukkan ketam.
  11. Gaul rajin-rajin sherashi bershama.
  12. Siap!!!!
Masa ni pun saya dah tertelan-telan air lioq dah. Tak sabar sungguh nak makan, Tapi tak boleh curi-curi sebab mende sikit kan...huhu

Nyummm!!!! Adui la sedapnyeeeeee. Dihias dengan butterhead lettuce yang memang tinggal banyak tu je dalam fridge.

Dikawankan dengan nasi goreng simple yang Bayong makan sampai 3 pinggan.

Cuba tau!!! Senang & maha sedap!!

P/S: Owh yeahh... ketam soft shell tu saya jumpa di bahagian frozen seafood ok. Dia mula-mula memang keras macam batu, tapi bila kita dah rendam tu kulit dia lembut macam jelly.... aarrghhhhh nak lagiiiii!!!!




Wednesday 8 February 2012

Bukti Menjadi Warganegara Malaysia Sejati

Umm... bagaimanakah untuk menjadi warganegara Malaysia yang sejati? Salah satu daripada caranya ialah dengan melawati tempat-tempat bersejarah di seluruh negara. Kita mulakan dengan Kuala Lumpur.

Menetap di Kuala Lumpur sejak berusia 18 tahun lagi tetapi tidak pernah ke suatu tempat bersejarah ini. Supaya tidak memalukan anak-anak saya yang telahpun menjadi warga Kuala Lumpur sejati, marilah kita menziarahi Tugu Negara!!

Upacara menyusun anak-anak untuk pengambilan gambar kenangan

Gembira kerana telahpun membuktikan kasih sayang kepada Kuala Lumpur

Upacara melambung anak ke udara tetapi cameraman terpetik camera dengan cepat sehingga model kelihatan ingin membuang angin.

Isnin lepas adalah hari yang bagus untuk berjalan-jalan. Cuaca pun baik, panas terik tapi kesihatan Cikonet tak begitu memberansangkan. After about 15 minutes here, kami berangkat pulang.


Friday 3 February 2012

Education 2

Pernahkah puan-puan mengajar anak-anak puan-puan untuk memukul anak orang lain? Saya pernah. Hahaha..sounds brutal! Well...bukanlah tiba-tiba memukul anak orang lain, ia actually lebih kepada self defense.

Saya ingat lagi sewaktu Bayong Adam berusia dalam 3-4 tahun. Dia budak tinggi so other kids easily thought he's like 5-6 years old. Jadi selalunya dia akan dibuli secara sengaja atau tidak di playground. Semasa di playground, saya selalunya akan memerhatikan dia dari jauh, biar dia berdikari & join other kids. Selalunya dia akan ditolak oleh budak lain. Bayong tak tau macam mana nak react, dia hanya menjauhkan diri & memandang saya meminta pengertian. Kadang-kadang siap jatuh tertonggeng-tonggeng ok. Kesian anak saya.

Yang menggeramkan saya ialah, parents or penjaga budak-budak lain tu. Hello....boleh tak ko cakap dengan anak ko jangan main kasar-kasar?! Anak aku ni baik ok...sebab emak dia tak ajar tolak-tolak anak orang lain. Nak main buaian ke slides ke dia ikut giliran, sebab emak dia ajar gitu. Dia tak tolak-tolak anak orang lain. Emak dia siapa? Ahkak la....hihihi

Kadang-kadang saya pergi selamatkan dia, bangunkan dia ke. Tapi dia tak serik, nak jugak berkawan dengan budak-budak tu. Mentang-mentanglah dia jenis tak menangis, so budak-budak lain bulilah dia sesuka hati. Tak kan lah saya nak larang dia bercampur gaulkan? Cuba ko buat dengan Yen sekarang, ko belum cuit lagi dia dah menjerit atau lagi best terus berlari mengadu sambil tunjuk-tunjuk tangan dia kat budak tu so saya bolehlah memandang budak tu dengan pandangan mata yang dah macam nak terkeluar ok. Horror..!

Sambung cerita Bayong:-

Bila balik ke rumah, saya cakap dengan dia;

Ibu: Yong...lain kali bila orang tolak Bayong, Bayong kena lawan balik tau!

Bayong: Boleh ke Bu, Ibu kata tak baik buat orang.

Ibu: Ehhh... kalau orang dah buat kita dulu, kita mesti lawan!! Tapi kita janganla buat dia dulu.

Bayong: Takpe eh camtu?

Ibu: Takpe...kita mesti mempertahankan diri sendiri.

Bayong: Ok, esok Bayong tolak dia!!!! (Semangat ni!!)

Ibu: Good boy! (Semangat juer)

Esoknya, benda yang sama terjadi lagi. Seperti biasa saya akan meminta pengertian parents budak yang membuat onar itu. Seperti biasa juer, dia pandang saya dengan pandangan sepi dan buat tak kisah. Bayong sekali lagi meminta pengertian & kadang-kadang hanya menjauhkan diri. Tapi budak itu tetap ikut dia & buli-buli dia. Saya memandang Bayong dengan mata dan anggukan yang mengharapkan dia mempertahankan diri dia, tapi mungkin dia tak sampai hati or tak tahu cara macam mana nak buat.

Ok FINE!!!! Meh sini ibu take action. Nanti ko ye budak noty...meh sini auntie ajar ko. Mak ko tak nak ajar ko kan...kejap eh..ko tunggu. (Emo ni ok).

Sambil dukung Yen yang masa tu baru umur 1+ kot, saya pun pergilah dekat-dekat dengan group yang main buaian tu. That particular kid pun ada kat situ sedang bermain tolak-tolak dengan kawan-kawan dia. Bayong masa tu tengah main kat slides.

MK: Hai...

Kid: Huh? (Buat muka comel, memang dia comel pun)

MK: Nampak tak budak yang pakai baju biru tu?

Kid: Nampak! Kenapa?

MK: Selalu antie nampak awak buli-buli dia, tolak-tolak dia..kenapa ek? (Tanya dengan ramah & nada ceria ni tau)

Kid: Saje....

MK: Owhh...saje ek.

Kid: ~buat muka puas hati sambil pandang Bayong~

MK: Ok, dengar sini, budak tu ialah anak auntie, dia budak baik..dia tak kacau awak, so baik awak jangan tolak-tolak or kacau dia lagi. Kalau auntie nampak sekali lagi, auntie cubiiiiiiiiiiiiiiiitttt perut awak tau! (Dengan muka serious ya hamat)

Kid: ~Angguk tanpa henti~

MK: Good boy! ~gosok kepala dia, senyum, berlalu pergi sambil angkat tangan dekat emak dia yang duduk kat hujung sana yang sedang bergossip~

Ok, call me KEJI, but I would do anything for my son. If you don't know how to teach your son/daughter, let me help you - thank you!

Itu dulu.... since Bayong dah masuk sekolah dia tau protect diri sendiri. Lagipun sekarang dia lagi besar/tinggi dari rakan sebaya, so kebarangkalian untuk dibuli amat tipis semasa di tadika. But now, dah masuk sekolah rendah, mungkin dibuli semula oleh budak darjah 2 or 3.

Malam tadi saya dengar ayah dia memberikan lecture tentang self defense & sebab musababnya. Harap Bayong faham & mempergunakan ilmu yang diajar.

P/S: I am maybe not the greatest mother in the world, but I wanna be the best for my children. Sila memahami. Tengkiu!

Hantu ke?

Semalam (Khamis) pagi-pagi lagi Mamapuza datang merepot ke meja kaunselor terkemuka company saya ni yakni Saya lah...hihihi! Ingatkan nak mencurah perasaan seperti biasa yang dilakukan oleh colleague yang lain tapi kali ni ceritanya lain.

Dia habaq..eh..tetiba masuk slang utagha..dia cakap, masa hari Selasa 31/1/12 tu dia ke toilet...jeng jeng jeng... masa tu bulu-bulu roma saya semua dah tegak-tegak dah ni. Macam tau-tau je apa dia nak cerita. Toilet tingkat office saya ni ada 3 cubicle. Lampu pun agak tak terang sangat. Masa Mamapuza tengah menjalankan business dia tu, dia yakin bahawasanya hanya dia berseorangan dalam toilet tu. Dia cakap memang dia pilih time tak ada orang sebab senang dia nak terkentut kuat-kuat or busuk-busuk. Hehehe tak..saya tipu je..hihihi.

Sambung balik - tiba-tiba dia dengar suara perempuan lembut je tapi jelas cakap "Assalamualaikum" gitu... ngeeehhhhh!!!!

Apa kerja gila orang bagi salam dalam toilet kan. Tak ada kan?! Tapi dia buat tak reti je..dia sambung business. Tapi mungkin 'orang' tu tak puas hati, dia tegur lagi "Kumm" Mamapuza teruslah selesaikan cepat-cepat business dia terus masuk ke office semula.

Isk..masa dia cerita tu rasa macam tak pergi toilet pun nak ajak orang teman ok! Tapi malulah pulok..dah tua-tua pun mengada-ngada penakut kan. Tapi pandai juer 'orang perempuan' tu pilih toilet ye.

Masa cerita Mama tu masih terngiang-ngiang di telinga, saya pun terasa nak pergi toilet lah pulok. Ahah..bagus betul timing nye ye. Chittt... tengah business dengar orang bukak pintu. Tengok jam..ahh pukul 3.00pm mesti bibik cleaner nak cuci toilet. Terdengar-dengar juer suara dia dari luar toilet tu tadi. Saya pun dah settle business teruslah keluar cubicle itu.


Ni curik dari blog Kak Senduk. Dah di google tak jumpa gambar yang sesuai. Ini je yang paling mirip. hihih...thanks kak senduk!


Terlompat katak sekejap dek non!!! Sebab nampak bibik tu terbongkok-bongkok tengah cuci cubicle sebelah dengan tudungnye di ikat riben ke atas ok!! Dah la masa tu saya gi cubicle hujung sekali nak ke pintu kena lintas cubicle yang lain. Bibik tu siap toleh sambil sengih...Hisshhhh!!!!!!

Pagi ni, saya datang ke office terserempak lagi dengan Bibik tu kat pintu office sedang cuci cermin pintu. Tudungnya masih begitu. Mungkin senang dia nak membongkok berdiri kot. Tapi pagi tadi saya tegur "Kak... kalau tudung ni diikat ke belakang lagi selesa kot?" (ayat bertapis ni). Dia jawab "Ga apa-apaan Cik.. rame yang cakap bibik seropa hantu pucung ya?! Iya..nanti bibik ikat belakangnya"

Hihihih...phewwwww....