$

Wednesday, 8 February 2012

Bukti Menjadi Warganegara Malaysia Sejati

Umm... bagaimanakah untuk menjadi warganegara Malaysia yang sejati? Salah satu daripada caranya ialah dengan melawati tempat-tempat bersejarah di seluruh negara. Kita mulakan dengan Kuala Lumpur.

Menetap di Kuala Lumpur sejak berusia 18 tahun lagi tetapi tidak pernah ke suatu tempat bersejarah ini. Supaya tidak memalukan anak-anak saya yang telahpun menjadi warga Kuala Lumpur sejati, marilah kita menziarahi Tugu Negara!!

Upacara menyusun anak-anak untuk pengambilan gambar kenangan

Gembira kerana telahpun membuktikan kasih sayang kepada Kuala Lumpur

Upacara melambung anak ke udara tetapi cameraman terpetik camera dengan cepat sehingga model kelihatan ingin membuang angin.

Isnin lepas adalah hari yang bagus untuk berjalan-jalan. Cuaca pun baik, panas terik tapi kesihatan Cikonet tak begitu memberansangkan. After about 15 minutes here, kami berangkat pulang.


No comments: