$

Friday, 3 February 2012

Hantu ke?

Semalam (Khamis) pagi-pagi lagi Mamapuza datang merepot ke meja kaunselor terkemuka company saya ni yakni Saya lah...hihihi! Ingatkan nak mencurah perasaan seperti biasa yang dilakukan oleh colleague yang lain tapi kali ni ceritanya lain.

Dia habaq..eh..tetiba masuk slang utagha..dia cakap, masa hari Selasa 31/1/12 tu dia ke toilet...jeng jeng jeng... masa tu bulu-bulu roma saya semua dah tegak-tegak dah ni. Macam tau-tau je apa dia nak cerita. Toilet tingkat office saya ni ada 3 cubicle. Lampu pun agak tak terang sangat. Masa Mamapuza tengah menjalankan business dia tu, dia yakin bahawasanya hanya dia berseorangan dalam toilet tu. Dia cakap memang dia pilih time tak ada orang sebab senang dia nak terkentut kuat-kuat or busuk-busuk. Hehehe tak..saya tipu je..hihihi.

Sambung balik - tiba-tiba dia dengar suara perempuan lembut je tapi jelas cakap "Assalamualaikum" gitu... ngeeehhhhh!!!!

Apa kerja gila orang bagi salam dalam toilet kan. Tak ada kan?! Tapi dia buat tak reti je..dia sambung business. Tapi mungkin 'orang' tu tak puas hati, dia tegur lagi "Kumm" Mamapuza teruslah selesaikan cepat-cepat business dia terus masuk ke office semula.

Isk..masa dia cerita tu rasa macam tak pergi toilet pun nak ajak orang teman ok! Tapi malulah pulok..dah tua-tua pun mengada-ngada penakut kan. Tapi pandai juer 'orang perempuan' tu pilih toilet ye.

Masa cerita Mama tu masih terngiang-ngiang di telinga, saya pun terasa nak pergi toilet lah pulok. Ahah..bagus betul timing nye ye. Chittt... tengah business dengar orang bukak pintu. Tengok jam..ahh pukul 3.00pm mesti bibik cleaner nak cuci toilet. Terdengar-dengar juer suara dia dari luar toilet tu tadi. Saya pun dah settle business teruslah keluar cubicle itu.


Ni curik dari blog Kak Senduk. Dah di google tak jumpa gambar yang sesuai. Ini je yang paling mirip. hihih...thanks kak senduk!


Terlompat katak sekejap dek non!!! Sebab nampak bibik tu terbongkok-bongkok tengah cuci cubicle sebelah dengan tudungnye di ikat riben ke atas ok!! Dah la masa tu saya gi cubicle hujung sekali nak ke pintu kena lintas cubicle yang lain. Bibik tu siap toleh sambil sengih...Hisshhhh!!!!!!

Pagi ni, saya datang ke office terserempak lagi dengan Bibik tu kat pintu office sedang cuci cermin pintu. Tudungnya masih begitu. Mungkin senang dia nak membongkok berdiri kot. Tapi pagi tadi saya tegur "Kak... kalau tudung ni diikat ke belakang lagi selesa kot?" (ayat bertapis ni). Dia jawab "Ga apa-apaan Cik.. rame yang cakap bibik seropa hantu pucung ya?! Iya..nanti bibik ikat belakangnya"

Hihihih...phewwwww....


1 comment:

dalin said...

kus semangat..boleh mati aku kalau ada cleaner gitu..

atan nanti aku plan okeh.tp aku rasa ko kena amik aku kat mana2 r & r sebab jahil bab kl hahah