$

Friday 23 September 2011

Purplelicious!

MK jarang betul tunjuk gambar-gambar di office kan. But suddenly rasa macam nak share pulak this time. Raya gathering di office tahun ni we all decided to wear Purple!!





Selamat Hari Raya Guys!!!!

Monday 12 September 2011

Kunjung Mengunjung

Wow...macam deja-vu. MK baru je baca blog Di-Green Apple & Peej Burhan. Sama sangat kes nya macam apa yang MK alami.

Semalam MK tengah cuci pinggan kat dapur, pintu backyard pun memang terbuka. PakMir & budak-budak tengah tengok dvd. Tiba-tiba MK cakap dengan dia orang "Syyhhhh...Syyyhh...jangan bising-bising, ada budak-budak mana tah nak datang beraya"

Lepas tu Bayong pulak dengan gembiranya cakap kuat-kuat "Hahhh? Apa...orang nak datang beraya" Macam gembira sangat ok dia ada orang nak datang beraya kat rumah dia.

Hihihhi....

"Ding dong!!! Ding donnggg!!! Bunyi dah loceng rumah MK. Aiseehhhh....

Ok, call us keji... tapi seriously, rumah MK tak ada kuih. Eh..ada..kuih makmur 1/2 balang je. Hihi... yelah..kami mana beraya kat KL. Kalau ada pun selalunya kawan-kawan rapat yang dah book awal-awal kata nak datang ke rumah. Boleh le MK masak apa-apa yang patut.

Ini entah anak siapa lah. MK rasa mesti anak-anak orang taman depan rumah kami tu. Kami tinggal kawasan gated guarded juer. Ala...rumah banyak-banyak tingkat tu je (apartment lah). So mula-mula tu MK dah dengar dah suara-suara nak kata budak tak budak sangat. Mungkin dalam 10-15 tahun kot. Siap cakap "Hah...rumah ni ada ayat Al-Quran pintu dia, mesti rumah Melayu ni"

Tsk... itu actually 'Assalamualaikum' ye dek...

Dia ding dong ding dong lagi loceng tu. Mula-mula MK ada juga nak menyamar jadi Cina. Hihihi... konon-konon perasan muka macam Cina (memang tak la) "Ya apa mau? Ini lumah Cina la..apa lu buat sini?" Tapi teringatkan ada frame 'Assalamualaikum' kat pintu luar tu so plan A tak jadik.

Plan B: Ahah!! menyamar jadik bibik!!! "Ya, majikan saya nggak ada di rumah. Ada apa mauk nya?" Tapi masa tu muka masih cantik-cantik ber-make-up (cantik ke??) sebab baru balik dari breakfast. So Plan B tak jadi.

Ye, puan-puan, MK berfikir semua ni dalam masa 1-2 minit saja. Tatkala budak-budak tu masih ding dong ding dong loceng tu.

Tiba-tiba kedengaran suara Ayahanda MK berkata "Budak-budak yang datang rumah kito tu semuo eh bawak rezoki, kok kita bagi budak-budak duit rayo semuo eh rezoki" siap dengan gema-gemanya sekali ok suara ayah itu. Cheewahhh..

Last-last, MK ambil sampul duit raya isi RM1 (sudaahhh) dalam 4-5 sampul, suruh PakMir bukak pintu & kasik je duit raya tu.

Bukak pintu, budak-budak tu dah tak ada. Dah naik ke tingkat atas pulak sebab MK dengar suara-suara dia orang kat atas. Mula-mula decided untuk biarkan pintu terbuka mana tahu dia orang turun semula. Tapi PakMir suruh tutup pintu. "Takde rezeki budak-budak tu dapat duit raya kita" katanya.

Siap terfikir ok, tak bahaya ke budak-budak ni main taram je ketuk pintu orang siap masuk lagi beraya. Kalau dapat rumah orang baik macam kami ni takpe lah. Ewaahhh...

Cuba dapat rumah pedofil ke pembunuh bersiri ke...haaa...sapa nak jawab? Parents dia orang tu tau ke mana anak dia pergi? Isk..takutlaahhh!!! Dah la area rumah MK ni macam-macam orang ada. International gitu..hihih.. Kat tingkat rumah kami ni pun left wing ada 6 biji rumah, tapi kami je yang Melayu, yang lain tu Chinese & International ok.

Ada sekali tu masa raya tahun 2009, kami dari Kuantan nak balik ke Seremban, singgah rumah kejap sebab nak ambil barang. Pagi-pagi buta masa tu dalam pukul 8-9 pagi kut. PakMir tengah kunci pintu dah nak gerak ke Seremban. Ada 2-3 budak lelaki approached cakap nak beraya. Bila PakMir cakap "Abang dah nak balik kampung dah ni dek" (Pfftt...abang konon). Budak tu jawab "Takpe Bang...kami nak duit raya je" 

Boleh gitu?????? Tapi bagi je lah sorang RM1. MK tak ingat budak-budak tu salam ke tak dengan PakMir. Terus dia orang naik tingkat atas pulak.  

Haihh...entahlah... tapi budaya kunjung mengunjung hi-jack begini MK rasa tak berapa manislah. Tapi kalau kat kampung masih ada budaya begini. Tapi parents MK kenallah parents budak-budak yang datang tu. "Ekau cucu sapo? Abah kau namo apo"

Owhh..owhh.. lagi satu. Masa kami beraya kat Kuantan hari tu kan, petang dalam pukul 3-4pm ada anak dara dalam 9-10 tahun beraya sorang-sorang kat rumah Emak Abah ok. Raya pertama ok. Tapi Abah kenal lah siapa emak adik tu. Lagi pun itu kampung kan... so maybe budaya gitu masih ada. Well at least kita kenal siapa budak yang datang tu. But still, MK rasa bahaya berjalan sorang-sorang, lagi-lagi kanak-kanak perempuan.

Ke MK je yang pikir bukan-bukan ni??

Bayong & Yen, no..no...nehi..nehi... ibu tak akan kasik korang beraya entah mana-mana ok. Kalau nak collect duit sangat biar ibu yang kasi duit tu (Ehem..ibu korek lah wallet ayah korang) hihihi...


Friday 9 September 2011

Nasi Ayam Cannot Resist

Pada suatu hari Isnin, Selasa & Rabu, tiba-tiba seorang MK rajin masak. Isnin dia memasak telur dadar oyster & Kari daging. Selasa dia memasak ayam coreng cili padi & masak lemak putih sawi. Rabu pula, Nasi Ayam Cannot Resist. Ngehh...

Kalau memasak makanan ini di rumah, beliau selalunya terpaksa men-double-kan jumlah ayam & nasi yang dimasak sebab pasti laku makanan ini.


Sos cili, sos kicap, sup & ayam. Gambar nasi lupa pulak nak ambil.

Ayam jarak dekat.

Resepi + Cecara:-
  1. Rebus ayam + 1 kiub ayam, 2 bawang putih ketuk, racik halus, sampai empuk.
  2. Tutup api, asingkan ayam. Perap ayam dengan kicap manis 2 sudu, kicap masin 2 sudu, madu 2 sudu.
  3. Cuci bersih beras 2 cawan, masak dengan 3 cawan air rebusan ayam tadi. Masak nasi macam biasa.
  4. Sos cili : 1/2 sudu teh cili kisar, 1 sudu teh sos cili, 1 sudu teh cuka, 1 sudu teh gula. 2 sudu besar air. Masak semua sekali harung...grruummmm..siappp sedap!
  5. Sos kicap: 2 sudu kicap manis, 2 sudu kicap masin, a sprinkle of vinegar (tetiba jadik orang London), 1 sudu air rebusan ayam.
  6. Sup ayam: Air rebusan yang ada balance after kita masak nasi tadi tu. Guna lah untuk buat sup. Tambahlah sayur yang puan-puan suka. This time MK tambah buah kundur (tah ye tah tidak nama dia kundur) & carrot.
  7. Ayam madu: Lepas dah siap semua tu, boleh goreng ayam. Api sederhana orait! Lepas ayam masak, ketuk sikit ayam tu dengan pisau besar tu kasik dia penyek sikit. Feeling-feeling profesional chef wuhuuuu...
  8. Hias pinggan dengan salad, tomato & timun...letak ayam atas dia.
  9. Panggil suami & anak-anak makan dengan gembira. Kalau panggil dengan sedih kemungkinan besar mereka tak nak datang.
Sekian....

P/S:

1. MK baru kehilangan Mak Ngah (ayah punya kakak) pagi semalam. Suasana sedih menyelubungi rumah Mak Ngah semalam. Masa nak cium jenazah buat kali terakhir itu sangat sedih - muka makngah sangaaatt mirip dengan muka ayah MK.

2. MK juer baru dapat niece baru petang semalam. Comel cantik baby itu. nanti buat special update pasal Si Pia itu...

Ta!!!



Sunday 4 September 2011

Eid 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Boyfriend saya ;)

Pagi raya- Bayong masyam sebab tak dapat mandi pool ppfftt...

Adik-adik.... contohilah Kak MK - sayangilah ibu mertua anda hihi

Family Hj. Mohd Hussain


Baju murah tapi cantik..kan..kan..

Kembar siam yang paling saya sayang

Nephews & niece

Nenek & Along (nanti nak belikan nenek kasut crocs lah...sian dia susah nak sarung selipar)

Veteran main mercun..syiok!!

Bonda (baru perasan tahun ni tak ambil gambar dengan ayah. Sedih sangat. Yelah...raya pertama tahun ni MK balik Kuantan so terlepas sessi bergambar pagi raya. Tapi takpe..next week balik kampung lagi..huk huk.

Pilih...pilih.... yang atas sekali tu tak payah pilih.

Ke rumah kekasih hati

Takde besar lagi ke teddy bear nih?

Aish si comel terunggul

MERDEKAAAA!!!

Aksi apa entah

Bersyukurlah ke atas nikmat-Nya. Pak Lang Tok Sidang Sg.Siput yang sporting melayan kembar siam gilo

Aqila-  dia pandai angkat kening sebelah ok!! Kelassss kau aqila!

Gambar kurus sebulan puasa...tapi lepas tu 4 hari raya dah naik semula 2 kg...haiisshhh

P/S:- Raya memang best!!