Pada suatu hari Isnin, Selasa & Rabu, tiba-tiba seorang MK rajin masak. Isnin dia memasak telur dadar oyster & Kari daging. Selasa dia memasak ayam coreng cili padi & masak lemak putih sawi. Rabu pula, Nasi Ayam Cannot Resist. Ngehh...
Kalau memasak makanan ini di rumah, beliau selalunya terpaksa men-double-kan jumlah ayam & nasi yang dimasak sebab pasti laku makanan ini.
Sos cili, sos kicap, sup & ayam. Gambar nasi lupa pulak nak ambil.
Ayam jarak dekat.
Resepi + Cecara:-
- Rebus ayam + 1 kiub ayam, 2 bawang putih ketuk, racik halus, sampai empuk.
- Tutup api, asingkan ayam. Perap ayam dengan kicap manis 2 sudu, kicap masin 2 sudu, madu 2 sudu.
- Cuci bersih beras 2 cawan, masak dengan 3 cawan air rebusan ayam tadi. Masak nasi macam biasa.
- Sos cili : 1/2 sudu teh cili kisar, 1 sudu teh sos cili, 1 sudu teh cuka, 1 sudu teh gula. 2 sudu besar air. Masak semua sekali harung...grruummmm..siappp sedap!
- Sos kicap: 2 sudu kicap manis, 2 sudu kicap masin, a sprinkle of vinegar (tetiba jadik orang London), 1 sudu air rebusan ayam.
- Sup ayam: Air rebusan yang ada balance after kita masak nasi tadi tu. Guna lah untuk buat sup. Tambahlah sayur yang puan-puan suka. This time MK tambah buah kundur (tah ye tah tidak nama dia kundur) & carrot.
- Ayam madu: Lepas dah siap semua tu, boleh goreng ayam. Api sederhana orait! Lepas ayam masak, ketuk sikit ayam tu dengan pisau besar tu kasik dia penyek sikit. Feeling-feeling profesional chef wuhuuuu...
- Hias pinggan dengan salad, tomato & timun...letak ayam atas dia.
- Panggil suami & anak-anak makan dengan gembira. Kalau panggil dengan sedih kemungkinan besar mereka tak nak datang.
Sekian....
P/S:
1. MK baru kehilangan Mak Ngah (ayah punya kakak) pagi semalam. Suasana sedih menyelubungi rumah Mak Ngah semalam. Masa nak cium jenazah buat kali terakhir itu sangat sedih - muka makngah sangaaatt mirip dengan muka ayah MK.
2. MK juer baru dapat niece baru petang semalam. Comel cantik baby itu. nanti buat special update pasal Si Pia itu...
Ta!!!
No comments:
Post a Comment