$

Wednesday 31 March 2010

Kek Pisang Gemuk

Salam puan-puan! Hari ni hari Rabu. Jalan ke opis MK adalah ditutup. F1 punya angkara. Dah dekat seminggu kami disajikan dengan bunyi-bunyian yang bingit. Bunyi kereta-kereta hebat itulah. Hari ni Michael Schumacker SusahnakEja (haha confirm salah spell nih) datang sini. So ramai juer colleagues cuti 1/2 day. MK tak cutilah kot.

Resepi kali ini yelah Kek Pisang Gemok!! Kenapa gemok? sebab sapa slalu makan kek ini boleh jadi gemok. Sebab bembahan nya menggemukkan. hiks... never fear tho!!! sebab kek ini sedap bangat!!

Bembahan:-
4-5 biji pisang (tak kisah pisang apa, pisang awak, pisang aku, pisang emas - janji yang dah masak. Owh pisang tanduk jangan lah ye)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bikarbonat / baking powder
1 cawan gula (kalau takmo manis sangat boleh letak 3/4 cawan - tp Mk buat 1 cawan pun tak manis sangat pun ok-ok je)
3/4 cawan minyak masak (hmmmm gemok- resepi 1 cawan. Tapi MK ngeri so..kurangkan lah sket)
3 biji telur ayam
Secubit garam (takde pun takpe)
1/2 sudu vanilla essen (takde pun takpe)

Ni sebelum dibakar. Cantik kan? (perasan)

Cecara:-
  1. Panaskan oven 180' selama 10 minit api atas & bawah ye adik-adik
  2. Pukul telur ayam bersama gula sampai kembang.
  3. Masukkan pisang yang dah potong nipis-nipis.  Tinggalkan 1/2 biji untuk hiasan (kalau nak nampak macam tere lah kan)
  4. Kacau dengan hebat.
  5. Semasa kacau adunan tu, lenyek-lenyek le sket ye.
  6. Masukkan tepung gandum
  7. Masukkan tepung jagung
  8. Masukkan soda bikarbonat
  9. Masukkan garam & vanilla essen
  10. Kacau mesra. Messrraaaaa kata Bob AF (ewwww...)
  11. Last sekali masukkan minyak & jangan lupa kacau bersungguh-sungguh
  12. Ketepikan, griskan Loyang puan-puan dengan minyak atau butter. Ikut pandailah.
  13. Tuang adunan ke dalam loyang.
  14. Bakar 45-60 minit.
  15. Siap!!!
Bau wangi seisi rumah!! Kek ini tahan lama. Tak payah masukkan dalam peti sejuk pun takpe. Dia tahan 3-4 hari. Sekian...selamat mencuba!!!


Cantik Tak? Sedap tau!!!!

P/s: kalau nak letak madu pun sedap juer. Ganti gula 1 cwn itu dengan 1/2 cwn gula, 1/2 cwn honey. Kalau puan-puan ada bermadu pun boleh gak letak. Panggang terus dalam oven itu!!!!! Biar masak rangup!!! Huh!!!

Tuesday 30 March 2010

Surat untuk Ibu

Hai Ibu..Assalamualaikum,

Ibu sehat? Yen nak kereta baru, boleh? Semalam ibu beli untuk abang yang hebat la.. Yen pun nak! Ibu beli lori angkut-angkut kereta je untuk Yen. Yen nak macam abang punya. Parking parking!

Sorry ibu...semalam Yen bukan berlakon tak boleh jalan. Kaki Yen memang sakit. Cramp!! Yen takut nak pijak tumit kaki tu. So Yen merangkak je la. Ibu panic ke? Pastu ibu hantar Yen ke klinik. Mula-mula Yen takut doktor tu cocok Yen. Tapi tidaaakk..doktor tu geli-geli je kaki Yen. Tak jumpa apa-apa masalah, sama macam ibu check Yen pagi tu.

Ibu kena bayar RM14 ye? Murah je tak mahal kan. Maybe untuk consultation doktor tu je. Lagipun ibu guna insurance card company ayah kan? So ibu tak marah Yen. Kalau ibu nak tau, tengahari tu Yen dah boleh lompat-lompat macam biasa. Jadi sekarang ibu pilihlah... nak Yen lompat-lompat ke nak Yen merangkak? aahhh jawablah? Ibu kan selalu marah bila Yen lompat-lompat tak henti-henti.

Ibu sakit ye semalam. Sorry ibu..Yen tak tau ibu tak sempat breakfast sampai masuk angin terus muntah-muntah. Lain kali Yen tak makan dah biskut emergency yang ibu simpan time ibu lapar dalam kereta ok. Yen tau ibu sorok kat mana. Tapi nanti Yen buat-buat tak tau lah. Sian ibu.

Balik semalam Yen dah boleh jalan dah. Tapi Yen malas. Yen nak manja-manja je. Yen suruh ibu dukung jugak. Ibu sakit kepala lagi ye. Ok lah..Yen jalan sendiri, naik tangga sendiri. 10 anak tangga je. Ibu jalan belakang Yen ye..supaya Yen tak jatuh. Tapi sampai kat anak tangga yang last kenapa ibu tak tunggu Yen? Owh..ibu nak selamatkan abang yang tersepit kat pintu ye? Kaki Yen tersangkutlah ibu. Sebelah langkah je lagi untuk sampai.

Yen jatuh!!!! Tergolek-golek, terguling-guling sampai bawah. 10 anak tangga. Ibu jerit. Abang berdiri tegak je, abang terkejut. Ibu campak semua barang. Ibu kejar Yen tapi tak sempat. Yen nangis..sakitlah...Ibu peluk. Ibu check-check mana-mana sakit.

Yen ok la ibu..cuma terkejut sikit je. Ibu dukung Yen naik atas. Walaupun tangan ibu penuh dengan mainan abang, beg sekolah abang, beg Yen, handbag ibu yang keychain itiknya yang ibu sayang itu Yen yang patahkan. sorry ibu, Yen tak sengaja jatuh.

Sorry sebab Yen buat ibu nangis. Nanti kita naik lift je lah ye ibu. Yen jalan sendiri. Yen tau Yen dah berat.

Yang sayang ibu,
Ar-Rayyan Zikri


Friday 26 March 2010

Di sebalik langsir itu

Nampak ada apa bende?

Nampak tak?


Ryan nyorok - dia uk-uk

"Eeeeiiiiii!!!" Haa..kan dah marah! kacau je orang tengah konsentrate ok!

tutup balik...

BamBam ni ada habit, nak uk-uk dalam pampers yang bersih je. Pastu dia nyorok balik langsir la..bawah meja lah. Pastu tak boleh ditegur selagi dia belum selesai business dia tu. Kalau tak dia marah! Kadang-kadang kita dah tukar pampers dia yang dah basahkan. Kejap-kejap tu kena tukar lagi sebab dia uk-uk pulak. Bila kita bawak gi toilet dia tak jadik pulak. Dia memang nak dalam pampers jugak.

Nak kena train lagi nih nampaknya.

emph....

p/s- ryan kalau dah besar, dah pandai baca nanti pastu terjumpa blog ibu, ryan jangan marah ye.... i love u even tho u suka nyorok.

Monday 22 March 2010

Dugaan

MK puasa lagi hari ini. Time puasa ni lah colleague buat trifle lah, chocolate cake lah, karipap sardin lah. Terseksa tau...terseksa!

So, hari ni mood lapar sikit. Jadik Mk nak post gambar makanan saja. Resepi lain kali lah. Lagipun rasanya semua dah tau macam mana nak buat kot. Ini yang MK masak recently:-

Cekodok Sardin
Kek pisang (Abg Lon' & BamBam tolong buat skali tau)
Ayam goreng (ini pun nak ambik gambar)
kacang buncis berudang bercarrot bertang-hoon
Mee goreng mamak bersotong mewah
Kari ayam - sedap dicicah dengan roti
Tang-hoon goreng cili padi bersama fishball
last but not least - daging kicap liat.

Demn - sekarang bertambah lapar. Esok MK tak puasa. Nak jumpa girlfriend lunch bersama. Suke!

Thursday 18 March 2010

Ujibakat Abg Lon'

"Abang ada ujibakat"

Itu yang Abg Lon' cakap masa balik dari sekolah minggu lepas?

"Uji bakat?"

"Yelah-cikgu suruh nyanyi nasyid atas pentas dengan kawan-kawan"

"Owwhh...persembahan?"

"Aaahh...persembahan..persembahan"

Kelassss anak ibu. Ujibakat katanya heheeh....

So, selama seminggu lebihlah MK kena dengar dia berlatih. Dengan pusing-pusingnya, dengan tadah tanganlah.. macam-macam.

"Cuba ibu buat pulak"

Mk buat dengan over acting nya. "Tengkiu Allah for de blessing on me. Made et hom, tengkiu Allah, Fade et hom, tengkiu Allah. Tengkiu Allah for de blessing on me" BamBam tengok tergolek-golek ketawa

"Ok dah lah tu ibu. Err..ibu tak payah lah nyanyi dekat kawan abang ye"

heheheeheh.....malulah tu...

Siap sedia

 Si kecit pun nak ikut

dah sampai di dewan - gembira sungguh berlari-lari bebas

excited!
budak sugar-stroke
ok-now I'm bored. kenapa tak start-start lagi nye nih? ngantuk dah
let me check the itinerary again (er...terbalik paper tu sayang)
ahah!! that's my Abg Lon'
Hai Ibuuuuu!!!!
eh..ayah kat situ?
Allah! Allah! Allah! Kami bersyukur kepada Allah
2 telinga, 1 mulut, 2 mata, 1 hidung Allah beri kepada kami
hey...I wanna be up there too!
ahaahah! salah nyanyi pulak ni
Thank you Allah! for your blessing on me
Good tak ayah???

Overall, Abg Lon' did good. Dia berdiri di tempat yang cikgu dia dah tanda, dia nyanyi betul & jelas. But satu je dia terlupa cikgu cakap "Jangan jerit-jerit panggil mak bapak dari atas pentas ok"

Abg Lon' tak jerit...tapi dia lambai-lambai pastu buat mulut macam bunyi "Hai Ibuuuuu" tapi tak keluar suara. hihihihi....


Tuesday 16 March 2010

Ikan Kukus (Steamed Red Snapper)

Salam,

Dah breakfast? MK dah, pukul 5.30am tadi. Sahurlah - masih puasa lagi. Hari ni hari last MK ganti puasa. Esok boleh raya dah. Tapi niatnya nak sambung sampai Jumaat. Or...kalau diizinkan Tuhan, kuat hati & perasaan, MK nak puasa Isnin - Jumaat everyweek. Hiks. We'll see how. Yelah habis tu, puan-puan je nak slim-melim? MK nak jugak ala-ala kartun kat bawah ni haaaa.... weeewwiitttt!!

Gila besar mangkuk dia pegang tu siap dengan dukung anak lagi rilek je sangkut kat pinggang ramping dia. Ehem...pinggang MK ramping juer... (hahaha)

Ok, bersempena dengan memartabatkan idea "Kekurusan Adalah Bagus" (Slim is Good!) maka MK nak kasik resepi ikan kukus semalam yang dimasak untuk juadah berbuka. Agaknya kan, adalah dalam seminggu MK asyiklah meng-google gambar-gambar ikan kukus. Sewel...lagi dasyat daripada orang mengidam gamaknya. Gitulah gamaknya jika MK berpuasa.Selera mengalahkan Hulk Hogan! Tapi bila makan tu takde le banyak sangat, selalu tak habis. Tapi kejap lagi tak sampai 2-3 jam dah kebuloq balik.

But I know my weakness - iaitu - masakan Ibu & Emak!!! kenyang macam mana pun mesti nasik habis jugak. Hagaknya ibu-ibu Emak-emak ni kan ada magic. Tu yang anak-anak dia makaaaannn je. Ibu MK kan..goreng telur dadar pun sedap. Pelik... Emak punya sambal belacan mangga pulak...Adeehh...tergolek-golek berebut takmo kasik adik-adik lain habiskan.

Jom ke resepi:-
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan merah (beli RM10 kat pasar Sungai Besi - abang askar ramai wooo- tapi yang da pencen lah!)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili besar
2 ulas bawang putih
1 barang serai
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung
1/2 batang carrot (shred)
2 inci halia muda (tapi yang MK guna tu tak tau lah muda ke tua ke bantai je)
Garam secukupnya

Cara-cara:-
  1. Sediakan periuk kukus.
  2. Bersihkan ikan (suruh abang jual ikan tu buat).Cuci bersih, lap-lap kasik kering (ini TunTun yang suruh-jangan degil aa)
  3. Lumurkan ikan dengan tepung jagung & garam
  4. Letakkan ikan dalam pingan ke, loyang ke, apa-apa yang sesuailah kan. Taburkan semua bahan-bahan dekat atas ikan tu. Bahan-bahan tu jangan lupa racik pulak.
  5. Owh- tomato, daun sup & daun bawang sepatutnya letak 5 minit sebelum tutup api. Supaya dia fresh dan tak layu sangat. Tapi MK maleh (ke ngok) sket. So MK campur semua tu sekali harung. Tu yang color sayur MK tu lobam sket. Heh
  6. Pastu letak sos tiram, kalau nak ada rasa manis, letak gula sikiiiiittt je- secubit gitu. Tak tau lah pulak kalau cubitan puan-puan tu besar sangat kang manis giler lah pulak ikan itu. No good!
  7. Kukus 20 minit atau tinjau mata ikan tu dah tukar jadik color putih maknanya dah masak lah tu (ni rahsia oleh TunTun)
  8. Siap!
Masa ikan siap masak je kan, azam maghrib pun berkumandanglah. Mk tak nyompek-nyompek ambik sudu nak rasa kuah ikan itu. Hmmmmm lazatlah!!!

Jangan lupa makan panas-panas ye. Kalau sejuk tak sodap. MK juga buat daging kicap (liat!!) untuk lawan kepada lauk ikan ni. Daging tu liat sebab dah lapar sangatlah...tak sanggup tunggu dia empuk.

Jemput makan!!!

Thursday 11 March 2010

Mari Bersenam

Dua tiga hari ni kekasih gelap MK si TunTun terasa nak muntah hijau. Nope bukan pregnant - nak muntah sebab asyik dengar MK complain "Tun aku gemok, Tun peha aku dah besar" "Tun perut aku dah melimpah-limpah"

Ye-sejak dari umur kami 11 tahun kot MK complain pada dia pasal kegemukan. Heh..gila vain..11 tahun dah nak diet-diet (tipu). So sebab takde masa nak membuat senaman yang digemari - seperti badminton, ping-pong, swimming dan sebagainya. Maka terpaksalah MK mencari seorang trainer untuk tujuan kekurusan. Memperkenalkan Abg Lon' the trainer for today, "Ibu...peha ibu sangat berat & besar lah, sila masuk Biggest Loser" itu yang dia cakap minggu lepas. Erghhh!

Ok - lihat ni Bu, mula-mula ibu kena cangkung. Sila abaikan kaki di tepi itu ya

Pastu ibu buat senaman Ju-on ni. Baik untuk kesihatan punggung.

Angkat sebelah tangan, Ini untuk belajar balancing ye.

Senaman purak-purak terbang. Harus dilakukan dengan gembira!!! yeayyy!

Kemudian cuba capai & sentuh jari kaki ibu. tak boleh kan? tsk..ibu sudah tidak elastic seperti dulu lagi? Ermm..betul ke Abg Lon' pandai sebut elastik nih? (tak) But it's true, MK tak boleh capai jari kaki, err..bolehlah kot skeeet je itu pun rasa macam nak patah pinggang.

Ok, senaman bersama Abg Lon' sangat mencabarlah. Takde senaman yang senang sket ke? Ada.... kita ke trainer yang seterusnya. BamBam No More the trainer. See because he exercises a lot, all the bambam hilang!! Therefore, I trust his way more than Abg Lon's

Bermula dengan mencangkung juer. Buat muka meneran. Jangan lama sangat 5 saat cukup

Bila dah rasa kaki sesemut, cepat-cepat bangun

lebih afdal membuat senaman lompatan menggila secara bergu.

Jangan lupa lompat hingga lidah tidak terkawal.

Posisi terakhir yang sangat berkesan untuk kurus dengan cepat. Ngeh!!!

Ok dah, jangan tunggu lagi mulakan regim senaman anda sekarang! Semoga berjaya!!

p/s - doakan MK berjaya puasa 5 hari seminggu (Isnin-Jumaat). Semangat nehhh!!!! Lepas ni juga nak update resepi kesehat-tan saje. Sup sup sup sup sup sup.

Tata!!

Tuesday 9 March 2010

Mee Hailam Busu Leha

Salam Selasa Puan-puan,

Semalam MK puasa, hari ni pun puasa lagi. Puasa nazar - nazar MK "If ayah selamat operation bypass & sihat semula MK nazar nak puasa 3 hari" Alhamdulillah, ayah selamat menjalani operation, dan nampaknya ayah cergas dan sihat sesuailah dengan keadaan umur dia yang tahun ini dah menjangkau 73 tahun. Hmmm... ok lah, lewat jugak MK tunaikan nazar ni kan. Ayah operate bulan Mei 2009. Hiks... by the way, hari ni yelah hari last puasa nazar. Hopefully semuanya ok.

So, semalam MK masak Mee Sup Busu Leha untuk berbuka. Tapi kali ni MK nak kasik resepi Mee Hailam Busu Leha dulu. Bagi sesiapa yang belum tahu Busu Leha yelah ibu MK okesss..jangan tanya-tanya lagi lepas ni. Eh- takde sapa-sapa pun tanya sebenarnya. heh!

Masa MK masak, siap rasa-rasa 2-3 kali time tambah garam & perasa tu. "umm..sedap..sedap!" Waktu tu jam pukul 7.25pm dah. Lagi 5 minit nak buka puasa. Tiba-tiba baru sedar yang MK tengah puasa!!!! Arrgghhhh... 5 minit lagi nak buka ok. Tapi ibu kata kalau kita lupa kira rezekilah tu kan. Iyelah, lagi 5 minit ko nak batalkan puasa ko Semah? Gilo ko apo?

Jom kita ke resepi:-

Bahan-bahan (2-3 orang makan)
300gram mee kuning (off course)
3 ulas bawang putih
2 pokok Sawi
1 batang Carrot
7-8 biji Fishballs
1 kiub ayam
1 biji telur ayam
1 piring kecil ayam yang dah hiris nipis
1/2 sudu lada hitam
1 sudu besar sos cili (kalau nak pedas tambah lagi)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
kicap manis
1 sudu teh susu pekat manis (psstt...ni bahan rahsia ok-jgn kasik tau orang lain)
air secukupnya

cara-cara:-
  1. Tumbuk bawang putih + lada hitam, tumis sampai naik bau
  2. Masukkan cili boh & kiub ayam 
  3. Masukkan ayam & carrot, kacau lagi
  4. Pastu sos cili, sos tomato & kicap manis, kacau-kacau
  5. bila dah agak empuk masukkan air 2 cawan biarkan mendidih
  6. Bila dah mendidih pecahkan telur ayam, biarkan sekejap, jangan gatal nak kacau pulak. Nanti telur tu pecah tak nampak handal lah kan
  7. 30 saat berlalu (sila guna jam randik ye)
  8. Rasa. Tambah kalau ada apa-apa yang kurang
  9. Masukkan susu pekat, sawi, fishballs & mee
  10. kacau rata- hidang!
Masa tengah type entry ni pun MK terasa lapar ok. Padahal baru pukul 10.00am ini. Hmmmm.... malam ni MK nak masak kari ayam, esok gulai lemak sardine. (kalau rajin...hiks)

Puan-puan nak tau, sebenarnya MK ni tak pandai masak. Ummm maybe TAU but tak handal pun. Hampir hari-hari Mk call Kak Ngah, Ibu or kadang-kadang Matun nak tanya apa derang masak. MK nak tiru.Pastu time masak tu kadang-kadang sampai 2,3 kali call tanya nak masuk bahan apa dulu, "santan dulu ko kubih dulu ngah?" gitu...hehe.

So, bagi puan-puan yang baru kahwin tu ke, yang tak pandai masak tu ke, jangan le runsing pemikiran. Kalau puan-puan jenguk balik entry-entry MK yg mula-mula dulu pun boleh tengok betapa bongoknya MK dalam dunia dapur ini (sekarang pun takde lah pandai sangat).

Resepi yang MK kongsi pun yang senang-senang je. Benda-benda realistik yang boleh dimasak cepat & sedap (kot) & budak & bapak budak suka makan. Semua main campak-campak je. Kalau ada masa lebih puan-puan masaklah yang special sikit.

Sempena kejayaan drama Halimah Jongang - askar-askar MK pun sekarang dah pandai buat gigi jongang. Sensitip ok jongang-jongang ini. Chiittttt....dia orang itu tidak sedarkah bahawa ibu mereka juer jongang. Tapi jongang lite-lite (nak jugak cover lagi tu...)


Abg Lon' pandai buat jongang, tapi adik tak jadik sangatlah. MK? Memang MK pandai buat. Takyah nak buat-buat pun... memang au natural..hahahaha...anyway... kami tak pernah pun tengok cerita tu. Selalu tengok iklan dia je. Kontroversi nampaknya cerita tu ye.

Thursday 4 March 2010

Bubur Malas

Hye y'all! What's up?

Kalau malas masakkan, pastu malas pulak nak keluar beli makanankan. Apa puan-puan buat? Berlapar? Kalau cuma kita ok kot buat gitu. Tapi kalau ada kekanak bagaimana ye? Kadang-kadang balik ke rumah sudah bersemangat nak masak. Tapi sampai-sampai saja ke rumah mood itu lenyap. Plingg!!! M.A.L.A.S.

Nak keluar beli makanan dah cuci muka pulak. Karang makcik jual nasi tu ingat pontianak datang nak beli nasi. Yelah, dah la datang maghrib kan. Lepas tu kena bawak dua orang kanak-kanak cergas itu. Adoiii laa...

Untuk bubur yang kali ni bahan-bahan yang digunakan ialah:-
1 genggam beras
1 btg carrot
4 helai sawi
2 biji kentang
1 kiub pati ayam
1 piring kecil ayam
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Cara-cara:-
  1. Tumis bawang putih & bawang merah menggunakan sedikit minyak.
  2. Bila dah wangi, masukkan beras, gaul sekata, dua kata atau tiga kata, hingga tidak boleh berkata-kata lagi. Tak la...tipu je..gaul sekata saja.
  3. Masukkan air sehingga air menjadi setinggi 1/2 periuk (MK guna periuk vision yg paling kecik tu) Puan-puan agak-agaklah kalau guna periuk besar jgn la pulak masukkan 1/2 periuk air ye.
  4. Campak semua bahan-bahan lain tadi. Hmmm masukkan elok-eloklah ye. Karang ada pulak puan-puan yang lurus campak semua bahan tu kang naya.
  5. Eh...kecuali sawi ye.. sawi masuk last.
  6. Kecilkan api. Pergi lipat kain yang dah timbun tinggi-tinggi everest tu. (Tsk...saya lah itu)
  7. Sekali sekala kacau bubur tadi.
  8. Bila dah masak (agak-agak dalam masa 20-30 minit kot) baru masukkan sawi. Kacau kejap 30 saat kot.
  9. Tutup api, hidanglah. Tapi jangan makan!! Panassssss....
Sedaplah, Ryan Bambam suka makanan orang malas ini. Janji nawaitu kita memberi anak-anak makan itu adalah baik. Hahahaha...tiba-tiba nawaitu, rasa guiltylah tu tak masak elok-elok. Pakmir pada malam itu MK suruh dia makan sebelum balik ke rumah dari office. Sebab dia tak suka bubur.

Dia tidak marah (kot). Eh..marah ke? ok lah...malam nanti MK masak elok-elok lah. Seperti Ayam Pancasitara (ade ke resepi tu? tak pernah dengar pun)

Itu saja...selamat masak!!




Wednesday 3 March 2010

Rumahku Syurga Mereka

Keadaan rumah kecik kami semasa ketiadaan askar-askar aktif. Ini kira habis bersih dah ni. MK ingat nak cat dinding tu color kuning ke, brown ke. Tapi menurut PakMir, melihat keprihatinan Ryan melukis di dinding sekarang ini maka kami tangguhkan lagi niat untuk meng-color dinding rumah yang dah hampir 6 tahun kami duduk. Dulu nak cat tapi tunggu Abg Lon' besar sikit. Bila Abg Lon' dah besar, adik dia pulak tunjuk bakat melukis di dinding. Hmmm... nampaknya kena tunggu lagi.

Tiba di malam hari sewaktu askar-askar berada di rumah.......

Err... berkhemah di dalam rumah. Mudahkan? Segala peralatan disediakan oleh Bibik TanTan. Kalau lapar tak payah buat unggu api untuk masak. Jerit saja, terus bibik bawakkan biskut. Jangan lupa membawa pillow 'wangi' & blankie sewaktu camping ye adik-adik...nanti kerinduan. Tengok tu Ryan buat muka terkejut.

Ahh...Ryan berjaya menunjukkan giginya yang malas digosok. Err... macam mana nak suruh baby gosok gigi ye? Dia jelir lidah everytime MK nak gosok gigi dia. Last-last MK gosok guna jari je. Pastu dia telan ubat gigi Mukmin tu.

Ummm ok. Doakan MK masuk ke dapur semula!!!!