$

Wednesday 31 March 2010

Kek Pisang Gemuk

Salam puan-puan! Hari ni hari Rabu. Jalan ke opis MK adalah ditutup. F1 punya angkara. Dah dekat seminggu kami disajikan dengan bunyi-bunyian yang bingit. Bunyi kereta-kereta hebat itulah. Hari ni Michael Schumacker SusahnakEja (haha confirm salah spell nih) datang sini. So ramai juer colleagues cuti 1/2 day. MK tak cutilah kot.

Resepi kali ini yelah Kek Pisang Gemok!! Kenapa gemok? sebab sapa slalu makan kek ini boleh jadi gemok. Sebab bembahan nya menggemukkan. hiks... never fear tho!!! sebab kek ini sedap bangat!!

Bembahan:-
4-5 biji pisang (tak kisah pisang apa, pisang awak, pisang aku, pisang emas - janji yang dah masak. Owh pisang tanduk jangan lah ye)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bikarbonat / baking powder
1 cawan gula (kalau takmo manis sangat boleh letak 3/4 cawan - tp Mk buat 1 cawan pun tak manis sangat pun ok-ok je)
3/4 cawan minyak masak (hmmmm gemok- resepi 1 cawan. Tapi MK ngeri so..kurangkan lah sket)
3 biji telur ayam
Secubit garam (takde pun takpe)
1/2 sudu vanilla essen (takde pun takpe)

Ni sebelum dibakar. Cantik kan? (perasan)

Cecara:-
  1. Panaskan oven 180' selama 10 minit api atas & bawah ye adik-adik
  2. Pukul telur ayam bersama gula sampai kembang.
  3. Masukkan pisang yang dah potong nipis-nipis.  Tinggalkan 1/2 biji untuk hiasan (kalau nak nampak macam tere lah kan)
  4. Kacau dengan hebat.
  5. Semasa kacau adunan tu, lenyek-lenyek le sket ye.
  6. Masukkan tepung gandum
  7. Masukkan tepung jagung
  8. Masukkan soda bikarbonat
  9. Masukkan garam & vanilla essen
  10. Kacau mesra. Messrraaaaa kata Bob AF (ewwww...)
  11. Last sekali masukkan minyak & jangan lupa kacau bersungguh-sungguh
  12. Ketepikan, griskan Loyang puan-puan dengan minyak atau butter. Ikut pandailah.
  13. Tuang adunan ke dalam loyang.
  14. Bakar 45-60 minit.
  15. Siap!!!
Bau wangi seisi rumah!! Kek ini tahan lama. Tak payah masukkan dalam peti sejuk pun takpe. Dia tahan 3-4 hari. Sekian...selamat mencuba!!!


Cantik Tak? Sedap tau!!!!

P/s: kalau nak letak madu pun sedap juer. Ganti gula 1 cwn itu dengan 1/2 cwn gula, 1/2 cwn honey. Kalau puan-puan ada bermadu pun boleh gak letak. Panggang terus dalam oven itu!!!!! Biar masak rangup!!! Huh!!!

2 comments:

dalin said...

dapat jugak resipi..mmg santeklah atan..bagus..bagus..

MK said...

cuba jangan tak cuba..pastu update report ok!! ini perintah ok