Hye y'all! What's up?
Kalau malas masakkan, pastu malas pulak nak keluar beli makanankan. Apa puan-puan buat? Berlapar? Kalau cuma kita ok kot buat gitu. Tapi kalau ada kekanak bagaimana ye? Kadang-kadang balik ke rumah sudah bersemangat nak masak. Tapi sampai-sampai saja ke rumah mood itu lenyap. Plingg!!! M.A.L.A.S.
Nak keluar beli makanan dah cuci muka pulak. Karang makcik jual nasi tu ingat pontianak datang nak beli nasi. Yelah, dah la datang maghrib kan. Lepas tu kena bawak dua orang kanak-kanak cergas itu. Adoiii laa...
Untuk bubur yang kali ni bahan-bahan yang digunakan ialah:-
1 genggam beras
1 btg carrot
4 helai sawi
2 biji kentang
1 kiub pati ayam
1 piring kecil ayam
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Cara-cara:-
- Tumis bawang putih & bawang merah menggunakan sedikit minyak.
- Bila dah wangi, masukkan beras, gaul sekata, dua kata atau tiga kata, hingga tidak boleh berkata-kata lagi. Tak la...tipu je..gaul sekata saja.
- Masukkan air sehingga air menjadi setinggi 1/2 periuk (MK guna periuk vision yg paling kecik tu) Puan-puan agak-agaklah kalau guna periuk besar jgn la pulak masukkan 1/2 periuk air ye.
- Campak semua bahan-bahan lain tadi. Hmmm masukkan elok-eloklah ye. Karang ada pulak puan-puan yang lurus campak semua bahan tu kang naya.
- Eh...kecuali sawi ye.. sawi masuk last.
- Kecilkan api. Pergi lipat kain yang dah timbun tinggi-tinggi everest tu. (Tsk...saya lah itu)
- Sekali sekala kacau bubur tadi.
- Bila dah masak (agak-agak dalam masa 20-30 minit kot) baru masukkan sawi. Kacau kejap 30 saat kot.
- Tutup api, hidanglah. Tapi jangan makan!! Panassssss....
Sedaplah, Ryan Bambam suka makanan orang malas ini. Janji nawaitu kita memberi anak-anak makan itu adalah baik. Hahahaha...tiba-tiba nawaitu, rasa guiltylah tu tak masak elok-elok. Pakmir pada malam itu MK suruh dia makan sebelum balik ke rumah dari office. Sebab dia tak suka bubur.
Dia tidak marah (kot). Eh..marah ke? ok lah...malam nanti MK masak elok-elok lah. Seperti Ayam Pancasitara (ade ke resepi tu? tak pernah dengar pun)
Itu saja...selamat masak!!
3 comments:
ikan pancasitara... hekhek...
deja pun suka sgt mkn bubur... nganga2 mulut dier mkn...
yg penting nawaitu msk kan kan....
mak kintan~ aku dah try masak bubur malas ko nie.. [ since aku pun dah malas aritu..]..sodap! sodap! mmg sodap! tapi mak n bapak ajer balun. anna sofea dah muak agaknye makan bubur dolu2, so dia nak nasik! [ amma, anna nak nasik!...] adeeii~ bubur tak sama rupa dgn nasik agak nye.. :P
tun:- sahaja aku memasak untuk familyku kerana Allah Ta'ala - dah dpt pahala.
long:- sedap kan...senang lak tu. aku dr kecik tak muak2 makan bubur ni. laki aku tgk bubur pun muak..hehe
Post a Comment