Salam,
Dah breakfast? MK dah, pukul 5.30am tadi. Sahurlah - masih puasa lagi. Hari ni hari last MK ganti puasa. Esok boleh raya dah. Tapi niatnya nak sambung sampai Jumaat. Or...kalau diizinkan Tuhan, kuat hati & perasaan, MK nak puasa Isnin - Jumaat everyweek. Hiks. We'll see how. Yelah habis tu, puan-puan je nak slim-melim? MK nak jugak ala-ala kartun kat bawah ni haaaa.... weeewwiitttt!!
Gila besar mangkuk dia pegang tu siap dengan dukung anak lagi rilek je sangkut kat pinggang ramping dia. Ehem...pinggang MK ramping juer... (hahaha)
Ok, bersempena dengan memartabatkan idea "Kekurusan Adalah Bagus" (Slim is Good!) maka MK nak kasik resepi ikan kukus semalam yang dimasak untuk juadah berbuka. Agaknya kan, adalah dalam seminggu MK asyiklah meng-google gambar-gambar ikan kukus. Sewel...lagi dasyat daripada orang mengidam gamaknya. Gitulah gamaknya jika MK berpuasa.Selera mengalahkan Hulk Hogan! Tapi bila makan tu takde le banyak sangat, selalu tak habis. Tapi kejap lagi tak sampai 2-3 jam dah kebuloq balik.
But I know my weakness - iaitu - masakan Ibu & Emak!!! kenyang macam mana pun mesti nasik habis jugak. Hagaknya ibu-ibu Emak-emak ni kan ada magic. Tu yang anak-anak dia makaaaannn je. Ibu MK kan..goreng telur dadar pun sedap. Pelik... Emak punya sambal belacan mangga pulak...Adeehh...tergolek-golek berebut takmo kasik adik-adik lain habiskan.
Jom ke resepi:-
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan merah (beli RM10 kat pasar Sungai Besi - abang askar ramai wooo- tapi yang da pencen lah!)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili besar
2 ulas bawang putih
1 barang serai
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung
1/2 batang carrot (shred)
2 inci halia muda (tapi yang MK guna tu tak tau lah muda ke tua ke bantai je)
Garam secukupnya
Cara-cara:-
- Sediakan periuk kukus.
- Bersihkan ikan (suruh abang jual ikan tu buat).Cuci bersih, lap-lap kasik kering (ini TunTun yang suruh-jangan degil aa)
- Lumurkan ikan dengan tepung jagung & garam
- Letakkan ikan dalam pingan ke, loyang ke, apa-apa yang sesuailah kan. Taburkan semua bahan-bahan dekat atas ikan tu. Bahan-bahan tu jangan lupa racik pulak.
- Owh- tomato, daun sup & daun bawang sepatutnya letak 5 minit sebelum tutup api. Supaya dia fresh dan tak layu sangat. Tapi MK maleh (ke ngok) sket. So MK campur semua tu sekali harung. Tu yang color sayur MK tu lobam sket. Heh
- Pastu letak sos tiram, kalau nak ada rasa manis, letak gula sikiiiiittt je- secubit gitu. Tak tau lah pulak kalau cubitan puan-puan tu besar sangat kang manis giler lah pulak ikan itu. No good!
- Kukus 20 minit atau tinjau mata ikan tu dah tukar jadik color putih maknanya dah masak lah tu (ni rahsia oleh TunTun)
- Siap!
Masa ikan siap masak je kan, azam maghrib pun berkumandanglah. Mk tak nyompek-nyompek ambik sudu nak rasa kuah ikan itu. Hmmmmm lazatlah!!!
Jangan lupa makan panas-panas ye. Kalau sejuk tak sodap. MK juga buat daging kicap (liat!!) untuk lawan kepada lauk ikan ni. Daging tu liat sebab dah lapar sangatlah...tak sanggup tunggu dia empuk.
Jemput makan!!!
2 comments:
umang aiii...
osah bosar ikan merah tuh....
mmg la abg mir kata besar...
rupa yum yum....
mana plak gambar daging nye... :D
gambar daging liat tu? nantilah update..
Post a Comment