$

Monday 12 May 2014

Segmen Artis Jemputan: TunTun The Supermom


Kisah benar seorang pelari. (ini suma poyooooo.. hihihi)
Aku ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dulu rutin rumahtangga aku bermula seawal 6.00 pagi. Menunaikan kewajipan terhadap Pencipta di awal pagi. Sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak dan bekalan untuk ke sekolah, menyidai pakaian yang semalam, dimesin dan menggosok baju yang telah kering semalam, menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dan anak2 untuk dihantar ke taska serta tadika.
Waktu kerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, isnin sehingga jumaat. Rutin kerja macam biasa. Melayan kerenah clients, kerenah boss, rakan sekerja dan macam-macam orang lah.
Pukul 6.00 petang, sampai rumah. Mulakan pulak tugasan sebagai chef handalan kepada anak-anak yang selalu nyanyi lapar. Sesambil tu bolehlah memulakan tugas mesin basuh yang sangat berjasa tersebut dan sambil menunggu lauk masak sambil melipat kain. Tup tap tup tap jam dekat pukul 8.00 malam. Ohhhh.. belom solat dan  mandi… zasssss.. mandi dan solat maghrib.. membaca beberapa helaian surah sementara menunggu waktu isya’.. masuk waktu aku pun solat.
Pukul 9.00 malam baru nak makan malam… No good… nasik pulak tu… siap makan kemas-kemas pukul 9.30malam. Masa untuk mengajar anak pulak… 10.30malam masa untuk tido.
Itulah rutin hidup aku sebelum ini…. Macam tak de masa untuk diri sendiri.. Tapi setelah diperli oleh seorang coach yang kejam, aku tersedar diri. Dari situ lah aku berazam untuk berlari dan mementingkan diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk suami dan anak-anak juer. Aku percaya bahawa ibu/isetari yang gembira akan menjadikan anak-anak dan suami juga turut gembira.
Permulaan aku adalah setelah mendapat kebenaran oleh suami tercinta. “Abang, esok ayang nak pergi jogging kat kompleks sukan tu boleh?” Encik suami menjawab “Boleh.. “
 
Ting ting ting…. Masa tu suka sangat!! Impian menjadi kenyataan. Permulaan aku pada sabtu pagi bersama penyokong-penyokong tegar (anak-anak-anak) yang sibuk main di taman permainan sambil diawasi ayah.
Aku bermula pada 19 April 2014, aku berjaya berlari sejauh 2.45km selama 23 minit. Aku cukup berbangga dengan pencapaian ini. Walaupun baru 2.45km aku tetap kagum. Semenjak aku berumahtangga hampir 10 tahun, hari itu lah hari permulaan aku bersenam. Sebelum ni ada juer berlari tapi banyak jalan la.. lari 2 minit rehat 10 minit.. gitu je lah… tidak bersungguh… Coach aku Kevintan Zahra yang bagi banyakkkkk tips berlari.
"Berlari sampai setengah jam, jangan berenti jalan tak per jangan duduk, paham??!!"
Kena marah pun selalu… tsk tsk.. tapi aku sangat sayang kan coach aku itu…
Aku mula bercadang untuk berlari pada weekend, tetapi rasa macam tak puas. So aku memberanikan diri untuk meminta izin suami untuk berlari pada weekdays.  Sungguh memeranjatkan aku, suami aku memberikan kebenaran tanpa bertanya banyak. Ohhhh.. bertambah lagi aku sayang pada dia… hihi…
Semenjak dari itu lah aku rajin berlari. Sehingga ke hari ini aku dah berari sejauh 45km (dah sampai KL dah aku lari ni.. huhu).
Di samping itu juga, coach aku telah menghadiahkan aku sports attire reward kerana aku rajin berlari katanya. Lepas dapat hadiah aku lagiiiii bersemangat. Plus, berlari ni dah jadi macam addicted, kalau tak dapat berlari rasa macam nak melompat2 je… hihi… Aku berazam untuk join 10km race di Seremban bersama coach kesayangan aku pada bulan Ogos kalau tak silap. Aku akan gigih untuk training. Doakan aku dapat merealisaikan impian ye… Aamminnnn…
Walaupun sibuk berlari.. aku juer masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa.. tiada perubahan. Cuma terkejar-kejar untuk memasak pada permulaan. Tapi Alhamdulillah aku dapat melaksanakannya.
Thank coach Kevintan Zahra saya tersayang.
Muka gembira baru lepas berlari.
 
MK: Hehe...comel kan TunTun ni. Dulu dia pun ada blog. Tapi lepas dia buat entry pasal buat kuih masalavadei... dia dah terus tak update blog dah. Mungkin dia terlalu kenyang makan vadei...hahaha. Jangan marah Tun. 
FYI 'Kenvintan Zahra' tu saya lah....hehehehe
Bravo girlfriend!!! I'm proud of you. TunTun memang seoang ibu yang super caring memang selama ni tak pernah terpikir untuk buat sesuatu untuk diri sendiri. Dia memang buat semua benda untuk orang-orang tersayang je. Owwhhh...sayaaanggg dia. Tapi tengok!! TunTun berjaya buktikan bahawa kasih sayang dia tak berubah secubit pun kalau dia spend time tak sampai sejam je untuk diri sendiri - itu pun bukan ber-party-party pun...pergi berlari je..
Ibu happy - anak-anak happy, suami happy. Yeayyyy!!!! So come on girls!!!!! Let's parteeeyyyyy!!! (read: RUN)
Ok till the next 'artis jemputan', bye!!

Friday 9 May 2014

Segment : Artis Jemputan

Hi - Hari ini saya dengan happy nya ingin memperkenalkan segmen baru blog saya. Iaitu Segmen Artis Jemputan!!!!

Artis sangat kan...hihih..

Ok - segmen ni khas untuk kawan-kawan yang nak berkongsi cerita especially pasal fitness or family issue or kids or cerita jalan-jalan, cerita tips or apa-apa lah.

Kadang-kadang korang mesti ada banyak cerita nak share. Tapi malas pulok nak create blog semata-mata nak cerita 1 cerita je kan. Wokehhh... never fear because MK is here!!!! Meh kongsikan cerita korang di blog ni dalam segmen khas ni lah.

Why???

Because you worth it & sharing is caring kan....

Please email the story to me at intansiza@gmail.com

Saya excited nak memperkenalkan artis jemputan saya yang terulung di entry saya yang seterusnya....nantikan!!!!

Weeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Thursday 8 May 2014

Curves

Hai baybeh!! Assalamualaikum.

Entah sesuai ke idok le tajuk baru blog saya ye? Tadikan lepas saya tukar nama blog ni, saya google lah 'the running mom'. Sekali hah...hambik kau...semua blog tajuk the running mom keluar. Semuanya hebak hebak nak mamp!! Siap join the ironman championship la Trilathon la marathon la.. giloss...
 
Terus terasa diri ini kerdil seperti gadis sunti yang manis...ehh... So tak tau lah sesuai ke tidak tajuk tu. Tapi sementara ni biarlah tajuk dia gitu. Nanti bila saya dah ada idea baru, saya tukar lah.
 
Owh anyway. Hari ni saya nak cerita pasal Curves. Apa tuh? Ha..ni nak ceritalah ni. Mula-mula can go check it out kat www.curves.com . Kat Malaysia pun ada jap ah..carik link www.curves.com.my .
 
Ok first of all, Curves tak bayar pun saya tulis pasal gym dia ye. Hehe...saya yang bayar dia tetiap bulan. Kalau korang rajin silalah visit website yang saya dah bagi tu. Tapi saya tau korang anje-anje pemalas kan...kan... huh. Tapi takpe...saya memang rajin membebel. Hehe.
 
Kenapa saya pilih Curves?
 
Dalam pada masa saya berlari-lari macam orang sewel pepagi buta sebelum subuh ye kawan-kawan. Sobbsss...tu je masa yang ada. Ko nak kurus ke tak nak? Ko jangan banyak alasan lah kan. Nak tunggu masa yang sesuai memang tak akan ada masa yang sesuai. Masa yang sesuai untuk tidur dan makan memang banyak kan?
 
Ok sorry ter-emo pulak. Dalam saya berlari-lari tu tiba-tiba pada suatu hari saya nampak ada orang pasang banner kat tiang lampu tepi jalan tu. Saya pun check it out la kan...kata busy body. Owh!! Gym? For ladies only? Nak grand opening in October? Waahhh...ini menarik.
 
So I send email to get the information. Petang tu jugak saya dapat reply dari Ms. Dolly the gym owner. Wah...excited juer bila saya tanya kat mana lacation gym ni dia explain sikit punya complicated. Saya dah rasa nak mengamuk. Eheheh...saya memang senang nak mengamuk harap maklum. Husband saya selalu berlindung di sebalik sofa sambil lempar chocolate je bila tengok saya nak mengamuk tu. Haha... (tipu sangat...)
 
Rupanya gym tu tepi rumah saya je. Huhu....naik kereta tak sampai 3 minit dah sampai. So saya pun register lah. Sebab saya mampu (hahah..joke mampu- tak mampu ni Matun je faham). Curves bukan macam other gym yang macam kita makcik-makcik boncet ni takut nak masuk bila tengok gadis ber-body hot berpakaian sendat exercise. Huhu...mesti kita terus lari pecut laju-laju takmo masuk gym tu kan...hihi...
 
Lepas tu tak perlu bayar lump-sump beribu riban macam gym lain. Hohh...kalau saya join gym ribu riban tu memang saya kurus lepas join tu sebab duit saya habis bayar gym fees sampai takde duit nak beli makanan dan terus saya kurus esoknya. Kan...gila sangat tak gym yang fofular tu kan...cekik darah.
 
It is only like 30 minutes per session. Tapi memang intense ye. Gila penat rasa nak mencarut-carut...hahaha (tapi saya tak mencarut...berdosa). Lagi-lagi kalau dah start guna curves-smart memang rasa tak nak datang dah lagi esoknya. Haha...tapi resultnya memang mengkagumkan. It is actually efficient 90 minutes workout tapi dia padatkan kita buat dalam masa 30  minit je. Memang sesueeiii dengan taraf omak-omak seperti saya. Sebab selalu kelam-kabut nak balik cepat nak tengok anak. Lepas tu dia gym for ladies only. So saya rasa selesa & selamat. Hihi. Lepas tu tak ada pun gadis remaja berbody hottylicious kat sini (ke saya tak jumpa entah lah). Mungkin dia orang prefer pergi gym yang ada lelaki hot juer...haha hagaknye laaahhh...tak tuduh aahhh..
 
By third months saya join gym ni. Masa saya mandi, saya terbengkokkan lengan lepas tu saya terkejut tengok lengan sendiri sebab saya nampak ada muscle!!!!!! Haha..betul tak tipu. Kagum sungguh dengan diri sendiri masa tu. Kikikiki..
 
Oklah dah panjang dah ni. Nanti from time to time saya sambung cerita lah pasal gym ni. Ada banyak cerita lagi yang seronok.
 
Bye!!!
 
 
 
 

Wednesday 7 May 2014

The Running Mom

Hi - Assalamualaikum girls!!!

As you can see, I've change my blog title to The Running Mom!! Tajuk baru ni saya rasa sesuai sangatlah kot dengan my latest addiction-well not so latest kot...dah setahun lebih dah rupa-rupanya saya menceburkan diri dengan active lifestyle ni (hihi at least I sendiri believe that I'm active lah kan)
 
Subhanallah...excited sungguh saya ni nak share experience yang seciput ni dengan korang semua tau. Macam biasalah, saya memang seorang pompuan yang sentiasa excited! Haha!!
 
I also got to know that few of my girlfriend dah mula excercise!!!!!!! Weeeeeeee good for you HAWT MOMMA!!!

Saya sekarang sedang busy nak men-settle-kan kerja-kerja sebelum saya bercuti panjang nanti. So till then saya bagi 1 pic sneak peak lah konon. Masa panjat Bukit Broga.

I'm on the peak of Broga Hill. Orang-orang yang kat bawah tu either dah penat so tak nak dah naik atas lagi or tak cukup adventure...chewaahhh..
 
 
So yeah...nanti saya sambung lagi...I have loads of story & tips to share!!!
 
Bye!!!