$

Thursday 25 February 2010

Fun Day At Jalan TAR with Tantan & Tuntun

Tan sangat gembira sebab hari ini Tun akan datang ke KL. Dia bercadang untuk call Tun pada pukul 7.00am untuk confirm date mereka tetapi dia takut Hencik N marah pulak sebab menelefon isteri beliau pagi-pagi buta. Apa yang Tan tidak tau ialah, sebenarnya Tun berniat untuk menelefonnya selepas solat Subuh!! Owh Tun - awak memang over....

Tan mencuba banyak jenis pakaian untuk dipakai bertemu Tun akhirnya Tan memilih untuk memakai ini:-.

This is Tantan

Tun sedang menghadiri mesyuarat berdekatan dengan rumah Tan maka dia mengambil peluang keemasan itu untuk melencong berjumpa cinta hatinya iaitu Tan selepas meeting habis. Finally at 1.30pm the meeting ended..weeeeee Tan quickly go to fetch Tun to the rescueeeee....(eh tetiba cakap omputeh)

They eat quickly - sometimes they thought to pour everything inside their mouths so that they have more time to spend. It's 2.30pm, after Zuhur prayer they giggled to Jalan TAR like they've talked about like 1000 times. You see - working moms like Tan & Tun rarely have girly's time together. Now that they have like 3 hours they have to spend it like mad!!

Now- this is happy Tun

Mereka berjalan, berjalan dan berjalan umpama mereka mempunyai kaki besi layaknya. Dari Pertama Kompleks ke LRT Masjid Jamek, kemudian patah balik ke Pertama Kompleks. Mereka melakukan rekod berjalan kaki dan shopping paling pantas iaitu selama 2 jam sahaja.  

Ini ialah Tun & Tan (err... you got the idea already kan...)

Tun si gembira posing her signature pose, either peace sign or one hand on the hip & slightly bended knee. Ngeh!! bersangkutan di lengan Tun ialah buku Ladybird Peter & Jane untuk anak sulung Tan.

why la so many pictures of Tun here? because Tan is holding the camera lah.

Owh- baju kurung itu, seriously cheap!!! Material - chiffon RM60 saja!!!! and the taukehs really friendly eventhough we only bought 1 pair saje.

Tan juga teruja- selepas kejadian, baru dia tersedar bahawa baju yang dia tunjukkan itu bukanlah cantik sangat pun..haaa

Tun yang bermuka agak kecewa setelah baju yang berkenan di hati tiada dalam saiz S - yang ada hanya SS.

Kembali gembira kerana terjumpa baju lain yang lebih cantik maka terus mencubanya. This picture did not do the baju any justice ok. the baju is prettier kalau tengok live lah. Anyway - Tan mendapat tau bahawa Tun telah memakainya ke pejabat pagi ini. Pffttt tak menyompek-nyompek!

Aku gembiralah!!!!! Nakkkk.....

Terpaksa posing menggunakan signature pose beliau selepas uncle tauke itu menyuruh beliau "posinglah cantik sikit la adeekkk"

Pelanggan gembira equals to tauke gembira!!!

Pencarian crocs bermula. Tetapi malangnya untuk crocs kanak-kanak tidak berjumpa. (Takpe Dina, nanti auntie belikan ok)

Jitbitz pelbagai. Mula-mula kami berpendapat jika Hencik N sayangkan Tun, mesti beliau sanggup memakai jitbitz berbentuk bunga berwarna pink or heart shape kan? tetapi Tun tidak sampai hati menduga suaminya sedemikian rupa. haaahh!

Cubaan kasut. Tan sebenarnya berkenan dengan kasut berwarna coklat itu. Tetapi apabila menyedari bahawa jika beliau memakai flats beliau akan kelihatan gemuk pendek, maka beliau membatalkan hasratnya.

Mereka kemudian bergegas ke kedai tudung. Adik kedai itu berkata tudung Tun berwarna 'belacan'. Pada mulanya Tun hendak berasa kecil hati kerana menyangka adik itu mengatakan tudungnya busuk seperti belacan. Setelah mengetahui sebenarnya adik itu mengatakan bahawa tudung itu berwarna seperti biji kundang atau belacan. Tun berasa lega.

Tan pula mencari tudung pink untuk disesuaikan dengan bajunya itu.

Dalam perjalanan pulang, mereka berdua kepuasan hati. Perasan apa yang berlainan pada Tan? Ya- dia terus memakai tudung pink yang baru dibeli tadi. Dasar tak menyompek!! (menyompek = menyempat)

Selepas kiss kiss & hug hug, Tan menghantar Tun pulang ke pangkal jalan, kemudian bergerak pulang juga ke pangkal jalannya setelah sesat seharian di Jalan TAR.

Muka gembira Tan di akhir cerita ini.

Sekian.

Wednesday 17 February 2010

Pretty Manik by Eyda Basir

Hye - dah balik bekerja? Lama cuti nampak? Jalan clear pagi tadi. 10 minit dah sampai ke office. Ok - pendekkan mukadimah kita.

Hari ni MK nak introduce a really good blog by my very own adik junior sekolah lama dolu-dolu, Ms.Eyda. Budak ini sangat kreatif tak sangka you!! Tidaklah mencontohi kakak seniornya ini yang tangan keras. Hah!

Jom tengok contoh:-


this is my personal favourite tau. but this is not my baju.

Dia tak suruh pun MK promote blog dia - but I want to sebab dia memang talented dalam kerja beading-mem-beading ini. What else? Of course harganya yang super super reasonable. MK sudah tengok sendiri hasil kerja beliau ini. Memang halus dan sabarlah kalau nak membuat manik-manik ini. Orang yang kalut macam MK ni memang tak sesuailah...hiiiiii kejap je kang mesti MK poning kepalo muntah-muntah tengok manik pun dah tak ingin lagi. Maka ada baiknya MK tempah saja kat Eyda ni.


Eyda juga, memberikan nama-nama corak-corak rekaannya mengikut nama orang yang tempah. How sweet don't you think. So kalau MK tempah nanti I would like my corak to be named 'Manik Mak Kintan Meletops' hah! How's that? Haha tak la... Eyda letak nama yang lebih komersial. Contohnye Salju Biru di Tepi Pelangi gitu.. haha iye ke..gitu lah lebih kurang,

Jadi, apa yang puan-puan tunggu lagi? Sila layari My Bling Bling Blog - Pretty Manik by Eyda  di sana ada banyak lagi contoh-contoh rekaan manik oleh empunya blog. Yang penting, harganya amat berpatutan & MK berani jamin hasilnya pun pasti memuaskan hati & mengembangakan hidung ketika kita memakai baju dengan rekaan manik beliau.

Hiks! Apa tunggu lagi? Jom serbu!!!





Wednesday 10 February 2010

Akibat salah eja

Salam Rabu,

MK sakit perutlah. since petang semalam. Dah banyak dah sapu losyen pati halia tu. Tapi masih sakit. Anywayyyy.... cerita pendek saja pagi ini. Maklumlah, dekat-dekat nak Chinese New Year ni balachi-balachi seperti MK ni yang bekerja dengan boss Chinese memang terlebih busy dari boss sendiri. Pergi tukar duit baru kat bank RM24,000.00 ok!!! adeehhhh..banyak giler! Terasa macam nak bawak bodyguard dah semalam. Alhamdulillah semuanya selamat. Pastu - kalau boss tu tak ada hati nak bagi MK barang sehelai-dua duit kaler purple tu....ummm..memang patut MK guling-guling dari KLCC sampai rumah dia. hahah..tragik sungguh.

Opss...terpanjang pulak mukadimah. OK kita terus ke cerita pendek.

Since Abg Lon' dah pandai mengeja, membaca ni dia memang prefer eja daripada sebut. Lepas tu budak dua beradik tu kalau ibu derang tu hilang kejap dari pandangan mata, derang macam panik. Padahal MK bukannya pergi mana-mana pun. Paling-paling pergi mandi ke uk-uk ke. Itu pun terjerit-jerit panggil ketuk pintu bagai.

So... dua-tiga hari lepas MK nak mandi. Eh- kita buat dialoglah kan...

MK: Abg Lon', ibu nak pergi mandi. M.A.N.D.I - maaaaaannnndiiiiiii (sambil buat action jirus air kat kepala)

Abg Lon' sambil tersengih tengok ibu dia macam badut siap buat berlakon-berlakon pulak. Pastu dia jawab:-

Abg Lon': Ok ibu, ibu boleh pergi M.A.T.I..(salah eja) maaannnndiiiii.

MK: erks....

Abg Lon': Pergilah M.A.T.I cepat.. kenapa diam je kat situ?

MK rasa nak gelak pun ada, nak nangis pun ada. huuuuuu...

sekian - pergi buat keje!!