$

Thursday 26 August 2010

Kuih Raya - Cornflakes Cookies

Hai people!!! Macam mana dengan persiapan raya? Baju raya anak dah beli, kasut raya, jeans raya. Yang ada anak perempuan kena pulak beli skirt raya, gown raya, spender raya pun ada. Owh- baju tidur raya pun adakan. Lepas tu, nak kena beli kuih raya, hadiah raya untuk parents and don't forget your spouse!! (penting ni) at least a raya card?

This year Bayong lagi faham erti betapa specialnya hari raya. Lagi pulak this year dia start berpuasa. Dah pandai mintak nak makan itu ini. Favourite dish Bayong yelah nasi lemak for berbuka & sahur. Hari-hari nak nasik lemak pun takpe. Lagi Bayong suka pulut cicah rendang.

Yen? Yen macam biasalah. Tetap over acting!! Hehe...

Jom tengok MK buat kuih apa dengan Bayong....

Hah - scale ni emak yang bagi. Sikit punya antik ok. Gembira sungguh bila emak kasik scale ni.

Nih- kuruskan budak ni. Kesian puasa. Tapi upah puasa dia mahal ok. RM2 from ibu, RM2 from ayah for each day dia puasa. Mahal gila. Itu upah puasa saja. Duit raya lain kira ok. Nasib baik memang budak baik & ringan tulang.

Ah- yang sebelah Bayong tu rajin juer. Rajin kacau orang buat kerja.

Cornflakes cookies sebelum dibakar. Tapi macam biasalah MK ni pemalaskan...so bubuh banyak-banyak dalam cup tu. Padat gila!

Dah siap!! dapat 2 balang tak sampai 100 pcs.Mungkin sebab MK isi padat-padat sangat sebab dah boring buat cookies ni.

Resepi? Googlelah sendiri ek...apa rasa biskut kami? Sedap- tapi bila dah 1-2 hari dia keras!!!! sebab penuh & padat sangat. Padan muka pemalaslah lagi ye....

Monday 23 August 2010

Kurus dah?

Hek hek.. I wish!

Today rasa macam dah hilang 5kg!!! Tipu.....tadi actually MK kena pergi China Consulant kat Menara OSK. Yelah...memanglah lintas jalan je dari office MK. Tapi kena turun naik jejantas, pastu nak ke office untuk apply visa tu kena panjat tangga sampai ke tingkat 2.

Tingkat 2, apa ada hal? Kata puan-puan kan.... mind you, tingkat 2 dia macam tingkat 4 ok!! Puasa nihhh puasa. Ambil application form je ni. Pastu turun boleh pulak ikut lift. Pelik kan. Tapi turun je boleh ikut lift. Naik tak boleh. Ngeng.....

Lepas isi-isi form semua & after boss signed, kena naik turun jejantas lagi, dan panjat semula tingkat 2 yang macam tingkat 4 tu..addoiiiiaaaiii....rasa macam dah nak tercabut kepala lutut ni haaa... pakai pulak baju kurung mengerlip-ngerlip cantikkan..pakai pulak high heels...huk huk...

So - with that exercises, I'm officially 5kg lighter now. (as if).

Friday 20 August 2010

Kung Pao Chicken

Hello Dolls (ala-ala Kim Kardashian neehhh)

Semalam MK promised nak masak kan? Well here goes!! My Kung Pao Chicken. Atau dalam Bahasa Melayunya Ayam Kung Pao (bukan kuntau ok!)

Ini MK baru je masak untuk sahur pagi tadi. Tapi bembahannya dah siap malam tadi sebelum tidur. Owh - MK juer berjaya buat Biskut Cornflakes!! Yeaayyy for me! Tapi tu entry lainlah kot.

PakMir puji 2 kali. "Sedap" pastu dia makan nasik diam-diam. Tak lama lepas tu dia cakap lagi "Sedap". MK senyum saja. Adalah amat susah PakMir nak cakap 'sedap' ok. Sebab selalunya dia bukannya excited sangat pasal makan-makan ni. Bini dia ni je yang kalau boleh semuuaaaa nak makan. Selalu kalau MK tanya sedap ke tak. dia jawab "ok" atau "boleh dimakan" gitu je.

Lagi satu time sahur actually PakMir & Bayong prefer roti. Tapi dah MK beriya-iya nak buat kungpao chicken ni dia layankan je.

Makanya - MK amat appreciate pujian yang 1 perkataan itu. Lagi-lagi bila diulangi 2 kali....hahahaha...


Tak nampak? Nah bigger pic

Ahhh nicer

Moh tengok resepi.

Bembahan:-
1 piring ayam-potong kecil
8-10 tangkai cili kering
1 biji tomato-diced besar sikit ye
1 biji bawang besar - yang hijau tu ye. bawang india rasanya. Diced besar juer
1 piring biji gajus goreng
3 tangkai daun bawang (potong panjang-panjang sket dalam 1 inci each)
2 ulas bawang putih (racik)
1 inci halia (racik juer)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
1 biji capsicum (MK tak letak sebab PakMir tak suka)
Garam sikit je.

Cecara:-
  1. Goreng biji gajus sampai rangup. Ahhh..di sini MK melakukan kesalahan ye puan-puan. Eh..actually Yen buat perangai....masa MK dah goreng gajus tu dia jatuh dari sofa nangis kuat-kuat pulak. MK terus padam api dapur sebab nak tengok dia. Pastu cepat-cepat angkat gajus tu....tapi sadly terhangit sket. Supposedly guna api kecil, kacau selalu & angkat bila dia dah tukar warna perang sikit tu. Sebab selepas kita angkat pun dia akan memasak diri sendiri (eh..paham ke nih-lantak lah haiii)
  2. Asingkan biji gajus itu.
  3. Gaul ayam bersama garam & tepung jagung. Goreng sampai masak.
  4. Actually kena guna dada ayam saja. Tapi kalau puan-puan seorang pemasak yang rajin (read-pemaleh) seperti MK, boleh je guna apa-apa parts pun.
  5. Bila dah masak - angkat toskan.
  6. Goreng cili kering yang dah dipotong-potong. Goreng sampai garing. Angkat ketepikan.
  7. Panaskan minyak baru, tumis bawang putih & halia sampai garing
  8. masukkan bawang besar, sos-sos kicap semua.
  9. masukkan tomato, rasalah sedap ke tak sedap. Time sahur boleh rasa ye..time masak untuk buka takyah lah rasa (eh..ini pun nak inform ek...)
  10. masukkan ayam, cili kering & gajus goreng - gaul rata
  11. masukkan daun bawang..gaul-gaul. tutup api.
  12. Siap!!!
Hmmm...taste wise - MK masak tak sesedap Uncle Win. Tapi takpe...ini 1st time, sila kasik chance. Pastu MK prefer kalau ada kuah sikit kan...takpe..nanti alter resepi ni. Lagi satu, yang Uncle Win masak tu, cili keringnya macam garing tapi lembut boleh dikunyah. MK punya macam ter-over garing kot. Puan-puan pandai-pandai lah ye. Janji suami gembira sudeeehhh.

Selamat maju jaya!!!!

P/S: wahhh 2 entry dalam sejam!!! ajaib!

Bayong dah dewasa

Ini actually cerita 2-3 minggu lepas. After jemput Bayong & Yen dari rumah baby sitter (Wan). Bayong masuk kereta sambil cakap

Bayong: Ibu, Bayong dah dewasa tau!

MK: Hah? Dah mimpi basah? Apsal cepat sangat haaaa?

Bayong: Mana ada!!! Bayong tak kencing pun malam tadi. Tilam tak basah pun!!

MK: Errr...heheheeh...

Bayong: Ni haaa... tengok!! Sekarang Bayong dah dewasa....



Laaa... gigi susu dah patah/tanggal rupanya....dewasalah sangatnye. Kelakar rupa Bayong sekarang ni without gigi dia tu. Sekarang dia adalah agak takut untuk hisap jari lagi sebab takut gigi yang lain pulak tercabut.

Thursday 19 August 2010

Ngidam di bulan puasa

Nope! I'm not pregnant yet. Tapi seperti biasa dikala bulan ramadhan akan datanglah ngidam-ngidam ni. Come let me show you what I seriously want to eat!!

Kerutub/kerutuk ayam

First time MK makan ni yelah pada tahun 2002. Pastu sampai sekarang tak pernah makan. Selalu makan rendang je. I browsed for the recipe dah. Bahan-bahan dah ada. Adakah ini bermakna MK akan masuk dapur semula? Yeeaaaahhh I need the momentum peopleeee!!!!

Kung Pao Chicken

Resepi juer sudah ada, bahan juer sudah cukup. Maybe akan masak malam dalam masa terdekat? Huhuh... owh..MK ngidam Uncle Win kat Pertama Kompleks punya...weehoooo!!!

Sweet sour Chicken

Ini favourite PakMir. Dia pun everytime pergi Uncle Win kat Pertama tu mesti order ni. Tak pernah order dish lain. Umm...bahan dah cukup...akan cuba masak untuk menambat hati suami?

Sambal Hitam

Ni special dari Kuala Lipis. Sambal dari belimbing buluh, cili api, ikan bilis, bawang...sodap giler giler meleleh!!!! Sama taraf kesedapannya dengan rendang pucuk ubi. Ada resepi juer...tapi ontah bilo nak buek.

Kuih pulak - ni kuih abuk-abuk. Masa MK pregnant kan Bayong ngidam kuih ni. Dapat makan, ada colleague buatkan. Dia buat banyak tapi MK dapat makan 1 je. Sebab ayah habiskan secara tak sengaja.

Kuih lopes - bukan jennifer lopez ya. Sedap ni...senang nak carik kat pasar ramadhan. Petang ni nak carik

Lompat tikam (jump & stab) hihih kata Si Ita Shadila. Rupa kuih ni macam ngeri je kan. Colour dia tu...too artificial. Tapi sedaaappp!!! Eh - baru MK perasan that I love kuih yang ada gula melaka ek. Owh welll...MK memang suka bitter sweet kot

Otak-otak from Lulu Nyonya Kueh. Hmmm... I better go to Great Eastern Mall tomorrow to get it lah. Pricey sikit...tapi sedap. Tak pernah mengecewakan.

Aannnddddd the ultimate food that I wanna eat the most issssssss:-
Tony Romas Famous Ribs!!! Gambar ni nampak tak cantik sangat kot. But seriously I wanna!!!!! With the jacket potato please. More BBQ sauce please.....yummmmm!!!

OK - malam ni MK akan berusaha membuat biskut cornflakes sebab dah janji dengan Bayong nak buat. Bayong juer ada me-request rendang ayam & ketupat. Kesian budak berpuasa tu kaaannn...owh..lagi satu Bayong nak lomang. Dia still remember pasal lemang dia cakap "Bayong nak kuih yang masak dalam batang tu..yang ibu suapkan tu..nak yang tu..sedap!!!" Itu last year punya raya ok dia first time makan lemang. Itu pun nenda buat masa raya. Hmmmm....

Monday 16 August 2010

Puasa di Kuantan

Hai!! Dah nak dekat seminggu kita berpuasa kan? So far Bayong dapat 1 hari penuh puasa tahun ni. Tapi dah sibuk minta duit upah puasa. Seperti biasa, MK mengalirkan air mata gembira bila Bayong buka puasa hari tu sebab bangga dengan pencapaian dia. Hihihi...yeahhh sesapa yang belum tau...MK yelah penangis orangnya.

After berbuka last Friday, kami balik ke Kuantan. Sampai di Kuantan dalam pukul 3.00 pagi. Emak tengah tunggu kami sampai. Pastu konon-kononnya nak set alarm untuk tolong mak siapkan makanan bersahur. Tapi sedar-sedar je mak dah kejutkan ajak makan. Hihihhi....adooiii..seronok tengok lauk sahur emak. Walaupun simple-simple je tapi meriahlah. Kami sahur di KL makan roti je sambil makan sambil tutup mata.

Pastu sambung tidur lagi sampai siang...weeeeeee!!! Kalaulah ibu MK tau yang anak dia ni tidur sampai ke siang hari kat rumah mertua memang kena cubit!! Sedar pun sebab Yen kejut cakap "Dek yak!!" Emph...

Buka puasa pulak...ayah pergi tunggu nelayan kat tepi laut tu..tunggu sebab nak beli ketam!! Weeeeee riang gembiralaahhh!!! Banyak tau.. masak sup ketam & ketam cili. Sebelum buka pergi pasar ramadhan aduiii aii gembiralah tengok makanan pantai timur yang genuine. Ada karipap tu kan besar gilaaaa besar 2 tapak tangan MK. Tapi tak beli pun. Tengok je dah kenyang...Lagipun emak dah masak macam-macam di dapur percubaan dia. Kek gula hanguslah, kuih bakar lah...

Sunday-1st day MK puasa (opsss!!) Adeehhh kuantan panaslah. So duduk dalam rumah saja. Bayong & Yen sangat gembira kalau balik sana sebab mereka bebas lagi-lari. Ikut emak pergi pasar tani kat Stadium. Pastu paksa kanak tidur dengan ugutan, sapa tak tidur tak boleh mandi laut petang nanti. Ugutan berjaya!! (Warning:- Ugutan adalah satu jenayah)

Buka puasa - ada mee goreng, sup daging ada kuih muih, ada tosei!!! Home made ok. Bibik emak pandai buat tosei yang sedap. MK tak suka makan tosei sebab ia masam. Tapi bibik punya tosei memang sedap. Dengan 'sambarrrr' (kita panggil kuah dalca kot) tapi bibik panggil sambarrrr... penat practise sebut sambarrrr ok. Siap kena marah lagi "Bukannyak sambellll, sambaaarrrrrr!!!!" (Sila baca ikut sebutan ashraf sinclair-haha!) Bibik siap tunjuk-tunjuk lidah dengan tekak dia..cara sebutan yang betul idgham maalghunnah nya...

Adehhh apa-apalah bibik..janji sodap!!

Ok-after berbuka gerak balik ke KL dalam 10.00pm. Sampai rumah 2.00am. Bangun semula 4.30am. So sekarang sangat mengantuk...ZzzzZZzzZZzzz

P/S: gambar takde - sebab MK busy tidur......hmmmm. Ampun maaak...

Tuesday 10 August 2010

Lawak Sebelum Berpuasa

This incident happend on air....

Yasmin Yusof, a DJ on Radio 4 asked listeners on her radio. A program to call to answer trivia questions. The first caller to give the correct answer would get a prize from the sponsor.

She asked:

"Can anyone out there tell me the household name of Sodium Chloride"

A caller who is a housewife called up eager to answer the question. Not knowing the answer to the question, she asked Yasmin for a clue.

Yasmin said "Something you put on your husbands eggs in the morning."

The lady confidently said : "Talcum powder".

Yasmin Yusof did not return to the air until after a few songs!

Selamat Berpuasa Puan-puan tercinta. Maafkan MK kalau ada tersilap cerita, tersalah gurau senda. Terburuk tutur kata ye. Semoga Ramadhan Tahun ini dapat disempurnakan dengan sepenuh hati. Bayong start practise puasa tahun ini. Wish him luck ok!

Saturday 7 August 2010

Hantu Raya

Sepasang suami isteri sedang bercerita tentang kejadian hantu raya. Selepas berbual......

Anak: Bu, habis tu lepas hari raya hantu tu kacau orang ke? Kalau hari raya hantu tu buat apa?

thehehehe.....

Moral:- Jangan menyampuk cakap orang tua-tua.