$

Monday, 16 August 2010

Puasa di Kuantan

Hai!! Dah nak dekat seminggu kita berpuasa kan? So far Bayong dapat 1 hari penuh puasa tahun ni. Tapi dah sibuk minta duit upah puasa. Seperti biasa, MK mengalirkan air mata gembira bila Bayong buka puasa hari tu sebab bangga dengan pencapaian dia. Hihihi...yeahhh sesapa yang belum tau...MK yelah penangis orangnya.

After berbuka last Friday, kami balik ke Kuantan. Sampai di Kuantan dalam pukul 3.00 pagi. Emak tengah tunggu kami sampai. Pastu konon-kononnya nak set alarm untuk tolong mak siapkan makanan bersahur. Tapi sedar-sedar je mak dah kejutkan ajak makan. Hihihhi....adooiii..seronok tengok lauk sahur emak. Walaupun simple-simple je tapi meriahlah. Kami sahur di KL makan roti je sambil makan sambil tutup mata.

Pastu sambung tidur lagi sampai siang...weeeeeee!!! Kalaulah ibu MK tau yang anak dia ni tidur sampai ke siang hari kat rumah mertua memang kena cubit!! Sedar pun sebab Yen kejut cakap "Dek yak!!" Emph...

Buka puasa pulak...ayah pergi tunggu nelayan kat tepi laut tu..tunggu sebab nak beli ketam!! Weeeeee riang gembiralaahhh!!! Banyak tau.. masak sup ketam & ketam cili. Sebelum buka pergi pasar ramadhan aduiii aii gembiralah tengok makanan pantai timur yang genuine. Ada karipap tu kan besar gilaaaa besar 2 tapak tangan MK. Tapi tak beli pun. Tengok je dah kenyang...Lagipun emak dah masak macam-macam di dapur percubaan dia. Kek gula hanguslah, kuih bakar lah...

Sunday-1st day MK puasa (opsss!!) Adeehhh kuantan panaslah. So duduk dalam rumah saja. Bayong & Yen sangat gembira kalau balik sana sebab mereka bebas lagi-lari. Ikut emak pergi pasar tani kat Stadium. Pastu paksa kanak tidur dengan ugutan, sapa tak tidur tak boleh mandi laut petang nanti. Ugutan berjaya!! (Warning:- Ugutan adalah satu jenayah)

Buka puasa - ada mee goreng, sup daging ada kuih muih, ada tosei!!! Home made ok. Bibik emak pandai buat tosei yang sedap. MK tak suka makan tosei sebab ia masam. Tapi bibik punya tosei memang sedap. Dengan 'sambarrrr' (kita panggil kuah dalca kot) tapi bibik panggil sambarrrr... penat practise sebut sambarrrr ok. Siap kena marah lagi "Bukannyak sambellll, sambaaarrrrrr!!!!" (Sila baca ikut sebutan ashraf sinclair-haha!) Bibik siap tunjuk-tunjuk lidah dengan tekak dia..cara sebutan yang betul idgham maalghunnah nya...

Adehhh apa-apalah bibik..janji sodap!!

Ok-after berbuka gerak balik ke KL dalam 10.00pm. Sampai rumah 2.00am. Bangun semula 4.30am. So sekarang sangat mengantuk...ZzzzZZzzZZzzz

P/S: gambar takde - sebab MK busy tidur......hmmmm. Ampun maaak...

No comments: