$

Wednesday 22 September 2010

Khas untuk para suami

Sana sini orang cerita pasal raya, meh MK cerita pasal benda lain pulak. Nih- I received this email from my sister. Husband Day Care Center?

Amacam, ada berani?



Tuesday 7 September 2010

Annual Gathering

Since MK bujang lagi memang every year looking forward to berbuka puasa bersama housemate tersayang. Sekarang semuanya dah berpecah. Yang jauh sekali yelah Moie jauh di Nigeria nun. Perhaps next year she can join us back.

Disebabkan last year kami berbuka di Neway, Berjaya Times Square, this year kami rasa tak sesuailah melalak menyanyi sedangkan di bulan ramadhan sepatutnya lebihkan amal ibadah. uhuk uhuk!! So this year, kami decided buat kat hotel saja. Weq yang arranged semuanya. Vistana among the cheapest ramadhan buffet kot. So worth the pricelah agaknya. Even though makanan tidak begitu memberangsangkan begitu juer dengan kedudukan meja yang sangat rapat-rapat, tapi berjumpa dengan girlfriends adalah lebih berharga dari makanan tu semua cheewaahhh.

Mind you, MK hanya ada 2 sets of precious girlfriends yakni, geng uni, and geng bas skolah..eh silap geng linggi. Linggi tu nama tempat dekat daerah port dickson, dulu MK sekolah kat situ since umur 9-13 tahun so sangat rapat dengan kawan-kawan ala...si kekasih gelap MK si TunTun tu adalah salah tiga daripada merekalah.

Yang geng uni ni pulak yelah housemate di zaman kegemilangan MK dulu hendaknya..hahaha..gemilanglah sangat nye!! Jom tengok pic.


My girlfriends dua orang ni tetap memakai official colour kami iaitu black. Tapi setelah diperli oleh moie last year, MK decided to lari dari kaler hitam..hehehe.. Gambar kami sefamily yang setakat ni paling cantiklah. kalau tak mesti tak senonoh. Sorang buat muka badutlah, sorang menangis lah, pastu PakMir is slightly smiling in the picture!!?? ajaib neehh..haha...

Pasrah saje dalam cubaan meraba oleh Weq. Chhiittt!!! Yang si Yen pulak tah nak lari ke mana.


Yen dengan bangganya asyik didukung oleh auntie-auntie dia..eksyen lah tu terus takmo jalan.

Gossip time!


Hummm dah besar ini budak!

Us three (moie join us next year ok!)

Pouch bag yang Bayong bawak tu penuh dengan duit raya ye puan-puan, jangan tak tau...hehe

Dengan ini MK sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin atas segala kesalahan MK selama berkarya (hehe) ini. Kalau ada yang terkecil hati, marah, sedih atas segala yang Mk tulis, ampun & maaf dipinta. Selamat sampai ke destinasi masing-masing, drive carefully.


Lamb Chop

Tersengih-sengih MK tau puan-puan, bila lamb chop ni menjadik! Sedap pulak tu. Eh..betuuulll...tak tipu tau. Buat dia actually senang je. Tapi maybe preparation dia tu renyah sikit. Tapi worth it lah..hasilnya dapat mengenyangkan 5 dewasa, 2 kanak. Happy!!!

Tapi gambar dia blur... nih without flash


Bila dah bubuh flash tak nampak pulak coleslaw tuh..eeiii geram!!

Blur juer...lantaklah haiiih...

Resepinya MK google dah lama. Yelah bersemangat nak masak. Hari-hari dok sebut kat PakMir nak masak lamb chop, lamb chop. Sampai dia ingat MK ngidam lamb chop dia siap nak belanja, ok. Memang ngidam, tapi ngidam nak masak. Bukan nak orang buatkan. Hiks..boleh gitu ek?

MK masak ni untuk berbuka puasa Sabtu lepas. The day before tu (Friday) MK ada iftar dengan girlfrends tercinta kat Vistana. Ummm...yelah, bayar pun murah je kan..I mean murah dari hotel-hotel lain so what do you expectkan...mestilah padat & choicesnya limited. Jadiknya..jangan banyak complaint makan sajeeee...

Masa tu MK ada invite Emma & bf nya datang berbuka umah MK on Saturday tu lah. Pastu bila BF dia tau this will be the first time I'm cooking lamb chop he said to Emma "Do you really want to take the risk?" hehehehehehe....funny..yelaaahh..yelaahhh... tapi lihatlah hasilnya Emmot! Len kali datang, ok!

Resepi:-

Marinate lamb 5 keping yang frozen beli kat Giant RM15.00 saja.
  1. Lumurkan olive oil banyak-banyak kat lamb itu.
  2. 2 sudu besar lada hitam (tumbuk hancur), 4 biji bawang putih (tumbuk juer), 1 biji limau kasturi, 3 sudu honey, garam sikit. Lumur semua kat lamb itu.
  3. Simpan dalam bekas tertutup, perap 4-5 jam dalam fridge. Kalau terlebih rajin, 2 jam perap tu gi balik-balikkan lamb tu. Biar dia marinate lagi cantik. Ada orang perap semalaman pun takpe.
  4. Panaskan pan, letak sikit olive oil, saute kejap lamb tu. Each site 3-5 minutes. Pastu grill dalam oven for 20 minutes, 220'C
Mashed Potato
  1. 6-8 biji kentang dikupas tak payah licin-licin sangat kulit dia tu. tinggalkan sket kulit dia tu kasik kaler dia cantik & rasa dia macam professional cook masak. hehe
  2. potong 4, letak dalam periuk, air cukup-cukup cover semua kentang, tabur garam sikit. rebus sampai masak.
  3. bila dah masak, toskan, mashed dengan 1 sudu butter, white pepper, garam sikit
  4. masukkan daun bawang sikit ke banyak ke suka hati lah.
  5. masukkan susu cair sampai puas hatilah. Janganlah banyak sangat nanti dia jadik cair. Pandai-pandai ek. Siap!!!!
Coleslaw
  1. Shred 1 batang carrot, 1/2 biji kobis bulat.
  2. campur dengan 2-3 sudu besar mayonis, 1 sudu besar jus limau kasturi & susu cair sikit je kasik lemak sket.
  3. sejukkan dalam fridge. siap!!
Black pepper sauce
  1. Panaskan 1 sudu butter dalam periuk, masukkan 2 sudu besar black pepper, 4 biji bawang putih ditumbuk.
  2. kacau-kacau, masukkan 1/2 kiub daging. pastu masukkan 2 sudu besar tepung jagung yang dah dibancuh dengan air suam.
  3. masukkan 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap (nak kasik color dia cantik sket)
  4. MK juer letak shitake mushroom yang dah dipotong kecil & nipis. Ni kalau tak suka tak payah le letak.
  5. masukkan air sejuk, MK guna 500-750ml air. Masuk sikit-sikit jangan masuk sekali semua ye. masuk sikit tunggu kejap, lagi 5 minit masuk lagi ok.
  6. kacau sampai pekat. Siap!!
Senang je kan!!! Adeehhh pening kepala pulak. ok lah...takmo sambung lagi..tata!!!! ZzzZZzzZZz