$

Tuesday, 7 September 2010

Annual Gathering

Since MK bujang lagi memang every year looking forward to berbuka puasa bersama housemate tersayang. Sekarang semuanya dah berpecah. Yang jauh sekali yelah Moie jauh di Nigeria nun. Perhaps next year she can join us back.

Disebabkan last year kami berbuka di Neway, Berjaya Times Square, this year kami rasa tak sesuailah melalak menyanyi sedangkan di bulan ramadhan sepatutnya lebihkan amal ibadah. uhuk uhuk!! So this year, kami decided buat kat hotel saja. Weq yang arranged semuanya. Vistana among the cheapest ramadhan buffet kot. So worth the pricelah agaknya. Even though makanan tidak begitu memberangsangkan begitu juer dengan kedudukan meja yang sangat rapat-rapat, tapi berjumpa dengan girlfriends adalah lebih berharga dari makanan tu semua cheewaahhh.

Mind you, MK hanya ada 2 sets of precious girlfriends yakni, geng uni, and geng bas skolah..eh silap geng linggi. Linggi tu nama tempat dekat daerah port dickson, dulu MK sekolah kat situ since umur 9-13 tahun so sangat rapat dengan kawan-kawan ala...si kekasih gelap MK si TunTun tu adalah salah tiga daripada merekalah.

Yang geng uni ni pulak yelah housemate di zaman kegemilangan MK dulu hendaknya..hahaha..gemilanglah sangat nye!! Jom tengok pic.


My girlfriends dua orang ni tetap memakai official colour kami iaitu black. Tapi setelah diperli oleh moie last year, MK decided to lari dari kaler hitam..hehehe.. Gambar kami sefamily yang setakat ni paling cantiklah. kalau tak mesti tak senonoh. Sorang buat muka badutlah, sorang menangis lah, pastu PakMir is slightly smiling in the picture!!?? ajaib neehh..haha...

Pasrah saje dalam cubaan meraba oleh Weq. Chhiittt!!! Yang si Yen pulak tah nak lari ke mana.


Yen dengan bangganya asyik didukung oleh auntie-auntie dia..eksyen lah tu terus takmo jalan.

Gossip time!


Hummm dah besar ini budak!

Us three (moie join us next year ok!)

Pouch bag yang Bayong bawak tu penuh dengan duit raya ye puan-puan, jangan tak tau...hehe

Dengan ini MK sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin atas segala kesalahan MK selama berkarya (hehe) ini. Kalau ada yang terkecil hati, marah, sedih atas segala yang Mk tulis, ampun & maaf dipinta. Selamat sampai ke destinasi masing-masing, drive carefully.


No comments: