$

Thursday, 13 November 2014

Running Tips - To wear

Assalamualaikum.

Handal sangat ko Tipah? Baru masuk 2-3 race maksimum 10km je pun dah nak bagi tips? Hehe..takpelah kan...sharing kan caring... kalau taknak bca pun takpe..tak berdosa. Tapi kalau taknak solat..haa memang dosa. Dah solat ke belum??

Hari ni saya nak cerita pasal BRA!!!

Tips yang saya share ni adalah dari pengalaman sendiri, pembacaan dari blog-blog lain & tv, magazines dan google.

1. Paling penting - SPORTS BRA - High Impact

Sports bra ada banyak jenis. Low impact, medium & high impact. Ada yang ada hook ada yang sarung je seksa macam nak mamp memakainya. Ada yang strap halus ada yang strap besar. Macam-macam. Tapi untuk berlari, sila pakai yang high impact. Dia memang support kaw-kaw punya. Tak bergegar satu dunia ok. Haha..eh..ini bukan melucah..ini scientific reason ok. Sila percaya. Masa try tu sila buat-buat macam berlari ke, lompat-lompat ke...pilih betul-betul tau.

Sport bra pun memang tak murah. Tapi ini memang sangat penting. Ko nak ke hujung-hujung hari bila ko bukak bra tetiba kawan baik ko tu dah kendur sampai pinggang Senah? Nak ke? Haha...baca pun macam ngerikan..inian pulak tengok sendiri. Sila buat pencil test untuk check bahawa kawan baik kita pass ke tidak. Apa benda 'pencil test' tu? Pergilah google..manja sangat ni hah??!! "Pencil Test for Breast" go google.

Harga sports bra bergantung pada brand dia lah. Selalunya RM110-RM150 tu kira standardlah kot untuk high impact bra brand Adidas, Nike, Reebok. Lagi mahal pun ada. Lagi murah pun ada ikut kesesuaian dan budget. Tapi ingat Senah...jangan kedekut sangat nak beli yang murah lepas tu 'kawan baik' ko sorang ke utara, sorang ke selatan bila ko berlari....hmmmm not a good sight to look at. Hadoiii...melaburlah sikit untuk kepentingan 'kawan baik' anda.

Tengok berapa panjang ahkak membebel pasal sports bra ni. Serious penting kan?? Lagi satu saya suka jenis yang sarung je. I mean bukan jenis yang ada hook. Sebab...yang ada hook support dia tak sehebat yang jenis sarung. 

Ni jenis strap halus tu...saya tak suka. Support tak berapa bagus (for me lah ye)

This one is my favorite of all. Dah la safari printed...umm.. padded, getah bawah dia tu memang support yang bagus. Ye..memang seksa sikit la bila nak pakai dan bukak sport bra ni...Tapi it is vital!!

Ni fesyen yang ada hook & strap adjuster. Ni pun rasanya tak berapa sesuai untuk running. Sebab apa adik-adik??? Sebab support tak cukup bagus.....pandaaaiiii.... ni maybe low or medium impact kot. Sesuai untuk yoga ke, gym ke cycling ke.

Jangan lupa beli yang padded ye. Ada yang memang dah siap padding dia. Ada yang kita kena beli separately. Mana-mana satu pun ok. Padding pun ada size. Sila tanya dengan Sales Assistant tu. 

Belilah color-color kegemaran kita. Ada yang striking ada printed. Pilih je dan sediakan ongkosnya. Saya ada dalam 5-6 kot high impact sports bra. Memang selesa dan yakin memakainya. Rasa lebih cun!!! Haha..over!!! Lepas berlari masa dah balik rumah tu...terus boleh bukak je baju yang basah lencun tu. Pakai sports bra je kulu kilir depan laki. Eh..apa jadik lepas tu ahkak tak jamin aahh...hahaha.



Ok..nanti kita sambung cerita tips lagi ye!!

P/S: Siapa nak beli high impact sports bra yang tak sampai RM100?? Boleh email saya intansiza@gmail.com



No comments: