$

Monday, 10 November 2014

Istanbul Aku Datang - Part 1

Well hellooooo, Cerita ni panjaaanggg tau...tapi untuk kenangan saya sendiri saya nak letak jugak dalam blog.

Gigih betulkan saya nak menghabiskan cerita 2013. Baru nak masuk bulan Mei punya cerita. Yelah 2013 tahun yang sangat laju untuk saya & sangat banyak peristiwa terjadi. Eh..kadang-kadang bercerita guna bahasa dan ejaan yang betul ni kadang-kadang bosan kan? Tapi takpe...saya suka. Saya anak guru besar pencen ok. Ayah saya dulu masa zaman takde telefon & internet kan...dia hantar surat atau kad pada saya dengan bahasa pujangga lagi ok! Siap anakanda ayahanda bagai. Hihi... ayah memang comel.

Ok, pada suatu hari yang indah - entah tak ingat hari apa lah..tapi ayah saya tetiba cakap "Jom pogi Mokah!"

Saya terus terpikir... "Uiii...cukup ke duit aku ni?" tapi saya pikir pelan-pelan dalam kepala jelah kang ayah tau pulak sebenarnya saya takde duit..heheeh

Saya ingat ayah gurau-gurau je. Tapi dalam seminggu lepas tu ayah dah suruh saya pilih-pilih tarikh untuk pergi, ayah dah ada nama penghulu (tour agent). Lepas tu ayah cakap nak pergi Istanbul. Ahh..sudah...Istanbul pulaakkk..Saya ada cakap moh lah kita pergi ziarah Europe ke...Mesir ke..tengok Laut Mati ke..

Tapi ayah jawab "AYAH NAK PERGI ISTANBUL JUGAK!!"

Wah..wah...bersungguh-sungguh betul nak pergi ni. Adakah kerana terpengaruh dengan cerita Lisa Surihani? 

Lepas tu saya adalah bertanya-tanya dengan kawan-kawan yang dah pernah pergi Umrah dan Ziarah. Ramai yang advised better pergi Umrah dulu, baru pergi ziarah jalan-jalan ni semua sebab takut Ibu Ayah penat. Yelah my father being 77 years old and ibu 66 years old. Ibu pulak lutut dia memang selalu sakit-sakit.

Tapi bila dah survey pun memang kalau nak ikut tour dari agency tu memang kena visit Istanbul-Bursa dulu lepas tu baru lah ke Madinah dan Mekah.

So...takpelah..moh lah Yah..moh la kita pergi. Berseri-seri muka ayah saya bila tau saya setuju. Jujur saya cakap...sebenarnya..saya berbelah bagi nak pergi. Macam-macam yang saya pikir. Takut macam-macam berlaku. Saya ni bukan orang baik sangat...buatnya nanti tak nampak Kaabah ke..tak larat jaga ibu ayah ke..haa..macam mana?

Lagipun di antara adik-beradik saya seramai 6 orang tu, saya saja yang available nak teman ibu ayah. Hubs pulak memang sentiasa setuju je dalam apa-apa permintaan isteri comel dia ni..hihi..

So the next month ayah mintak RM300 untuk registration dan book tarikh nak pergi. It was 17-31 May 2014.

Saya semakin berdebar.

Masa saya balik kampung bulan seterusnya tu, Ibu ayah dah pergi ke Andalusia Agency dah untuk collect beg-beg untuk pergi. Rasanya masa ayah bayar untuk registration tu lah dapat beg-beg tu semua. Mak aii...dah la besar..warna kuning biru pulak tu. Saya pasrah jelah..saya tahu..memang saya dah terpilih menjadi tetamu Allah. Lagi bertuah sebab saya dapat pergi dengan ibu ayah.

So..finally tarikh boarding dah sampai lah...17 May 2014. Flight kami midnight. Hampir semua family saya datang untuk hantar kami ke KLIA. Saya sayu juer nak meninggalkan hubs and the kids. 16 hari tu...lamanya.

Masa peluk-peluk salam semua orang sebelum saya memang dah meleleh-leleh air mata dah. Rasa macam nak bawak Ayong & Adik bubuh dalam suitcase.

Flight delay sejam. Tak boleh take off. So duduk jelah dalam kapal tu sejam. 

Angah sefamily pun datang hantar masa di KLIA

1st selfie dalam flight yang tak terbang-terbang nya..tak tau apa masalah. 

Saya kena duduk sorang la...sebab ibu nak duduk sebelah husband dia jugak. Huh dua orang tu memang tak boleh berenggang langsung...emmphh...

Last-last saya kena tukar duduk sebelah ibu jugak. Sebab orang yang happened to duduk sebelah saya tu rupa-rupanya Ustaz Soleh - Mutawif kami. Ustaz tu bujang, muda...heheeh mesti dia malu lah kan nak duduk sebelah saya dah la flight like 10 jam!!

Dalam flight saya tak dapat nak tidur sangat pun. Maybe dapat dalam 2 jam je. Ibu pun kadang-kadang nak bangun berjalan luruskan kaki. Macam-macam ada dalam kepala saya ni. Macam-macam nak kena pikir...boleh ke saya nak jaga ibu ayah kat negara orang ni?

Dalam flight makan sedap...kami naik Turki Airways. So makanan Turki lah kan. Ada banyak cheese, olives..memang saya suka tu (ewah...ko apa je yang ko tak suka kan..semua ko bantai)

Dah sampai....excited jugak. Walaupun penat ni. Jet lag pun ye jugak.

Ayah & ibu tercinta. Ayah memang sentiasa bersemangat & ceria je

NI Ayah yang suruh saya ambik gambar dia konon-konon tengah collect beg. Padahal tah siapa punya beg tah tu. Hehe..masa ni ibu dah start membebel-bebel sebab ayah asyikkkkk seboookk dah bergambar. Saya layan je..sebab saya tahu..kita bukan senang nak sampai sini kan...hehe mestilah nak kenangan. Masalahnyaaaa....siapa yang nak ambik gambar saya???

Well - terpaksa selfus lah dengan ayah. Sebab ibu taknak pegang telefon saya untuk snap gambar. "Canggih bona...tak paham ibu" Itulah kata dia. Takpelah Yah..moh selfus!! Senang saya nak report pada group whatsapp family kami. Semua rindu nak tengok muka ibu & ayah. Tapi siapa yang nak rindu saya? Sobs..sobbs...

Bersambung......





No comments: